Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, April 30, 2010

Cerita Lucu Pagi Tadi.

Assalamualaikum wbt.

Cerita lucu? Korang nilai lah lucu ke tak ek. Tapi bila saya teringat balik memang akan buat saya tersenyum kambing dan hampir tergelak. Ibu sayalah yang buat cerita lucu nih.

Pagi tadi selepas bangun untuk menunaikan solat subuh, saya masuk tidur semula. So, bila dah tidur semula tuh, jangkaan untuk bangun adalah melalut. Ibu saya dah duk jerit-jerit suh bangun. Saya dengar. Tapi dalam awang-awangan jek lah. Macam-macam lar Ibu saya cakap untuk panggil saya bangun. Antaranya muka nampak tua kalau bangun lambat, okey saya masih tak bangun lagi. Selaang beberapa minit Ibu jerit lagi, macam mana nak gemuk nih kalau asyik bangun lambat. Saya ignore lagi. Pe kaitan gemuk dengan bangun lambat ek? Ada sesiapa tahu?

Tapi part yang paling saya ingat bila Ibu jerit macam nih.
"Ibu bagi tau Naz nanti yang anak dara Ibu nih suka bangun lambat. Padan muka dia tak nak datang pinang."

Hahaaha. Lucu. Ibu ugut nak bagitahu pengulam jantung saya selalu bangun lambat. Pengulam jantung pun tahu saya selau bangun lambat. keh3. Apa punya anak dara la nih.

Lepas jek Ibu cakap macam tuh saya terus bangun. Bukan lah takut Ibu bagitahu pengulam jantung. Tak takut pun. kwang3. Nak jek cakap, pengulam jantung dah tau anak Ibu nih suka bangun lambat.

Ibu buat lawak hari nih. Ibu nih memang sweet lar. Sayang Ibu.

GigaBite::Ibu boleh masuk episod nih dalam ALAMAK! Tak pun dalam slot Nabil Lu Fikirlah Sendiri.

1 comment:

sI tEDI said...

he he he he..
org lelaki x suka perempuan bangun lambat ek?

x sarapan pagi nanti dia

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign