Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, April 30, 2010

Yang di cari bukan populariti atau kemewahan tapi hanya sebuah persahabatan yang tak ternilai.

Assalamualaikum wbt.


Sekarang nih kalau korang perasan lar. Blog tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Merata-rata. Semua orang nak ada blog. (Bukan nada marah okey!). So, bagi saya makin bertambah la kawan-kawan blog saya. Saya suka. Tapi sebelum tuh saya nak tanya lar. Sebab apa korang buat blog? Sebab orang lain ada blog korang nak ada jugak? Sebab korang nak kan kemewahan dari iklan-iklan nuffnang or Advertlet? Atau korang nak mencari kawan-kawan yang sekepala yang suka menulis?


Saya? Saya buat blog nih mula-mula hanya sekadar suka-suka sahaja. Masa mula-mula ada blog dulu, malu gila bila dapat tahu orang baca blog kita. Entah. Tak tahu kenapa. Sedangkan buat blog adalah untuk orang baca. Haish. Dah setahun sebulan usia blog nih. Dapat tahu pasal nuffnang pun 3 bulan lepas. Actually dah lama sign up nuffnang tapi wat dek aje. Sebab tak tahu langsung apa function dia. So, bila dapat tahu dari seseorang yang nuffnang nih leh wat duit, try jugak godam-godam sendiri. Alhamdulillah setakat 3 bulan lepas nuffy dah leh cashout. Tapi rasa nya belum mahu lagi cashout. Nak biarkan jek dulu.


Tapi secara serius la ek. Wat blog nih or blogwalking or buat post baru bukan sebab duit. Tapi sebab nak bina persahabatan di antara blogger-blogger. Suka baca cerita-cerita dia orang. Macam-macam kerenah. Sangat suka. Duit nuffnang tuh belakang cerita. Kalau itu rezeki, Alhamdulillah.


Antara sebab lain jugak sebab nak share cerita sendiri dengan blogger lain. Mana lah tahu cerita yang kita tulis tuh dapat menggembirakan hati orang membacanya kan. Bahagia tau bila dapat buat orang tersenyum. Tapi dalam dunia blogging nih pun tak semua yang suka kat penulisan kita kan. Ada jugak yang suka mengkritik. Tapi tak salahkan kalau kritikan tuh kita terima dengan hati terbuka. Mana lah tahu kritikan dorang tuh yang leh buat korang jadi blogger berjaya satu hari nanti.

Owh. Ada lagi sebab, sebabnya saya memang suka membebel dan menulis. Sama lah tu kan. Si pengulam jantung suka cakap saya suka membebel. Tak reti diam. Masa saya peti suara saya mengalami masalah pun saya asyik duk nak cakap jek. Pengulam jantung dah marah-marah. Mana tak nya kalau asyik cakap macam mana nak baik. Dulu masa saya banyak masa saya suka tulis cerpen. Tulis novel pun pernah tapi sekerat jalan. Sebab manuskrip hilang di makan virus. sedih dan kecewa sangat.


So, nak tanya lar blogger-blogger kat luar sana tuh. Niat korang berblog nih sebab pe. Kalau buruk sebabnya, akibatnya pun jadik buruk. Ingat, dunia tak selalunya indah. Saya menulis hanya sebagai blogger biasa. Bukan sehebat cikAPPLE, Bean Moreno, Eyriqazz, MelRomeo, CikHel, SI Tedi dan bloggers lain yang hebat-hebat belaka (maaf kalau tak tersenarai di sini). Serius, nama yang saya list tuh memang CAYALAH. Suka baca blog dorang.



GigaBite:: Niat mesti baik beb. Huhuhu..

Cerita Lucu Pagi Tadi.

Assalamualaikum wbt.

Cerita lucu? Korang nilai lah lucu ke tak ek. Tapi bila saya teringat balik memang akan buat saya tersenyum kambing dan hampir tergelak. Ibu sayalah yang buat cerita lucu nih.

Pagi tadi selepas bangun untuk menunaikan solat subuh, saya masuk tidur semula. So, bila dah tidur semula tuh, jangkaan untuk bangun adalah melalut. Ibu saya dah duk jerit-jerit suh bangun. Saya dengar. Tapi dalam awang-awangan jek lah. Macam-macam lar Ibu saya cakap untuk panggil saya bangun. Antaranya muka nampak tua kalau bangun lambat, okey saya masih tak bangun lagi. Selaang beberapa minit Ibu jerit lagi, macam mana nak gemuk nih kalau asyik bangun lambat. Saya ignore lagi. Pe kaitan gemuk dengan bangun lambat ek? Ada sesiapa tahu?

Tapi part yang paling saya ingat bila Ibu jerit macam nih.
"Ibu bagi tau Naz nanti yang anak dara Ibu nih suka bangun lambat. Padan muka dia tak nak datang pinang."

Hahaaha. Lucu. Ibu ugut nak bagitahu pengulam jantung saya selalu bangun lambat. Pengulam jantung pun tahu saya selau bangun lambat. keh3. Apa punya anak dara la nih.

Lepas jek Ibu cakap macam tuh saya terus bangun. Bukan lah takut Ibu bagitahu pengulam jantung. Tak takut pun. kwang3. Nak jek cakap, pengulam jantung dah tau anak Ibu nih suka bangun lambat.

Ibu buat lawak hari nih. Ibu nih memang sweet lar. Sayang Ibu.

GigaBite::Ibu boleh masuk episod nih dalam ALAMAK! Tak pun dalam slot Nabil Lu Fikirlah Sendiri.

Tips Dating Dengan Berhemah. (-__-)

Assalamualaikum wbt.

Setelah mendapat idea dari ibu mengenai tajuk di atas, barulah sekarang berpeluang untuk mennyebarkannya. Pagi tadi bangun solat subuh. Lepas tuh tidur balik. Pastuh bangun terus buat susu dan sediakan bahan untuk memasak. Lepas dah siap memasak semua, masa untuk mengenyangkan diri. So, sekarang nih ada masa sikit. Ni yang nak bagi tips dating dengan cara berhemah.

Okey lah. Tanpa putar belit dan panjang kan cerita, jom kita bongkar tips dating cara berhemah nasihat dari Ibu saya.

1. Isi masa dating dengan bermain boling.
Ibu kata ini adalah satu sukan tangan yang sihat. Dari duk kat mana-mana tak tentu pasal dan buang masa baik pergi bermain boling. Dapat eratkan hubungan lagi tau. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang kita manfaatkan masa dating kita tuh.

2. Karaoke.
Ajak boyfriend or girlfriend anda berkaraoke. Tak kira la suara sedap macam Siti atau tak sedap macam katak panggil hujan. Kata nak sehidup semati. So, tak salah kan terima suara si dia walau macam mana pun. Time nih gak kita leh tau lagu pe yang dia suka. So, dari lagu kita dapat tau karakter dia. Tak ke tuh kira kita nak selam tentang diri dia serba sedikit. Tapi bila berkaraoke dalam K-box @ karaoke jamban tuh, jangan korang duk wat benda terlarang plak. **Faham-faham sudah.

3. Windows shopping.
Owh. Ini sangat saya suka. Windows shopping nih dapat cuci mata korang. Di tambah pula dengan mengurangkan maksiat. Yelah windows shopping dah tentu kat dalam shopping complex yang ramai orang. Hai, takkan dalam ramai orang cam tuh ada hati nak buat maksiat jugak?

4. Dating di rumah si gadis.
Si jejaka boleh la membawa makanan, jajan or apa-apa yang patut untuk berdating di rumah keluarga si gadis. Rumah keluarga okey. Bukan rumah bujang. Harap faham. Perkara nih pun sangat sweet. Pengulam jantung saya pernah buat. Sebab saya malas nak keluar. hehehe. So, bila dah dekat rumah senang la ibu bapa nak pantau. Kalau dekat rumah keluarga pun nak buat maksiat itu tak tahu la nak cakap macam mana dah.

5. Jangan pergi tempat-tempat sunyi yang hanya ada korang berdua jek.
Haish. Bila dah koranag dating kat tempat sunyi just berdua sahaja. Maka akan hadirlah orang ketiga. Tak takut ke? Sekuat-kuat manusia akan lemah juga iman nya bila SYAITAN menjadi orang yang mula menghasut melakukan ringan-ringan dan kemudian membawa kepada zina. Nauzubillah. Mula-mula memang la, I cek U, U cek I. Lepas tuh...... (Lu fikirlah sendiri-Nabil yang cakap.)

Cukuplah setakat 5 sahaja untuk hari ini. Kalau ada yang baru akan di tambah. Peringatan nih bukan untuk orang lain tapi lebih kepad diri sendiri. Nak terima atau tidak terpulang lah. Masing-masing ada otak kan. Sekali lagi Nabil cakap- LU FIKIR LAH SENDIRI!!

GigaBite:: Tiada kaitan yang hidup mahupun yang dah meninggal. Harap maklum.

Thursday, April 29, 2010

ASRAMADANA vs ADAMAYA

Assalamualaikum wbt.

Lamanya menghilang.
Maaf lah yek.
Internet tiada.
Sebab bertukar dari broadband ke streamyx.
So, take time sikit.

Sekarang tengah buat come back.
Ops, macam artis pulak.

Okey.
Berbalik pada tajuk kat atas tuh.
Dua-dua cerita yang tengah hot kat TV3 sekarang nih.
Dua-dua saya tengok.
Dan yang paling nampak dua-dua cerita pasal cinta obses seorang lelaki pada seorang wanita yang dia sayang.
ADAMAYA--> Cinta Dani pada Maya selama lebih 5 tahun yang tak pernah berubah.
ASMARADANA--> Cinta Amran pada Zizah selama lebih 5 tahun juga yang jugak tak pernah berubah.
Sama kan.
Walau pun sama tetap suka tengok.
Tapi kan...........takut sama lelaki yang obses sama cinta macam dua-dua cerita tuh.
Gerun.

Setiap manusia ada takdir masing.
Kenapa dua-dua lelaki tuh macam tak nak terima takdir tuh ek?
Dalam realiti hidup ada ke macam tuh?
Owh, saya ngaku ada.
Dari pengalaman.
Bukan saya.
Tapi seseorang yang rapat dengan saya.

Tak tenang selagi tak tahu apakah pengakhiran kedua-dua cerita ini.
Tak sabar nak tahu pengakhirnya.

GigaBite:: Apa pendapat bloggers kalau lelaki macam tuh? (T__T)

Monday, April 26, 2010

Terharu.

Assalamualaikum wbt.

Terharu.
Satu perasaan yang tak dapat digambarkan.
Tak dapat di luahkan.
Faham kan?

Sebenar nya nak cerita personal sikit.
Pasal pengulam jantung yang memberi ayat menusuk jiwa dan membelah kalbu.
Itu yang jadi terharu tuh.
Ada orang meluat?
Ada saya kesah.
Aiman tak kisah.
Dah namanya personal blog.

So, kalau rasa meluat Alt+F4.
Ataupun icon pangkah kat sebelah kanan atas sekali tuh.


Okey.
Macam ni.
Tadi mesej la pengulam jantung.

"Sori sebab susahkan Bie."

Explaination dari ayat diatas seperti dibawah.
Sejak akhir-akhir nih dompet menipis.
Nak jilid thesis pun macam cukup tak cukup jek.
Salah satu jalan adalah dengan meminta dari si pengulam jantung.
Beberapa saat lepas tuh si pengulam jantung balas.

"Tak lah. Duit boleh cari. Tapi sayang tak bolehkan?"

Mak ai.
Time tuh rasa terharu gila.
Beberapa kali jugak gosok mata.
Tapi si pengulam jantung memang jiwang.
Bukan selalu.
Kadang-kadang aje.

Okey.
Fullstop.
Muka tengah blushing.
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Tak kesah apa nak kata.
Yang penting happy.
Happy.
Yippi.


GigaBite:: Mood menulis dah kembali. Yuhuu.

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum wbt....

Lamanya menghilang.
Bukan tak mahu menonjol.
Tapi,
Kesibukan menyiapkan segala tugasan sebelum beredar dari UTM.
Alhamdulillah segala dugaan & cabaran dihadapi dengan sabar.
Sesungguhnya segala dugaan itu ada hikmahnya.
Bersyukur kerana Tuhan masih memberi peringatan lagi.

Esok.
Nak setel tandatangan dengan SV pula.
Lepas tuh terus balik Muar.

Keputusan di ambil untuk bercuti sebulan dua merehatkan minda yang paling utama.
Kemudian baru mengemudi kapal untuk membawa diri ke alam pekerjaan.
Insya Allah jika ada rezeki, di situlah rezeki kita.
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.
Amin.


GigaBite:: Banyak sangat benda nak tulis tapi belum ada momentun itu lagi. :)

Thursday, April 22, 2010

Nak kucing untuk mengubat kesunyian.

Assalamualaikum wbt....

Entri nih macam menagih simpati pulak. Macam ye jek. I don't care. Masa bercuti di rumah hari tu time tengah duk tengok TV, rumah rasa sunyi lain macam jek. Baru perasaan yang Neng tak keluar-keluar pun. Apalagi bersuara. So, tanya la dekat Ibu.

"Bu, neng mane? Tak nampak pun." tanya sambil ngunyah kuih koci.

"Neng dah mati la dik. Ibu saje tak bagi tau sebab adik exam kan. Kena sakit kucing lar dik." Ibu explain.

"So, tak da seekor kucing la nih. Sunyi nya Bu." Sahut aku dalam keadaan sayu.

Sedih bila ibu cerita cara kematiang Neng. Anak Neng pun ikut jejak Neng. Sayu lah.
Pastu texting My Bie.

"Bie. Carikan sayang kucing. Yang cantik, yang gebu, yang bulu panjang." Wah sangat demand di sini.

Hari tuh pengulam jantung saya nih meronda-ronda pergi kedai haiwan. Kami suka pergi kedai haiwan nih. Pastuh dia cakap ade kucing tuh, tapi tak comel. Tak comel tak mau. hehe. Sangat demand ok.

So, sekarang memang belum jumpa kucing yang memenuhi kriteria. Nak beli duit pula tak berapa nak ada. Siapa lah yang sudi sedekah kan kucing kat saya. Masa kakak saya kerja kat Muar dulu dia dapat kucing gebu & bulu panjang, kawan dia kasi. Tapi kucing tuh pun tak panjang umur sebab kecewa dengan suaminya lalu meminum racun. Suka jek tokok tambah cerita.

So, ade sesiapa tak nak bagi kucing dekat saya yang sangat suka kucing. Nak tunggu pengulam jantung saya carikan. Urmm. Sampai kucing bertanduk pun tak dapat agaknya.


Arwah Neng dan anak-anaknya.
sob3~


GigaBite:: Saya suka kucing. Abah pernah buang kucing yang paling saya sayang. Tapi tak leh wat pape. Nak cari pun dah tentu takkan dapat. Sedih. Rindu Puteh. Sob3~~

Wednesday, April 21, 2010

Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum wbt......

Mak ai. Tajuk bikin gempak aje. Bukan apa, sejak akhir-akhir nih ramai sangat orang nak mendirikan masjid. Rakan sekolah. Rakan Universiti. Rakan blogger. Sedara sepupu sepapat. Haish. Memang akan full la waktu cuti nanti dengan undangan majlis perkahwinan. Takpe-takpe. Hadiri majlis kahwin orang lain dulu sebelum sendiri punya majlis.

So, kat sini nak bagi lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian Saloma. Jom lah nyanyi ramai-ramai untuk orang yang nak kahwin tak lama lagi. Biar berdebar sikit dorang-dorang nih. Hahaha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dan sementara tuh nak tambah sikit nih. Nak selitkan pasal inai. Owh, tuan blog nih memang suka pakai inai. Suka juga melukis inai di jari sendiri. Sehingga selalu terfikir, siapakah yang melukis inai di jarinya nanti. Ahakz.

So, nih untuk Mrs Edy jugak. Yang nih may be kurang cantik sikit dari segi lukisan tapi warna dia sangat amat cantik but its simple. Jom tengok.



Ini orang tak da keje namanya.

Warna inai dia cantik.

Lukisan inai yang simple.
Boleh di modified lagi.

Tengok. Simple tak serabut.
Suka love yang dekat jari tuh.
Kalau leh susun dekat jari tuh cantik gak.

Peace!


Inilah inai yang berjaya melawakan jari saya.


GigaBite:: Memang suka berangan pakai inai. Tak tahu kenapa. Sejak dari kecil lagi macam tuh. Tak sabar nak kahwin agaknya kot.

Tuesday, April 20, 2010

Flower Girls For Wedding.

Assalamualaikum wbt......

Flower Girls. Atau dalam bahasa malaysianya gadis bunga. Selama 4 tahun berada di Universiti, telah 2 kali saya menjadi flower girl! Flower Girl for convocation opening ceremony. Menyampaikan bunga kepada DYMM Sultanah Zanariah merupakan sesuatu yang mencabar. Untuk pertama kali berasa sangat gugup tetapi gembira kerana berpeluang dan terpilih menjadi flower girl.

Untuk kali kedua, rasa gugup masih ada walau sedikit. Tapi yang pasti sangat best bila jadik flower girl versi orang dewasa. Yang kedua nih untuk Majlis Jamuan Canselor Bersama Sultanah. Tapi malangnya bila gambar masa pegang bunga khas untuk Sultanah yang cantik sangat tak ada dalam simpanan. Sob3!!

Sebenarnya nak berada mengenai flower girls (versi kanak-kanak) khas untuk Mrs Edy.Gambar flower girls yang akan ditunjukkan ini adalah semasa majlis perkahwinan kakak saya. Bunga kat kepala dan tangan tuh saya buat sendiri. Saya memang suka bab hias-hias nih. Nak-nak untuk orang kahwin. Untuk Mrs Edy jugak, saya ada sedia gambar inai di jari kakak saya yang saya sendiri lukis. Betul! Ini tak tipu.

Jom kita layan gambar kat bawah nih.

Masa nih terpaksa beli kasut baru sebab kasut banyak yang tinggi.
So, kena pakai yang tak berapa tinggi.

Simple tapi meriah.


Anak sedara saya semuanya.

Abby, Aen & Qira

Yang tengah sangat cumil!!

Bunga tangan dan crown kepala buat sendiri oleh saya.

Kalau saya kahwin nanti dia orang dah sangat besar untuk jadi flower girls.

Pengantin tidur kat atas pelamin.
Flower girls duk sibuk nak bergambar.

Erk. Angkara abang ipar yang dengki time tengah karaoke.
Tetiba jek pergi sarung crown flower girl kat saya.

Ukiran inai di jari buatan saya.
My sis memang cantik!!

GigaBite:: Nih gambar dari album dah setahun. Dah lapuk. Tapi masih boleh di kategori pengantin baru. Erk. Boleh ka itu macam?

Seronoknya berada di rumah 3 hari!

Assalamualaikum wbt....

Seronok! Itulah gambaran pertama bila berada di rumah.

Kenyang! Itu pula adalah gambaran kedua ketika berada di rumah. Anda dapat gambarkan tak? Cuba bayangkan anda berada di rumah.

Sedih! Sedih bila tak dapat online dan update blog bila line broadband kat rumah bertukar jadi line BerUkBannEd. Ops. Tak perlu dinyatakan broadband apa yang digunakan. Rahsia!

Yang pasti tak lama lagi line BerUkBannEd itu akan di suis ke Streamyx. BerUkBannEd itu pula akan diserahkan kepada kakak saya.

Nanti saya post kan gambar masa di kampung. Dengan karnival Bank Rakyat yang sangat syok bila boleh tengok Hattan dan nyanyi-nyanyi.

Sekarang adalah masa untuk membetulkan thesis saya. Sesiapa yang berhajat nak tolong sila angkat mouse. Meh tolong saya supaya saya boleh cepat-cepat balik ke rumah semula. Duduk rumah dan besarkan badan atau pun tunggu orang duk masuk pinang. Keh3..

GigaBite:: Otak, fikiran, perasaan semua masih di rumah. Badan jek dekat U nih. Haish.

Thursday, April 15, 2010

Menguap. Comel & Hodoh.

Assalamualaikum wbt......

Menguap. Atau dalam bahasa inggeris nya 'yawn'. Menguap adalah sesuatu perbuatan membuka mulut seluas-luasnya sehingga lalat berjaya menembusinya. Apa punya definisi lah nih. Abaikan.

A yawn is a reflex of simultaneous inhalation of air and stretching of the eardrums, followed by exhalation of breath.

Kuap adalah sebuah gerakan refleks menarik dan menghembuskan nafas yang sering terjadi saat seseorang merasa letih atau mengantuk.

Tetiba aje saya bercerita pasal menguap nih apasal? Sebab saya suka menguap. Saya tak peduli orang nak kata apa. Kalau saya menguap, ada sound effect tau. Jangan main-main. Hahaha. Sebab menguap macam tu lah selalu kena marah dengan Ibu. (T____T)

Jom kita layan gambar orang menguap yang comel dan huduh. Ops, salah. Hodoh. Bukan hudud okey. Jom layan~


~Yang huduh~

Sure askar nih mati kena tembak lepas tuh.
bahahaha~

Sure mesti kalah game dia pasni.

Adeh nenek nih. Macam tu sekali muka dia.

Annoying la bila orang lain duk terangkan kita duk menguap.

Mak cik nih macam terkezut pun ada.



~Yang cumil~

Baby kalau menguap sure comel.

Kan dah cakap. Comel kan?

Wah, macam sopan jek menguap macam tuh.

Comel kan? Cuba orang dewasa buat cam tuh?
Hampagas.

Sungguh comel.


(◑‿◐)

GigaBite:: Masa buat entri nih adalah 3 kali duk menguap. Ngantuk? Semestinya.


Menunggu kucing bertanduk or manusia bertanduk??

Assalamualaikum wbt....

Selalu kita mendengar pepatah seperti menunggu kucing bertanduk. Apakah maksud pepatah ini? Pepatah ini bermaksud menunggu sesuatu yang takkan terjadi. So, tak payah la gatal-gatal nak tunggu lagi. Memang takkan terjadi.

Tapi kalau nak ubah pepatah nih jadik seperti menunggu manusia bertanduk boleh tak? Sebab rasa nya sama jek macam kucing. Manusia pun mana boleh bertanduk. Tapi dalam gambar kat bawah nih manusia bertanduk. So, kalo ade orang bagi pepatah tuh kat korang, korang bagi gambar nih sebagai proof yang manusia ade dah yang sudah tumbuh tanduk.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tengok tuh. Kan dah cakap. Dah tumbuh tanduk dah.


Macam nih ke kalau kucing bertanduk?
Senang la macam tuh kalau nak bawak g mana-mana.
Sebab ade cangkuk tuh.
Huish, zalim.


Cium lah saya!!

Assalamualaikum wbt.....

Rasanya kalau saya memiliki bibir mungil macam kat bawah nih ada orang nak cium tak?
Bibir seksi tu tau. Jangan main-main. Mesti ada yang tergoda lihat bibir nih. Nak tengok tak? Jangan tergoda tau. Jangan sampai ada rasa mahu cium okey! Bersedia? Jom tengok.

Jeng~Jeng~Jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Cepat, meh I cium. Dah ready nih.

Siapa lagi nak kena cium??


Bibir comel or bibir "mungil" macam nih mana sedap kalo di cium??
(╯▽╰)


GigaBite:: Nasib baik bibir saya comel-comel jek. Perasan! (─‿‿─)

Wednesday, April 14, 2010

Selesai sudah~~

Tiada kaitan dengan hidup @ mati.


Assalamualaikum wbt....

Lama jugak tak menulis post. Kesibukan dengan exam membuatkan tiada masa untuk update blog. Itu juga menyebabkan tiada masa untuk berblogwalking. Akibat daripada itu menyebabkan trafic macam ular kena palu. Faham tak?

Sekejap menceracak naik. Sekejap menjadi trafik paling rendah tapi tak adalah sampai zero. Yang pasti lepas nih nak duk naik kan trafik semula. Alhamdulillah earning masuk lah juga.

Sekarang tengah mencari idea untuk tulis pasal sesuatu yang best ke apa-apa ke. Yang pasti otak perlu di seting semula kerana beberapa hari nih input dan output saling bekerjasama.

Yang pasti hidup perlu di teruskan walau apa pun halangan nya.

Selesai sudah menghabiskan 4 papers final exam. Ini yang terakhir. Iya! Yang terakhir untuk diri sendiri yang bergelar pelajar Universiti. Sedih~


GigaBite:: Mood tak sampai lagi. Sebab tuh tulisan macam tak tulis jek.

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

Assalamualaikum wbt....

Kehidupan di era globalisasi yang serba teknologi ini tidak lengkap tanpa internet. Banyak saluran internet yang boleh didapati pada zaman ini seperti broadband, WiFi, StreamyX dan terbaru adalah P1 w1max.

Rangkaian internet ini adalah tanpa wayar. Atau dalam bahasa inggeris nya wireless. Sungguh menakjubkan. Rata-rata rakan-rakan saya yang menggunakan perkhidmatan P1 w1max ini mengatakan ia tidak menghampakan. Niat di hati mahu pasang satu, namun tidak mengizinkan kerana kawasan rumah saya belum lagi diliputi rangkaiannya.

P1 w1max memang menepati kriteria seseorang yang suka surf internet pada bila-bila masa sahaja. Jadi saya mengesyorkan kepada sesiapa yang masih tercari-cari lagi apakah rangkaian internet terbaik yang patut di pasang, pilihlah P1 w1max.

Iklan pertama P1 w1max yang tersiar di televisyen begitu kontroversi. Sehingga ia tidak lagi di siarkan. Sungguh lucu. Saya suka iklan itu. Bila mengimbau kembali ikan itu, telinga saya masih terngiang-ngiang pertanyaan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki "dah potong?" Pengantin lelaki menjawap "Of course..." dengan muka yang begitu selamba. (bukan lucah okey!)


Sudah potong??


So, apa kata kita bertukar ke rangkaian internet P1 w1max ini yang tiada wayar. Jangan fikir lama-lama nanti kita akan merana.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers