Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, June 26, 2009

Kematian Michael Jackson diagung-agungkan!!!

"Berita yang sedikit mengejutkan bila Michael Jackson hari ini dilaporkan telah meninggalkan dunia yang fana’ ini. Ada sedikit sedih juga sebab MJ ni bukan sebarang orang. Itu belum kita pertikaikan akan kejaiban dia dari hitam boleh jadi putih macam hantu tepung gomak. Hehe! Michael Jackson boleh dikatakan satu simbol POP yang dikenali di serata dunia dari golongan kanak-kanak, sampai la ke mereka yang berwarga emas."
"Tiada lagi jenaka mengenai wajah Michael Jackson selepas ini. Tiada lagi tarian unik dari Michael Jackson lagi selepas ini. Semuanya hanya tinggal kenangan dalam filem gila, Scary Movie – Youtube ataupun gambar-gambar yang masih tinggal di internet.
Damailah kau Michael Jackson."
(Di petik dari sini...)
Saya cuma sedikit terkejut menerima kematian Micheal Jackson tapi tidak mengusik hati dan naluri saya langsung... Pada saya kehilangannya bukanlah bagaikan kehilangan sebuah permata yang begitu berharga... Di radio, (nama stesyen radio di rahsiakan) begitu rancak bercerita mengenai kematiannya... Saya berasa sedikit kecewa kerana mereka begitu sibuk mencerita kan pengalaman mereka bersama Micheal Jackson serta apakah yang Micheal Jackson lakukan selama ini.... Pada saya, Micheal Jackson adalah manusia biasa walaupun dia dinobatkan sebagai RAJA POP.... Itu cuma gelaran di dunia saja....


Saya juga cukup kecewa mengapa dia perlu di agung-agungkan.... Sedangkan ada manusia yang perlu kita agungkan selain dari ALLAH swt.. Seperti RASULULLAH saw..... Mengapa di hari Maulidur Rasul kisah dan sejarahNYA tidak kita ungkit?? Tidak kita agungkan?? Tidak kita banggakan?? Kita sepatutnya mengagungkan orang yang membawa kita kepada ISLAM..... Yang menyebarkan SYIAR islam....


Saya kurang pasti samada Michael Jackson mati sebagai seorang ISLAM atau sebagai seorang KRISTIAN?? Alhamdullillah dan bersyukur jika dia meninggal sebagai seorang ISLAM... Laknatullah jika dia mati sebagai seorang KRISTIAN.....


Micheal Jackson yang meninggal/mati pada hari jumaat, 26 Jun 2009 Bersamaan dengan 3 Rejab 1430H.... Alhamdullillah jika dia seorang ISLAM dan dia telah ditakdirkan meninggal di Bulan Rejab, maka matinya seperti mati syahid (dapat dari sumber yang boleh dipercayai)... WaAllah hualam.... Hanya ALLAH sahaja yang tahu... Bulan Rejab adalah Bulan ALLAH swt.... Hanya DIA sahaja yang mengetahui....


Subhana ALLAH....
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati....

No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers