Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, April 30, 2010

Yang di cari bukan populariti atau kemewahan tapi hanya sebuah persahabatan yang tak ternilai.

Assalamualaikum wbt.


Sekarang nih kalau korang perasan lar. Blog tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Merata-rata. Semua orang nak ada blog. (Bukan nada marah okey!). So, bagi saya makin bertambah la kawan-kawan blog saya. Saya suka. Tapi sebelum tuh saya nak tanya lar. Sebab apa korang buat blog? Sebab orang lain ada blog korang nak ada jugak? Sebab korang nak kan kemewahan dari iklan-iklan nuffnang or Advertlet? Atau korang nak mencari kawan-kawan yang sekepala yang suka menulis?


Saya? Saya buat blog nih mula-mula hanya sekadar suka-suka sahaja. Masa mula-mula ada blog dulu, malu gila bila dapat tahu orang baca blog kita. Entah. Tak tahu kenapa. Sedangkan buat blog adalah untuk orang baca. Haish. Dah setahun sebulan usia blog nih. Dapat tahu pasal nuffnang pun 3 bulan lepas. Actually dah lama sign up nuffnang tapi wat dek aje. Sebab tak tahu langsung apa function dia. So, bila dapat tahu dari seseorang yang nuffnang nih leh wat duit, try jugak godam-godam sendiri. Alhamdulillah setakat 3 bulan lepas nuffy dah leh cashout. Tapi rasa nya belum mahu lagi cashout. Nak biarkan jek dulu.


Tapi secara serius la ek. Wat blog nih or blogwalking or buat post baru bukan sebab duit. Tapi sebab nak bina persahabatan di antara blogger-blogger. Suka baca cerita-cerita dia orang. Macam-macam kerenah. Sangat suka. Duit nuffnang tuh belakang cerita. Kalau itu rezeki, Alhamdulillah.


Antara sebab lain jugak sebab nak share cerita sendiri dengan blogger lain. Mana lah tahu cerita yang kita tulis tuh dapat menggembirakan hati orang membacanya kan. Bahagia tau bila dapat buat orang tersenyum. Tapi dalam dunia blogging nih pun tak semua yang suka kat penulisan kita kan. Ada jugak yang suka mengkritik. Tapi tak salahkan kalau kritikan tuh kita terima dengan hati terbuka. Mana lah tahu kritikan dorang tuh yang leh buat korang jadi blogger berjaya satu hari nanti.

Owh. Ada lagi sebab, sebabnya saya memang suka membebel dan menulis. Sama lah tu kan. Si pengulam jantung suka cakap saya suka membebel. Tak reti diam. Masa saya peti suara saya mengalami masalah pun saya asyik duk nak cakap jek. Pengulam jantung dah marah-marah. Mana tak nya kalau asyik cakap macam mana nak baik. Dulu masa saya banyak masa saya suka tulis cerpen. Tulis novel pun pernah tapi sekerat jalan. Sebab manuskrip hilang di makan virus. sedih dan kecewa sangat.


So, nak tanya lar blogger-blogger kat luar sana tuh. Niat korang berblog nih sebab pe. Kalau buruk sebabnya, akibatnya pun jadik buruk. Ingat, dunia tak selalunya indah. Saya menulis hanya sebagai blogger biasa. Bukan sehebat cikAPPLE, Bean Moreno, Eyriqazz, MelRomeo, CikHel, SI Tedi dan bloggers lain yang hebat-hebat belaka (maaf kalau tak tersenarai di sini). Serius, nama yang saya list tuh memang CAYALAH. Suka baca blog dorang.



GigaBite:: Niat mesti baik beb. Huhuhu..

5 comments:

Aidi-Safuan said...

biasanya orang mula2 buat blog just saja suka2. then cam da sronot sket. lepas tuh, dengar orang citer pasal advertisement company semua nih. biasanya matlamat asal diorang berblog cam da berubah sket. well, at least diorang still blogging kot...

BeaN MorENo said...

betul cakap aidi.dia blogging sebab nak menang balckberry lepas tu dia tutup blog...hak3...just joking...actually dulu masa 2006 saya ada buat satu blog tapi seriusly memang tujuan unutk kaut duit je.Tapi blog tu terus hancus...then bila suterablogger up tujuan untuk cari kawan n belajar.

[[iidyLL_iceneSS]] said...

huhuhu
juz wat blog utk suke2..
xde info yg mnarik pn utk jdkn teladan..
sll tmpt luhkn prsn xpuas ht,mrh or epi..
personal blog..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.name i x de
.mknenye i x cukup hebat hehe

Aqma eUcaLypTus GurL said...

intan~~
oh intan.tak bermakna nama u tak de u tak hebat.. u hebat jugak.. may i termiss nama u.. byk sgt yg hebat2!! termasuk u...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign