Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, April 12, 2010

Post Mortem Tiupan SangkaKala

Assalamualaikum wbt....

Saya terpanggil nak buat Post Mortem pasal cerita Tiupan SangkaKala malam sabtu lepas. Tak tahu apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis entri pasal cerita nih. Mungkin jalan cerita yang agak menarik dan mengusik jiwa membuat kan saya ingin berkongsi.

Lakonan hebat oleh Rita Rudaini. Saya dari dulu sebelum dia ada kontroversi lagi saya memang minat sangat dengan lakonan Rita Rudaini. Masa dia berlakon cerita Raflessia lagi saya bertambah minat sebab nama watak yang dia bawa adalah nama saya. AKMA.

Okey. Mula-mula tak rasa nak tengok cerita nih sebab macam tak faham jalan cerita bila tengok iklan dekat TV3. Tapi disebabkan ada Rita Rudaini, saya tengok.

Cerita dia berkisar tentang seorang wanita kaya yang telah lanjut usianya di paksa berkahwin dengan seorang lelaki yang sederhana, Adi (lakonan Eman Manan). Namun pada mulanya dia memberontak. Ibu bapanya ikhlas nak mengahwinkan mereka kerana tidak mahu Arissa (Rita Rudaini) terus hanyut dalam dunianya.

Akhirnya bapanya membuat keputusan untuk membuang namanya di dalam wasiat jika dia berkeras. Arissa akur demi mewarisi kekayaan bapanya. Adi dan Arissa pun diijabkabulkan. Namun hanya untuk menyedapkan pandangan ibu bapanya sahaja. Arissa memberi ubat guna-guna untuk Adi akur segala kata-katanya. Namun, disangka kan panas hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Langit juga tak selalunya cerah.

Sikap Arissa bukan seperti wanita lain di luar sana. Dia tamak kan harta. Kekayaan. Kemewahan. Melawan ibu bapa. Bersuara tinggi pada suami.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit cerita ini kerana berjaya membawa impak kepada diri saya. Bagi penonton lain saya tidak tahu bagaimana.

Mari kita lihat rentetan cerita ini dari shoot yang sempat saya snap semasa saya sedang asyik menonton cerita ini.
Layan~~

Setelah berkahwin, Arissa berpindah ke rumah Adi yang serba daif.
(muka marah! sangat menjadi. congratz!!)

Selepas kematian bapanya.
Dia tengah duk melawan mak dia.
Adeyh, time nih sadis.
(dunia realiti ada tak macam nih??)

Akhirnya, Allah Maha Berkuasa.
SubhanaAllah.
Sekejap jek Allah bagi balasan kat dunia.
Belum lagi kat akhirat sana.

Tidak dapat menerima kenyataan dirinya lumpuh sebelah kaki.
Serve it!!

Tetapi masih tidak bertaubat dan menyesal.
Adeyh, dia leh g tendang hubby dia.
(Ada ke isteri macam nih dalam dunia realiti??)
Nauzubillah.

Lihatlah betapa baiknya suami yang menjaga dia.
Agak-agak suami real Rita Rudaini jelus tak?

Orang gaji pun jadi mangsa.
Bila lah dia nak taubat nih.
Dah macam tuh pun tak sedar diri.

Ayat sebelum tuh adalah
~Tiupan SangkaKala~

Ending dia, hubby dia mati (tak syok nye bila Hero mati).
Dia pula menderita sakit.
Allah dah tunjuk yang lagi dahsyat.
Dah insaf tak rasanya??


THE END!

GigaBite:; Cerita nih memang best. Bagus untuk sesiapa sahaja yang menonton nya. 4 setengah bintang!

5 comments:

aishahumairah said...

salam,,
xsuke ending dia..:(
pttnya biar la nmpak keinsafan dia kn..huhu

Aqma eUcaLypTus GurL said...

wasalam.. betul2.. patut dia insaf kn.. pastu hero tak leh mati... hehe..tq for comment..

mahira oya said...

betul2..agree...
x puas hati sgt citer nih ending die

bellar0ssa said...

hui xpernah tgk..tapi memang bagos.bawa pengajaran...rita pandai berlakon.eman manan memang terbaek!

nazz said...

wah rugi giler la nazz x tengok citer nih..huhuhu

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign