Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, June 30, 2009

Kenduri @ kg....

Pada ahad lepas, saya telah pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kesyukuran & tahlil arwah... Kenduri kesyukuran itulah tentunya untuk abang saya yang mendapat kerja di Jabatan Kerajaan....
Tahlil arwah pula untuk disedekahkan kepada arwah atok serta nenek kami yang telah meninggal dunia beberapa tahun dahulu...


Inilah gambar-gambar yang dapat saya sajikan untuk tatapan anda semua...


Sempat bergambar sebelum majlis kenduri bermula...
Lihatlah, uniform pun tak tukar lagi... :)


Majlis kenduri pihak lelaki bermula pukul 12 tengahari dan berakhir pukul 1.00 petang....
Terima kasih kepada yang sudi hadir....


Apa lagi... Lepas pihak lelaki balik kami 1 famili terus melantak...
Lapar sangat la katakan....
Walaupun bukan kami yang masak, orang catering yang masak...
Walau macam mana pun kami tetap penat dan lapo...



Berebut-rebut ingin mengambil kuah Asam pedas special dan
sayur pisang masak lomak cili api...
Nyum3.... **wink


Mengambil tempat masing-masing setelah lauk di pinggan memenuhi kehendak...
**Ahakz...



Nilah antara hidangan kami pada hari ahad tuh!!!
Meleleh air liur beb!!!!

Kuih Bakar & Kuih Karipap




Bubur Putih bubur merah!!
Heh??
Betul ke saya tulis??



Along yang mengatur tempat makan...



Ayam masak merah...
Nyumyy.....




Kambing masak......
Masak apa ek???
hhuhu...

Mengambil gambar walaupun majlis kenduri sedang di jalankan...
**tengoklah kat belakang tuh...
**Anak En Salleh nih memang begini

Love this pic...
Walaupun orang belakang cakap 'budak nih annoying betul la'....


Anak sedara yang kene buli dengan Mak Usu yang sweet...


Ok3...
Kita serius sikit kali nih yek....


Duduk kat beranda dapur pula...
Itulah uniform seragam kami...
heh... Macam baju budak asrama jek!!

Memerhatikan gelagat 3 penyamun bermain dengan Hamster bulu coklat...
**Penyamun???




Penyamun melihat Hamster belaan bermain 'Merry Go Round'
Nak join jugak, kata penyamun berambut panjang itu...
Si baju putih yang identitinya di rahsiakan...
**Ahakz..


^^ 6 penyamun rumah yang selalu menyamun barang-barang Mak Usu nya...
^uwaaaaa ;(^


Apabila keletihan mulalah bantal dan katil menjadi sasaran....

Bibik yang ketidoran akibat keletihan melampau...
Ceh...
Bukan saya!!! Ya, inilah fakta...
Itulah kakak saya yang nombor 4 yang sedang tidur...
Curi tulang nama nya tuh!!!HUH...
Jangan mare...






Friday, June 26, 2009

Kematian Michael Jackson diagung-agungkan!!!

"Berita yang sedikit mengejutkan bila Michael Jackson hari ini dilaporkan telah meninggalkan dunia yang fana’ ini. Ada sedikit sedih juga sebab MJ ni bukan sebarang orang. Itu belum kita pertikaikan akan kejaiban dia dari hitam boleh jadi putih macam hantu tepung gomak. Hehe! Michael Jackson boleh dikatakan satu simbol POP yang dikenali di serata dunia dari golongan kanak-kanak, sampai la ke mereka yang berwarga emas."
"Tiada lagi jenaka mengenai wajah Michael Jackson selepas ini. Tiada lagi tarian unik dari Michael Jackson lagi selepas ini. Semuanya hanya tinggal kenangan dalam filem gila, Scary Movie – Youtube ataupun gambar-gambar yang masih tinggal di internet.
Damailah kau Michael Jackson."
(Di petik dari sini...)
Saya cuma sedikit terkejut menerima kematian Micheal Jackson tapi tidak mengusik hati dan naluri saya langsung... Pada saya kehilangannya bukanlah bagaikan kehilangan sebuah permata yang begitu berharga... Di radio, (nama stesyen radio di rahsiakan) begitu rancak bercerita mengenai kematiannya... Saya berasa sedikit kecewa kerana mereka begitu sibuk mencerita kan pengalaman mereka bersama Micheal Jackson serta apakah yang Micheal Jackson lakukan selama ini.... Pada saya, Micheal Jackson adalah manusia biasa walaupun dia dinobatkan sebagai RAJA POP.... Itu cuma gelaran di dunia saja....


Saya juga cukup kecewa mengapa dia perlu di agung-agungkan.... Sedangkan ada manusia yang perlu kita agungkan selain dari ALLAH swt.. Seperti RASULULLAH saw..... Mengapa di hari Maulidur Rasul kisah dan sejarahNYA tidak kita ungkit?? Tidak kita agungkan?? Tidak kita banggakan?? Kita sepatutnya mengagungkan orang yang membawa kita kepada ISLAM..... Yang menyebarkan SYIAR islam....


Saya kurang pasti samada Michael Jackson mati sebagai seorang ISLAM atau sebagai seorang KRISTIAN?? Alhamdullillah dan bersyukur jika dia meninggal sebagai seorang ISLAM... Laknatullah jika dia mati sebagai seorang KRISTIAN.....


Micheal Jackson yang meninggal/mati pada hari jumaat, 26 Jun 2009 Bersamaan dengan 3 Rejab 1430H.... Alhamdullillah jika dia seorang ISLAM dan dia telah ditakdirkan meninggal di Bulan Rejab, maka matinya seperti mati syahid (dapat dari sumber yang boleh dipercayai)... WaAllah hualam.... Hanya ALLAH sahaja yang tahu... Bulan Rejab adalah Bulan ALLAH swt.... Hanya DIA sahaja yang mengetahui....


Subhana ALLAH....
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati....

Tuesday, June 23, 2009

KLCC ada 2 bangunan... Heh!!

sambungan lagi....
orang kata selagi badan nih bernyawa, jalan jek kerjanya!!!

KLCC ada dua buah bangunan.. Yes!! Itulah FAKTA...

Selepas kepenatan shopping di Bukit Bintang dan Sungei Wang

tibanya masa untuk merehatkan diri di KLCC....


Renungkan lah gambar-gambar di bawah nih...

Ahakzz...



Menunggu ketibaan monorel untuk membawa kami ke KL sentral dan seterusnya ke KLCC...


yuhuuuuu.... **excited nih..




Yan yang berdiri di dalam monorel...


Candid pic... Sowi Yan..



Sempat jugak capture 1 pic dengan Casz dalam monorel....

Sebelum dapat duduk lihat bumbung samada kukuh atau tidak!! Ahakz...



Strategik area.....



Yes... Finally we arrived n seat at the strategic area...


Apabila suis air pancut di 'on' kami jadi excited...

Shhhh.....

Kami kata hujan... Sebab air tuh overexcited sampai ke arah kami...



Cantek!!!


Shopping sakan!!!

Shopping sakan Casz nampaknya....
Dia lah orang yang paling banyak beli barang...


Pasta Mania!!

Begitu lama kami berdiri di information board itu semata-mata untuk membuat decision "makan di mana??"
Sampai orang yang mahu melihat information board juga berasa muak
dengan perangai kami di situ..... ahakz...
Bab makan kita orang memang akan sengal-sengal
untuk makan di mana dan makan apa??



Makan di mana yek?!?





Akhirnya Pasta Mania!!! Pilih menu sedap-sedap...





Meh sini ma susukan dengan sos!!



Makan time!!


Pasta yang terlalu banyak sehingga tak larat untuk mengabiskan...
*chicken bolognaise*

Casz yang berjaya melicinkan pinggannya!!!







sambungan entri di bawah....


Jalan-jalan di Kuala Lumpur memang sesuatu yang menyeronokkan tetapi saya nasihatkan anda supaya mempunyai tulang dan otot kaki yang kuat... Kerana, jika tidak anda akan kecundang di pertengahan jalan seperti pepatah ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.... **Uiks... ada kaitan ker?


Lupakan perkara di atas....Dengan gembiranya di bawah ini saya upload kan gambar-gambar Jalan-Jalan Cari Pasal... EH!! Not!! Jalan-Jalan Cari Pak We... Takut lar tuh~~ Sebab tu jadikan tulisan dia kecil... **Ahakzzz~~
Aqma yang mengidam makan Piza Hut!!
Casz yang mahu makan di Pasta Mania!!
Yan yang tidak kisah makan apa saja!!
Casz?? R u looking at me??



Cermin yang menjadi mangsa kami bertiga....




Cermin yang hampir muak melihat kami bergambar...











Pose masa naik eskalator...


Love this car!!


Ada sesuai tak??


Mereka berdua meminjam kereta saya untuk bergambar...

Don't touch!!!

Sunday, June 21, 2009

Go around da KL...

Penat... Penat.... Penat...


Yang pasti semalam saya, Cass serta Yan telah berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur... Memang kami explore keseluruh ceruk Kuala Lumpur itu... Penatnya hanya kami yang tahu....


Mula-mula kami begitu 'excited' untuk meng'explore' seluruh bandaraya Kuala Lumpur... Malangnya pada mulanya kami tersesat... Ish3... Apalah pemandu pelancong saya ni... Pemandu pelancong (Cass & Yan) merancang membawa saya ke Pavillion yang mereka sendiri tidak pernah jejaki... Owh... Kesesatan kami telah terubat apabila Cass bertanya kepada Pak Cik yang menjual buah-buahan di tepi jalan.... Ah... Lega hati kami kerana Pak Cik yang baik hati itu telah menunjukkan arah yang saya sendiri tak faham... Mungkin mereka berdua faham kot?!? Heh...



Kami bertiga berjalan beriringan dan yang pasti kami menjadi tumpuan mata para pemandu kerana hairan agaknya kami berjalan seperti Mat Salleh... Lebih dari 3 kali rasanya bunyi hon kedengaran di telinga kami... Ataupun mereka cemburu kerana kenderaan mereka tersempit di dalam kesesakan lalulintas... Ceh... Cemburu rupanya.... Itulah siapa suruh bawa kereta.... Jalan kaki seperti kami dan gunakan lah pengangkutan awam yang sedia ada... Huh.. **Saya buat begini di KL sahaja... Tak da maknanya jika saya berada di JB saya akan menggunakan pengangkutan awam... Kereta kan ada... Ceh...


Akhirnya setelah penat berjalan selama lebih kurang setengah jam saya dengan excited telah mengatakan kepada kawan-kawan saya bahawasanya saya telah terlihat tulisan 'ON'... Ini bermakna PAVILION yang ditujui semakin dekat... Kami gembira kerana tempat pertama telah kami sampai pada hari itu... Kebetulan yang tidak di sengaja kan.... Kami terserempak dengan exhibition BMW... Pelancaran BMW Z4.. Seingat saya la... Maaf lah kalau saya tersalah...


Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kami di PAVILION....

Wajah riang kami ketika memasuki pintu masuk PAVILION...
BMW yang entah umur berapa saya akan berpeluang membelinya..

BMW yang menjadi idaman saya..

BWM exhibition~~Z4 is the blue color....

~~To be continue~~

**wink

Thursday, June 18, 2009

A happy layout...

WoW....
Welcome to my new layout... EH??
Bunga-bunga yang segar lagi tu.....
Ditambah dengan warna-warna yang menceriakan....



Mengapa saya memilih LAYOUT ini??
Jawapannya::
- Kerana saya ingin menceriakan hati saya yang berduka ini...
- Kerana layout ini akan membuatkan saya akan menulis, menulis dan terus menulis di dalam blog saya ini....



**wink

Monday, June 15, 2009

Pagi yang tak jem...

Assalamualaikum semua....
Selamat pagi semua....

Saya begitu terkejut hari ini kerana jalan yang biasa saya lalui, yang kebiasaannya akan mengalami kesesakan lalulintas tetapi pada pagi nih jalan tersebut seperti pagi sabtu atau ahad... Sungguh licin sekali perjalanannya... Jika tidak saya akan tersekat di jalan itu hampir 10 minit... dan saya akan kelewatan untuk masuk pejabat....

Tapi harapan saya agar situasi hari ini berterusan selama-lamanya.... Saya terfikir mengapa kadang-kadang mengalami kesesakan tapi kadang-kadang tidak.... Saya pelik... Semasa kesesakan dia orang nak pergi mana.... Kalau tak sesak pulak dia orang tak bangun lagi tidur ker atau pun dia orang cuti hari nih?? Ahhh... macam-macam la saya fikir kan.... Tapi buat ape saya nak fikir hal dia orang kan...


p/s:: hari ini terlewat juga pergi kerja kerana melayan kerenah si kecil yang saya rindui...

Thursday, June 11, 2009

Cakap melayu??!!

Ayat-ayat di bawah dapati dari sebuah forum... Saya tertarik.. Entah apa yang membuatkan saya tertarik....

Cara-Cara Nak Ajar Mat Saleh Cakap Melayu

1. BELACAN = BELL - ARCH - UN

2. TEMPE = TEMP - AIR

3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK

4. JERING = JAR - INK

5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG

6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK

7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG

8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT

9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK

10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB

11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG

12. PEKASAM = PEAK - A - SOME

13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN

14. SIRAP = SAY - RUBB

15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK

16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY

Wednesday, June 10, 2009

Hari ini!!!

Jika hari ini bertarikh 10 Jun 2009, bagaimanakah keadaan ibu saya pada 10 Jun 1987??
Mengapa saya berkata begitu?? Kerana saya lahir pada 10 Julai 1987.... Jadi jika hari ini adalah 10 Jun 1987, ibu saya sedang sarat mengandungkan saya... Ibu tengah menunggu waktu genting untuk melahirkan saya... Mungkin jua waktu itu ibu tengah mengidam untuk makan ABC sepertimana ibu pernah menceritakan pada saya... Ibu beritahu beliau mengidam mahu makan ABC semasa mengandungkan saya... Patut lah masa saya besar saya begitu suka menikmati ABC.... Rupa-rupanya ibu mengidam ABC.....

Bagaimana ya gambar ibu saat ini... Bagaimana keadaan saya di dalam perut ibu ketika ini??
Adakah saya seorang yang lincah bergerak-gerak di dalam perut ibu... Saya tiada jawapan...
Ketika ibu mendapat tahu beliau mengandungkan saya, ibu terkejut kerana tidak menyangka akan mendapat saya....
Ibu fikir selepas keguguran kali kedua bagi anak nombor sembilan beliau susah untuk mengandung lagi.... Tapi dah rezeki... Nak wat cam ner kan...
Ibu mengandungkan saya ketika itu ibu berumur 42 tahun.... Zaman dahulu doktor melarang ibu-ibu untuk mengandung di umur selepas 40 tahun... Kerana di khuatiri anak mendapat anak yang kurang sempurna....

Alhamdullillah saya di lahirkan sempurna... Malah begitu sihat semasa di lahir kan...
Saya akan ceritakan apabila umur saya meningkat 22 tahun nanti...

Insya ALLAH jika di izinkan saya akan 'posting' gambar-gambar saya di zaman kanak-kanak nanti.... Anda mesti akan katakan saya seorang yang cukup montel.... Memang benar!!! Ia adalah kenyataan.....

Saya tahu pada saat ini pasti 1 keluarga menantikan kehadiran saya kerana 2 kakak di atas saya yang dilahirkan ibu telah meninggal sebaik sahaja di lahirkan... Mereka mengharapkan saya lahir dan terus hidup di muka bumi Allah ini...


Sekarang saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang BAHAGIA.....


Seven rabbit?!

Teacher: "If I give you two rabbits and two rabbits and another two rabbits, how many rabbits have you got?"

Boy: "Seven!"

Teacher: "No, listen carefully again. If I give you two rabbits and two rabbits and another two rabbits, how many rabbits have you got?"

Boy: "Seven!"

Teacher: "Let's try this another way. If I give you two apples and two apples and another two apples, how many apples have you got?"

Boy: "Six."

Teacher: "Good. Now if I give you two rabbits and two rabbits and another two rabbits, how many rabbits have you got?"

Boy: "Seven!"

Teacher: "How on earth do you work out that three lots of two rabbits is seven?"

Boy: "I've already got one rabbit at home now!"


Teacher: "&^%#*$#^%"


p/s::hehehe.... clever b0y!!!!

Tuesday, June 9, 2009

Pertanyaan untuk cinta!!

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana ?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarik mu mendekati dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian,

ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian,

ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.

Smbgn dari entri di bawah...




Inilah gambar-gambar mereka::

Pantai yang berada di belakang rumah pakcik saya....

Sungguh cantik...





Anak saudara sulungku yang begitu cepat membesar bersama ibu saya....

Aku sendiri kalah dengan nya.... Dia lebih 12 kg berat dari saya... WaH!!








Kakak sulung ku.

::Along::






Anak saudara sulung digandingkan bersama anak saudara kedua saya...

Cukup jauh perubahannya walaupun beza umur hanya setahun....



















Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers