Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, July 10, 2009

Welcome to new world AQMA!!

Assalamualaikum semua....
Selamat Pagi semua....

Ya.... Jika anda bertanya mengenai perasaan saya hari ini, saya akan menjawab saya terlalu gembira dan terlampau gembira.... Kerana apa ya?? Kerana yang pertama hari ini adalah hari jadi saya, dan yang kedua, hari ini adalah hari terakhir saya menjalani Latihan Praktikal di Aeroscan Precision Sdn. Bhd. Tapi dalam pada masa yang sama saya bersedih kerana saya akan meninggal sebuah syarikat yang memberikan banyak makna kepada diri saya... Sedih juga lah...
Bukan mudah untuk melupakan kenangan yang meniti di memori saya ini... Hampir menitis air mata saya...

Hari ini umur saya bertukar dari 21 kepada 22... Peningkatan umur ni membuatkan saya tertanya-tanya pada diri saya... Cukupkah amal saya selama saya berusia 22 tahun ini?? Masya Allah... Terkesima saya apabila memikirkan semua itu....

Saya mempunyai azam sempena peningkatan umur saya:
1. Mempertingkatkan amalan saya kepada Allah SWT...
2. Bersedekah dan beramal jariahlah selagi saya mampu...
3. Menjadi seorang yang matang dan mampu mematangkan orang lain juga...
4. Lebih tahu menilai kebaikan dan keburukan...
5. Menjadi anak yang taat dan patuh pada Ibu Bapa....
6. Menjadi isteri yang solehah dan diberkati oleh Allah SWT...
7. Kekayaan tidak boleh di bawa sampai mati!!! Harta dunia tidak kekal selamanya...
8. Jodoh pertemuan, hidup dan mati semuanya ketentuan dari ALLAH SWT...
9. Sentiasa mengingati kematian bakal tiba bila-bila masa sahaja....
10. Semoga hidup saya diberkati ALLAH SWT sepanjang hidup saya.... Amin...


Insya Allah saya bisa melakukan kesemua ini.... Saya berusaha sehingga saya berpuas hati...
Saya ingin menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini...


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu kerana melahirkan saya di dunia ini... Kepada Abah yang banyak berkorban untuk saya....
Kepada kakak-kakak serta abang-abang yang sedia membantu saya apabila saya memerlukannya....
Kepada kawan-kawan.... Terima kasih kerana sudi menjadi kawan terbaik untuk diri saya... Terima kasih juga atas sokongan anda semua...

Thursday, July 9, 2009

Facebook Quiz...

Actually the quiz is too long... So i answered only the interesting one... Check it out my answer..

Full Name: Nur Aqma Karim

Single or Taken: Single but not available... To be in some1 heart in a few times... ;)

Sex: Female since birth... hahahaha...

Birthday: 10 July 1987.... its tommorow!!!

Sign: Cancer.. Not a diseases!!

Siblings: 10 siblings... I am 10/10...

Eye colour: Black... But i like the brown eye color...

Shoe size: 6 or 7.. Depends on the brand of the shoes..

Height: 160 cm...

Country born: Muar, Johor....

What are you wearing right now: Baju Bai + Kain belah side tepi.. Purple color...

Where do you live: I have many house... Hahahaha... Nomad people...

Righty or lefty: Righty lah... But like people Lefty....

Any pets: A cute cat...

Where do you work?: Now at APSB.. But will resign to further study.. Cewahhhh...

When did you start using Facebook?: A month a go... May be...

How much time do you spend on Facebook a day?: When internet available....

Do you own a cell phone?: Of course ler.. But may be want to change it...

Do you like to text?: Very like...

Play an instrument?: Yes... A piano...

Have any Tattoos?: Yucks... What the hell it is??

Who are your best friends: Casz N yan...

Do you have a bf or gf?: Of course.... Bf ya... Not Gf...

Best place to go for a date: ehem3... Nak tau gak ke? Secret....

Longest relationship: This oktober will be 8 years relationship with my bf...

Shortest relationship: 6 to 7 months... A monkey love...

Outgoing or introverted?: Outgoing.... Understanding...

Would you kiss the last person you kissed again?: Of Course... My Mommy..

How many gf/bf have told you they love you?: One and Only...

Have you ever thought you were going to marry someone?: Yes... The times have been coming
soon...

Are you crushin' on someone?: Yes....

Are you happier single or in a relationship?: Happier in a relationship...

Have you ever been cheated on?: Ya.. So sad...

Have yo uever been with someone who was taken at the time?: Yup... Shhhh... Don't ever tell
anybody k....

Have you ever had your heart broken?: Sumtime... My bf don't fully understand me..

Have you ever broken someones heart?: Huh? I will think about it later...

Do you talk to any of your ex's?: Never.. Becoz he already have sum1 in his heart..

Do you believe that you are a good bf/gf?: Hahaha... Of coz YES!!

Have you dated people who were not good for you?: Never... Don't like to date with unknown
people....

Have you ever been in an abusive relationship?: Not.. But have seen a abusive relationship.. So sad...

Have you ever dated someone older than you?: Yup... Syhhhh... Don't tell anybody...

How about younger than you?: Hahaha.. Yes again...

Do you believe everyone deserves a second chance?: Of Coz, everyone have done a mistake..

Believe in love at first sight?: Hehehe.. believe but i think it never last...

Ever been given an engagement ring?: In my sweet finger...

Do you want to get married?: YES!!! I want it,,, ASAP...

Ever stolen someone's bf or gf?: Hehehe.. Yes, I do... But i return back...

Does heartbreak really feel as bad as it sounds?: Yup.. Really bad..

Is your gf/bf the most amazing person?: Everything he do is for me... That amazing right??

Friday, July 3, 2009

If your future husband family house is smaller than your family house??

Ahakz...

Kenapa lah Cik Aqma nih bercerita mengenai 'if your future husband house is smaller than your house??'

Nak tahu sebab dia?? Kerana Cik Aqma telah melalui pengalaman ini... Hahahaha...


syhhhh... Sambil melekapkan jari telunjuk di bibir... hukhuk...
Ini serius... Ini serius... Ini serius... Eh berapa kali mau ulang daa....


Ceritanya bermula di sini......

Once upon a time, in the dark highway **merepek lah lagi ye Cik Aqma... Kui3...
Begini ceritanya... Ketika saya sedang berjinak-jinak **betul ke ayat nih** untuk merapatkan sillaturahim di antara saya dan keluarga bakal suami saya **Insya ALLAH suatu hari nati** saya mestilah selalu menghadiri segala majlis yang di jalankan di rumah itu... So, So What?!? heh... merepek lagi...

Apabila saya berada di rumahnya bermakna saya perlu menyesuaikan diri ketika berada di rumahnya... Saya akui saya cukup selesa berada di rumah itu... Tapi manakan sama dengan rumah sendirikan?? kan2?? Rumah bakal ibu mertuaku dan bakal bapak mertuaku ini tidak sebesar rumah saya... Jadi saya jadi kekok... Aiseh.... Yelah dah biasa duduk rumah besar kan... Mana taknya... Di rumah dia saya tak boleh main nyorok-nyorok... Saya duduk mana-mana pun dia mesti leh cari saya punya..... GERENTI... So, kalau saya nak lari ikut pintu belakang pun terlalu sure sangat dia leh kejar saya tanpa berpenat lelah... Kalau rumah saya jangan nak kejar sampai dapat pun mau sampai esok lusa belum dapat gak... Besar jugak ye rumah saya... Contohnya:: Saya mahu mengejar anak saudara yang begitu nakal sekali... Saya takkan dapat nya melainkan saya mempunyai pembantu (anak saudara lain yang membantu...) keh3.. Apa punya mak saudara la saya nih...

Agak-agaknya boleh ke saya menyesuaikan diri apabila sudah berumah tangga nanti?? Terfikir seketika... Insya ALLAH...
Tak mengapa... Jika saya tidak selesa saya boleh balik ke rumah ibu saya... Bukan jauh sangat pun.. Setakat 4 @ 5 km sahaja jarak di antara rumah kami... Lihatlah... Betapa dekat nya rumah kami... Nasib baik bukan sebelah rumah...
Hhahaha.....
So, bila balik raya nanti tak payah lar kita orang gaduh nak balik mana... Tak la ada adegan baling-baling pinggan ke ngamuk angkat parang ke...... Suami isteri mana lah yang buat macam nih... DAHSYAT.....

Keluarganya pun tidak sebesar keluarga saya.... Dimana keluarganya hanya 1/4 dari keluarga saya... So, bila saya suka dengan suasana keluarga yang ramai dan happening itu, saya boleh la balik ke rumah saya... If saya mahukan suasana yang kurang selerak dan family yang kecil.... Saya balik lah rumah husband saya... HUh....

TaMMat untuk di sini sahaja...
Ada orang kacau... Heh...

Thursday, July 2, 2009

Isteri Solehah... I Wanna be like that!!

Bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah??

Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran??

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap. Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

"Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya."

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian.
Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah. (Masya ALLAH)
~~minta-minta di jauhkan berlaku dari rumahtangga saya~~

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami. (Ya Allah hindarkan perkara ini dari terjadi kepada rumahtangga ku.. Amin...)

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
*Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? (Bukankah isteri adalah hak MUTLAK suami setelah mereka di ijabkabulkan?? Bukankah isteri telah dibayarkan mas kahwin semasa di ijabkabul kan??)

Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.(Masya ALLAH)

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan!!! Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri. Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat (Subhanallah) kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat.

Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri.

Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak. Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik.
Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal. Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. **Saya cukup suka statement ini!!

** Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki....



p/s:: Suatu hari nanti saya mahu menjadi isteri yang solehah.. Yang taat pada Suami.. InsyaALLAH....

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers