Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, April 30, 2010

Tips Dating Dengan Berhemah. (-__-)

Assalamualaikum wbt.

Setelah mendapat idea dari ibu mengenai tajuk di atas, barulah sekarang berpeluang untuk mennyebarkannya. Pagi tadi bangun solat subuh. Lepas tuh tidur balik. Pastuh bangun terus buat susu dan sediakan bahan untuk memasak. Lepas dah siap memasak semua, masa untuk mengenyangkan diri. So, sekarang nih ada masa sikit. Ni yang nak bagi tips dating dengan cara berhemah.

Okey lah. Tanpa putar belit dan panjang kan cerita, jom kita bongkar tips dating cara berhemah nasihat dari Ibu saya.

1. Isi masa dating dengan bermain boling.
Ibu kata ini adalah satu sukan tangan yang sihat. Dari duk kat mana-mana tak tentu pasal dan buang masa baik pergi bermain boling. Dapat eratkan hubungan lagi tau. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang kita manfaatkan masa dating kita tuh.

2. Karaoke.
Ajak boyfriend or girlfriend anda berkaraoke. Tak kira la suara sedap macam Siti atau tak sedap macam katak panggil hujan. Kata nak sehidup semati. So, tak salah kan terima suara si dia walau macam mana pun. Time nih gak kita leh tau lagu pe yang dia suka. So, dari lagu kita dapat tau karakter dia. Tak ke tuh kira kita nak selam tentang diri dia serba sedikit. Tapi bila berkaraoke dalam K-box @ karaoke jamban tuh, jangan korang duk wat benda terlarang plak. **Faham-faham sudah.

3. Windows shopping.
Owh. Ini sangat saya suka. Windows shopping nih dapat cuci mata korang. Di tambah pula dengan mengurangkan maksiat. Yelah windows shopping dah tentu kat dalam shopping complex yang ramai orang. Hai, takkan dalam ramai orang cam tuh ada hati nak buat maksiat jugak?

4. Dating di rumah si gadis.
Si jejaka boleh la membawa makanan, jajan or apa-apa yang patut untuk berdating di rumah keluarga si gadis. Rumah keluarga okey. Bukan rumah bujang. Harap faham. Perkara nih pun sangat sweet. Pengulam jantung saya pernah buat. Sebab saya malas nak keluar. hehehe. So, bila dah dekat rumah senang la ibu bapa nak pantau. Kalau dekat rumah keluarga pun nak buat maksiat itu tak tahu la nak cakap macam mana dah.

5. Jangan pergi tempat-tempat sunyi yang hanya ada korang berdua jek.
Haish. Bila dah koranag dating kat tempat sunyi just berdua sahaja. Maka akan hadirlah orang ketiga. Tak takut ke? Sekuat-kuat manusia akan lemah juga iman nya bila SYAITAN menjadi orang yang mula menghasut melakukan ringan-ringan dan kemudian membawa kepada zina. Nauzubillah. Mula-mula memang la, I cek U, U cek I. Lepas tuh...... (Lu fikirlah sendiri-Nabil yang cakap.)

Cukuplah setakat 5 sahaja untuk hari ini. Kalau ada yang baru akan di tambah. Peringatan nih bukan untuk orang lain tapi lebih kepad diri sendiri. Nak terima atau tidak terpulang lah. Masing-masing ada otak kan. Sekali lagi Nabil cakap- LU FIKIR LAH SENDIRI!!

GigaBite:: Tiada kaitan yang hidup mahupun yang dah meninggal. Harap maklum.

3 comments:

apple said...

thanks aqma:)
selalu dipraktikkan:P

phycrewz said...

wah2..sempoi la ibu. siap suh gi karaoke tu.. salute la kat ibu:)

safiyyahosman said...

ngeee...
info y best..
hahaha..
leh try..
=p

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign