Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, May 31, 2010

Botol lada hitam yang lucah!

Assalamualaikum wbt.

**Pertama sekali, ini bukan blog lucah okey! Sekadar suka-suka sahaja nak kongsi gambar nih.


Hahaha. Tajuk sangat bikin kontroversi. Mintak maaf la yek kerana telah lama menyepi. Pergi menenangkan diri di Kota Kuala Lumpur. Orang pergi bercuti dekat tempat yang aman damai saya pulak sebaliknya kan. Pelik tapi benar. Sebenarnya nak lapang kan fikiran aje. Pastuh akak ajak shopping lak tuh. Lagi lar best bila dia belanja. Tu yang pergi. Kalau tak lebih baik duduk rumah.


Okey. Berbalik pada tajuk kita lar ek. First time tengok botol lada tuh macam comel. Masa tuh kami jenjalan dekat ROMANTIKA. Dekat Selayang. Bagi penggemar barang-barang perhiasan ala-ala inggeris mesti tahu tempat nih. Saya pun suka ke sini. Tengok bunga. Tengok barang-barang hantaran. Syok. Tapi nih first time terserempak dengan benda pelik tapi benar nih.


Nak tengok gambar dia? Tak payah lar. Hahaha. Tapi saya bukan otak 'BIRU' okey. Mula-mula tak da lah saya terfikir macam tuh sekali. 3 4 kali pandang. Haish macam lucah lak. Okey lah saya bagi tengok jugak lah. But jangan fikir saya bukan-bukan okey.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Jangan kasi tengok budak bawah umur okey.
Eh tak da pe pun.
Abstrak kan.
Unik.
Haish.



Hahaha. Kan dah kata. Jangan fikir bukan-bukan wahai bloggers kat luar sana. Mahupun berimaginasi sesuatu yang teruk, jangan sekali!


GigaBite:: Tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang masalah yang timbul. Hanya untuk tontonan mata TAPI bukan batin. Ahakz.

My Sweetheart Smells Like Pure Action3

Assalamualaikum wbt.



Adidas. Oyeah. I like the Pure smell. So pure. I hope My Sweetheart Smells Like Pure Action3. hahaha. Okey. Tak 'pure' lar bila saya speaking nih. Macam minah celup inggeris. Ahakz. Alangkah bagus nya kalau my sweetheart berbau 'pure' sentiasa. Rasa macam nak peluk-peluk dia 24/7 jek. Ops. Terlebih sudey. Yang pasti bila bau dia 'pure' rasa macam nak dating hari-hari aje. Lepas tuh bila time dating tak yah nak risau bau badan dia yang semacam tuh. Tapi takut aweks-aweks kat luar sana pulak yang duk kejar dia. Mati lah saya.


Pure action 3 nih dia unscented protection against perspiration, anti-whitening and 0% alcohol. Product ADIDAS nih dia New Dry max system technology for extra-wetness absorption. So, memang sangat sesuai dengan sweetheart yang kerap sangat berpeluh sebab sangat-sangat-sangat aktif. So, bila dia pakai product nih sure lah saya akan bertambah-tambah sayang sangat-sangat-sangat dekat dia.

Produk ADIDAS nih ade 3 types, CONTROL, SENSITIVE, FRESH, PURE and PRO-LEVEL. So, bagi yang kat luar sana pilih lar ikut citarasaa\ anda. Yang pasti dengan produk ADIDAS anda pasti takkan tersalah pilih punya. Percayalah! Gunakan dana rasai kehebatannya! OYEAH.


Okey. Jom kita layan episod 40 hingga 42 projek alpha season 2 nih. Jom kita tengok celoteh AZWAN ALI. Layannnn. Zass...


Episod 40



Episod 41



Episod 42




Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, May 25, 2010

Bersiaran kembali bersama 2 ekor anak angkat.

Assalamualaikum wbt.


Im back.Okey. Sebenarnya tak berapa sihat lately nih. Nak stay kat lappy lama-lama pun tak leh. Mana taknya, bila bangun jek rumah terus macam berpusing. Ibu kata may be sebab low blood pressure. Tapi memang selalu dapat tekanan darah rendah nih. May be kurang darah jugak.


So, tadi baru dapat pergi klinik. Actually, bila gatal-gatal menyerang kembali dan tumbuh bintik-bintik merah dekat keseluruhan lengan barulah ringankan diri yang dah sedia ringan nih untuk drive ke klinik. Lengan belah kanan hancur sebab bintik-bintik merah tuh. Tak tahu alahan sebab apa. Doktor pun tak tanya banyak dan tak cakap banyak. Doktor bagi ubat macam bedak sejuk tuh dan ubat telan yang leh sebab kan mengantuk. So, lepas nih alasan mengantuk boleh la di terima pakai Ibu sebab makan ubat tuh. kehkehkeh.


Pencarian saya sudah berakhir. Gembiranya. lalalala. Haish. Mesti anda, anda dan anda tertanya-tanya pencarian apakah itu kan. Okey. Ingat tak saya kehilangan Neng? Tak ingat? Klik SINI. Lepas tuh kan saya suruh pengulam jantung carikan penggantinya tapi macam menunggu kucing bertanduk. Tak ada langsung. So, saya cari iniasiatif sendiri untuk cari pengganti Neng. Jom kita tengok cerita bergambar kat bawah nih.



Hai, saya Tom.
Saya baru dua minggu kat rumah mummy.
Saya tak tahu umur saya berapa.
Saya diambil dari kedai makan.
Saya suka tinggal dengan mummy.
Saya kucing kampung yang comel.



Saya suka baring dekat perut mummy.
Nak tahu tak?
Mummy ambil akak untuk saya.
Jom kita baca cerita pasal Tam plak.



Hai, saya lah Tam.
Saya bulu tebal sikit dari Tom.
Saya manja jugak.
Suka tidur dengan Onni (my mum).
Mummy ambil saya dari pasar.
Saya yang pergi dekat mummy mula-mula.
Tak tahu pula mummy suka saya dan terus bawa balik.




Salam perkenalan buat semua.
Nanti mummy tangkap gambar kami cantik-cantik letak dekat sidebar okey.
Jom tatap aksi terakhir saya ye.




Ops.
Terlebey sudey.
Saya suka buat macam nih.
Sebab angin masuk.
huhuhu.


GigaBite:: I love both of you. Jangan nakal-nakal dan gaduh-gaduh okey. Muaahhh.

Monday, May 24, 2010

My Wiggy Design

Assalamualaikum wbt.

Wiggy! Tentu semua ornag mengidam kan design wiggy tersendiri kan. Saya pun kalau boleh nak create design wiggy sendiri. So, bila instant cash blogging bagi peluang untuk design wiggy sendiri saya tak lepas kan. Jom lah tengok design saya macam mana.


Okey. Wiggy saya mesti berbentuk love. Sebab? Sebabnya bila dia bentuk love ia akan membuahkan rasa cinta saya terhadap wiggy itu. Jiwang? Tak adalah. Kerana bagi saya love adalah simbolik kepada sesuatu jiwa yang romantik dan lembut. Tapi bukanlah bermaksud jiwang karat.



Kalau ada wiggy macam nih sure nak tengok Project Alpha episod 33-35 dengan hati yang girang aje.

Episod 33


Episod 34


Episod 35




Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, May 17, 2010

Contest??

Assalamualaikum wbt.

Berkira-kira.
Bercadang-cadang.
Berfikir-fikir.
Bermatematik.


Ingat nak buat kontest.
Ya, kontest.
Tengah fikir nak buat kontest pasal apa.
Tungguuuuu.

Secret Journey To Thailand (Part 2)

Assalamualaikum wbt.


Pertama sekali ingin memohon maaf kerana tidak update-update. Saya kurang sihat. Almaklumlah sekarang nih cuaca tak menentu. So, kesihatan saya juga tidak menentu. Mood juga tiada.


Okey. Saya nak sambung cerita saya ke Thailand. Kita sambung part 2 okey. Hari kedua, macam biasa dari pagi sampai lebih kurang pukul 430pm macam tuh ada talk kat auditorium. Then petang tuh kita orang confius nak ke mana. Sebabnya tak siapa yang sudi jadik pemandu pelancong kami. Geng kami pulak dah tertinggal dengan lecturer. So, kami terus wat keputusan untuk ke Pasar Malam yang kami lalu semalam selepas balik dari Future Park (baca sini). Erk, tapi apa nama tempat tuh ek? Nak ke tempat tuh ingat. Tapi nak cakap kesana tuh nak cakap apa. Itu masalah besar kami. Sangat besar. Ada hal nih berlakulah miss communication.


Saya masih ingat lagi situasi ini. Kami ada 3 lelaki dan 8 perempuan. Okey. kami keluar dan tunggu diluar kampus Asian Institute of Technology, Phantumthani (yang kami diami). Si lelaki 3 orang nih jadik bodyguard untuk kami berlapan. Almaklumlah negara orang kan. Kami tekad nak ke pasar malam itu malam tuh jugak. Kami contact lecturer kami yang telah selamat sampai di sana. Mula-mula tak dapat. Dan kalau tak dapat kesana kami ambil langkah untuk ke Future Park then patah balik untuk ke pasar malam tuh menggunakan bas. Kiranya 2 trip lar. Salah seorang dari jejaka tersebut mencuba untuk berkomunikasi dengan pemandu van yang berhenti yang kononnya mahu membawa kami ke mana kami pergi. Namun hampa kerana mereka tidak faham langsung apa yang kami katakan. Si jejaka nih cakap lah nak pergi ke jalan yang ke Future Park. Lain mahu di pergi lain mahu di bawanya. "Massage?? Ya. Ya." Itulah yang asyik keluar dari mulut driver van tuh. Aiyark. Kami bukan mahu pergi mengurut lar. (-__-)


Akhirnya lecture kami membalas mesej dan memberi nama tempat tersebut. Pasar malam tersebut di hadapan sebuah ISTANA. Alamak lupa lagi nama Istana tuh. Kami di bawa oleh 3 teksi. Mula-mulanya kami yang perempuan nih cuak juga nak naik teksi tuh. Kami mahu setiap teksi tuh ada seorang lelaki. Namun lelaki yang kami anggap bodyguard itu tidak mahu begitu. Tak gentle man langsung. Ahaks. Okey. Kami pasrah. Kami naik berbekalkan doa. Apa-apa jadik kami nekad keluar dari teksi itu.


Alhamdulillah. Kami selamat sampai. Tapi geram sangat bila pemandu teksi itu sengaja membawa kami melalui jalan jauh. Tak faham kot apa yang kami cakap. Atau sengaja ketuk kami. Pasrah jek lah. Yang penting selamat sampai.


Okey. mari kita layan gambar-gambar kat bawah nih. Saya nak sambung gambar dekat future park tuh sikit. Okey. Gambar dekat pasar malam tuh tak banyak pun sebab duk sibuk shopping. Murah-murah. Walawei.


Muka-muka ceria dapat keluar ke FUTURE PARK


Gambar nih sangat sweet.
Suka-suka.


Hahaha.
Nak melompat tapi dah snap.
Malu saya.


Apa dorang buat nih.
Konvo nanti kita lompat lagi ek.


Gambar exclusive depan FUTURE PARK.
Auw.
Saya macam gedik aje.


Bila perut da kenyang, senyum sampai telinga.
Yang pasti kalau nak refill, refill air masak aje.
huh.
Kuciwa.


Persediaan sambutan Krismas.


Baju kaler coklat dua dari kanan sangat cantik.
Tapi mahal okey baju nih.
Tak ingat berapa.
Dalam 199 ringgit malaysia jugak.


Jangan tengok.
huh.
Asal saya buat muka macam tuh ek.
Confius.


Lepas dah penat berjalan.


Ini geng kami.
Seorang lagi duk snap pic nih.


Bergambar di pintu masuk A.I.T


Suasana di pasar malam.
Baju-baju sangat murah.
Saya shopping sikit di sini.


Muka ceria masing-masing lepas shopping.
Dah dapat apa yang di idamkanlah tuh.


Alamak.
Bocor rahsia saya shopping paling banyak.
hehehe.


Macam kat Malaysia jugak.
Tapi dia pisahkan antara makanan dan gerai kering.
Baguslah.
Kalau tak mahu termuntah saya.



Sekian sahaja untuk part 2 nih.
Kita sambung lagi nanti.
Tata.

GigaBite:: Nak pergi lagi Thailand. Tapi Thailand tengah huru-hara. Kecewa nya.

Who Will Win the World Cup?

Assalamualaikum wbt.

Makan bola.
Tidur bola.
Jalan bola.
Demam bola.
Semuanya pasal bola.

Almaklumlah World Cup akan bermula tak lama jek lagi. Okey. Persoalannya, Who Will Win the World Cup? Dulu masa 4 tahun lepas. Brazil menang kan. So, sekarang nih saya nak target ITALY akan menang. Tak tahu kenapa nak pilih ITALY. Tapi saya rasa ITALY layak menang. reputasi ITALY yang baik memungkin beliau untuk menang. Tapi siapalah saya nak meramal dan membenarkannya kan? Apa kata bila dah start WORLD CUP nanti sama-sama kita duk depan TV kita tengok siapa yang menang. BUT, please jangan pertaruh. Kan pertaruhan itu HARAM. BERJUDI itu haram. Nak ke korang makan duit haram?


Psstt. meh sini nak bagi tahu. Saya suka lagu tema World Cup. Bila iklan World Cup tuh keluar kat TV siap boleh joget-joget lagi. hahaha. Bocor jap rahsia saya.


Sebelum tuh, pe kata saya syorkan kepada semua pemain bola sepak yang berjuang nanti pakai set ADIDAS. Sure boleh skor. Apatah lagi boleh menang kasut emas nanti mana lah tahu kan. Pastuh kalau beli set promosi adidas dapat pulak RM30 off untuk sign up P1W1max. Wow. Sangat memberansangkan. Jom ramai-ramai pergi beli pack macam kat bawah nih.





Sambil-sambil tuh jom tengok Episodes 26-28 of Project Alpha Season 2

Episode 26


Episode 27



Episode 28



Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Friday, May 14, 2010

Secret Journey To Thailand (Part 1)

Assalamualaikum wbt.



Dah lama sebenarnya nak buat entri nih. Tapi asyik lupa aje. Haish. Banyak sangat makan semut. Untuk pengetahuan pembaca. Akhir tahun lepas saya telah melawat ke Thailand. Pergi bukan suka-suka. Pergi kerana menuntut ilmu. Cewah. Pergi dengan sebab program "Global Outreach Programme". Ala-ala student exchange jugak la. Alhamdulillah berpeluang untuk turut serta. Bila lagi kan nak pergi luar negara nih kan. So, saya grab lah peluang yang ada nih.


Oh, sampai sekarang saya tak leh lupa suasana shopping kat sana. Rasa nak pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat nih sebab Thailand tengah bergolak dengan kes "Baju Merah". Silap-silap nanti saya jadi korban. Bila berita keluar pasal Kumpulan Baju Merah nih, saya tengok. Saya predict tempat tuh. Saya cakap kat Ibu. "Ibu tuh tempat adik pernah pergi." huhuhu.


Okey. kat bawah nih ada cerita bergambar. Marilah layan.



Welcome to Survanabhumi Airport.
Sampai sudah.
Masa nih rasa macam tak percaya jek dah terpijak di bumi Bangkok, Thailand.
(T____T)



Bukti dah sampai kat Thailand.
hahaha.
Muka sangat letih.
Dari JB ke LCCT then ke Bangkok.
Sampai dalam pukul 12am kat sana.
Nasib baik orang sana sanggup tunggu.
Siap ada signboard lagi tuh.
Terkesima dan teruja.



Bilik yang dihuni di sana.
RM20 sehari/seorang.
Dah la tak da aircond.
Maaf lah bilik saya memang bersepah.



Auditorium.....
Oh, tak ingat auditorium apa.
Tempat berkumpul untuk tadahkan telinga dengar ceramah.



Makanan pertama yang masuk ke mulut sejak jejak ke Thailand.
Sedap la.
Ayam goreng dia sangat sedap.
Halal okey!



Mereka sangat lapar.
Almaklumlah dari semalam tak makan nasi.



Hari first jek dah di bawa bershopping.
Future Park.
Bila dengar jek ingatkan sebuah taman masa depan.
hahaha.
Rupanya macam Mid Valley or Times Square.
Tak shopping sebab tak ada yang berkenan.
Ha, cuma beli TIE.



View malam hari.
Cantik Taman Masa Depan nih.
kuikuikui.



Siang dah makan nasi.
So, malam makan fast food pulak.
Halal.
Tapi McD tak halal.
WHY??



Nasi Ayam Pekasam.
Itu yang kami gelarkan.
Lapar punya pasal, habisssss.



GigaBite:: Cukup untuk Part 1. Nak buat banyak-banyak part. So, tunggguuuu.

Bilakah masa yang sesuai untuk cashout NUFFNANG?

Assalamualaikum wbt.


Hai you all. Nak tanya you all nih. Bila ek you all rasa masa yang sesuwai gitu untuk cashout NUFFY? Pastu you all gtau kat I dalam jangka masa berapa lama I boleh dapat cek tuh?

**Iyerk. Rasa macam gedik pulak. Macam gitu-gitu aje. Okey. Bertukar.


Ehem-ehem.

Ha, kengkawan. Korang. Bagi sesiapa penah cashout nuffy tuh kan. Leh tak bagitahu saya bila masa yang sesuai untuk saya cashout nuffy saya. Dah leh cashout dah. Tapi sayang pula. Nak tau jugak bila masa yang sesuai. Pastuh kan kena tunggu berapa lama yerk? Lama tak?


Dah dapat cek nuffy tuh nak buat apa? Haish, apasal tanya soalan bodoh nih. Macam tak pernah cashout cek jek. huhhu. Sori, sori, sori frens.



GigaBite:: Nak buat apa dengan duit nuffnang tuh ek? Beli handphone dapat tak? hahaha.



Thursday, May 13, 2010

How Many Wiggies?

How Many Wiggies?
my answer:: 220


Episodes 22-25 of Project Alpha Season 2


Episod 22



Episod 23



Episod 24



Episod 25




17727.





Saya mencari orang bertuah captured nombor
kat atas nih.
Jom tengok siapa yang bertuah.
17727.
Kalau dapat tangkap sila buat entry pasal blog dan nombor nih. (print screen full blog include that number, photoshop leh tau okey!)
Hadiah menanti.
Tunggu~



Wednesday, May 12, 2010

Panggilan hangit sampai rasa kuali pun bau hangit.

"Assalamualaikum wbt." suara perempuan yang lunak kedengaran di hujung talian.


"Walaalaikumusalam wbt" lembut sekali saya jawap.


"Boleh saya bercakap dengan cik Aqma?" suara perempuan di hujung talian bergema lagi.


"Ya saya" sungguh sopan. Kalau kawan-kawan ibu telefon sure pastuh tanya nak jadikan menantu. Ops. Sori makcik. Saya single but NOT available makcik.


"Ada akaun bank tak?" perempuan itu bertanya lagi.


"Ada. Tapi nih dari bank mana ek?" keraguan mula ragu-ragu.


"Okey. Bagi nombor akaun awak. Saya dari CIMB." tulus sekali suara wanita itu.


"CIMB? CIMB cawangan mana ek. Nape nak nombor akaun saya pulak?" curiga mula meraja. Tapi saat nih duk fikir jugak kat mana nak cari nombor akaun tuh.


"CIMB cawangan Johor. Cik menang cabutan bertuah." Mak ai. Bila masa lak saya masuk cabutan bertuah nih. Masa tuh tengah fikir pasal penipuan akaun bank yang banyak saya baca di blog-blog yang boleh di percayai.


"Cik nih betul-betul ke main-main?" saya serang dia balik. Rasa macam nak gelak masa cakap cam tuh.


"Betul lah nih. Cik Aqma kan?" dia ulang nama saya lagi.


"Aha." Hanya itu mampu saya jawap.


Senyap seketika.......................................................
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:





"Adik, Angah lah nih." jelas suara di hujung talian.


"Eeee. Main-main tau. Bikin cuak jek." geram saya dengan Angah saya yang duk kenakan saya. Duk gelak kat hujung talian sana. GERAM.






GigaBite:: ohoho. Main WAKENABEB, BAM BAM BONG, PANGGILAN HANGIT dengan saya yerk. Tak pe. Ada ubi ada batas ada hari saya balas. TUNGGU.


Saya memang bertuah dapat pengulam jantung.

Assalamualaikum wbt.


Saya baru balik candle light dinner. Tapi tak de candle. huhhu. Okey. Sebelum pergi makan kami singgah di rumah kakak pengulam jantung. Si pengulam jantung menghantar air 100 plus untuk abang ipar yang demam. Sungguh baik pengulam jantung.


Ramai yang cakap saya bertuah dapat pengulam jantung. Masa saya pergi kenduri rumah pengulam jantung. Pak cik dan mak cik pengulam jantung semua cakap saya tak rugi dapat dia. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Bila dah ramai yang cakap cam tuh. Nak-nak sedara terdekat lagi lah membuat saya tak mau lepas kan pengulam jantung. Nak ikat dia kuat-kuat.


So, bila pergi rumah kak ngah dia ada lah anak sedara dia yang baru berumur 8 bulan. Kebetulan belum tidur. Memang 1 peluang buat saya. Anak sedara lelaki pengulam jantung nih sangat comel okey. Mana tak nya MIX bapak dan mak yang sangat sweet. Keluarga pengulam jantung Bugis dan abang iparnya adalah keturunan pakistan gitu. So jadilah campuran anak yang comel macam gambar kat bawah nih. Dipendekkan cerita, jom kita hayati gambar-gambar kat bawah nih.



Hai. Saya Hamizan.
Cute tak saya?


Alamak. Jangan tengok belakang.
Itu kaki papa saya.
Ops. Terlebih sudeh.


Ijan tengah jeling pengulam jantung.
Jelingan tajam tuh.


Wah. Mak Ndak (saya) amik gambar Ijan la.
Senyum banyak.


Pak Ndak busyuk lar.
Ijan comel dari Pak Ndak.



Bakal bapa mithali.
Ahakz.



GigaBite:: Beruntung dapat pengulam jantung. Biar seribu tahun pun, cinta saya hanya untuk pengulam jantung.

Uji mata mu sayang~

Assalamualaikum wbt.


Entri terpendek sepanjang hidup yang panjang.
Sila uji mata mu.
Apa yang kamu, kamu dan kamu nampak.
Drop kat komen okey.

Out for the sweet candle light dinner.
Ops.
Jangan jelus!
Entri journey to somewhere akan muncul lepas balik candle light dinner.






GigaBite:: Sila tengok betul-betul. Nak pakai kanta pembesar pun di sila kan. Apa yang anda nampak kat gambar tuh?

Tuesday, May 11, 2010

Hitam putih. Cantik tak?

Assalamualaikum wbt.



Hitam putih. Macam tahi cicak pulak. Tapi cantik. Macam CASPI. Okey. Untuk apa hitam putih tuh kan. Mesti korang tertanya. Kalau buat untuk theme wedding cantik tak hitam putih. Macam akak saya pernah pakai masa wed dia. Tuh pun sebab nak complete pakej yang dia ambil. So, dia ambil keputusan nak pakai baju hitam putih. Tengok macam sweet aje. Tapi tak tahulah kalau pengulam jantung tak suka.



Tengok kat bawah nih jap.


Macam malu-malu.
Kalau suruh akak yang dah 15 tahun kahwin tuh sure tak leh buat.
Dah try. Dorang asyik gelak jek.



Owh, sweet nye.
Sangat sweet.



Tapi kan. Pink lagi sweet. Alahai macam mana nih. Banyak nye kaler yang minat. Kalau lah dapat kahwin sekali tapi dekat banyak-banyak tempat kan best. Dapat banyak theme. Jangan mimpilah. Mana nak cekau duit lor. Cukup lah dengan 2 majlis. Di rumah perempuan dan rumah lelaki.



Pink? Owh pink. Pink nak jadikan theme untuk majlis tunang jek. Sebab dia tak involve si pengulam jantung. Tapi baju melayu pengulam jantung dah beli. Kaler pink. Light pink. Tengok respon dia tak da lah tolak mentah-mentah. May be sebab light pink kot. Dia cakap okey aje. Sebab beli cam tuh sebab nak sama dengan baju tunang saya. Takkan lah tak mau sama kan.



Lagi satu. Kalau nikah tak pakai baju kaler putih suci tuh boleh tak? Tapi seriusly putih memang lawa untuk nikah. Tak di nafikan. Tapi ada jugak yang tak pakai kaler putih. Tapi pilih lar kaler yang suram-suram gitu. Kaler yang nampak suci gitu. huhuhu.


Tema oh tema. Dalam perkahwinan benda nih kadang-kadang jadik masalah jugak. Bagi orang macam saya nih. Kalau boleh semua warna saya nak cuba.


Ada lagi barang tak beli. Beli nanti lah. Tunggu saya dapat kerja. Sedap sikit nak shopping barang. huh.


GigaBite:: Betul jugak ada orang cakap beli sikit-sikit dulu. Nanti kemudian senang. *Wink*

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers