Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, February 28, 2010

Tips nak tahu lelaki minat dekat anda....

1. Melalui ‘eye-contact’ - Jika si dia merenung tepat-tepat kat mata anda, nie menunjukkan yang dia suka atau berminat dengan anda. Tapi awas jika berdepan dengan jejaka yang pemalu. Si dia akan cepat2 alihkan pandangannya dari merenung mata anda kerana dia takut yang anda akan tau yang dia sukakan anda!

2. Perhati kelakuannya – Jika si dia nampak seperti nervous, semput, gelisah ker, ini mungkin tanda-tanda yang dia sukakan anda! (atau mgkn gak dia ada penyakit asma :-p..huhu) Dia juga mungkin akan banyak bercakap tentang dirinya sendiri atau merepek pasal bende-bende yang tak masuk akal. Gelabah la tu kot…:-)

3. Jika dia tunjuk minat pada perkara yang anda suka – Misalnya jika dia tahu yang anda suka tengok cite2 ‘cintan-cintun’, mungkin dia akan suggestkan beberapa cite romantic untuk ditonton bersama-sama. Wah…romantik la pulak!


4. Perhati gerak-gerinya bila bersembang dengan gadis lain – biasanya lelaki yang minat kat anda akan flirt dengan gadis lain dengan harapan anda akan perasan kewujudannya. Selain tu, dia nak buat anda jeles sebenarnya…


5. Suka mengusik atau menyakat – si dia suka mengusik anda? Nie mungkin kerana dia ada hati kat anda! Usik-mengusik nie sebenarnya satu helah untuk menarik perhatian anda pada dirinya! So, next time jika anda marah sebab kena usik, pikir-pikirlah semula, ok!

6. Bercakap lembut dengan anda – kalau sorang lelaki nie minat kat anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut kat anda. Tapi, kalau dengan orang lain, dia akan bercakap seperti biasa. Biasala nie…sebab si dia nak tunjukkan dirinya yang sensitive gitu!


7. Melalui layanan- Kalau si dia betul-betul sukakan anda, dia akan sentiasa melayan anda dengan baik, lembut dan sopan. Nie baru gentlemen namanya… :-)

8. Jika mukanya merah padam – Jika anda tengah bercakap dengan si dia dan perasan yang mukanya telah naik merah, besar kemungkinan yang dia menaruh perasaan kat anda. Kalau muka dia merah bila cakap dengan kita jer dan bukan dengan orang lain, maknanya dia mgkn sudah jatuh hati la tu… huhu… :-p



p/s:: credit to setel kahwin... :)

Saturday, February 27, 2010

Tak Dapat Bercuti Ke Tasik Kenyir TAPI Diganti Ke PORT DICKSON....

Leman Dawi punya cendol...
Tambah sampai nak muntah pun still free k...

Abang saya yang dah macam pekerja lap meja...



On The Way balik Muo...


Masa nak pergi singgah makan jap...


Lapo gila abang saya nih...


Along...


Jom makan... lapar sangat...



Tak perasan anak sedara snap pic...


Rindu dekat ini tempat...

Tempat PLKN dulu.. Cape Rachado..


Kem tentera...

Snap pic bila jem gila dari Tiara Beach Resort ke Pasir Panjang...



Masa pergi nih...



Bila dah bosan dalam kereta inilah kerja dia...




Assalamualaikum wbt.......



Bukan kerana manja atau gedikss... Setiap kali nak pergi mana-mana atau buat apa-apa keputusan mesti refer to My Mum... Mungkin dah terbiasa kot... Okey! Terpulang nak called I gediksss or WHATEVER... Bila dapat tahu ada trip ke Tasik Kenyir Terengganu terus call My Mum.... My Mum bertanya itu dan ini... Antaranya, pergi dengan siapa?, berapa lama?, ada kawan terdekat tak? and lastly bagi nasihat kaw-kaw walaupun lambat lagi nak pergi.... Seriusly, time firstly bagi tahu My Mum, saya tak tahu langsung perjalanan program macam mana... Yelah pergi FREE... Universiti support siapa tak nak wooo.... Ianya FREE untuk AJK Pesta Konvokesyen Ke 43 dulu kerana sebelum nih dah berhempas pulas, berguling-guling dan bermandi peluh kerana telah berjaya menjayakan PESTA KONVOKESYEN tersebut dengan jayanya.... Berjaya ke?? Itu belakang cerita k...




Kalau tak silap dalam seminggu sebelum pergi Tasik Kenyir tuh baru dapat tau TENTATIF macam mana.... Bila baca-baca jek, first impression jek dah macam dapat 'instint' (betul ke eja nih??) yang macam kelabu-kelabu asap jek harapan untuk pergi... Ibu pula dah bagi tahu kalau ada tentatif Ibu nak tahu.... ADOI.... Otak mula ligat berfikir untuk tak reveal tentatif tuh kat Ibu.... Tapi bila fikir-fikir balik, berdosa la seorang anak buat macam tu hanya untuk kepentingan diri......





2 hari sebelum raya Cina balik lah kampung..... Di pendekkan cerita Ibu pun bertanya mengenai tentatif ke Tasik Kenyir tuh... Apa lagi... Start lar bentang proposal kat Ibu.... Antara yang ada dalam tentatif tulah yang saya ingat lar : Tidur Atas BOot, Masuk Gua, dan Yang Pasti Hidup diatas Bot selama 3 hari tuh..... Apa lagi... Proposal di tolak keras oleh Ibu... Jawapan nya.... NO!! TIDAK!!! aIYOO... Tak boleh pergi lar... Dah agak dah... Okey lah, saya terima dengan hati terbuka walau pahit nak menelannya.... Itu yang dijadikan cerita terpaksalah di cancel kan last-last minit....





Hari Ahad masa raya cina tuh kakak-kakak dan abang-abang saya pun balik... Dia orang bertanya jadi ker saya pergi Tasik Kenyir... Jawapan saya "Mem besar tentang habis-habisan...." Yang tak boleh blah bila dia orang jadi penyokong Mem besar... Adoyai.... Antara sebab utama tak boleh pergi adalah masalah KESIHATAN.... (Jangan tanya sakit apa k... hahaha...) Malamnya kakak memberitahu untuk ke Melaka bermandi-manda di A'Famosa Water World... Wow... Syok tuh.. Dah lama tak pergi mandi kat situ...





Pagi Isnin kakak dah bising suruh bangun dan kemas beg... Ala nak pergi mandi jek pun.... Bawak baju mandi jer la.... Setelah bersiap-siap, abang pun bertanya pada Ibu, "Ibu tak bawak beg baju ker?" "Kata nak pergi Melaka mandi-mandi jek... Kan malam nak balik sini semula... Buat apa nak bawak baju banyak-banyak..." Jawab Ibu.... "Kita tak tahu kita balik malam ke esok tau... Mungkin nak pergi Port Dickson atau Kuala Lumpur..."nyata abang kepada Ibu sambil aku turut terdengar..... Aku pun apa lagi, cepat-cepat tukar beg yang lagi besar... Yang pasti beg travel untuk bawak lebih banyak baju... Abang-abang dan kakak-kakak aku nih bukan boleh percaya kalau nak pergi bercuti.... Aku rembat jek baju apa yang patut... Nasib la AQMA oi...








Dekat dalam pukul 3 kalau tak silap, kami pun tiba kat Pasir Panjang.... Jem punya pasal lah nih dari Tiara Beach Resort nak ke Pasir Panjang...Memang kes Emergency Holiday, so payah lar nak dapat Apartment... Dua kali kami terjah dan Alhamdulillah rezeki kami ada kat P.D Perdana Apartment.... So, nikmati lah gambar Emergency Holiday kat atas tuh k...





Friday, February 26, 2010

ı ʞɐʇ ʎpɐǝɹ ıƃɐl ɹɐl˙˙˙

"U, Jom kita nikah... Dah lama kita kenal..." permintaan yang betul-betul mencabar hati...

"????" Tercengang sekejap...

"Nape u nih? Tak sudi ke nak hidup dengan i??" Soalnya lagi..

"I bukan tak sudi dear... Tapi..... I tak ready lagi lar..." tergagap-gagap menjawap..

"Apa yang u tak ready lagi? Bukan susah pun nak jadi isteri i kan?"

"U cakap senang lar... Kalau lepas tuh I pregnant? I tak puas enjoy lagi lar dear.."

"Kalau dah kawin tak semestinya kita tak leh enjoy?"

"U tak faham la dear......"


Assalamualaikum....

Pernah tak dengar dialog kat atas tuh.... Sebenarnya sebagai seorang perempuan lar kan.... Bersedia atau tidak kita kena juga sedia kan diri kita.... Bila dah orang nak ambil jadi permaisuri hati tu sambar jek la... Jangan nanti lelaki nih merajuk cari lain, meloponglah kamu wahai PEREMPUAN... Dah dia green tuh pe lagi smabar jek lar.... Jangan fikir-fikir lagi.. Bukan mudah tau lelaki nak melamar seorang perempuan nih.... Mungkin dah lamar dia bercita-cita nak melamar, yelah takut jugak perempuan tuh reject tapi last-last memang betul perempuan tuh reject... Tak ke haru biru dunia tuh... Kalau la saya jadi perempuan tuh dah lama saya kata "Oh dear, I will...." ahakz... Nampak sangat la kegatalan dalam diri dah melimpah ruah.... uhuhuhu.... Maaf ye Ibu kerana anak gadis mu ini telah gatal untuk berkahwin....

Lelaki pulak jangan lah malu-malu atau segan-segan (bukan same ker? Ada aku kesah??) nak melamar perempuan yang dia sukai.... Yelah takut nanti terlopong pulak cik abang kita nih bila kekasih hati kena rembat dengan Jejaka HOT.... Hot ke?? Sebagai peringatan kepada kedua belah pihak... Jaga lar hati dan perasaan kekasih hati masing-masing.... Jangan sampai merajuk pula cik adik atau cik abang awak tuh... Kalau tidak parah lar nak memajuk nya... Nak kena keluar duit beli bunga or coklat... Or nak kena wat CANDLE LIGHT DINNER plak baru habis merajuk tuh.... Perempuan... Faham-faham jek la kan....

˙˙˙˙nɯıɐʇuıʎuǝɯ ʇɐuǝd nɐʇɐ ɥıʇǝl ɥɐuɹǝd ʞɐpıʇ nʞɐ
˙˙˙ɐʇıʞ ɐʇuıɔ snɯɐʞ ɯɐlɐp uɐsoq uɐɐʇɐʞɹǝd ɐpɐıʇ
˙˙˙˙nɯɐʞ ıƃuɐʎɐʎuǝɯ uɐp ıɐʇuıʎuǝɯ ɐʎuɐɥ nʞɐ

**Dia dah start dah.....

Thursday, February 25, 2010

Saya budak baru belajar..

Assalamualaikum semua....

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong rotan kan..." hehehe....

Sukanya bila tengok blog orang lain traffic menimbun-nimbun termasuk lar polis trafik... hahaha.. OPS!!
Seriusly, saya nih tak berapa pandai nak godek (faham tak??) blog untuk wat traffic melambak-lambak... Kan dah cakap, saya budak baru belajar...
Walaupun dah lama juga lah saya menceburi bidang berblog ini tapi hanya baru-baru ini jek saya tahu yang blog boleh menjana pendapatan....
Kalau saya tahu dah lama dah! okey!! Apa saya merepek sambil makan kerepek nih... huhuhu...

Arahan keras sekeras batu di Tanjung Emas , Muar..
**Kepada senior-senior yang dah lama berblogging kat luar sana tuh tolong lar tulung saya... Ops, tolong lah tolong saya... Saya memerlukan khidmat masyarakat dari anda... Saya tahu blog saya tak sehebat Azwan Ali, Amboi3x.... Tak setanding AbangNara, BeautifulBoy!! Atau mungkin tak sehangat Lina Hangat... Moga-moga atas nasihat kalian boleh saya gunakan untuk menjana pendapatan langsung tertunai lah impian saya selama ini yang tak tertunai..... Please...Please...Please... Kamu jangan lokek.. Nanti kamu nyesal.... Hahahaha... WTH?


Apa Pendapat Bloggers SEMUA??? Kalau anda boleh kenapa saya tidak?? Renung-renungkan lah... SELAMAT BERBLOG.... <(*.*)>

Wednesday, February 24, 2010

Keterlupaan seketika!!

Assalamualaikum wbt bloggers semua....

Entah macam mana perkara yang enteng dan mudah itu boleh saya lupa kan.... Sedang saya melayari internet seketika tadi... Tiba-tiba nada dering mesej berbunyi di telefon bimbit saya... Tet--Tet--tet... Buruknya bunyi.. Sebenarnya bunyi dia bukan macam tuh ok... Kawan se'course' saya telah menghantar mesej dan bertanya kan mengenai BORANG PENGANUGERAHAN IJAZAH.... Seriusly!!! Saya tak isi lagi borang itu... Saya terlupa sangat3... Yang amat sangat... Ini adalah benar ok... Kawan saya mengingatkan untuk borang itu dan menghantar nya ke FAKULTI... Katanya esok adalah tarikh tamat... YEKE??? Thanks a lot dear sebab ingatkan... Itulah akibat manyak makan semut woo... ahakz...

Matilah saya kalau saya benar-benar terlupa.... Maunya saya kena bebel dengan kakak saya.... Sebabnya dia bekerja di Jabatan Pengijazahan kat universiti saya nih... Saya agak bukan kakak saya jek seorang yang akan membebel tapi seluruh ahli keluarga saya rasa nya....

OK... FULLSTOP...
Masa untuk mengisi borang dan fotokopi kad pengenalan...
da~~~
Thanks again sebab ingatkan saya....

Kenapa PEREMPUAN suka SHOPPING & MELAWA?? Jejaka ENSEM kat luar sana leh tolong jawap tak??

Assalamualaikum bloggers semua....

Ya, hangat tak topik hari nih?? huhuhuhuhu....
Dah lama nak tanya para lelaki @ jejaka hensem kat luar sana mengapa wanita @ perempuan suka berSHOPPING & MELAWA???? Saya pun tak terkecuali dalam topik ini... Tapi saya sendiri tidak tahu mengapa majoriti, senang cerita kesemua perempuan suka berbuat benda itu... huh... Pening-pening.... Lelaki yang gentleman kat luar sana boleh lar tolong bagi komen sikit.... Kalo anda sebagai seorang lelaki la kan... Lelaki ok? Anda tak rimas ke perempuan asyik bershopping dan melawa walaupun kadang kala keadaan tak mengizinkan sebagai contohnya ketika kegawatan ekonomi atau krisis dalaman... ehem3!!!

Saya sebagai seorang perempuan pun tak tahu bagaimana mahu mengurangkan SHOPPING apatah lagi mahu membuang perkataan SHOPPING dalam diri.... Susah... Memang susah..

Perkataan SHOPPING memang tak boleh dipisahkan dari konteks hidup seorang wanita.... Ya, fakta ini benar.... Contohnya: Abah tidak suka menemani Ibu ke pasar raya kerana Ibu mengambil masa yang lama ketika berada di pasar raya... (ada kaitan kan??)

Haish... Wanita ooo wanita.... Perempuan ooo perempuan... Bukan sama ke?? hihihi...

Setakat ini saya baru jumpa seorang lelaki yang sabar melayan kerenah wanita dalam bershopping nih... Lelaki itu adalah.... RAHSIA! Tapi tak tau lar pulak kalau sebenarnya dia bosan tapi buat-buat tak bosan.... Susah juga macam tuh...

Kepada jejaka-jejaka di luar sana...... Cuba anda luangkan masa 1 hari jek bersama teman wanita, isteri atau ibu anda untuk bawa mereka ini bershopping... Tak kira lah samada anda yang keluarkan pulus atau pulus mereka sendiri..... Lihat lah diri sendiri dan berapa lama rasanya anda boleh melayani kehendak mereka.....

Statement berani tanggung oleh saya:: Saya seorang yang cerewet dalam memilih kasut!! Hati-hati lah jika ingin keluar dengan saya dan bila saya kata yang saya ingin mencari kasut... Last-last, kasut tak jumpa yang sedap di mata.... Padahal kaki yang nak pakai.... Kuang3....

Monday, February 22, 2010

Setelah seminggu...

Assalamualaikum bloggers semua.....

Dah lebih seminggu rupanya tak update blog... Sarang labah-labah pun dah banyak... huhuhu.... Bukan tak mau update tetapi line broadband di kampung terbatas.... Ni pun rasa macam tak cukup jek cuti sebab sekarang nih tengah sakit-sakit badan dan tak ada mood untuk menulis.... Idea memang tengah melambak-lambak... Tapi badan sakit-sakit pulak.... So, nak rest dan kemudian baru bertenaga semula....

Kita jumpa nanti~~~

Wednesday, February 10, 2010

Dah lama tak upload gambar kat blog!!!








Ini adalah gambar masa sambut birthday budak gemuk nih... hehehe... Budak gemuk kena makan ayam Kenny ROger's half... Biar dia makin gemuksss.... uiks....

Menghitung hari...

Assalamualaikum.....

Menghitung hari untuk apa yer??

For short-term:-
1:: Cuti raya cina selama seminggu..
2:: Trip to Kenyir on 16 to 20 Feb 2010....
3:: PSM.. lalalala~~~


For long-term:-
1:: Nak setup barang-barang for engangement...
2:: Nak cari kerja @ business yang leh jadi kaya, duit berkoyan-koyan... :p
3:: Mengimpikan wedding of the year bila duit dah berkoyan-koyan...
4:: Nak jadik wife solehah...
5:: Nak balas jasa My Mum and My Dad...

lalalala~~~ haish.... <(*_*)>

Wednesday, February 3, 2010

Lucu Punya Cerita...

Assalamualaikum semua...


Walaupun kerja yang melambak-lambak sedang menunggu tapi bagi saya, harus di luangkan sedikit masa untuk meng"update" blog ini... Kerana pada saya dengan menulis saya rasa bahagia dan lapang... Itu bagi saya, tak tahu pula bloggers lain macam mana...... Bila idea dah mencurah-curah rasanya sekejap jek jari kita pantas menaip setiap butiran yang di luah kan...


Sebelum saya meneruskan penulisan terhadap tajuk di atas, terlebih dahulu saya mengucapkan TAKZIAH buat teman saya yang bernama Khairiyah bt Ismail kerana telah kehilangan ayah tercinta pada 1 Februari 2010... Minta maaf yang tak terhingga juga kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis pengebumian atas sebab-sebab yang tertentu... Semoga Kye tabah dan sabar dengan setiap apa yang berlaku... Sesungguh nya setiap yang hidup pasti akan mati termasuk lah saya.... Saya turut merasai kesedihan Kye walaupun saya masih mempunyai ibu bapa lagi...


Okey... Saya mulakan dengan cerita lucu yang tak tahu nak cakap lucu atau tidak... Huhuhuhu.... Semasa cuti semester lepas saya telah bercuti ke Kuala Lumpur dan Selangor... Saya duduk di rumah Abang saya yang no 3... Yang lebih biasa di panggil Uda... Rumahnya terletak di Damansara Damai, Sungai Buloh, Selangor.... Ada satu hari tuh Along, Saya, Kak Ina (akak ipar-isteri Uda), Nad (anak sedara-anak along), Ain (anak Kak Ina), Kak Tie dan Abang Zairi merancang untuk keluar ke Bandar Kuala Lumpur untuk shopping-shopping dan cuci-cuci mata... Mula-mula kami mahu menaiki kereta dari Damansara... namun bila berfikir kembali, nih dah overload kalau nak naik kereta ke sana... Tak pasa-pasal kena saman pula nanti... Kalau naik kereta mesti akan tempuhi jem... Malasnyer nak tempuh jem... Tiba-tiba idea saya datang... Tuink!!! Apa kata kita naik KTM dari sini sampai KL central then nek lar monorail kalau nak ke mana-mana.... Dari rumah naik lah kereta... Idea saya di terima... Kakak-kakak saya pun kata, "Ala sekejap jek kena berhimpit-himpit nak ke KTM, bukan jauh sangat pun..." Akhirnya semua setuju dan lantas bersiap-siap.... Perjalanan ke KTM memakan masa lebih kurang 20 minit dari rumah... KTM Sg Buloh... Perjalanan ke KTM pada mulanya berjalan lancar... Tapi nak ke KTM itu perlu u-turn di satu trafik light yang boleh tahan jauh juga... Dalam perjalanan nak ke trafik light tuh... Apasal macam jem nih.. Jengah-jengah... ALAMAK... BAPAK POLISI... aDUS.... Yang dalam kereta semua dah kelam kabut... Yang duduk kat belakang, Saya, Kak Ina, Along dan Nad... Dah la mereka semua nih besar-besar... Saya aje yang kecik... Serius!! Nad, anak sedara sulong saya memang lagi besar dari saya.. Beratnya 50 Kg... Adui... Tiba-tiba idea melalut muncul dari idea kakak-kakak saya... Kita sorok kan adik.... Ya adik.. Saya lah tuh... Adui... Dah pakai lawa-lawa kena sorok plak... Kakak-kakak saya menyuruh saya menyorok di belakang badan mereka... Nak hidup punya pasal saya buat jugak... Mentang-mentang saya yang paling kecil, kamu buli saya yer!!! haish... Sabar jek lah... Makna nya 2 kali saya kena menyorok sebab selepas u-turn perlu melalui jalan yang sama dimana di kedua-dua hala jalan itu mempunyai sekatan polis... Adui.. Lemas-lemas... Lepas kejadian itu masing-masing gelak kan saya... Cess.. mentang saya kecil.. tak pe kamu semua... Lepas tuh apa lagi, saya 'pow' la kakak-kakak saya atas kegansan yang dilakukan ke atas saya... Hihihihi....


MOral of da Story:: Jangan jadi orang kecil macam saya... Nanti kamu akan selalu di buli, even oleh anak sedara kamu sendiri.. Cess....

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers