Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, July 30, 2010

Receptionist tak leh pakai tudung ker??

Assalamualaikum wbt.


Orang tak ada keje bese lar duk surf web cari kerja. Dapat kerja sementara pun jadik lah kan. Jadik receptionist pun ok jugak. Tak kiralah kerja apa-apa. Yang penting masyuk. huhuhu. So, tengah jenjalan, eh silap, tengah surf kerja yang sesuai. Tetiba adalah 1 syarikat nih nak pakai receptionist. Ingat nak try cuba test lar kan. Bukak-bukak jek page tuh terus hampa. Tengoklah kat bawah nih.



Rasa korang la kan. Syarikat nih syarikat melayu ke cina? Sebab kan dia tulis bahasa melayu tau. Kalau syarikat cina dia tulis english. Eh, tak jugakkan? haish. Think positif yek. tapi tak puas hati dengan ayat "Wanita melayu" tuh.

Apalah. Ingat kalau receptionist pakai tudung then tak ada yang nak datang syarikat dia ker? Salah ker kalau receptionist tuh pakai tudung? haish. Marah nih.


GigaBite:: Suruh jek receptionist syarikat tuh bogel. Sure berlambak-lambak dapat tender or yang sewaktu dengannya. hahaha. Geram!!!

Maafin aku dong!

Assalamualaikum wbt.



Pertama sekali, nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat sangat nak hupdate blog plus blogwalking. Maaf ya. Sibuk? Ya, sibuk sikit. Baru sikit jek tuh. Belum banyak lagi. huhu. Sibuk sebab memenuhi tempahan kuih. Lepas tuh dengan ambil order lagi, promote-promote lagi. huh. Pastu carik barang lagi. Kalau cerita kat sini tak abis lah. hehehe.


Alhamdulillah setakat nih semuanya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama saya budak pure sains macam saya kena belajar account. Sebabnya? Sebab nak kira duit yang keluar masuk. Supaya tak overdue or tak sangkut nanti. Kalau tidak payah ler tak ada buku kira-kira.


Tempahan masih di buka lagi. So, pada sesiapa yang nak tempah tuh call lah yek. Saya pun tak sempat nak update sidebar tuk letak tempahan kuih tart nenas tuh. Nanti saya letak yek.


Semoga usaha saya untuk berniaga berbaloi dan memperolehi pengalaman nanti. Doakan yek!


GigaBite:: Nanti saya datang jenjalan ke blog kamu, kamu, kamu dan kamu kalau saya tak sibuk siapkan tempahan yek.

Friday, July 23, 2010

Mata menular!

Assalamualaikum wbt.



Awas.
Jaga-jaga mata anda.
Ada yang berselindung di sebalik kaca mata hitam.
Namun bebola matanya kita tidak tahu ke arah manakah di tuju.


Actually tadi jenjalan kat fotopages.
Pegi fotopages orang kahwin.
Entah kenapa sejak akhir-akhir nih suka sangat tengok orang kahwin.
Gambar sah ler cantik-cantik.
Pastuh tambah lagi pengantin yang cantik.
huh.
Bikin hati panas-panas.
Jelus di situ.


Okey.
Short story.
Gambar nih ada makna tersirat.
Jom tengok bebola @ biji mata this man menghala ke mana.




This man.
Man wearing "black" glasses.
Phewwwwit.
Pengantin perempuan sangat cantik!!




Okey.
This time, nih memang dah sah halal kan.
So, no wonder lah nak "tinjau-tinjau" dulu sebelum menyelam.
haish.
Takda yang tersirat dengan ayat itu okey.



May be dia tengok gigi.
"Cantiklah gigi you!"






Teringin pakai gaun nih masa da biggest day!
Tapi nak pakai inner.
Tak sanggup ler pakai gitu jek.
Nanti husband tak jadik potong kek lak.
Kan dah lepas moment potong kek nanti.
hahahaha.
Gelak jahat di situ.


GigaBite :: Good nite. Sweet dream. Selamat malam jumaat!

Wednesday, July 21, 2010

Tempahan kuih raya sempena raya.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah bersyukur kerana masih lagi bernafas di bumi tumpangan ini. Lama mendiamkan diri bukan sengaja. Cuma mood terbang entah ke mana. Dengan gaduh-gaduh manja dengan pengulam jantung lagi. Lepas tuh demam pulak tuh. Nih pun tak berapa elok lagi. Tapi laratkan aje. Cayuk3!!!


Owh. Berbalik kita pada topik kat atas. Saya sekarang tengah sibuk berbisnes. huhu. Bisnes kuih raya. So, kepada sesiapa yang berminat nak beli kuih raya especially kuih tart nenas, kuih sheel dan batang buruk. Cepat-cepatlah buat tempahan dekat saya. Sememangnya anda takkan menyesal tempah kuih raya dengan saya. Dan anda akan bersyukur bila anak jiran anda asyik datang rumah anda untuk menghabiskan kuih raya anda. Atau pun mungkin anda yang menghabiskannya. hahaha. Action di situ.


Sebelum di masuk kan ke oven.


Sampel paket.
Untuk yang merasa dan berminat menempah.

1 bekas = RM 17.00 = 50 biji
2 bekas = RM 32.00 = 100 biji
(dun noe kenapa gambar nih jadik cam nih.)

(T____T)

Batang buruk.
Tak lah buruk sangat.
1 paket RM 10.00




Kuih goyang @ kuih ros.

1 paket RM 15.00
(besar dari paket batang buruk.)



Kalau rasa-rasa ada permintaan nak buat kuih lain. Leh request dan mungkin akan dipertimbangkan. Kalau area Batu Pahat dan Melaka penghantaran secara COD leh di buat. Tpi kena add-on delivery charge. Lain-lain area menggunakan pos. Terima kasih.


GigaBite:: Tart nih jadik feveret setiap kali berhari raya.

OPS:: nota buku kuih= Nak order boleh hubungi 0137006179. Untuk yang berminat sahaja!!

Saturday, July 17, 2010

Katak tomato bukan kodok pink!!

Assalamualaikum wbt.


Okey. Firstly, set kat mind yang anda nak tengok katak tomato. Sekali lagi KATAK TOMATO okey. Bukan benda lain. Ingat bukan benda lain. Hanya katak tomato. Okey. Dah bersedia? Betul nih? Dah set ye! Kalau mata anda tengok benda lain memang anda silap set. Okey. Scroll down lah.



>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>







Tengok!
Mesti anda tengok kodok pink kan.
Kan dah cakap set kat mind tengok Katak Tomato.
Anda Fail!!!


Ops.
Hanya suka-suka.

Letak lah jugak close up Katak tomato nih.
Geli!!!
Iyerk!!!




(Ehsan gambar abang OnDScene)



GigaBite: Rasa nak gelak. Brrrppp..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya!

Assalamualaikum wbt.



Kadang-kadang, bahkan selalu, benda yang akan berlaku kita tak duga. Tak sangka. Tapi siapalah kita untuk menolak takdir bukan? Nak meraung bagai menangis airmata darah sekalipun kita tak bisa mengubah apa-apa. Telah itu yang tersurat di Luh Mahfuz. Redha adalah jalan terbaik. Mungkin yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Siapa kita untuk menidakkannya. Dan siapalah kita jua untuk menghentikannya.



Setelah bahagia dilayari. Ditemani Mak dan Abah tercinta. Puas melihat mereka tersenyum. Sayu melihat mereka menangisi pernikahan nya. Namun, hati Mak dan Abah harus merelakan. Kerana anak gadis pasti suatu hari nanti akan pergi meninggalkan nya kerana mengikut suami. Mungkin ada di suatu sudut yang tidak diketahui, Mak dan Abah lega kerana telah menunaikan tanggungjawabnya. Kini giliran si suami untuk mengambil alih tanggungjawab.


Namun, siapalah dia untuk menidakkan takdir yang hadir. 3 hari selepas hari bersejarah dalam hidupnya. 3 hari selepas bergelar isteri. Janji nya mahu menghadiahkan cucu yang comel-comel. Tapi.... Tak siapa tahu itu yang akan terjadi. Sedih. Sayu. Tetapi harus diharungi jua.


Selepas menikmati makan malam bersama keluarga tercinta. Bersama suami tersayang. Abah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Namun itulah yang dikatakan takdir. Dia tiada kekuatan untuk menolakkan nya. Sayu hatinya. Namun terbit sedikit di dalam jiwa nya rasa syukur kerana Abah masih sempat menjadi walinya. Masih sempat tersenyum manis apabila dia di atas pelamin. Hati bertambah sayu bila mana janjinya tidak sempat untuk ditunaikan. Tidak sempat Abah memegang zuriatnya akan datang.


Doanya semoga roh arwah Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.





GigaBite:: Cerita ini berkaitan dengan teman saya yang baru mendirikan rumahtangga pada 11 Julai lalu. Dan pada 14 Julai, Abahnya telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama lah kita sedekahkan AlFatihah. Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Thursday, July 15, 2010

Katak?

Assalamualaikum wbt.


Katak?! Binatang yang paling saya tak suka. Geli geleman bila dengar nama katak. Walaupun hanya patung katak yang kaler hijau tuh. huuh. Tak minat katak sebab warna hijau kot. Tak jugak. Katak tuh menggelikan. Iyerk.


Katak. Terbalik kan pun still jadik katak jugak. Katak owh katak. Geli sebut. huhuh. Dahsyat betul saya geli dekat katak nih. Walau pun pengalaman saya dengan katak banyak lah jugak. Nak tahu. Saya cerita okey.


Cerita 1:

Kalau semua balik rumah Ibu saya terpaksa tidur luar. Cerita nih dah lama. Zaman tuk kadam lagi, masa saya sekolah lagi. So, terpaksa tidur di luar. Rumah memang besar tapi kenalah mengalah dengan katak-katak, eh silap, kakak-kakak yang balik.

Bila tidur luar of coz tidur beralas toto jek kan dan tidur bawah lah. Takkan kat living hall ada katil plak. Kalau living hall ada katil ajaib. Melainkan sofa katil lah kalau ada kan. Part nih best. Ibu kejut bangun, tapi liat sangat nak bangun.

Entah datang dari mana katak tuh ntah. Lompat-lompat then baik nye lompat dia lompat atas dada. Time tuh rasa cam sape lah dengki nih baling barang nih sebab suh bangun kan. Celik jek mata. Mak ai. KATAK!. Nasib baik tak pegang. kalau tak sure balik jek dekat sesape. Memang pas incident tuh tak tidur lagi dah kat situ. Amek port lain. Tak pun sebelum tidur pastikan tak de katak kat tempat tuh.


Cerita 2:

Cerita nih censor sikit lar. Kalau rasa tak cukup umur lagi jangan teruskan pembacaan okey. Kalau tak akak cubit-cubit adik. hahaa. Poyo! Gini ceritanya. Cerita dalam bilik mandi. Iya, BILIK MANDI. Sebab tuh bawah umur tak leh baca. FAHAM?

Tengah syok-syok mandi. Syok mandi okey. Airnya yang sangat sejuk. Sangat nyaman. huhuhu. Tetiba ada katak terbang. Aduyai. Nih yang lemah nih. Dia duk melekap kat dinding. Mata dia tengok saya. Nak gak tanya. 'Pe ada bawak CCTV ke tengok-tengok orang?'. hahaha. Gelak di situ.

Sempat sound kat katak terbang tuh supaya duk diam-diam until saya abes mandi. Okey. Dia faham kot. Then teruskan mandi. Tetiba, apa ntah yang katak tuh geram dekat saya. Dia leh terbang belakang saya. Pe lagi. Menjerit la kuat-kuat. Nasib baik dah abis mandi. Geram kat katak tuh. Nasib baik dia singgah dalam 5 saat jek. Kalau lelama mau pengsan dalam bilik mandi tuh. huh.


Cerita 3:

Katak suka sangat dengan kasut sekolah. Agaknya kasut sekolah saya bau lemak-lemak masam sikit kot. hihihi. Suka bermalam dalam kasut sekolah. Kalau dah lambat memang tak teringat nak cek. Sarung jek. Asal macam ketat jek kasut. Pastu lembik-lembik lak tuh. Aduyai. KATAK!!

Ada sekali tuh terperanjat beruk sampai kasut tuh jauh gila di baling. Ibu yang tolong ambil kan. Lepas kejadian geli dengan katak dalam kasut sekolah. Sebelum pergi sekolah mesti suh Ibu ketuk kan kasut sekolah tuh dulu. huhu.


Katak owh katak. Memang tak suka lah senang cerita. Walau gambar katak kat bawah nih orang leh cakap comel. Tapi tetap tak suka katak. huhuu.



Comel ker?
Adeh.
Iyerk.




Katak gemuk.
Tetap tak comel.
mmmmm.


(Ehsan gambar dari junior yang minat gila katak. Kat Fb dia.)



GigaBite:: Tapi kenapa suka buat muka katak? Macam nih (T_____T), muka katak kan??

Tuesday, July 13, 2010

Teringin nak kucing yang bulu panjang.

Assalamualaikum wbt.

hahaha. Teringin. Ya, sangat teringin. Nak beli tak berduit. Nak buat cam ner kan. Kalau ada yang baik hati nak bagi adopt okey jugak. Tapi tak ada lah samapi merayu-rayu. Kalo dapat kucing pape pun okey jugak. Tak kisah. Yang penting dah besar sikit. Supaya dia leh jaga diri dan senang nak train dia. Mudah-mudahan lar.


Masa hari sabtu tuh singgah kat pets house kat Muar tengok-tengok anak kucing. Anak kucing kat situ comel sangat. Pengulam jantung cakap kalau beli mati kan rugi nanti. Pengulam jantung bukan berjiwa kucing. Dia berjiwa ikan. Kalau ikan memang dia minat sangat.




Saya minat dia.
Dia pun minat saya.
Tapi kami tak da jodoh.
(T____T)


Hei si putih yang jelus tengok saya bergambar dgn si brown.
Si putih tak suka basuh muka.



Alahai, comel nyer dear saya nih.
Kalau lah dapat.
Muka sayu jek.
Nak jek kidnap masuk kereta.


Dia bisik saya, "Bawaklah saya balik akak."
Saya jawab, "Kalau lah boleh, dah lama bawak balik."



Si garfield muka garang.
Tapi sweet aje.


GigaBite:: Sunyi nyer tak da kucing. ehmmm..

Monday, July 12, 2010

Hari yang seronok dan mengenyangkan. Haish.

Assalamualaikum wbt.

2 hari dah tak update blog. Menangis agaknya blog nih bila tuan dia tinggalkan dia sebab terlampau sibuk memenuhi undangan. huh.


Seperti yang diketahui, hari sabtu ritu hari kebesaran tuan punya blog. Atau lebih manis di katakan semakin hari semakin tua. huh. Tak tua mana pun. Baru 23 tahun jek. Muda lagi. Ehem-ehem.


Cerita hari sabtu- 10 Julai 2010

Hari sabtu? Of coz my birthday. Pengulam jantung dah asyik ingat kan dari malam sebelumnya supaya tak lupa date pada hari sabtu nih. Bangun taklah pagi sangat. Then dapat mesej nak awal kan ngedate. Geram jugak. Dah lah tak siap pape lagi. Yang pasti tak mandi lagi tuh. Musyuk. Okey, siap-siap. Pilih-pilih baju. Akhirnya pakai dress dengan cardigan.

Dah siap-siap. Ibu tanya, "Adik nak ke mana cantik-cantik nih?".

"Ibu. Ibu lupa hari nih hari jadi adik ek?" sambil buat muka merayu simpati untuk ingat hari jadi saya.

"Ibu tak lupa lah." lantas Ibu hadiahkan ciuman di pipi. Owh, so sweet.

Time nih nenek belah Abah ada di rumah. Lantas saya ajukan pertanyaan.

"Atuk tak mahu cium adik jugak ker? Hari nih hari jadi adik." (dah biasa panggil atuk!)

Bukan 1 malah 2 sekali nenek bagi ciuman. Senyum sampai telinga.
Nenek bertanya, "Nak sambut ke beli kek?"

Ibu jawab, "Dia nak keluar dengan kawan dia lah tuh.Sambut tunggu 25 haribulan nanti. Kenduri nanti."

Saya masih tersenyum.

"Sambut sekali. Senang nanti semua ada." Nenek sambung lagi.

Dah ready saya pun minta izin Ibu dan terus ambil pengulam jantung di rumah. Mula-mula kami blur nak sambut kat mana. Last-last saya terus cakap. 'Kita sambut kat Melaka jek lah'. Terus kami arahkan destinasi ke Melaka.

Di Melaka kami menyambut kelahiran, eh silap, menyambut ketuaan saya di Jusco dekat dengan Tesco tuh. hahahaha.

Dia belikan saya kek. Owh, kek sangat comel. Tapi harga dia sangat tak comel. Jom tengok gambar kat bawah.



Jangan tertipu dengan gambar!


Tengok!
Kepala lagi besar dari kek.
Ops, bukan besar kepala okey.



Tukang kena paw hari tuh.
Tak da orang nak amik gambar kami.
Sob3.
Cheer up!
Bakal~~


Cerita hari sabtu tak habis lagi. Sampai rumah sebelum magrib. Then lepas solat magrib, duk lepak kat lappy balas mesej birthday kat Fb. Dapat pulak call dari kawan baik saya dan pengulam jantung (seorang lelaki)! Dia ajak makan. Dia nak belanja. huhu. Gemuk. Dia tanya nak apa. Mula-mula cakap nak coklat jek pun jadi lah. Pastuh dia cakap jomlah keluar. Saya apa lagi, cakaplah kalau keluar belanja lar Ikan Siakap tiga rasa dan tomyam. Dia setuju. Tapi dengan syarat kenalah tanya pengulam jantung setuju ke tak. Nak matilah kalau keluar berdua dengan dia jek.

Akhirnya pengulam jantung pun setuju. Dia bab makan nih memang takkan tolak. huh. Pengulam jantung kuat makan. Kalau duduk dengan dia sure leh gemuk. Ahakz. Plus boroi. Ops.



Yummy.
Siakap 3 rasa.




Menu of the day!
Untuk 4 orang nye perut.
Tapi 3 perut lelaki.
Sorang perut perempuan.



Tukang belanja- baju maroon.
Tukang ikut aje- baju hijau.
Peace!!



Interprem sikit.
huh.








Friday, July 9, 2010

Usia bertukar ke angka 23 tak lama jek lagi.

Assalamualaikum wbt.


Sedih. Eh-eh, kejap-kejap. Orang sambut birthday patutnya happy kan? Okey switch mood happy. Tadi salah on mood. Aha.


Esok pengulam jantung dah janji nak bawa keluar ngedate. Tak tahu lah kali nih suprise pe pulak. Kita tunggu dan lihat ajelah yek.


Lagi beberapa jam jek angka 22 akan bertukar jadi 23. Owh, sudah tua. Masa umur nih akak saya yang nombor 4 dah dapat anak sulung. Dia yang paling awal kahwin. Berkahwin seawal umur 20 tahun. Salute lah!!



Saya dan nombor 7 (tujuh) memang sebati. Nak tahu? Jom saya cerita sikit.



Saya lahir - 10.07.1987

Pada pukul - 11.47 malam

Berat masa lahir - 3.70 kg


Tengok tuh. Semua ada nombor 7. Tapi iC saya tak ada. Sesape nak wish kat saya, silalah drop kat komen saya nih.


Alhamdulillah dan bersyukur kerana masih lagi boleh bernafas untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Mudah-mudahan.

Selamat Pengantin Baru.

Assalamualaikum wbt.


Lama nya tak update. Sebab? Sebabnya di dalam kaget masih tidak percaya bahawa cek yang dapat dari nuffnang tuh. Ada sekali begitu. Macam tunggang terbalik jek ayat. haish.


Ahad nih salah seorang kawan saya akan menamatkan zaman bujangnya. Tahniah lah. Moga-moga cepat dapat babay yek.


Sebenarnya akibat kebosanan melampau. Saya telah melawat dari satu laman sesawang ke sesawang yang lain. Sehingga lah saya pergi ke laman sesawang yang di beri nama photofunia.com. Ala laman sesawang yang edit-edit gambar tuh. Bagi yang pernah tahu pasal saya. Saya nih memang minat mengedit gambar. Tak kira lah pakai software atau internet atau apa jua bahan.



Then, gambar tuh sangat interesting kalau letak muka saya. Sila jangan gelak kalau anda tengok. Tak payah lah tunjuk. Okey-okey. Tunjuk jugak. Tapi ditekankan di sini (cewahh), saya takkan bergambar macam tuh. Hanya main-main jek buat macam tuh. huh.

Okey. Let's we see and judge.









Muka sangat plastik!
Tapi tetap comel.
(*___*)

Memang teringin nak pakai gaun tapi bukanlah macam nih. Nih seksi sangat. Nanti tak pasal-pasal husband ajak tidur awal lak. Opssss. Lalalala.


GigaBite:: Yang anda dalam kepala adalah-kerja, kerja, kerja.

Monday, July 5, 2010

My first cek dah sampai! Hadiah harijadi tuh.

Assalamualaikum wbt.


Pertama sekali nak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memperolehi rezeki ini. Amin. Ala, nilai cek pertama nih tak sebanyak mana pun. Cukup la kalau nak celebrate birthday sabtu nih nanti. May be cukup gak nak buat beli kek Secret Recipe. huhuhu.


Jom tengok cek nih. Tak pergi depositkan nya lagi. Sebab tadi sibuk sikit. Insya Allah hari rabu pergi depositkan nya. Mudah-mudahan.



Posmen yang suka campak surat.
Campak moto kang baru tahu.


Dah tahu dah dari siapa.
Dari sugar daddy.



Jarang saya buka surat hiris pakai pisau.
Buka result pun tak macam nih.
Habis terkoyak sana sini kalau buka result.
T.T


Tak banyak mana pun.
Mula-mula tak mau tunjuk.
Malu (T____T)
Tunjuk gak lah.
Bukan berlagak okey.
Ramai lagi kat luar sana yang nilai lagi besar dari nih.



Blog kat belakang.
Cek kat depan.


GigaBite:: Tak tahu lagi nak tulis apa. Just terkeluar dari mulut. ALHAMDULILLAH.

psst..psst.. hari jadi saya 5 hari lagi. peace!!

Contest mata menawan. Auw!

Assalamualaikum wbt.


OMG! Actually nak avoid sangat this contest. Maaf yek SM. Tapi seriusly kalau boleh nak avoid dari join this contest. Sebab mata saya tak cantik macam mata kamu, kamu, kamu dan ha kamu tuh. Serius. Mata tak cantik. Tapi my pengulam jantung cakap mata saya menggoda. Iyurk.

SM yang tag saya untuk join this contest. Demi SM, saya korek semua gambar saya. 2 hari gak saya korek gambar-gambar lama sebab nak letak mata yang paling tak cantik. Last-last, yang ini boleh lah kot. Sebelum tuh ayuh kita tengok syarat-syarat nak join contest nih.



*****************************************
1. wajib menjadi follower blogfatencumyl.blogspot.com
2. pastikan gambar andaseorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)
3. pastikan 1 gambar je taw..
4. pastikan nampak mata anda ye. tak kesah la gambar tu edit ke tak janji nampak mata (nama pun contest mata menawan kan)
5. letakkan banner contest di atas kat sidebar blog korang :)
6. sediakan 1 entri khas tentang contest ni dan tag kawan anda minimum 2 orang.maximum suka hati.
7.contest ini berakhir pada 31 julai 2010.
8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni.serta link referral anda :)

******************************************************


kan dah cakap.
Mata tak menarik pun.
Takkan menang nye.
Orang pertama akan terkeluar.
Nak mata cantik tunggu hari pertunangan ku nanti.
huhhu.
T.T


Papepun thanks pada SM yang sudi tag saya (pssst..psst..mata saya tak secantik mata awak). Untuk Nadia dan Dee. Sila lah pamerkan mata anda yang cantik tuh untuk contest ini. Okey. Nite all!!

Friday, July 2, 2010

Tolong komen header saya!

Assalamualaikum wbt.


Sebelum meneruskan pembacaan entri pendek nih. Sila scroll up mouse ke atas untuk belek-belek header kat atas tuh. Dah puas belek dan timbul ketidakpuas hati di hati anda, jangan malu jangan segan untuk tinggal kan komen. Sebarang komen yang berbaur puas hati atau tidak semuanya akan di layan dengan baik sekali.


Lastly, terima kasih kerana masih menyokong saya. Last but not least, Jangan Lupa Tinggal Komen! Arigato. Arigato. Adeh, pening pulak kepala wat arigato angguk-angguk kepala nih.


Thursday, July 1, 2010

Header oo header.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar anda hari ini? Sehat? Dah lama rasanya tak tanya khabar anda, anda dan anda. Harap-harap sihat la yek.


Sekarang nih tengah berusaha buat header. Sebab bosan yang teramat sangat, tu yang rasa nak buat header. Tapi tengah memikirkan susun atur header tersebut. Then nak letak gambar apa and nak tulis apa. Okey.


Mahu keluar makan sedap-sedap dengan pengulam jantung. Perut mintak di isi. Pengulam jantung suh fikir dari rumah nak makan apa. Sebab nanti sampai restoran terus order. Kalau kat sana baru fikir nak makan apa, alamatnya berzaman lah duk fikir.


GigaBite:: Selepas hujan lebat, sejuknya. Peluk please... (T_____T)

Tukar template.

Assalamualaikum wbt.


Perkara pertama saya buat kat blog saya dalam awal bulan julai nih. Oyeah. Blog saya berwajah baru. Tapi ada macam kebudak-budakkan tak? huhhu. Padahal 9 hari lagi nak masuk umur 23 tahun. Tapi saya suka la. Ceria sangat. Tu yang wat mood blogging menyemarak. Huhuhu.


Oleh itu bagilah komen untuk perubahan yang dilakukan nih. Lama gak duk depan lappy nih duk tukar-tukar background yang cantik-cantik.


Saya suka background nih!!


GigaBite:: Sedang selsema. Menci!!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign