Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, November 30, 2010

Our engagement will be coming soon~

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah. Lagi lebih kurang 2 bulan lebih sikit kami akan ikat hubungan kami dengan pertunangan. Sudah lebih kurang 10 tahun berkawan dan 9 tahun bercinta, akhirnya hasrat kami untuk bersatu akan termakbul jua.



Kat sini nak list sikit barang hantaran yang akan berbalas nanti. Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan itulah yang kami rancangkan.



LELAKI kepada PEREMPUAN ::

1. Sirih Junjung.
2. Telekung.
3. Set persalinan perempuan (baju kurung + tudung)
4. Jam tangan
5. Cincin tunang + duit tanda hantaran
6. Cupcake
7. Coklat
8. Buah-buahan
9. Kasut + Handbeg



PEREMPUAN kepada LELAKI

1. Sirih Junjung
2. Sejadah
3. Set persalinan lelaki (baju satin + kain songket)
4. Jam tangan
5. Tuala sulam nama
6. Strawberi
7. Cupcake
8. Asam gubahan
9. Biskut homemade
10. Tali pinggang + wallet
11. Coklat + gula-gula


Erk. Banyak kan? 9 balas 11. huh. Pening gak mula-mula. Tapi lepas bincang-bincang, nih just untuk pertunangan jek. Untuk pernikahan nanti kami akan reduce barang hantaran. Kemungkinan 5 balas 7 sahaja.


Design?? Nih berminggu-minggu duk fikir nak design hantaran macam mana. Last-last alhamdulillah idea datang dengan bernasnya. Dah ada design dah. Yang pasti D.I.Y. Saya sangat dan amat puas hati apabila dapat buat hantaran saya sendiri. Tak apa. Saya buat sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama siap jugak kan? Makanan untuk hari pertunangan pun saya dah fikir. Siap dah tempah tukang masak lagi. Alahai, pakcik sendiri jek pun. :)




Current activities:
~ Tengah siapkan veil.
~ Baju dah anto tailor. (hope dia buat apa yang saya hajatkan)
~ Tengah cari barang-barang yang tak cukup lagi.
~ Tengah fikir goodies bag nak sumbat apa.
~ Tengah duk goda pengulam jantung untuk cepat-cepat beli cincin risik dan cincin tunang. Sebab? Harga emas sekarang cepat beno naik. Gerun tengok harga dia. Takut nanti tak mampu si pengulam jantung nak penuhi permintaan saya yang nakkan cincin yang cantik-cantik. huhuhu.
~ Tengah cari kain dan design untuk mini pelamin.
~ Tengah survey semua kedai yang jual aksesori untuk hantaran. nak compare harga la katakan. hihihi.
~ Tengah risik-risik quotation dari photographer.


Tema?? Saya tahu mesti ada yang nak tanya.



TEMA :: Light Pink + Lilac + White


Erk. Banyak nya current activities saya. Adeh. 2 bulan tuh sekejap jek tau. Cuak. Cuak. Cuak. Cuak tahap entah la. (T____T)



GigaBite:: Dalam cuak ada perasaan yang tak dapat digambarkan. ehem-ehem.

Thursday, November 25, 2010

senyap~senyap.

Syhhhhh..


kan dah cakap.



senyap-senyap.



lalu perlahan-lahan.




>>>>>>>
Ha, macam tuh.




bagus-bagus.







Syyhhhhhh..



Jangan bising-bising.
(T_______T)




GigaBite:: Senyum! (*_*)

Wednesday, November 24, 2010

Masanya makin tiba~

Assalamualaikum wbt.


Ya. Masanya makin tiba.

2 bulan seminggu sahaja lagi.

Cuak.

Gelisah.

Takut.

Happy.

Ceria.

Semua perasaan bercampur baur.


(T____T)


GigaBite:: sedang mambuat yang terbaik untuk hari itu. :)

Monday, November 1, 2010

Nak bawak Mekhael pergi bercuti sekali. Tapi tak ada carrier lar.

Assalamualaikum wbt.


Sempena cuti depavali tak lama jek lagi nih, family saya mengadakan family holiday. Tapi tak semua yang boleh pergi. So, saya ingat nak bawak Mekhael pergi sekali. Mesti syok boleh bawa dia jenjalan tepi pantai. Pergi Port Dickson okey. Wooew. Kejap-kejap. Sesiapa yang confius Mekhael tuh cam ner leh klik sini.


Tapi, masalahnya saya tak beli lagi carrier dia. Korang tahu tak kat Johor Bahru nih kedai pet mana yang murah yang leh dapat carrier dengan harga RM50.00 ke bawah?


Seyes teringin sangat bawak dia. Tak mau lar tinggalkan dia dengan pengulam jantung. Dah lah sebelum nih dia asyik duk kat rumah jek. Kesian pulak kat dia. Nak bawa juga! Mesti ada yang tak kasi bawak. Tak kira. Nak bawak jugak. Esok petang nak cari carrier dia. Tak kira.


GigaBite:: Mesti Mekhael hepi gila di bawa berjalan kan. Hope everything okey lah kan. Doa kan okey.

Wednesday, October 27, 2010

Spam oh spam, kamu memang span betul lah.

Assalamualaikum wbt.



Saya tak suka atau dengan kata kerasnya "BENCI" dengan orang yang suka letak spam kat chatbox.


Kalau nak suruh klik, letakkan link. Itu lagi saya prefer. Sejak akhir-akhir nih banyak gila penSPAM yang duk tenyeh kat chatbox. Hilang sudah mood blogwalking saya. Tulah siapa suruh letak spam. Adeh. Saya kini lebih berhati-hati dalam mengklik link-link tersebut. Niat saya baik, saya nak blogwalking balik ke blog korang. BLOG okey! Bukan URL jana duit ke apa ke jadahnya tuh.


Erk. Kan saya dah marah. Dah ler minggu nih saya tak bermood. Adeh. Okeylah chau!



GigaBite :: Doakan keajaiban akan terjadi untuk saya. Amin.


Monday, October 25, 2010

Bila manusia pentingkan diri!

Assalamualaikum wbt.



Ya! Bila manusia pentingkan diri. Cam ner tuh nak habaq mai. Memang ada kan manusia macam nih kat dalam dunia nih. Dia penting kan diri dia jek. Dah setel pasal diri dia, orang lain dia dah tak kesah. Malah boleh kondem-kondem tambah buruk-burukkan orang tuh lagi.


Memang tengah tak puas hati. Lantak lah sape nak terasa. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Hari nih mood ZERO. Tak wat kerja pape pun sejak masuk ofis pagi tadi. Duk ngular kat blog. Pastuh nasib baik tak kantoi bila bos besar masuk ofis. huhuhu. Bos kecik cuti pulak hari nih. Lagilah saya bermaharajalela. wahahahaha.


Apa punya manusia entah. Saya tak faham betullah. Kepentingan diri di jaga. Bila orang lain mintak tolong macam-macam alasan. HAMPAGAS!!!



GigaBite:: Memang tengah tak ada mood dan rasa nak marah-marah jek. Tapi istigfar banyak-banyak. Selawat banyak-banyak. Supaya orang yang tak bersalah tak turut kena marah. Okey.

Friday, October 22, 2010

Saya tomboy......

tapi itu satu ketika dahulu......


Assalamualaikum wbt.

Wah. Hari nih nak reveal satu cerita yang gempak nyer. huhuhu. Terkejut tak tengok tajuk? Memang wat suspen jek kan. Okey-okey. Itu cerita lama. Ala masa muda-muda dulu. Belum setahun jagung pun.

Nak cerita ke tak? Cerita lah yek. Tapi yang censored tuh tak ler saya cerita.


Saya jadik tomboy masa zaman peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Sebab utamanya saya sangat rapat dengan abang yang atas saya nih. Memang ngam lah time tuh. Ke mana jek berdua. Mungkin itu yang saya lasak dan bercita-cita nak jadik macam lelaki. Potong rambut pendek. Pe lelaki buat semua saya nak buat.

Abang saya hang out malam-malam pun saya nak ikut. Nak jadik anak jantan la katakan. HikHik. Masa tuh abang ada basikal Rally (eh, betul ke nih eja. bantai jek lar. >.<). Saya pun nak jugak basikal besar punya.

Satu hari tuh, Ibu suruh pergi kedai. Bab-bab pergi kedai yang paling saya suka. Nanti saya tanya, "Ada duit lebih tak?". Kalau Ibu cakap ada lebih 20sen atau 30sen, sukanya tak terkira. Paling kurang dapat beli twisties atau gula atau jajan-jajan yang murah-murah tuh.

Lepas tuh pergi naik basikal atuk sedara yang besar tuh. Ala yg cam kat bawah nih.



Nampak tuh. Besar tak besar. Dah la masa tuh saya kecil cinonet jek lagi. Tapi tak silap saya palang yang kat tengah tuh dia bawah lagi. Kalau tinggi macam dalam gambar tuh tak tercapai dek akal la. Eh, silap dek kaki. Sebelum pergi Ibu pesan "baik-baik, basikal tuh besar." Okies!


Pergi tanpa halangan. Tapi siapa sangka sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. huhuhu.

Pulang dengan senyuman sebab dapat jajan. So, bila nak makan jajan kelajuan basikal ditambah. Entah apa silap, langgar ler sejibik batu. Ntah ler kebesaran batu tuh tak dapat nak di gambarkan. Bukan ler besar sangat macam batu belah batu bertangkup tuh. Adalah segenggam.

Tapi bila tayar basikal yang kecik tu langgar batu segenggam tuh bayangkan lah melayang dia tahap macam mana. Macam UFO da. Dengan tahap kecomelan paling tinggi terus terjatuh. Erk. Jatuh cam ner tuh tak yah la describe. Buat malu diri sendiri jek.

Balik tuh tahan sakit. Tak nangis. Konon kuat lar kan. Tapi bila tengok tempat accident tuh berdarah terus bagitahu Ibu. Ibu cakap, tulah ganas sangat. Bila dah berdarah lemah ler satu badan. Aiks, kata nak jadik tomboy??? Erk...


Cerita tomboy bab baru lak.

Nih masa form 1 and form 2 tuh macam tuh la. Korang tahu kan kerusi sekolah macam mana. Jap saya google bagi korang jelas sikit. Ha, macam kat bawah nih.



Kerusi nih apa barang duduk hadap ke depan. Pe lagi duduk terbalik lar. Faham tak. Kira bukan macam duduk biasa lar. Walaupun kat sekolah pakai kain. Still nak duduk macam tuh. Hilang keperempuanannya. huhhu.

Masa nih baru nak usha-usha dengan pengulam jantung. Lantak lah masa nih dia nak cakap tomboy or pape pun. Ada saya kisah?? Tapi seyesly dia memang tak kisah. Nampak jek ganas kot tapi dalam hati bertaman berbunga-bunga. huhuhu..


Jalan pun macam lelaki gak. Ganasnya tak terkira. Kalau panggil orang tuh. Hoi, hoi aje. Tapi depan pengulam jantung pandai pulak cover. Ada sekali pernah terkantoi. Sebab dia masa tuh ketua pengawas. So, tugas dia meronda-ronda tengok anak buah jaga area. Tapi saya pelik suka sangat lepak dekat tempat saya jaga. Pergh. Rimas time nih. Sebab ketua pengawas sedang memerhatikan. So, nak wat jahat sikit tak leh la. Naya kalau dia bagitahu cikgu disiplin. huhuhu.



Tapi lepas ikat ikatan dengan pengulam jantung. Mulalah cover sikit. Sebab dia selalu nasihat tak manis perempuan garang-garang dan lagak macam lelaki. Alamak, mula-mula rimas gak. Lepas tuh entah macam mana keperempuanan tuh hadir sedikit demi sedikit. huhuhu.


Kalau dulu keluar nak pakai cap jek. Sampai suh Ibu belikan cap. Masa nih saya tak tegar pakai tudung lagi. Kalau keluar pun lagak macam lelaki walaupun time tuh rambut tak ler pendek mana.



Tapi semua yang saya tulis kat atas nih itu dulu. Waktu saya tak kenal lagi dengan kehidupan sangat.


Sekarang?? Tengok lah gamabr-gambar sekarang saya. huhuhu.


GigaBite:: So, anda boleh komen sekarang! keh-keh-keh.

Wednesday, October 13, 2010

contest "MOMENT TO REMEMBER" by Safiyyah Osman~~

Assalamualaikum wbt.

Tetiba rasa nak join kontes nih. Sebab rasa macam ada gambar terbaru yang sesuai gila dengan tajuk kontes nih. Leh ek Fiya? (macam pggl ex-rumate kat UTM dulu lak. huhuhu.)



Jom kita tilik apa yang perlu kita buat.

syarat syarat penyertaan ::

1.macam biasa mestilah jadi follower blog safiyyah osman a.k.a kesayuan seorang gadis.
~Dah memang jadik follower sejak terjatuh cinta dekat tulisan Fiya. (erk, bukan bodek ek!) :P

2.mesti sertakan gambar anda bersama family @ kekasih@ kawan kawan@ dengan sesapa sahaja yang memang anda xboleh lupa moment moment time snap gambar tue..gambar boleh di edit.satu gambar sahaja.
~okeh. Ini gambar dia.








3.ceritakan tentang gambar tersebut.."moment to remember " sebab............................xpayah panjang panjang pun xapa..
~moment to remember sebabnya cik abang pengulam jantung saya nih, sejak kenal dia 10 tahun lepas dan sejak bercinta dengan dia 9 tahun lepas. tak pernah langsung walau sekuntum, sekelopak, malah daun bunga pun dia tak pernah bagi kat saya. Bila saya mintak, dia akan cakap "Nak buat apa dengan bunga segar tuh? Beli pastuh 3 4 hari dah layu. Bie tak mau cinta kita macam bunga tuh. Faham.". Nasib baik saya konvo, kalau saya tak konvo tak merasa saya dapat bunga segar dari pengulam jantung. Bunga ros merah 6 kuntum dengan teddy bear pegang love. Sangat kiut. So, I will remeber the date. 27 September 2010.

Erti 6 kuntum ros merah --->> I WANT TO BE YOURS!!!




4. tag kepada budak blog lain juga...3orang paling sikit..paling banyak pun xapa..
ehem-ehem


5.tolong beritahu 3benda yang anda idam idamkan...dan kalau boleh nak dapatkan benda tue..1benda yang paling cikai(murah),1 benda yang sederhana cikai(sederhana murah) dan 1hadiah paling gempak...
Murah ~ sehelai t-shirt yg tulis I LOVE YOU, ZRIMA.
Sederhana ~ iPhone @ Blackberry @ nokia c6
Gempak ~ Honda Stream sebijik.


6. letakkan backlink ke contest "moment to remember" dan letakkan sekali link blog safiyyah osman a.k.a kesayuan seorang gadis..


7. letakkan banner contest di sidebarr blog anda dan tolong letakkan link anda di ruang komen.


8. tarikh tutup contest 31.10.2010



GigaBite:: Tetiba rasa macam wink-wink. Berbunga-bunga gitu. huhuhu.

Tuesday, October 12, 2010

Saturday, October 9, 2010

Tak jemu ke??

Assalamualaikum wbt.


Kerap kali saya dijamukan soalan ini,

"Kau tak jemu ke bercinta dengan dia?"

"Kau tak pernah bosan ke dengan dia?"

"Tahan pulak ek kau dengan dia."

Jawapan yang kerapkali di tembak semula atas lidah-lidah pedas yang bertanya,

"Aku tak pernah rasa jemu malah setiap hari rasa makin sayang."

"Allah dah kurniakan insan terbaik untuk aku. So, aku syukuri dan hargai."

"Pahit dan manis pasangan kita, kita telan. Kalau nak yang sempurna sampai bila-bila belum tentu dapat."


Actually isnin lepas, 4 Oktober 2010, genap 9 tahun saya dan pengulam jantung menjalin ikatan cinta. Ya, 9 tahun!! Bukan 9 jam. Bukan 9 hari. Bukan 9 minggu. Bukan 9 bulan. Cukup lama. Saya juga tidak menyangkakan yang cinta zaman sekolah kami berkekalan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.


Usia hubungan 9 tahun itulah yang kadang-kala selalu menjadi isu atau buah mulut orang. Sepertimana soalan-soalan yang diajukan di atas. Dulu masa bertubi-tubi soalan macam tuh keluar, berpeluh jugak nak menjawab. Kalah menjawab soalan SPM. Tapi sekarang dah terlalu biasa soalan macam tuh menusuk kat telinga nih. Ada jugak yang seakan tak percaya usia perhubungan kami.

Kami cuma boleh katakan: Doakan hubungan cinta kami kekal ke akhir hayat.

Kenapa perlu sebut 'hubungan cinta'. Kerana tanpa cinta, apalah ertinya hubungan itu. Biarlah hubungan tuh sama dari mula kami kenal sampai akhir hayat kami. Amin.

Dalam setiap hubungan jarang lah nak jumpa tak da gaduh-gaduh nih. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan?? Kan-kan?? hikhik. So, hubungan yang di jalinkan nih ada manisnya ada jugak pahitnya kadang-kadang. Ia adalah penyeri sesuatu hubungan tau. Kalau tak da gaduh tuh, macam tak ada seri. Tak ada manjanya kat situ. hehehe.

Sekarang nih kami sedang berusaha kearah ikatan yang sah. Insya Allah jika ada rezki dan diizinkan Allah, kami akan bersatu satu hari nanti. Siapa yang rasa nak datang bagi lah alamat. Nanti leh adjust bajet. hehehehe.


GigaBite:: Jom nikah ramai-ramai. Salah satu cara untuk mensifarkan anak luar nikah dan zina. Mudah-mudahan. Amin.

Friday, October 8, 2010

Wayar Putus~~

Assalamualaikum wbt.



Wayar putus~~


&^^%&^&*^$$#$^$%*&&*)*&%$$#$&^$&



Erk. Begini ceritanya. My red baby car yang comel tuh. Eh, pernah tunjuk tak sebelum nih? Ish, malu lah nak tunjuk. hehehe. Kesian dia, MRBC **shortform untuk my red baby car sekarang dalam wad. Okey lah saya mula cerita dari awal. Nanti tak faham pulak kan?


Hari sabtu lepas anto MRBC kat workshop untuk cek mana-mana yang kena ganti or betul. Biasalah pergi workshop mestilah dengan lelaki kan. So, pergi dengan pengulam jantung. Sebab kalau orang pompuan sorang pergi workshop, mahunya mati kena tipu. hukhuk.


Mula-mula nak buat alignment tapi pomen (bukan romen okey!) tuh cakap alignment okey lagi. Cuma balancing jek kena betul. Okey, go ahead pomen. Yelah sebab dah lama tak bawa MRBC gi check-up kan. Abah pun just panaskan enjin jek. Abah dah tak bape alert sangat nak bawa kereta nih. Biasalah orang dah makin berusiakan.


Di sebabkan kedai tuh hanya leh buat benda-benda yang berkaitan dengan tayar jek, so kena move on ke kedai lain untuk betulkan part lain. Then rancang dengan dengan my baby boy, ops, kan dah terkeluar nama dalam fon. Ahakz. Nak pergi betul radio plak. Dah berzaman radio tuh rosak. Kalau dalam jem mahu nye bosan tahap gaban sebab tak de radio. Tapi mula lah keluar radio yang entah dari mana datang siarannya. Hehehe. Ataupun kena pasang radio pakai fon. Owh. Tak sedap bila volume dia limited.


Pergi kedai betul radio. Mak aih. Berderet nye kete yang pending. huhuhu. Pengulam jantung turun tanya apa ntah. Pastuh dia masuk balik cakap "Kita datang balik la nanti. Dia tutup 730 petang. Time nih tengah jem.". Angguk tanda setuju. Lepas tuh bincang-bincang nak betul pe lagi. Tapi sebab tak tahu nak betul kat mana, so pengulam jantung cakap hari selasa atau rabu dia pergi betul sorang. Okey!


Actually kita orang curi masa untuk spend time berdua. hehehe. Yelah hari sabtu tuh jugak ada open house rumah kawan kami. Takkan tak pergi. Dia dah datang rumah, so kena lah balas balik kan. Tuh memang prinsip kami.


Then, start kerja kat JB yang sepatutnya hari isnin di tunda ke hari jumaat kerana kena train budak baru kat ofis. OMG. Kalau nak blah cam tuh tak patut plak. Kang kena saman dekat bos siapa mau bayar?? Padahal tak confirm pun lagi. Tapi bos sibuk-sibuk nak saman saya. Layan kan jek lah. Nasib baik bos syarikat baru nih memahami. Ahakz.


Rabu last keje and train budak baru kat syarikat KL. Then petang rabu tuh jugak balik Muar. Nak wat pe plak duk tunggu lama-lama kat sana kan. Jumaat dah kena kerja kat JB. Setiap saat itu adalah duit. Eh, sejak bila jadik mata duitan nih. Sejak azali lagi. lalalala~~


Khamis dah ada dekat Muar. Hati tak bape sedap nak drive sendiri ke JB. Walaupun ada Ibu and Abah temankan dalam kete. Almaklumlah belum berapa baik dari demam yang kuat. Serius! Demam kali nih memang kuat. Nih pun tak kebah lagi. Adess. Ibu ada gak tanya pengulam jantung ikut ke tak. Mula-mula cakap tak ikut sebab kononnya leh drive sendiri la kan. Cess.


Dalam tak sedap hati tuh call lah pengulam jantung. Cakap yang badan tak bape sehat lagi. Pale nih still ting tong lagi. Fenin-fenin lalat gitu. So, tak sure leh drive untuk jarak dan jangka masa yang panjang. Then pengulam jantung terus willing nak jadik driver. Horeey. Eh, tak de lah jerit cam tuh. Tapi lega lah sikit sebab ada yang membantu.


Dalam perjalanan ke JB, syukur Alhamdulillah tak da apa-apa halangan. Yang best nya, kami tak berhenti pun sebab tak da sebab untuk berhenti. Pengulam jantung cakap dia dah tukar lampu, isi air bateri, cek enjin sikit, and cuci kereta sekali. Memang berkilat lah tayar. Pengulam jantung nak balik malam semalam jugak. Okeylah. Sebab macam tak manis lah kan nak tidur rumah kakak.


Pengulam jantung ngadu, apasal la gear kete sayang nih payah nak masuk walaupun dah tekan clucth abes. Saya balas, eh baru jek ganti minyak clucth ritu. Diam masing-masing.



Sampai dekat rumah akak dekat pukul 630 petang macam tuh. Lewat sebab singgah JUSCO beli barang sikit. Then, pengulam jantung dah lapar tahap gaban. Apa makanan nampak kat JUSCO tadi semua sedap. Belilah jugak kentang dan chicken chop untuk dia. Dia pun alas perut dengan makanan ringan tuh dulu. Lepas magrib macam tuh baru makan berat. Makan nasi.


Dalam pukul 800 malam jugak gerak pergi Sri Putri untuk hantar pengulam jantung balik. Akak dah war-warkan tiket mungkin tak da sebab dah lewat. Owh. Sori. Saya dah lama tak naik bas. So, saya tak tahu tiket last ke Muar pukul berapa. Dalam kereta saya asyik tanya, "Kalau tak da tiket cam ner?". Pengulam jantung diam.


Sampai Sri Putri, pengulam jantung turun dan bergegas tanya ada bas lagi tak. Alkisahnya tiket last ke Muar pukul 800 malam. Adess. Then tu jek lah satu-satunya bas untuk ke Muar yang saya tahu ada kat Sri Putri tuh. Masuk jek kereta dia terus senyap. Sori lah sayang tak tahu. Kalau tahu tadi beli tiket dulu kan. Dia senyap lagi. "Abang nak pergi jumpa kawan anto baju nih." pengulam jantung bersuara. Okey.


On the way ke rumah kawan pengulam jantung, senyap. Senyap lagi. "Bie, cayang mintak maaf. Cayang tak tahu. Jangan la tarik muka." Pengulam jantung senyap lagi. "Duduk diam-diam. Abang tak da mood." pengulam jantung bersuara dengan nada nak kata marah takpun. huhuhu.


Dekat setengah jam jugak pengulam jantung berborak dengan kawan dia. Saya?? Ditinggalkan di dalam kereta. Okey fine. On the way balik semula ke rumah akak, saya batuk tidak berhenti. Pengulam jantung matikan aircond dan suruh bukak tingkap. Dalam hati dah cakap "Sayang jugak dekat saya." hikhikhik.


Setiba dekat trafik light Sri Pulai Perdana, pengulam jantung menjerit. "Sayang! Clucth!" Seraya tuh terus dengar bunyi PAP!! Bunyi benda patah. Kelam kabut. "Bie! Tarikh lampu emergency." Lampu trafik light sudah mula hijau. Kenderaan di hadapan sudah beransur-ansur bergerak. Yang di belakang membunyikan hon. Dalam hati, eh, tak nyala ke lampu emergency tuh? Pelah dorang nih. Pengulam jantung suruh saya handle stereng sementara dia keluar untuk tolak kereta. Mula-mula tak mahu sebab macam bahaya. Orang tengah kejar lampu hijau. Pengulam jantung cakap lagi bahaya kita duk kat tengah-tengah nih. Tak nak jugak. Sebab masih dalam keadaan panik. Lepas tuh terus cakap, "Boleh lah tapi tunggu lampu isyarat merah dulu.". Actually dalam hati terlalu bimbang sangat keadaan pengulam jantung yang akan berada di luar untuk menolak kereta.


Pengulam jantung menolak kereta dan saya mengarahkan kereta ke pinggir jalan. Syukur selamat. Telefon kakak untuk mintak pertolongan. Dekat pukul 1100 malam jugak baru sampai rumah akak sebab tunggu orang tarik kereta ke workshop berdekatan umah kakak. Lega tapi sayu sebab MRBC kena tinggal kat wad. huhuhu.



Balik rumah tuh terus munasabah diri. Ada hikmahnya pengulam jantung tak ada tiket malam semalam. Banyak hikmahnya. Then bersyukur sangat bukan kena dekat highway. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk memperbaiki diri. Untuk bertaubat. SYUKUR!!!





**Uish. panjang nyeeeeeeeeeeeeeeeee entri nih. hikhik....







GigaBite:: Entah berapalah pulus melayang kali nih. Adess. Duit ooo duit.

Friday, October 1, 2010

Postpone~~

Assalamualaikum wbt.


Bila BIG DAY kena POSTPONE. Hati pun rasa lega sikit. Betul jugak kan kalau awal mesti kelam kabut gila.

Kalau ikut perancangan nak BIG DAY bulan 12 nih. Tapi sebab banyak sangat planning so ditangguhkan ke tahun hadapan. Ala, bukan lama pun. Pejam celik kejap jek dah nak dekat.


Jom tengok ticker kat bawah nih:



Lama lagi.
4 bulan jek lagi.
4 bulan???
erk, tak lama lah sebenarnya.
Kalau kira dalam saat or jam baru lah leh kata lama.
hehehehe.


Tarikh?
Rahsia.
Belum masa nak reveal lagi.
Takut ada apa-apa perubahan kedua belah pihak.



GigaBite:: Sila bezakan BIG DAY dengan BIGGEST DAY. hukhuk. Harap korang faham. Tak faham tanya. Faham??

Thursday, September 30, 2010

Kesayangan saya~~

Assalamualaikum wbt.


Haa...baru lah ada feel menulis bila blog dah wangi kan?

Kesayangan saya?? Yup, saya ada kesayangan baru. Apa? Pengulam jantung? Eh, tu still kesayangan sampai bila-bila. Tolong jangan pertikaikan ok. (*.-)

Dah lama sebenarnya nak perkenalkan kesayangan saya nih pada umum.Kalau boleh nak buat press conference lagi. Hahaha. Cita-cita tinggi betul.


Kesayangan Saya:

Nama :: Mekhael

Umur :: 4 bulan


Saya persembahkan kepada anda semua, kesayangan saya............
^
^
^
^
^

"hi, im Mekhael."




"Cute tak??"



"Saya suka main dalam kotak kasut mummy."



"Itu bebear saya. Tak da bebear saya tak leh tido."



"Saya suka tidur dengan bebear."




"Saya juga suka 'kemas' bilik mummy.."
(T___T)



Itulah dia kesayangan saya. Comel kan?? Rasa nak gigit-gigit tak? Saya sayang dia sangat-sangat sebab pengulam jantung yang bagi. :)

Ibu dan abah lagi lah sayang kat Mekhael nih. Abah kalau jalan jauh-jauh cepat aja nak balik sebab takut Mekhael jadi apa-apa kat rumah. Haish. Tak pernah nampak Abah sayang kucing lain macam Abah sayang Mekhael.

Kalau ada kucing datang yang orang buang, Abah hantar kucing datang tuh kat umah orang lain atau kat kedai makan. Abah cakap tak mahu kucing datang tuh gaduh dengan Mekhael. Huish. Sayangnya Abah dekat Mekhael.


So, sekarang nih tugas saya cuma carikan pasangan hidup untuk Mekhael. Ibu cakap kucing jantan nih tak macam kucing betina. Kucing jantan kalau tiba musin mengawan dia akan cari pasangan yang dia suka lepas tuh sangat-sangat takut dia takkan balik rumah lagi dah. Yelah macam pernah terjadi sebelum nih dengan Jerry yang saya bela. Dah la sangat cantik. Bijak pula tuh. Last-last lari dari umah ikut betina mana ntah. Tak dapat di kesan. Sedih.

Saya tak mau benda yang sama terjadi kat Mekhael gak. Jadiknya saya dah tempah seekor anak bulus kepunyaan CIK TEDI untuk di jadikan teman Mekhael. Harap-harap CIK TEDI bagi. heheheh.




GigaBite:: Mummy n daddy cayang Mekhael ketat-ketat. Jangan nakal-nakal tau!

Bersarang kalah sarang labah-labah~~

Assalamualaikum wbt.


Huish. Lama beno eih rasanya tak update blog nih. Dekat sebulan ada kot. Adeh. Kesian kat pembaca blog nih. Mintak maaf banyak-banyak. Masih dalam bulan syawal lagi kan. Korang.....saya busy lar. Tak sempat nak update blog. Idea memang mencurah-curah ke ladang gandum. Cuma tak sempat jek nak curahkan dekat blog. Memang gila busy lar. Hahahha. Tak pe- tak pe. Untuk korang, saya cuba cari masa sikit-sikit.


Kejap, kejap. Sebelum tuh nak bersih labah-labah yang dah duk wat sarang kat sini. Aiks, cicak kobeng mati pun ada. Haish, nih sape punya kerja lah lastik cicak kobeng nih kat sini. Kasi vakum dulu. Sembur febreeze. Wah......wangi dah busyuk-busyuk saya nih.


So, baru lah ada mood nak menulis. Kita sambung dekat entri lain. Tak syok ler pakai tajuk atas tuh. Okey?


GigaBite:: Busy sampai diri sendiri pun tak terjaga, apatah lagi nak jaga orang yang tersayang. :)

Friday, September 3, 2010

Cincin itu cantik!!

Assalamualaikum wbt.


Semalam keluar ngedate dengan ex-coursemate kat UTM dulu.
(Perempuan okey!)


Pastuh tersinggah kedai cincin.

POH KONG!


Basuh-basuh mata tengok cincin.

Cantik.

Mula-mula tengok yang tak da permata.

Cantik-cantik jugak.


Pergi ke cincin permata.


OMG!!!

Berpeluh dahi sekejap.
(dalam aircond leh plak berpeluh. kui3.)


CANTIK GILA!!!

Siap suh amoi POH KONG amek then try.


Bermonolog seketika,

'Cantiknya kalau mak mertua yang sarungkan'

Pastuh terfikir nak jek amik gambar then MMS dekat pengulam jantung,
"Nanti nak cincin macam ni tau bie. Tak mahal pun. :)"

Tapi disebabkan leka dapat menyarung cincin ke jari yang tak bape nak demuk (adik beradik gemuk) terus terlupa nak snap pic.


SERIUS!!!

Nak carik cincin sejibik *sebijik macam tuh gak la untuk bln 12 nih.


Ops.

Terbocor sudah.

Bubye!



GigaBite:: Jangan tanya ada apa dengan bulan 12 tu. (T___T)

Friday, August 27, 2010

Sembelit.

Assalamualaikum wbt.






Tajuk tak boleh blah.

Tahu tak sembelit tuh ape?

Ala secara bahasa kasarnya adalah "berak keras". hahaha.

Ataupun dengan kata lain,
pengeluaran bahan buangan (air besar)
secara keras seperti batu atau tar jalan.

erk.

mengarut!



ZzZzZzZz


Saya akui bekerja memang seronok!

Assalamualaikum wbt.


Nak tulis sikit jek. Percayalah. Sikit aje. Tak banyak pun. Tak larat nak membebel sebab baru lepas dengar orang membebel atau kata lain nyer baru lepas dengar taklimat perisian. huhuhu.



"Kerja memang seronok!!"



..FULLSTOP..




GigaBite:: Kan dah cakap, sikit jek kan? Tu lah sape suh tak percaya. (0.*)

Thursday, August 26, 2010

Dia bawa bekal ke tempat kerja!

Assalamualaikum wbt.


Selamat petang semua. Huh. Bila dah bekerja nih badan letih sikit lar. Kurang sikit nak menulis. Tapi seriusly idea memang mencurah-curah, cuma tak sempat nak tadah jek. Tu yang bertaburan tengah jalan dan tak sanggup nak kutip balik. Bulan puasa la katakan. Penat.


Saya pergi kerja naik motor dengan abang saya. Saya bila naik motor sebagai pembonceng, mata memang melilau ke sana ke sini. Abes semua orang saya tengok. Paling sadis bila saya tersenyum tengok kereta yang jammed tengah-tengah jalan. Sedangkan saya di atas motor di lorong motorsikal sedang meluncur laju. Ada hikmah rupanya naik motor. Membuatkan saya lupa pada Si Kancil saya. Dan terus membuatkan saya seperti ingin membatalkan niat untuk membawa Si Kancil ke Kuala Lumpur. huh. Kesian dia ditinggalkan.


Dalam mata melilau-lilau tuh, dipendekkan cerita saya ternampak lah bekalan makanan dalam basket @ raga @ bakul motor seorang lelaki. Dia bawak air kopi. huh. Bior benar?!? Gosok-gosok mata. Tengok lagi sekali. Betul lah.

Terus think positif. Abang tuh kerja berat macam contohnya angkat barang ke, angkat pasir ke, angkat lori ke, tak pun angkat orang? huhuhu. Tak pe lah. Paling kurang pun dia display air jek. Bukan dia makan depan orang ramai ke. uhhuhuh. Nampak tuh, fikir positif lagi. hehehe.


Bagus kan kalau kita berfikiran positif. Nanti semua benda yang kita buat pun jadik positif jugak. So, berfikirlah positif. Tapi ikut tempat situasi jugak tau. Selamat menghabiskan ibadah puasa!


GigaBite:: owh, kalau ye pun tak puasa nak bawak bekal pergi kerja, soroklah bawah baju sejuk. hihihi.

Monday, August 23, 2010

Rezeki Terpijak Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum wbt.


Hampir 2 minggu jugak blog ini ditinggalkan bersawang. Huhuhu. Penat jugak nak mengilatkan semula. Sebab utama tak update blog adalah kerana line streamyx kat rumah kena barred. Sebabnya terlupa bayar. Padan muka sendiri!! Antara sebab lain adalah sibuk berniaga. Sibuk menyiapkan tempahan kuih tart nenas yang hampir 2000 biji jugak lar. Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezeki terpijak di bumi Allah SWT.


Yang paling utama sekarang nak bagi tahu kat semua readers yang sekarang tuan punya blog baru mula bekerja hari ini. Ya, saya dah dapat kerja. Alhamdulillah sekali lagi. Doakan saya bekerja dengan tenang dan aman damai yek. huhuhu.


Alhamdulillah. Tempahan kuih telah separuh saya siapkan. Yang separuh lagi tuh kebanyakkan untuk sedara mara terdekat. So, boleh lar edar dekat nak raya nanti. Rezki jugak tuh. Tapi saya tak lupa bersyukur pada Allah SWT.


So, yang kat luar sana yang rasa mana rezki dia tak datang-datang. Tunggulah dengan sabar. Kerana dengan kesabaran akan di balas dengan ganjaran. Amin. Mudah-mudahan.



GigaBite: Saya kini wanita berkerjaya! ehem..ehem.. >.<)

Thursday, August 12, 2010

Saya menang VS 3rd buffered earning!!

Assalamualaikum wbt.

Terlalu lama rasanya meninggalkan blog kesayangan nih. Kesian sungguh. Kejap, kejap. Nak bersihkan sesawang yang ada nih. Nak ambil penyapu dan mop pakai ZIP untuk tampak lebih wangi dan bersih.



Huh.


Alhamdulillah. Bersih dah. Wangi pun dah. Bolehlah teruskan buat entri. Tak tertahan hati nih nak buat entri. Tapi kesibukan yang datang membuatkan idea melayang begitu sahaja. Alangkah bagus apa yang difikirkan akan terus tertulis. AJAIB bukan??

Nampaknya sudah lari dari tajuk asal. Terlalu jauh. Okey, balik ke tempat asal mu.


Begini ceritanya. Firstly, nak menjerit dulu. SAYA MENANG!!!! Second time wow menang hadiah untuk contest. Sebelum nih nama mesti tertinggal nye. Pihak syarikat terlepas pandang kot. KUi, Kui, kUi. (*.^)

Menang apa nih? Menang NESTLE COFFEE-MATE NOTA CINTA. Wah, mesti kat luar sana sangka saya sangat jiwang kan? Okey, saya AKUI saya JIWANg. Puas hati??! huhhu.

Tapi nasib baik dekat keputusan nestle coffemate tuh dia tak tulis qoute yang kita buat. Kalo tak mesti korang akan cop kat dahi saya "MINAH JIWANg" bahahaha.


Erk, mesti ada yang tak percaya kan? Unbelieveable? Believe It!!. Kejap, kejap. Saya print screen gambar dia then saya akan siap bagi link lagi.


Kalau tak percaya lagi pergi sini. Klik sini.


Okey, tiada rahsia nama lagi. hehehe. Tapi IC ane leh tahu. hehehe. Dia siap call tadi suh faks kan IC dan alamat terkini. hehehe. Pengulam jantung siap tadah telinga nak tahu pebenda yang dia cakap tuh. Nanti hamper dah sampai saya post kat sini okey. Korang bagi lah sikit-sikit. huhuhu.


Okey, buffered earning plak. Alhamdulillah rezki ramadhan. 1st ramadhan sebenarnya dah dapat buffered earning tuh lagi. Tapi tak perasan. Saya memang kurang perasan! hahaha.

Alhamdulillah. Berniaga saya lancar dan mudah-mudahan semuanya kan berjalan lancar hingga ke akhirnya.


GigaBite:: First time menang contest masa masuk projek alpha season 2 contest tuh. Dapat hamper gak tapi tak pergi tuntut pun sebab tak tahu kat mane then tak de sape nak bawak. kui kui kui. Adios!

Wednesday, August 4, 2010

Rezeki anak.

Assalamualaikum wbt.


Tajuk mahu bikin kontroversi jek. Actually, rezeki anak tekak. Mana lah saya nih ada anak lagi. Kahwin pun tak lagi. Kursus kahwin pun tak pergi lagi macam mana mahu kahwin da. (^___^)


Okey. Alhamdulillah. Berkat usaha saya, rezeki berpihak pada saya. Setakat nih lebih 1000 biji tart nenas yang ada dalam senarai tempahan. Kalau tak usaha kita tak dapat kan. Nampaknya kena hadkan tidur lah. Usaha sampai jaya. Lepas tuh saya berniaga kuih muih pula untuk santapan berbuka puasa. So, siang saya berniaga kuih muih. Insya Allah malam saya menyiapkan tempahan tart nenas. Nak duit kena lah usaha kan.


Kebetulan pulak tadi teman satu kuliah saya masa di UTM yang dah bekerja (Nadia)offer saya kerja part time. Saya terima jek lah. Cari duit lebih la katakan. Untuk hidup masa akan datang. Part time nih saya leh buat masa saya berniaga nanti. Tak susah pun. Kalau semua susah apa-apa pun kita takkan dapat. Betul tak?


So, selagi saya terdaya nih saya nak buat apa yang boleh beroleh duit. Sementara tak ada kerja tetap lagi nih kan. Saya minat buat kuih dan minat berniaga. So apa salahnya kalau saya realisasikan. paling tidak pun adalah duit kocek. Insya Allah.


GigaBite:: Saya berharap usaha saya mendatangkan hasil. Semua rezeki saya datangnya dari ALLAH SWT. Amin.

Friday, July 30, 2010

Receptionist tak leh pakai tudung ker??

Assalamualaikum wbt.


Orang tak ada keje bese lar duk surf web cari kerja. Dapat kerja sementara pun jadik lah kan. Jadik receptionist pun ok jugak. Tak kiralah kerja apa-apa. Yang penting masyuk. huhuhu. So, tengah jenjalan, eh silap, tengah surf kerja yang sesuai. Tetiba adalah 1 syarikat nih nak pakai receptionist. Ingat nak try cuba test lar kan. Bukak-bukak jek page tuh terus hampa. Tengoklah kat bawah nih.



Rasa korang la kan. Syarikat nih syarikat melayu ke cina? Sebab kan dia tulis bahasa melayu tau. Kalau syarikat cina dia tulis english. Eh, tak jugakkan? haish. Think positif yek. tapi tak puas hati dengan ayat "Wanita melayu" tuh.

Apalah. Ingat kalau receptionist pakai tudung then tak ada yang nak datang syarikat dia ker? Salah ker kalau receptionist tuh pakai tudung? haish. Marah nih.


GigaBite:: Suruh jek receptionist syarikat tuh bogel. Sure berlambak-lambak dapat tender or yang sewaktu dengannya. hahaha. Geram!!!

Maafin aku dong!

Assalamualaikum wbt.



Pertama sekali, nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat sangat nak hupdate blog plus blogwalking. Maaf ya. Sibuk? Ya, sibuk sikit. Baru sikit jek tuh. Belum banyak lagi. huhu. Sibuk sebab memenuhi tempahan kuih. Lepas tuh dengan ambil order lagi, promote-promote lagi. huh. Pastu carik barang lagi. Kalau cerita kat sini tak abis lah. hehehe.


Alhamdulillah setakat nih semuanya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama saya budak pure sains macam saya kena belajar account. Sebabnya? Sebab nak kira duit yang keluar masuk. Supaya tak overdue or tak sangkut nanti. Kalau tidak payah ler tak ada buku kira-kira.


Tempahan masih di buka lagi. So, pada sesiapa yang nak tempah tuh call lah yek. Saya pun tak sempat nak update sidebar tuk letak tempahan kuih tart nenas tuh. Nanti saya letak yek.


Semoga usaha saya untuk berniaga berbaloi dan memperolehi pengalaman nanti. Doakan yek!


GigaBite:: Nanti saya datang jenjalan ke blog kamu, kamu, kamu dan kamu kalau saya tak sibuk siapkan tempahan yek.

Friday, July 23, 2010

Mata menular!

Assalamualaikum wbt.



Awas.
Jaga-jaga mata anda.
Ada yang berselindung di sebalik kaca mata hitam.
Namun bebola matanya kita tidak tahu ke arah manakah di tuju.


Actually tadi jenjalan kat fotopages.
Pegi fotopages orang kahwin.
Entah kenapa sejak akhir-akhir nih suka sangat tengok orang kahwin.
Gambar sah ler cantik-cantik.
Pastuh tambah lagi pengantin yang cantik.
huh.
Bikin hati panas-panas.
Jelus di situ.


Okey.
Short story.
Gambar nih ada makna tersirat.
Jom tengok bebola @ biji mata this man menghala ke mana.




This man.
Man wearing "black" glasses.
Phewwwwit.
Pengantin perempuan sangat cantik!!




Okey.
This time, nih memang dah sah halal kan.
So, no wonder lah nak "tinjau-tinjau" dulu sebelum menyelam.
haish.
Takda yang tersirat dengan ayat itu okey.



May be dia tengok gigi.
"Cantiklah gigi you!"






Teringin pakai gaun nih masa da biggest day!
Tapi nak pakai inner.
Tak sanggup ler pakai gitu jek.
Nanti husband tak jadik potong kek lak.
Kan dah lepas moment potong kek nanti.
hahahaha.
Gelak jahat di situ.


GigaBite :: Good nite. Sweet dream. Selamat malam jumaat!

Wednesday, July 21, 2010

Tempahan kuih raya sempena raya.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah bersyukur kerana masih lagi bernafas di bumi tumpangan ini. Lama mendiamkan diri bukan sengaja. Cuma mood terbang entah ke mana. Dengan gaduh-gaduh manja dengan pengulam jantung lagi. Lepas tuh demam pulak tuh. Nih pun tak berapa elok lagi. Tapi laratkan aje. Cayuk3!!!


Owh. Berbalik kita pada topik kat atas. Saya sekarang tengah sibuk berbisnes. huhu. Bisnes kuih raya. So, kepada sesiapa yang berminat nak beli kuih raya especially kuih tart nenas, kuih sheel dan batang buruk. Cepat-cepatlah buat tempahan dekat saya. Sememangnya anda takkan menyesal tempah kuih raya dengan saya. Dan anda akan bersyukur bila anak jiran anda asyik datang rumah anda untuk menghabiskan kuih raya anda. Atau pun mungkin anda yang menghabiskannya. hahaha. Action di situ.


Sebelum di masuk kan ke oven.


Sampel paket.
Untuk yang merasa dan berminat menempah.

1 bekas = RM 17.00 = 50 biji
2 bekas = RM 32.00 = 100 biji
(dun noe kenapa gambar nih jadik cam nih.)

(T____T)

Batang buruk.
Tak lah buruk sangat.
1 paket RM 10.00




Kuih goyang @ kuih ros.

1 paket RM 15.00
(besar dari paket batang buruk.)



Kalau rasa-rasa ada permintaan nak buat kuih lain. Leh request dan mungkin akan dipertimbangkan. Kalau area Batu Pahat dan Melaka penghantaran secara COD leh di buat. Tpi kena add-on delivery charge. Lain-lain area menggunakan pos. Terima kasih.


GigaBite:: Tart nih jadik feveret setiap kali berhari raya.

OPS:: nota buku kuih= Nak order boleh hubungi 0137006179. Untuk yang berminat sahaja!!

Saturday, July 17, 2010

Katak tomato bukan kodok pink!!

Assalamualaikum wbt.


Okey. Firstly, set kat mind yang anda nak tengok katak tomato. Sekali lagi KATAK TOMATO okey. Bukan benda lain. Ingat bukan benda lain. Hanya katak tomato. Okey. Dah bersedia? Betul nih? Dah set ye! Kalau mata anda tengok benda lain memang anda silap set. Okey. Scroll down lah.



>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>







Tengok!
Mesti anda tengok kodok pink kan.
Kan dah cakap set kat mind tengok Katak Tomato.
Anda Fail!!!


Ops.
Hanya suka-suka.

Letak lah jugak close up Katak tomato nih.
Geli!!!
Iyerk!!!




(Ehsan gambar abang OnDScene)



GigaBite: Rasa nak gelak. Brrrppp..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya!

Assalamualaikum wbt.



Kadang-kadang, bahkan selalu, benda yang akan berlaku kita tak duga. Tak sangka. Tapi siapalah kita untuk menolak takdir bukan? Nak meraung bagai menangis airmata darah sekalipun kita tak bisa mengubah apa-apa. Telah itu yang tersurat di Luh Mahfuz. Redha adalah jalan terbaik. Mungkin yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Siapa kita untuk menidakkannya. Dan siapalah kita jua untuk menghentikannya.



Setelah bahagia dilayari. Ditemani Mak dan Abah tercinta. Puas melihat mereka tersenyum. Sayu melihat mereka menangisi pernikahan nya. Namun, hati Mak dan Abah harus merelakan. Kerana anak gadis pasti suatu hari nanti akan pergi meninggalkan nya kerana mengikut suami. Mungkin ada di suatu sudut yang tidak diketahui, Mak dan Abah lega kerana telah menunaikan tanggungjawabnya. Kini giliran si suami untuk mengambil alih tanggungjawab.


Namun, siapalah dia untuk menidakkan takdir yang hadir. 3 hari selepas hari bersejarah dalam hidupnya. 3 hari selepas bergelar isteri. Janji nya mahu menghadiahkan cucu yang comel-comel. Tapi.... Tak siapa tahu itu yang akan terjadi. Sedih. Sayu. Tetapi harus diharungi jua.


Selepas menikmati makan malam bersama keluarga tercinta. Bersama suami tersayang. Abah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Namun itulah yang dikatakan takdir. Dia tiada kekuatan untuk menolakkan nya. Sayu hatinya. Namun terbit sedikit di dalam jiwa nya rasa syukur kerana Abah masih sempat menjadi walinya. Masih sempat tersenyum manis apabila dia di atas pelamin. Hati bertambah sayu bila mana janjinya tidak sempat untuk ditunaikan. Tidak sempat Abah memegang zuriatnya akan datang.


Doanya semoga roh arwah Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.





GigaBite:: Cerita ini berkaitan dengan teman saya yang baru mendirikan rumahtangga pada 11 Julai lalu. Dan pada 14 Julai, Abahnya telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama lah kita sedekahkan AlFatihah. Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Thursday, July 15, 2010

Katak?

Assalamualaikum wbt.


Katak?! Binatang yang paling saya tak suka. Geli geleman bila dengar nama katak. Walaupun hanya patung katak yang kaler hijau tuh. huuh. Tak minat katak sebab warna hijau kot. Tak jugak. Katak tuh menggelikan. Iyerk.


Katak. Terbalik kan pun still jadik katak jugak. Katak owh katak. Geli sebut. huhuh. Dahsyat betul saya geli dekat katak nih. Walau pun pengalaman saya dengan katak banyak lah jugak. Nak tahu. Saya cerita okey.


Cerita 1:

Kalau semua balik rumah Ibu saya terpaksa tidur luar. Cerita nih dah lama. Zaman tuk kadam lagi, masa saya sekolah lagi. So, terpaksa tidur di luar. Rumah memang besar tapi kenalah mengalah dengan katak-katak, eh silap, kakak-kakak yang balik.

Bila tidur luar of coz tidur beralas toto jek kan dan tidur bawah lah. Takkan kat living hall ada katil plak. Kalau living hall ada katil ajaib. Melainkan sofa katil lah kalau ada kan. Part nih best. Ibu kejut bangun, tapi liat sangat nak bangun.

Entah datang dari mana katak tuh ntah. Lompat-lompat then baik nye lompat dia lompat atas dada. Time tuh rasa cam sape lah dengki nih baling barang nih sebab suh bangun kan. Celik jek mata. Mak ai. KATAK!. Nasib baik tak pegang. kalau tak sure balik jek dekat sesape. Memang pas incident tuh tak tidur lagi dah kat situ. Amek port lain. Tak pun sebelum tidur pastikan tak de katak kat tempat tuh.


Cerita 2:

Cerita nih censor sikit lar. Kalau rasa tak cukup umur lagi jangan teruskan pembacaan okey. Kalau tak akak cubit-cubit adik. hahaa. Poyo! Gini ceritanya. Cerita dalam bilik mandi. Iya, BILIK MANDI. Sebab tuh bawah umur tak leh baca. FAHAM?

Tengah syok-syok mandi. Syok mandi okey. Airnya yang sangat sejuk. Sangat nyaman. huhuhu. Tetiba ada katak terbang. Aduyai. Nih yang lemah nih. Dia duk melekap kat dinding. Mata dia tengok saya. Nak gak tanya. 'Pe ada bawak CCTV ke tengok-tengok orang?'. hahaha. Gelak di situ.

Sempat sound kat katak terbang tuh supaya duk diam-diam until saya abes mandi. Okey. Dia faham kot. Then teruskan mandi. Tetiba, apa ntah yang katak tuh geram dekat saya. Dia leh terbang belakang saya. Pe lagi. Menjerit la kuat-kuat. Nasib baik dah abis mandi. Geram kat katak tuh. Nasib baik dia singgah dalam 5 saat jek. Kalau lelama mau pengsan dalam bilik mandi tuh. huh.


Cerita 3:

Katak suka sangat dengan kasut sekolah. Agaknya kasut sekolah saya bau lemak-lemak masam sikit kot. hihihi. Suka bermalam dalam kasut sekolah. Kalau dah lambat memang tak teringat nak cek. Sarung jek. Asal macam ketat jek kasut. Pastu lembik-lembik lak tuh. Aduyai. KATAK!!

Ada sekali tuh terperanjat beruk sampai kasut tuh jauh gila di baling. Ibu yang tolong ambil kan. Lepas kejadian geli dengan katak dalam kasut sekolah. Sebelum pergi sekolah mesti suh Ibu ketuk kan kasut sekolah tuh dulu. huhu.


Katak owh katak. Memang tak suka lah senang cerita. Walau gambar katak kat bawah nih orang leh cakap comel. Tapi tetap tak suka katak. huhuu.



Comel ker?
Adeh.
Iyerk.




Katak gemuk.
Tetap tak comel.
mmmmm.


(Ehsan gambar dari junior yang minat gila katak. Kat Fb dia.)



GigaBite:: Tapi kenapa suka buat muka katak? Macam nih (T_____T), muka katak kan??

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers