Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, May 2, 2010

4 tahun satu jangka masa yang singkat. Tak sangka dah habis belajar.

Assalamualaikum wbt.


4 tahun. Satu jangka masa yang lama jika kita baru melangkah. Tapi satu jangka masa yang sangat sekejap jika kita dah melepasinya. Percayalah. Huhuhu. Saya pun mula-mula macam percaya tak percaya jek bila saya dah lalui 4 tahun di UTM, Skudai. Cepat betul masa berlalu. Macam-macam dugaan dalam masa 4 tahun tuh. Suka. Duka. Benci. Sayang. Geram. Menyampah. Macam-macam pernah rasa. Tapi saya telah pun memaafkan semua orang. Harap-harap semua orang tuh memaafkan saya la.


Ada jugak peristiwa yang masih lagi lekat di ingatan saya. Kenangan-kenangan yang takkan pernah luput dari ingatan saya. Akan saya simpan memori itu. Sesungguhnya kenangan masa sekolah dan universiti adalah satu kenangan yang sukar untuk di lupakan.

Jerit perih selamaa 4 tahun saya di universiti terbalas bila saya sendiri dapat menerbitkan sebuah thesis kajian saya. Walaupun pada mulanya macam tak berapa konfiden tapi sebab kan fikir Ibu Abah kat kampung yang penat selama nih mendidik saya, saya kuatkan semangat untuk meneruskan sisa-sisa akhir itu. Sesungguhnya nak menghabiskan sisa-sisa yang terakhir tulah yang terlalu perit. Macam-macam dugaan.


Salah satu dugaan adalah bila thesis yang sudah di jilid tertinggal page literature review. Nasib baik hanya 2 daripada 4 thesis itu sahaja. Walaupun dugaan demi dugaan namun saya tetap tabah menghadapai nya. Saya sering mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Betul kan?


Alhamdulillah sekali lagi di panjat ke hadrat Ilahi apabila keputusan saya begitu mengujakan. Keputusan itu pun kakak saya yang kerja di bahagian akademik tengok kan lebih awal dari orang lain. Kan bawah nih saya selitkan gambar thesis saya yang berjaya berhempas pulas tidak tidur malam untuk menyiapkannya. Alhamdulillah sekali lagi.


Berkat usaha saya serta doa-doa dari IBU, ABAH, ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK dan juga semangat dari kawan-kawan terutamanya Noor Afizah Emran, Azian Nordin dan Cassindra Gelungan membuatkan saya terus bersemangat dan berjaya menyiapkan thesis ini.



5 sekali. huh.


habis duit hanya kerana dia.
huh.

GigaBite:: Leh lelong untuk cari kerja nih. (T_____T)


4 comments:

myQza said...

ALhamdulillah.. Selamat melangkah ke alam pekerjaan selepas inI!

Sky0ne said...

waaa tahniah dah abis belajar...:D

Sesopie said...

UTM skudai? Sophie kat KL..hehehe..congrats dah habis!

Anonymous said...

beshnyew dah abis..
chaiyok2 tok mase keje nanti ek!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers