Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, May 26, 2009

The Mines...

Mengapa tiba-tiba saya membuat entri bertajuk The Mines?? Kerana saya baru sahaja balik dari pusat membeli belah tersebut... Kenapa saya ke sana? Ha?? Nak tau? Supplier software kepada syarikat yang saya praktikal ini telah belanja kami 1 ofis makan di Kenny Rogers.... WOw!!!!

Saya sudah begitu lama tidak makan di situ kerana saya asyik teringat pengalaman pertama saya dan teman lelaki makan di situ.... Saya begitu terperanjat kerana bil yang diterima... Pertama kalilah katakan.... Tapi saya puas hati... Makanan di situ menyelerakan.... Memang saya berniat untuk makan di situ apabila tiba masanya nanti... Saya bagaikan ditimpa durian runtuh kerana supplier sudi membelanja kami 1 ofis makan di situ... wah... Tersenyum lebar saya....

Ayam half yang ditempah cuma di makan half sahaja... hehehe.... Excited sangat kerana sudah lama tidak makan ayam Kenny Rogers.... Almaklumlah orang belanjalah katakan..... Saya betul-betul kekenyangan... Tapi hari ini saya puas hati **wink**


The mines betul-betul mengingatkan saya tentang seseorang... Seseorang yang saya tak pernah lupa.... Dan mungkin takkan melupakannya..... Hampir termengelamun saya seketika apabila mengingatkan mengenai kenangan-kenangan itu... Dan saya juga hampir menitis air mata.... Sesungguhnya kenangan itu begitu menyentuh hati saya..... Tempat itu telah berubah....

Biarlah kenangan hanya tinggal kenangan.... Memori itu akan terpahat di ingatan saya.....

cerpen ciptaan saya!!

::First of all thank a lot to all the supporter that always give full courage to finish this short story::


Erti Cinta Ku Pada Mu


Semalaman Scha berfikir. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam situasi sebegini?
Siapakah yang curang, yang tidak setia, yang menduakan cinta? Scha menolak apabila Zaf mengajaknya untuk menonton wayang tapi Scha keluar dengan orang lain. Alasan yang diberikan kepada Zaf,
”I malas la nak keluar, I tak mood ni.” Ujar Scha dalam suara yang lemah apabila Zaf menghubunginya untuk mengajaknya menonton wayang. Kata Zaf, tiket sudah di beli. Tapi Scha peduli apa. Kalau dia cakap dia tak mahu, di ajak berkali-kali pun tak kan hendak punya. Scha memang seorang yang keras kepala.
Malam itu juga Scha menerima panggilan telefon dari sepupunya yang mengajak Scha keluar untuk menyambut hari lahirnya. Scha dengan rela menurut kerana dia pernah berjanji untuk menyambutnya. Kesian pula Saiful jika Scha tidak menurutnya menyambut hari lahirnya kerana dia tidak mempunyai sesiapa lagi saudara melainkan Scha.
Secara tidak disengajakan dia terserempak dengan Zaf yang kebetulan baru habis menonton wayang. Hampir pitam dia melihat Zaf jalan beriringan dengan seorang perempuan. Perbualan yang begitu mesra di mata Scha. Lantas Scha mengambil tangan sepupunya untuk berpimpinan seperti sepasang kekasih. Scha dengan bangganya melintas di hadapan Zaf dengan berpimpin tangan Saiful. Saiful seperti lembu di cucuk hidung yang menurut segala kata-kata tuannya.
“Scha…” laung Zaf.
“Eh.... You Zaf... Tak perasan pulak i masa lalu tempat ni. You buat apa kat sini? Comel la you punya girlfriend.” Ucap Scha dalam nada manja bercampur marah.
“You tu buat apa kat sini? Siap jalan berpimpin tangan lagi dengan lelaki ni? Siapa lelaki ni Scha!!” Marah Zaf meluap. Tidak di hiraukan mata-mata di sekeliling yang memandangnya.
“ Kalo you boleh buat i macam ni, i pun boleh buat jugak!!!” Scha menarik tangan Saiful untuk cepat-cepat berlalu dari situ. Ego mereka sama. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Air matanya hampir menitis tapi di seka.

Sepanjang perjalanan pulang Scha menangis sepuas-puasnya walau berkali-kali di pujuk Saiful.
Hari ini Scha tidak ke kuliah kerana mengalami migrain berserta muntah-muntah. Sehingga saat ini juga Zaf tidak menghubunginya. Hanya Saiful yang menghubunginya bertanyakan khabarnya. Terkejut Saiful kerana mendapat tahu Scha tidak sihat. Hubungan Scha dan Saiful sememangnya rapat semenjak mereka kecil lagi. Makin bertambah rapat apabila Saiful kehilangan kedua orang tuanya ketika berusia 5 tahun akibat kemalangan jalan raya. Mereka tidak ubah seperti adik-beradik. Scha juga tidak mempunyai adik-beradik, hanya Saiful tempatnya mengadu. Scha juga tahu, kasih Saiful takkan ada penghujungnya kerana kasih dan sayangnya hanya sebagai seorang abang kepada adiknya.

Saiful menghubungi Zaf dan memperkenalkan diri sebagai sepupu Scha. Saiful menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Zaf untuk meleraikan segala kekusutan. Setelah di pujuk berkali-kali akhirnya Zaf setuju untuk bertemu Saiful. Seperti yang dijanjikan mereka bertemu.
"Saya Saiful." Huluran tangan Saiful tidak di sambut Zaf.
"Aku Zaf. Kau ada apa hal ni sebenarnya. Aku nak cepat ni. Banyak lagi kerja aku nak buat dari buang masa jumpa orang macam kau ni." Keras sekali kata-kata yang di lontar Zaf kepada Saiful. Saiful memang penyabar orangnya.
"Saya nak Zaf tahu saya tiada apa-apa hubungan dengan Scha..." lembut sekali tutur kata Saiful memulakan bicara.
"Ooooo.. itu kau kata tak ada apa-apa hubungan. Abis tu yang sampai berpegangan tangan macam orang bercintan-cintun tu apa? Meluat aku tengok tau tak."
Saiful masih lagi bersabar dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Zaf.
"Saya tak habis lagi. Saya memang tak tahu menahu yang malam tu awak ada mengajak Scha menonton wayang tapi Scha menolak."
"Aku rasa kalau kau tahu pun mungkin kau akan beli tiket wayang sebelah seat aku dan bermesra-mesraan dengan dia. Kau cakap dengan Scha aku tak ada perasaan lagi dengan pelacur macam dia."
Pang!!! Tangan Saiful yang tegap itu telah hinggap di pipi Zaf.
"Scha tidah sehina itu untuk awak hina dia!! Dia perempuan suci.. Satu hari nanti awak akan tahu apa pengorbanan yang telah dia lakukan untuk awak."
Saiful berlalu pergi. Sementara Zaf mengurut pipinya sambil berfikir tentang kata-kata Saiful tadi.

Sudah seminggu Zaf tidak melihat wajah Scha. Terasa rindu pula. Tapi pada masa yang sama egonya terlalu tinggi. Zaf tidak membalas langsung mesej yang di berikan oleh Scha walaupun kesemua mesej yang Scha beri padanya berbaur kemaafan. Kadang-kala timbul rasa pelik di hati Zaf tapi di biarkan sahaja.
Zaf hanya dapat melihat sekilas wajah Scha ketika dia melintas di hadapan rumah Scha 3 hari lalu. Itupun hanya sekilas. Wajah Scha lain benar. Sakitkah dia? Tapi ego Zaf lebih tinggi dari rasa sayangnya pada Scha. Zaf hanya melepaskan rindu dengan melihat gambar-gambar di telefon bimbitnya.
Satu hari Zaf menerima sepucuk surat yang entah datang dari siapa dia tidak tahu. Tetapi tulisan yang tercoret di muka sampul surat yang mencoretkan namanya membuatkannya teringatkan tulisan Scha. Lantas dia membuka surat itu dengan tangan yang mengigil. Bukan kerana takut tapi kerana nalurinya seperti harus menerima sesuatu selepas membaca surat tersebut.


’Buat Naqiuddin Zafril b Hj Lukman yang dicintai lagi dirindui...
Ketika abang membaca warkah ini sayang telah pergi jauh meninggalkan abang. Tetapi abang janganlah risau kerana sejauh mana pun sayang terbang sayang tetap sayang kan abang. Malah ketika dan saat ini sayang masih cintakan abang. Sayang berharap abang berubah selepas apa yang terjadi antara kita pada masa lalu.
Lelaki yang berjumpa dengan abang untuk menyatakan niat sucinya adalah sepupunya sayang yang telah sayang anggap sebagai abang kandung sayang sendiri. Sayang tahu abang terlalu cemburu sehingga tidak boleh langsung menerima kata-katanya. Sayang faham sangat dengan perangai abang.
Sebenarnya ada dua rahsia yang belum sayang jelaskan pada abang. Pertama, sayang nak abang terima apa yang akan sayang tulis selanjutnya ini. Abang ingat tak yang abang pernah kemalangan suatu ketika dahulu dan ketika itu abang mengalami kerosakan hati yang serius. Pada saat itu sayang hampir pengsan mendengar pengesahan doktor. Doktor kata, seseorang perlu mendermakan hati untuk menyelamatkan abang jika tidak, harapan untuk abang amat tipis. Saat itu sayang hanya boleh menangis dan terus menangis. Abang tahu kan yang sayang terlalu takutkan jarum suntikan tapi sayang kuatkan semangat menjalani ujian darah untuk mengetahui samada sayang layak atau tidak untuk men derma hati saying kepada abang. Ternyata sekali di antara ramai, darah sayang yang terlalu sesuai untuk mendermakan hati untuk abang. Saat itu hati sayang gembira tidak terkira. Sayang buang perasaan takut dan gerun sayang hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa insan yang paling sayang sayang. Ketahuilah... Hati sayang telah menjadi milik abang. Sayang beritahu semua kaum keluarga dan teman-teman kita supaya merahsiakan tentang perkara ini. Ternyata ia tersimpan rapi sehingga kini.
Yang kedua, yang ini juga sayang harap abang dapat menerimanya dengan redha. Saya berada di United Kingdom sekarang untuk menjalani rawatan memulihkan sel darah sayang. Kata doktor sayang mempunyai terlalu banyak sel darah putih. Sayang terima dengan redha. Saat sayang tahu mengenai penyakit yang sayang alami ini, sayang tidak mahu langsung abang mengetahuinya. Kerna sayang tau jika abang mengetahuinya pasti abang akan terlalu risau dengan keadaan sayang. Maafkan sayang kerana tidak memberitahu abang.
Pesanan sayang yang terakhir buat abang. Tunggulah sayang di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 7 Julai 2007 nanti. Insya Allah kalau di panjangkan umur sayang akan pulang dengan senyuman semua orang tetapi bukan dengan tangisan. Sayang tunggu kehadiran abang. Sayang harap abang dapat menerima kehadiran sayang walau dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Salam sayang dan rindu,
Schazfeera Nafeeza


Menitis jua akhirnya air mata seorang lelaki.
’Akan abang nantikan kepulangan sayang....’ bisik Zaf pada bingkai gambar yang terisi gambar Scha yang beraksi manja.


7 Julai 2007


Sejambak bunga ros merah di genggam kemas di tangan. Mata Zaf meliar-liar mencari kelibat insan yang tersayang. Tetapi hampa, mengapa tiada. Terasa bajunya di tarik seorang budak. Lantas nota kecil dihulurkan padanya. ”I meet u at Cafe right now”.


Dengan pantas Zaf berlari ke café. Langkahnya perlahan apabila seraut wajah yang dirinduinya selama setahun itu sedang duduk menikmati minuman. Senyuman itu yang dia rindui. Langkah menjadi kaku seketika apabila terlihat Scha berbual mesra dengan lelaki bertentangannya. Siapakah jejaka itu? Soalan itu berlegar-legar di benaknya. Jangan-jangan itu suami dia. Ketika ini otak Naqiuddin Zafril ligat memikirkan berbagai-bagai perkara negatif.
“Ah, tak mungkin Scha berubah hati. Aku mesti tahu kebenarannya.” Luah Zafril sendirian. Langkah dipercepatkan untuk mengetahui kebenaran. Biar apa pun yang keluar dari mulut Scha dia akan terima dengan redha. Dia tahu selama ini dia banyak menyingkirkan Scha dari hidupnya. Dia seringkali melupakan Scha. Acapkali mengenepikan hati dan perasaan Scha. Dia ingin mohon maaf diatas semua kesilapan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum..” tutur Zafril apabila berada dihadapan meja sepasang suami isteri. Mungkin!
“Waalaikumussalam. Eh Zaf, have a seat.” balas Scha dengan senyuman. Seraya itu lelaki yang berada bertentangan Scha bangun menghulurkan tangan. Zafril menyambut dengan lemah.
“Bie, ni lah Zaf yang sayang ceritakan dekat Bie. Zaf, kenalkan ini Nazri Shah Rezza. Husband Scha.” Ujar Scha dengan nada gembira.
Hampir gugur jantung Zafril ketika Scha memperkenalkan lelaki yang di sebelahnya. Terkaku dia seketika. Lidahnya kelu tidak mampu mengucap walau sepatah kata.
“Kenapa Scha buat Zaf macam ni? Scha suruh Zaf tunggu semata-mata Scha nak tunjukkan semua ini? Sampai hati Scha buat Zaf macam ni.” lancar sungguh ayat yang dituturkan Zaf setelah lidahnya kaku seketika.
“Zaf…. Zaf kene faham. Scha dah tak larat dengan kerenah Zaf. Apa yang Scha buat selama ni Zaf bantah tapi Scha tau Zaf sayangkan Scha. Tapi tak cukup dengan sayang jek. Scha perlukan seseorang yang faham Scha, hargai Scha. Maafkan Scha.” Tersekat-sekat ayat yang keluar dari mulut Scha.
“Zaf sayang Scha. Selama ni Zaf buta menilai cinta Scha. Zaf tak tahu yang selama ini Scha banyak berkorban untuk Zaf. Zaf dah berjanji bila Scha balik dari UK nanti Zaf nak jaga Scha. Nak hargai Scha. Nak bahagiakan Scha. Zaf tahu selama ni Zaf banyak buat salah. Zaf tahu Zaf tak berhak terima cinta suci Scha. Cinta yang tak pernah berbelah bagi. Malam masa kita terjumpa di Pusat membeli-belah tu Zaf mengaku Zaf salah. Zaf sengaja mengajak Rini menggantikan tempat Scha. Zaf tahu Zaf salah. Maafkan Zaf. Tapi sekarang Zaf dah tak boleh buat apa-apa lagi. Scha dah sah milik Nazri. Zaf redha. Walaupun Zaf tahu amat perit bagi Zaf untuk menerimanya. Zaf redha. Zaf tahu Zaf takkan boleh hidup tanpa Scha. Zaf boleh jadi gila. Maafkan Zaf, Schazfeera Nafeeza.” selepas menghabiskan ayat treachery, Zafril terus bangun lantas meletakkan bunga di atas meja dan terus berlalu dari situ. Dia tidak sanggup melihat muka Scha lagi. Hatinya pedih. Hatinya terguris. Jika boleh dia mahu melenyapkan wajah kesayangan itu cepat-cepat dari fikirannya.

Belum sempat dia melepasi pintu kafe itu, namanya di panggil. Suara yang amat dirinduinya. Tapi dia tidak sanggup untuk memalingkan mukanya. Tidak sanggup lagi menatap wajah kesayangan yang sentiasa bermain di benaknya.
“Zaf, betul ke Zaf cintakan Scha yang teramat? Betul ke Zaf akan jaga Scha sampai akhir hayat Scha. Betul ke Zaf akan menghargai setiap saat serta detik kita bersama?”
“Semuanya benar Scha. Tapi Zaf dah terlewat. Saya mohon maaf atas semua kesilapan Zaf. Maafkan Zaf.” ucap Zaf tanpa menoleh ke belakang.
“Zaf. Jika benar Zaf cinta dan sayangkan Scha kenapa Zaf bagi bunga tu pada kakak kembar Scha?” ujar suara manja itu.
Serentak itu juga Zafril memalingkan mukanya ke belakang. Benar. Terdapat dua wanita yang perwatakan sama. Kerana kerisauan yang mendalam, dia terlupa yang kekasih hatinya mempunyai seorang kembar. Zafril benar-benar terlupa.
“Zaf lupa ye Scha ada kakak kembar? Ini mesti Zaf kalut sangat ni. Sebenarnya kita orang tak rancang pun nak kenakan Zaf. Tapi bila Zaf dah melulu cam tu jek, pe lagi kakak Scha kenakan lah Zaf.”
“Scha!!! You make me crazy!” Laung Zafril di dalam Kafe itu. Seraya itu Zafril berlutut di hadapan Scha.
“Zaf. Janganlah macam ni, malulah Scha.” Scha menarik lengan Zaf menyuruhnya bangun.
“Scha, please don’t do like this again. I don’t want to lost you again. Will you marry me?” spontan sahaja Zaf meluahkannya.
“No. You want to propose me like this? Are you serious?” ujar Scha seperti merajuk.
“Ops… Sori lah sayang. I tak sempat nak beli cincin la. Lagipun I takut jari jemari you bertambah gemuk pastu tak muat plak nak masukkan cincin nanti. Nanti kena lah I beli lagi. Kan membazir tu.” Ucap Zaf sambil melihat jari-jemari Scha.
Lantas Scha mencubit bahu Zaf.
”Sayang... Tak baik tau cubit suami. Derhaka nanti.”
Mereka yang berada di Kafe itu tergelak melihat gelagat pasangan kekasih ini. Akhirnya cinta yang tertinggal tersulam kembali menjadi ikatan yang lebih kukuh yang pastinya hingga ke nafas terakhir.

P/s::Thanks kepada yang sudi membaca. Di harap dapat memberikan komen...

Hakmilik terpelihara lagi suci~~ROSKARMA

Monday, May 25, 2009

Boling Tyme!!!

"Life is too short to wake up with regrets.


Love the people who treat you right


&


forget the ones who dont!!!


Believe that everything happens for a reason.


If you get a chance-take it


If it changes your life- let it..


Nobody said life would be easy


they just promised


it would be worth it."






Pada hari jumaat lepas, sebelah petangnya... Pejabat telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran bagi staff yang menyambut hari lahir pada bulan mei... Sambutan di buat di pusat boling di South City Seri Kembangan... Seramai 18 orang dibahagi kepada 6 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli...


Saya berada di kumpulan nombor 4... Di mana 2 orang perempuan seorang lelaki di kumpulan ini...


Pada mulanya saya menunjukkan taring walaupun saya telah begitu lama tidak memegang bola boling tersebut.... Hampir setengah tahun rasanya... Masa tidak mengizinkan saya untuk bermain boling... Antara penyebab lain juga tiada teman sekepala yang boleh melayan saya bermain boling.... Mahu mengajak teman lelaki saya, haram langsung tak mahu menemani saya... Tak pe.. Saya akan pastikan 1 hari nanti dia pasti akan mengikut saya bermain boling... Takkan saya boleh menemaninya memancing udang di kolam sebagai hobinya sehingga pukul 3 4 pagi, tetapi dia tak boleh menemani saya bermain boling?? Ini tidak adil...


Gambar di bawah menunjukkan markah bagi permainan boling untuk kumpulan saya::




Tengoklah betapa saya mendapat markah tertinggi di dalam group tetapi anda semua lihat lah apa yang telah berlaku pada saya untuk game kedua...




Mengapa terjadi begini?? Saya ada jawapannya... Jika anda ingin tahu, saya seorang yang 'wet hands'... Jadi pada game kedua, tangan saya terlalu basah sehingga saya susah untuk meng'kontrol' bola boling tersebut... Tapi lihatlah bagaimana saya menebus kesilapan saya untuk game kedua...








p/s:: Saya juga penggila boling... Sekali dah mula saya akan gian... Sesiapa yang mahu bermain boling bolehlah mengajak saya...


XOXOXO

Friday, May 22, 2009

Jumaat Yang Lewat!!!


Selamat Pagi Malaysia...

Selamat Pagi Kasih....

Selamat Pagi Cinta.....

Selamat Pagi Ibu, Abah, Along, Abang Long, Angah, Abang Ngah, Uda, Kak Ina, Andak, Abang Ajiz, Utih, Kak Eton, Kak Tie, Abang Zairi, Achek, anak-anak saudara Mak Su- Nad, Ika, Boboy, Qira, Ebby, & Aen.....

Selamat Pagi kawan baik ku, Midah...

Selamat Pagi Adek angkat, abang angkat, kakak angkat & Mak angkat.

Selamat Pagi kawan-kawan 1 jurusan, kawan-kawan praktikal, kawan-kawan 1 sekolah, kawan-kawan SePLKN, kawan-kawan SeKampung, kawan-kawan sepermainan, kawan-kawan seperjuangan & kawan-kawan yang mengenali SAYA...


Wah.... Ramainya yang perlu saya ucapkan SELAMAT PAGI....

Saya mohon maaf jika anda tidak di ketogorikan di atas....

Kerana terlalu ramai yang saya perlu ucapkan....


Kenapa jumaat yang LEWAT???

Bukan jumaat yang lewat tetapi saya yang telah kelewatan untuk ke tempat...

Bukan saya sengaja melewatkan diri tetapi kesesakan lalulintas yang menyebabkan saya lewat...

Saya cukup benci dengan kesesakan lalulintas.... Cukup geram melihat kerenah manusia yang tidak sabar...

Seperti entri saya lepas yang menceritakan mengenai sikap pemandu yang kurang ajaran...

Kali ini saya ingin membawakan 1 lagi episod duka....

Sikap kurang ajaran bagi POLIS TRAFIK!!!

Apa?? Biar benar?? Biar betik??(kata-kata yang selalu keluar dari mulut teman sepejabat saya..)

Ya.... Percayalah...

Polis trafik tersebut telah merempuh jalan yang bertentangan dengan menaiki motorsikal berkuasa kuda nya... (Motorsikal besar yang ala Harley Davidson tuh...)

Saya tahu beliau mempunyai kuasa tetapi beliau (tanda hormat tuh!!!) sepatutnya menunjukkan sikap bersopan santun kepada pemandu lain...

Atau mungkin saya berprasangka buruk... Mungkin polis tersebut kelewatan seperti saya??

Entahlah... Susah saya mahu ramalkan....

Pernah juga terjadi seorang pemandu kereta Ambulans menghidupkan siren semata-mata kerana kelewatan menghantar anaknya ke sekolah.... Pada hal tiada kes "emergency" langsung...

Kadang-kala saya merasakan orang seperti ini tidak bersyukur dengan Kurniaan ILAHI..

Saya cukup marah kepada pemandu kereta Ambulans yang sengaja menghidupkan siren kerana malas menempuhi kesesakan lalulintas...

Jika kenderaan tersebut membawa pesakit, saya tidak hairan atau geram..... Tetapi kenderaan tersebut kosong... Tiada pesakit yang memerlukan rawatan segera....

Saya tahu ramai pemandu di luar sana yang cukup geram dengan pemandu sebegini...


Pesanan saya kepada pemandu di luar sana termasuk saya sendiri yang suka memandu...

- Pandulah dengan berhati-hati..

- Pandulah dengan bersopan santun..

- Pandulah dengan perasaan BUKAN perasan..

- Pandulah dengan jiwa yang tenang BUKAN bertendang..

- Pandulah dengan kefahaman pemandu lain..


Sekian dari saya untuk entri ini...

Berjumpa di Entri lain..

Semoga ceria, bahagia & sejuk selalu...

Wednesday, May 20, 2009

Di Mana Nilai Etika Seorang Peniaga??

Saya cukup marah jika seseorang peniaga tidak memenuhi etika-etika kebersihan....
Dia orang hanya memikirkan keuntungan yang dia orang dapat....
Saya cukup kesal dengan sikap mereka ini...
Teringat pengalaman saya masa zaman sekolah dahulu.....
Saya minat berniaga di hadapan lorong rumah....
Jadinya ibu saya membenarkan saya meniaga di hadapan lorong tersebut....
Ibu membuat beberapa jenis kuih dan saya perlu menjaga gerai tersebut....
Saat itulah yang paling gembira buat saya....
Ibu mementingkan kebersihan...
Apabila membungkus nasi lemak ibu seringkali mengingatkan kami agar selalu melihat rambut yang jatuh....
Katanya kalau susah sangat pakai skaf....
Katanya juga kita mahu beri orang makan...
Bukan boleh buat main-main....
Saya faham kerana saya cukup mementingkan kebersihan makanan yang saya makan...
Bukan cerewet atau memilih tetapi sebagai pengguna kita mempunyai hak kita sendiri....
Saya pula seorang yang suka mencari tempat makan yang terbaru...
Kira saya ni sama lah macam Maria Tengku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan......
Apabila tempat yang saya pergi itu memenuhi kriteria saya, saya teruskan untuk makan di situ...
Teringat pula saya kejadian di mana saya makan bersama kakak saya di bandar Johor Bahru...
Tempat makan tidak perlulah saya nyatakan di sini...
Tempat makan tersebut adalah gerai yang mempunyai makanan nya tersendiri....
Di situ juga terdapat gerai makan & minuman penggerai berbangsa cina...
Saya dan kakak saya duduk di bahagian kedai makan melayu...
Kami menempah tom yam, nasi putih, telur dadar, ayam masak kunyit serta minumam ABC dan jus epal.....
Terkejutnya saya ketika itu hanya Tuhan yang tahu....
Lelaki yang mengambil tempahan kami menghantar senarai minuman ke penggerai cina tersebut...
Tertelan air liur saya...
Saya merungut-rungut.....
Pada hal penggerai melayu untuk minuman berada selang 2 gerai dari gerai yang saya duduki ini....
Dimana moral orang melayu (islam) ingin menolong orang melayu (islam) sendiri...
Penggerai melayu ini lebih rela memberi rezeki kepada orang kafir tersebut....
Saya cukup marah tapi saya tahan kemarahan saya...
Kalau ikutkan mahu sahaja saya pergi dari gerai tersebut....
Cukup kurang ajaran bagi saya...
Saya terus pergi ke kereta untuk mengambil air mineral yang berada di dalam kereta....
Rasanya tak tertelan tekak saya untuk menjamah ABC tersebut...
Saya langsung tidak menyentuh ABC tersebut...
Saya cuma meruntuhkan timbunan ais ABC tersebut...
Menampakkan juga yang ABC itu telah di sentuh...
Tapi saya tahu penggerai kafir tersebut tahu saya tidak menjamah langsung ABC tersebut....
Saya tidak peduli apa orang sekeliling fikirkan....
Ini melibatkan maruah saya sebagai seorang ISLAM....
Saya begitu marah pada hari tersebut dan berazam saya tidak akan menjejakkan kaki ke tempat makan tersebut....


p/s::Mengapa hari ini saya menulis entri ini?? Kerana buah jambu yang saya beli tengahari tadi mengandungi ULAT.... Tensen saya...

Cinta Kau dan Aku!!!

Entri di atas adalah sebuah tajuk novel tulisan Siti Rosmizah.....

Ini adalah novel kedua beliau selepas novel Andai Itu Takdirnya...

Selepas saya membaca novel pertama beliau, saya telah jatuh cinta kepada gaya penulisan beliau....

Ini membuatkan saya untuk membeli keluaran novel-novel beliau.....

Keluaran novel beliau yang saya tidak duga telah secara tidak saya membeli novel Cinta Kau & Aku.....

Walaupun pada ketika itu duit yang ada pada saya adalah duit peruntukan untuk makan di universiti tetapi saya tidak kisah....

Asalkan saya puas dapat membaca novel beliau....

Ternyata novel kedua keluaran beliau begitu menusuk hati saya....

Mengapa saya kata begitu??

Kerana saya menitiskan air mata membaca bahagian-bahagian yang begitu menyentuh jiwa saya.....

Saya mengucapkan ribuan tahniah pada beliau kerana berjaya membuatkan air mata saya berguguran...

Tapi saya memang seorang yang sensitif...

Terlalu sensitif....

Mudah tersentuh hati saya yang rapuh ini...

Kisah Cinta Kau & Aku ini menceritakan kisah cinta seorang perempuan yang berpakaian seperti lelaki yang tidak begitu mudah jatuh cinta....

Perempuan ini telah bekerja sebagai 'driver'.....

Majikan beliau seorang lelaki dan lelaki ini telah mulai jatuh cinta padanya....

Selepas itu......................................

Nak tau???

Belilah novel Cinta Kau & Aku....

Saya sangat pasti dan teramat pasti bahwa pembaca semua akan thumbs up....

Saya tak sabar menunggu novel seterusnya keluaran Siti Rosmizah....




p/s: saya penggila novel... sanggup berhabis duit krn novel....kepada sesiapa yg mahu meminjam novel saya pastikan ada pulangkan kembali krn saya cukup mrh dan geram kepada yg tahu meminjam tetapi tak tahu pulangkan.... **sampai saya terpaksa nyanyikan lagu pulangkan-Misha Omar...
Kami rumate yg gila novel~~


Tuesday, May 19, 2009

What that's??

My first time take a quiz like below!! So sweet....


1. What is your name : Ma
2. A four letter word : Malu
3. A boy's name : Mie
4. A girl's name : Midah
5. An occupation : Membebel
6. A color : Maroon
7. Something you'll wear: Modified dress
8. A food : Mee Hun Tom Yam
9. Something found in the bathroom: Medium light soap
10. A place : Mexico-chihuahua
11. A reason for being late : Mentol toilet tak bernyala
12. Something you'd shout : Me are everything!!
13. A movie title : Muay Thai
14. Something you drink : Milo Ais
15. A musical group : Matta
16. An animal : Monkey
17. A street name : Medang
18. A type of car : M3 coupe bMW
19. Title of a song : Milk in the bottle!!

Wow!!! I have finished it...
huhuhu.... :)

Monday, May 18, 2009

Who am I??

shopping without thinking run out of money!!!
travel without stress wif beloved!!!
thinking without limit!!!!
make friends without border!!!!!
eating without thinking of fat!!!!
dreaming of something can happen and that can happen!!!!!!
It's me!!!!
My heroes::
My dad
My bros
My boyfren
About me::
I want to state that i'm a simple person but a bit naughty
I'm easy to introduce
I'm always thinking about my frens
I'm talkative
I'm honest honey
I'm being for some1 -Sorry ;( -
I'm too affectionate
I'm a little sweet
i'm too little too sweet..... :)

Printing Studio!!!

Sesiapa yang berminat untuk menempah barang seperrti di dalam gambar di bawah boleh lah membuat tempahan di blog ini.... Di bawah ini saya menyenaraikan tempahan yang boleh di buat di sini.....

- Bussiness card

- Car sticker

- Rubber & flash stamp

- Mug, plate, t-shirt & tile prinring

- ID card & banner

- Collaar pin & tie clip

- Etching car plate & medal

- button badge

- invitation & greeting card


** harga tertakluk pada kuantiti yang di tempahan...

**Sebarang pertanyaan boleh email saya di pu3_ma@yahoo.com...


Best Experience!!!

Pengalaman ni memang pengalaman yang 'best' buat diri saya... Pada hari sabtu lepas saya telah memberanikan diri untuk turun ke KL seorang diri menaiki LRT dari Bukit Jalil ke Hentian Puduraya... Konfiden nih.... Malu bertanya sesat jalan tau tak... huhuhuhu...
Saya telah berada di stesen Bukit Jalil seawal jam 9.00 pagi... Awal lagi... Saya menghubungi teman lelaki saya, dia baru sahaja bertolak dari Tanjung Malim... Dari sana dia mememrlukan sekurang-kurangnya 1 jam untuk sampai ke hentian Pudu... Lama lagi... Tak mengapa... Saya membeli tiket yang berharga RM1.90.. Murah nya... Mesti dekat nih... Sebelum saya menuju ke arah platform sempat lagi saya bertanya di kaunter di platform mana kah harus saya menunggu gerabak LRT.... Oh, saya perlu berada di platform Sentul Timur.... Sentul Timur??? Kini saya tahu bahawa Sentul Timur itu adalah nama stesen terakhir bagi laluan LRT.... Setelah lebih kurang 5 minit saya menunggu gerabak LRT sampai jua.... Saya bertanya lagi kepada seorang kakak yang duduk di sebelah saya.... "Kak, betul kan nih nak ke hentian Pudu?" Kakak itu menjawab "Betul lah rasa nya dik". Aiks, ini siapa yang tidak konfiden, saya ke beliau??
Mata saya terarah pada peta aliran LRT yang berada di dalam gerabak tersebut... Betul lah... Setiap perhentian saya teliti kerana saya khuatir saya terlepas... Tapi abang ipar saya berpesan jika saya terlepas saya perlu perrgi ke platform sebelah untuk patah kembali ke tempat yang saya pergi.... Sebenarnya sebelum saya menaiki LRT, abang ipar saya telah memberikan beberapa tips.... Sekurang-kurangnya saya telah mengetahui sedikit mengenai gerabak bernama LRT...
Saya perlu menempuhi 8 stesen sebelum saya sampai ke stesen Hentian Pudu.... Mata saya tidak berganjak memandang peta yang aliran perjalanan yang terdapat di dalam gerabak tersebut... Akhirnya saya selamat sampai di Hentian Pudu... Saya melihat jam di pergelangan tangan... Masih awal lagi... Detik hati saya... Saya singgah di News.com untuk membeli air soya buat mengalas perut saya yang sudah berkeroncong... Di dalam perrjalanan dari stesen LRT menuju ke Hentian Pudu, saya menelefon teman lelaki saya untuk bertanya di manakah beliau... Ternyata beliau memerlukan 20 minit lagi untuk sampai... Saya perlu duduk dan menunggu di hentian tersebut... Bayangkan lah betapa saya bosan saat saya menunggu kehadiran teman lelaki saya.... Saya bukan seseorang yang suka menunggu orang... Tapi adakalanya saya setia menunggu nya kerana saya tahu hadirnya akan membuatkan saya tersenyum tak kering gusi....
Setelah penat melihat keletah orang ramai yang berada di hentian tersebut, akhirnya orang yang saya tunggu-tunggu telah tiba.. Berakhirlah penantian saya...
Kami membuat keputusun untuk ke Times Square... Kami menghadapi masalah bagaimana untuk ke sana.... Lantas saya menelefon abang ipar saya untuk mengetahui bagaimanakah caranya untuk ke Times Square... Pada mulanya abang ipar saya kurang pasti... Jadi saya terus untuk membuat keputusan untuk ke MYDIN yang berhampiran saja... Betapa marahnya teman lelaki saya saat itu kerana saya tidak begitu mengetahui bagaimana ingin ke Times Square... Bukan salah saya... Salah orang yang memberi maklumat la... Sebelum sempat kami melangkah masuk ke MYDIN tersebut saya menerima panggilan daripada abang saya bahawa saya perlu menaiki LRT menuju ke stesen Hang Tuah dan seterusnya menukar ke gerabak yang bernama Monorail untuk menuju ke Jalan Imbi... Saya faham... Saya memang cepat tangkap apa yang abang ipar saya katakan... Saya dan teman lelaki bergegas ke stesen LRT hentian Pudu.... Betapa lenguhnya kaki saya ketika itu hanya TUHAN yang tahu....
Sebelum saya membeli tiket ke Stesen Hang Tuah saya sempat lagi melihat kepada peta aliran transit tersebut... Saya faham... Saya memberitahu kepada teman lelaki saya bahawa saya mahu pulang ke Bukit Jalil... Betapa marahnya dia saat itu... Tetapi dia menjadi pelik apabila saya membeli 2 tiket... Saya beri kepadanya dan berkata "Kalau nak ikut balik Bukit Jalil ambillah..."
Muka nya yang cuak dapat saya lihat... Ha tau pun cuak... Saya cuma kata "Nak ikut tak? Tak nak sudah..." Saya rasa dia tahu saya hanya melawak sahaja... Semasa menukar dari LRT ke Monorail sempat lagi teman lelaki saya mencuit bibir saya.. "Panjangnya bibir..." kerana saat itu saya merajuk dengannya... Tambah lagi saya geram dengannya.... Dia berusaha memujuk saya... Akhirnya saya tewas di tangan lelaki yang telah 8 tahun saya kenal ini.... Saya teramat menyayanginya..... Walau apapun yang terjadi hanya dia yang saya sayang dan cintai... Kami berusaha untuk membina empayar untuk melayarinya sehingga akhir hayat kami....
Masa yang kami lalui pada hari tersebut terasa begitu cemburu sekali dengan kami... Sampai saya memintanya untuk tidur di rumah Kakak Saudara saya di Bukit Jalil... Tetapi dia menolak... Katanya, kita akan ketemu lagi di suatu masa yang indah... cewahhhh....
Inilah pengalaman saya yang saya tidak akan lupai.... Semasa saya balik ke Bukit Jalil saya tersalah menaiki gerabak... Dimana saya menaiki gerabak menuju ke Ampang... Saya bernasib baik kerana saya perasan saya tersalah menaiki gerabak ketika gerabak itu belum lagi menuju ke pembahagi laluan ke Ampang... Saya turun di hentian Chan Sow Lin untuk mengambil gerabak ke Sri Petaling.... Saya bersyukur kerana saya tidak terbabas sehingga ke Ampang... Jika tidak saya perlu berpatah kembali..... Setiba di Bukit Jalil saya hanya melihat orang ramai sedang sibuk memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan terakhir akademi fantasia... Alangkah bagusnya jika saya dapat menonton bersama orang tersayang...

Itulah dia cerita saya pada hari sabtu lepas... Pengalaman yang membuat saya akan berhati-hati pada suatu masa nanti....

Thursday, May 14, 2009

Pemandu Yg Kurang Ajaran...

Sudah berapa hari saya tidak menulis... Kalau tidak silap, saya menulis 2 hari lepas... Dimana 2 hari tersebut bukan lah tiada cerita untuk ditulis tetapi kerana kepadatan kerja saya membuatkan saya hilang mood untuk menulis serta ditambah dengan tiada masa yang sesuai untuk saya menyulam kata...

Apa-apa pun hari ini saya akan menulis mengenai sikap pemandu yang kurang ajaran.... Sikap mereka ketara saya lihat di tempat yang saya duduki ini... Kadang-kala membuatkan hati saya mendidih... Bukan kah sikap bersabar untuk akan membawa keuntungan buat diri sendiri? Saya masih ingat lagi kata-kata lecturer yang mengajar saya Komunikasi Berkesan pada suatu masa dahulu.. Katanya bila pemandu kenderaan, tak kira kenderaan apa yang anda naiki, berhemah, bersabar, bersopan-santun, perjalanan kenderaan akan menjadi mudah dan terurus serta mengurangkan kadar kesesakan lalulintas yang terlampau... Saya setuju dengan kata-kata tersebut... Apabila kesedaran ini tidak timbul pada diri para pemandu, inilah yang menyebabkan kesesakan lalulintas yang terlampau... Sikap pemandu yang kurang sabar dan tidak berhemah itulah menyebabkan kesesakan... Para pemandu di jalan raya wajar memikirkan pemandu lain... Bukan membuat jalan raya seperti jalan buatan bapa anda... Saya cukup kagum jika pemandu itu memahami pemandu lain... RESPECT lah!!

Disini bukan lah saya ingin membangga diri tapi boleh saya dikatakan pemandu yang berhemah... Mungkin kadang-kala saya bertindak ganas sedikit di jalan raya... Tapi saya tahu etika saya berada di jalan raya...

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman saya dengan anda semua di mana memandu kereta teman lelaki saya untuk membawa ibu serta kakak saya berjalan-jalan... Kami membuat keputusan untuk ke rumah Makcik Saudara di Kampung Melayu Majidee... Walaupun saya tidak mengetahui selok belok jalan di sana tapi saya yakin untuk ke sana... Masuk sahaja di persimpangan kawasan tersebut saya tidak tahu kemana ingin saya tujui... Lantas kakak saya bertanya orang yang menjual buah kuini... Dia menunjukkan arah ke rumah Makcik saudara saya... Semasa saya ingin membelokkan kereta ke kanan selepas memberi signal dan melihat cermin pandang belakang untuk memastikan tiada kenderaan bergerak laju di belakang saya... Sementara menunggu kereta bertentangan dengan kereta saya melepasi kereta saya, ada sesuatu melanggar kereta saya di belakang sehingga menyebabkan kereta saya bergerak ke hadapan sedikit... Jantung saya mula berdegup kencang... Siapa yang langgar saya?? Saya melihat cermin belakang, untuk seketika tiada sesiapa tapi setelah itu hadir seorang lelaki yang tergopoh gapah membangunkan dirinya serta motornya... Saya membelokkan kereta saya ke kanan... OMG... Orang lelaki tuh langgar kereta teman lelaki saya.... Rosak ke signal saya?? Cuak saya ketika itu hanya TUHAN yang tahu.... Saya turun dari kereta, bukan penunggang motorsikal itu yang saya risaukan tetapi keadaan bumper kereta yang telah terkoyak dan hampir menyembah bumi... Selepas itu baru saya melihat keadaan penunggang motorsikal tersebut...
"Awak tak apa-apa" soal saya...
"Tak apa. Saya ok.." Ok apa nya... Kedua-dua site mirror motorsikalnya tercabut.. Salah saya kah?? Pe pula salah saya... Saya cukup syarat untuk membuktikan saya tidak bersalah.. Lain lah kalau saya yang menghentam beliau dari hadapan...
"Maaflah awak... Brek motor saya tak makan..." kata pemuda tersebut...
Tika dan saat itu hati seperti mendidih... Saya cuma bermonolog.. Kalau dah tahu brek tak makan yang pergi pecut macam mat rempit tuh buat pe... Ha kan dah padan muka...
"Maaf ye Kak..." pintanya...
Saya tidak boleh menunggu lama di situ.. Rasa macam nak sepak percuma jek kat mamat nih... Tak apa lah kalau saya tidak mendapat ganti rugi... Saya sepatutnya memohon ganti rugi dari mamat sengal tersebut... Namun saya seolah-olah telah terlupa.. Seperti orang hilang akal... Saya cuma teringat apabila saya menelefon teman lelaki saya untuk menyatakan hal tersebut... Anda semua nak tahu apa yang di tanya oleh teman lelaki saya sewaktu saya menyatakan padanya yang saya kemalangan...
"Kereta ok ke tak??" Tanya teman lelaki saya... Lelaki nih lagi seorang ni memang nak kena nih... Ada ke dia tanya kereta dahulu dari tanya keadaan teman wanita dia nih... GERAM saya saat itu... Tapi apa saya nak buat... Mungkin kereta itu dia sayang lebih sikit dari saya...


p/s: lelaki memang akan sayang kereta lebih dari seorang perempuan, so, SABAR jek lah...

Monday, May 11, 2009

sambungan Kampung Scene...

part2...

hari ahad...




Saya bangun sahaja pada hari ahad, saya telah melihat kedatangan along, abang long serta anak saudara saya... Lewatkah saya bangun?? (memang lewat pun...) Saya dengan muka yang baru bangun tidur terus mengajak anak saudara saya keluar berjalan-jalan... katanya "Ucu mandi lah dulu...." memang la saya nak mandi sebelum berjalan... Tidak pernah di buat oleh saya yang tak mandi pagi hanya kerana ingin keluar berjalan....




Saya tidak lah berrtindak pantas untuk bertindak pantas untuk mengambil tuala terus mandi... Saya bergoleh-golek dahulu di atas katil setelah saya rasa saya nak mandi saya terus pergi mandi... Keinginan saya untuk makan muffin coklat telah terbantut kerana saya sedar saya kelewatan untuk membelinya... Mungkin lain masa saya berada di kampung akan saya pastikan saya terbangun awal untuk membeli muffin tersebut... Muffin coklat tersebut membuatkan saya asyik teringat-ingat... Sedap sungguh... Saya seperti mahu mengambil resepi dari makcik yang menjual muffin tersebut... Saya cukup puas hati dengan muffin tersebut...



Setelah saya bersiap, saya keluar dari rumah... Di saat itu saya bertembung dengan anak abang saya yang membawa bunga ros baldu (bukan bunga hidup tu....) dan beg kertas... terus terdetak di hati saya, betapa si kecil ini menghargai ibu saya sebagai neneknya yang di panggil mak tua... Mungkin kehilangan kasih sayang dari nenek sebelah ibu membuat si kecil ini lagi menghargai ibu saya... Tahun-tahun sebelum ini pun saya akui, si kecil ini tak perrnah ter'miss' untuk membelikan sesuatu yang di minta dari papanya untuk ibu saya... betapa si kecil ini menghargai ibu saya.... saya begitu teruja.. Saat itu saya baru terfikir untuk membelikan sebiji kek untuk menghargai jasa ibu saya.... bukan saya tidak mahu beli... biasa nya tugas ini di ambil alih oleh kakak-kakak saya... Hari ini dengan rela hati saya dan anak saudara saya (anak along) telah membeli sebiji kek untuk ibu saya... maaf kerana saya tidak sempat mengambil gambar kek kerana apabila mahu mengambil gambar, kek tersebut telah lesap...(abis lah tuh...)



Hari ini juga makanan nyer tidak seperti biasa... Hidangan yang special... Laksa Johor... Seperti gambar yang saya paparkan di bawah... Sehingga lah saya licin memakannya....

Kampung Scene!!

part 1
** hari sabtu

Aarrgghh.... Segar sungguh suasana kampung walaupun hari ini saya telah lewat bangun... hehehe... biasa la hari-hari minggu kan... Nak wat pe yek hari nih?? Jalan-jalan?? tapi dengan siapa... Uwaaaaa... tiada sesiapa nak temankan... bestfren saya sudah tentu kerja di waktu begini... boyfren?? mana ada kat muo.. dia kat Perak lar... jauh... Ya cukup jauh... Duduk rumah jek rasanya hari ini... Dah nak tengahari sikit ibu saya suruh hantar dia pergi rumah kerja kahwin kat lorong belakang... Boleh lah... Pada mulanya saya ingat ibu suruh hantar then saya balik rumah semula, bila ibu sudah siap saya datang mengambilnya semula... Jadinya, saya telah memakai seluar jeans & tshirt sahaja... Ibu saya terbeliak melihat cara pemakaian saya.. nak pergi bandar atau rumah orang kahwin nih?? eh, bukan hantar ibu, adik terus balik ke.... saya menutup malu sendiri... Adik teman la ibu sekali... Rupanya begitu... Saya masuk kembali ke dalam rumah dan terus menyalin baju apa sahaja yang berada di almari ibu saya... Sesudah menyalin pakaian, abang ipar saya yang sengal itu telah menggelakkan saya.. Kurang asam kumbang Parit jawa betul... Entah mengapa saya suka pergi mengikut ibu ke rumah orang kahwin... dan saya selalu berangan-angan bilakah tibanya saat saya akan berada di atas pelamin yang indah itu... Saya juga suka melihat telatah orang yang berada di majlis kahwin tersebut... Saya tidak dapat menangkap gambar kerana hpon saya telah saya tinggal kan di kereta... Saya pakai baju kebaya, jadi nya ia tidak berkocek dan menyusahkan saya untuk memegang hpon saya.. Saya betul-betul rugi hari ini kerana saya terlepas saat-saat manis pengantin tersebut... Jangan jadi macam saya, di rumah kahwin anak kawan baik emak saya, saya telah membawa videocam saya dan merakam aksi-aksi nakal pengantin... wah... Hebat tak saya?? Saya sememangnya suka merakam serta mengambil gambar... tapi selepas itu saya akan membebel bahawa saya tidak terdapat di dalam gambar atau rakaman video tersebut... hahaha.. Lawak sungguh saya ini... Tapi saya pasti bahawa majlis kahwin saya akan dipenuhi gambar-gambar saya yang sememangnya suka bergambar... Tak tahu malu la katakan...

wah.... syiok nyer bila berada di kampung... duduk depan tv tengok akademi fantasia (++cerita kat lain-lain channel bila iklan) sambil makan asam pelam cicah gula+kicap.... Saya puji lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pelajar AF malam ini kerana hampir kesemua lagu yang di dendangkan saya minati... Cuma rasa macam kureng seronok bila Aisyah tiada untuk mempersembahkan lagu-lagunya... Malam itu saya tertidur di hadapan tv(memang niat nak tidur depan tv pun...) Ini kerana bilik yang menjadi tempat tidur saya telah di ambil alih oleh sepasang suami isteri yang telah seminggu tidak bertemu... Jadi, faham-faham sudah...

Tidur saya lena pada malam itu seolah-olah saya sudah lama tidak tidur...




Friday, May 8, 2009

Rahsia Bantal...

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergilah kedai beli satu


p/s:: Diam-diam yek... saya di kategorikan di nombor 2.. Dan sifat-sifat itu sememangnya betul... Seperti entri saya sebelum ini... Syhhhh...

I'm going back for a while..

I'm going back to my hometown dis weekend... Really miss my "busyuk" pillow... huhhu... Alamak... Malu lah plak bial orang lain mendapat tahu saya mempunyai bantal busyuk... ok.. I will be in the monday.. bye-bye...

Awal Nur Zikry..




The name that I mention above is not my BOYFRIEND name ya... It's just my lovely n dearest Baby (is not my SON!!) that always make me smile n laughing.... Rite noe i will fall in love with the handsome n sweet boy that i mention the name... AWAL NUR ZIKRY... When ur half-closed eyes staring to me, i really2 feel in love... I will missing u for 2 days that I have been back to my hometown... I will really2 miss u dear.. Miss so much... Also when ur small lips smilling at me, i also feel like, damn I really in love with u.... U have a very cutest face... Your action doesn`t like a 7 month old baby... U very shy when i said "Phewwwwittt" to u... U look very sweet when u shy... I really2 like it... U really make my life sunshine... U make my problem fly away... U such a boy angel to me... A lovely cupid for me... I love U, AWAL NUR ZIKRY....




P/S: u make feel don`t want to go to work, then be your babysitter...

Kereta Rosak!!!

Entry di atas inilah membuat kan saya bimbang.... Perkara yang saya fikirkan akhirnya terjadi... Macam dalam cerita final destination pula gayanya... Kereta yang saya gunakan untuk memudahkan saya ke tempat kerja adalah kereta pakcik sedara saya yang terlalu uzur pada pandangan mata saya... Mana tidak nya, melihat dari luaran ia boleh dikatakan in good condition but actually ia adalah sebuah kereta yang telah lama tidak di gunakan.... dengan keadaan clutch nya yang memerlukan saya mengerah keringat kaki saya, brek yang memerlukan kaki yang sentiasa perlu berwaspada, stereng yang sesuka hati nya ingin mengikut pergerakan tayar yang entah apa-apa keadaannya serta tayar nya yang seolah-olah akan tercabut bila-bila masa sahaja.... wow... Ia sememangnya adventure... Nak atau tidak saya perlu menggunakan perkhidmatan kereta tersebut untuk ke tempat kerja..... Pada hari pertama saya bawa kereta tersebut otak saya yang sememangnya nakal ini telah memikirkan bagaimana jika kereta yang saya bawa ini rosak?? Mujurlah di hari pertam kereta itu cuma mengalami masalah stereng yang terlalu ingin mengikut katanya sahaja.. Stereng tersebut terlalu susah untuk mengikut kata tuan yang mengendalikan nyaa... Payah-payah... Terlalu payah!!!.. Di hari pertama saya membawa kereta, saya telah menceritakan di entri lepas bahawa saya telah tersesat dan u-turn di satu tempat... Di saat itulah kereta itu ingin melanggar kereta yang telah di parking di bahu... Saya telah bernasib baik kerana saya sempat menghentikan kereta tersebut... Fuhhh.. Lega sungguh hati saya... Dan saya juga bernasib baik kerana tiada kenderaan dari arah belakang saya..... Saya terlalu bersyukur pada hari itu...
Hari kedua saya tidak mengalami sebarang masalah.... Tapi saya sangka kan panas berpanjangan rupa-rupanya hujan tak sampai tengahari lagi...
Hari ketiga berlaku lah kejadian yang tidak di ingini oleh saya, mungkin oleh ibu saya, dan mungkin juga oleh teman lelaki saya... Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta yang saya naiki tiba menjadi berat seolah-olah saya membawa 10 orang di dalam kereta tersebut.... Saya lihat ke petunjuk minyak... Eh minyak ada lagi... mata saya terarah pada temperature kereta... Masya Allah... Saya sempat mengucap... Mungkin sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku ke atas diri saya ini.... Saya mesti memberhentikan kereta ini di tepi jalan sebelum ianya bertambah parah (memang sudah terlalu parah apabila jarum penunjuk temperature kereta tersebut telah melepasi ke huruf H- ini bermakna your car is very HOT!!!) Bagaimana saya mahu memberhentikan kereta saya sedangkan di sebelah kiri saya adalah divider... Saya meneruskan perjalanan kehadapan sedikit sambil berdoa bahawa kereta ini mesti sempat diberhentikan.... Alhamdulillah... Saya telah memberhentikan kereta itu di bahu jalan sebelum menemui traffic light...Saya tidak mempedulikan kereta yang lalu lalang... Lantas saya menelefon ibu di rumah menghantar resque kepada saya.... HELP ME!!! Saya takut untuk keluar dari kereta tersebut kerana pasti ada manusia yang berhati mulia akan memberhentikan kenderaannya dan menanyakan 'kereta rosak ye dik'... Mestilah rosak!! Kalau tidak takkan saya memberhentikan kenderaan sesukati saya di bahu jalan... Dan mungkin manusia yang berhati mulia tersebut seorang lelaki di mana seorang yang hensem dan baik hati... Besar kemungkinan saya akan jatuh cinta!!! Perkara itulah yang saya hindar kan dari berlaku kerana saya tahu hati saya telah dimiliki.... HUHUHHU..
Selepas saya menunggu hampir setengah jam, resque saya sampai... Alhamdullilah.. Sekali lagi saya panjat kan kesyukuran pada Yang Maha Berkuasa... Rupa-rupanya hosting kereta tersebut telah bocor dan mengalami pendarahan.. Ops... Ayat salah.. Telah mengalami kebocoran... Saya di suruh balik oleh resque saya menggunakan kereta yang bernama SATRIA NEO yang telah di modified menjadi kereta sport yang ala-ala racing... Daripada saya tunggu baik saya balik walau pun terpaksa menaiki kereta racing tersebut... Saya dengan konfiden telah membawa kereta tersebut (saya harus konfiden, jika tidak saya perlu menunggu resque saya membetulkan kereta tersebut)..... Kereta yang saya naiki itu terlalu susah bagi saya.... tapi saya selamat sampai di rumah akhirnya... SUMPAH!!! Kenape saya bersumpah?? Kerana saya tidak akan sekali-kali terlintas untuk membeli kereta yang bernama SATRIA NEO.... Keadaan kereta terlalu susah untuk saya control... Saya hampir hilang kofiden dan berdoa agar selamat sampai di rumah tanpa sebarang masalah maupun masalah dalaman (saya lah tu), fizikal (kereta yang bernama SATRIA NEO) dan luaran (pemandu lain yang tidak mengeti masalah dalaman)...

Saya mempunyai soalan di sini:
Mengapa manusia berminat membeli kereta yang bernama SATRIA NEO?
Kenapa manusia mengidamkan kereta yang bernama SATRIA NEO sebagai kereta idaman mereka??
Adakah kereta yang bernama SATRIA GTi sama keadaan nya kereta yang bernama SATRIA NEO??

Satria bukan lah kereta idaman saya, paling kurang pun saya terlalu meminati kereta yang bernama KELISA & MYVi.... Kalo kereta yang paling demand buat saya adalah kereta yang bernama BMW M3 COUPE.... Tapi saya kurang pasti bila kan masa nya akan tercapai kereta high demand saya ini... Walau apa-apa pun saya akan pastikan saya akan merasainya satu hari nanti... INSYA ALLAH...

p/s: resque yang saya ceritakan di atas adalah Abang Zali serta Pakcik sedara saya....

Thursday, May 7, 2009

uptown...

AWAL NUR ZIKRY~~


semalam selepas aku pulang dari kerja (wah keje konon..), akak sedara aku telah mengajak kita org pergi makan nasi lemak...


nasi lemak??? malam2?? akak nih kerja dia jadi cikgu tuisyen, so dia keje just dari 4.30 hingga ke 10.30 mlm... so if nak keluar lepas dia balik dari tuisyen la... iskh dah malam tuh... **eh macam aku tak penah kuo malam2 plak... ish.. diam2... jangan bagitau sesape... makcik tuh pun cakap bek tido dulu nati nak p round KL mlm nih... nak tido ke tak nak... aku nek atas, golek2 then tertido... ibu aku kejut n ckp adek nak pergi ke tak nak?? eh mestilah nak ibu... adek nih suke sgt tengok pemandangan KL pada waktu malam....





yg pasti kita orang keluar dari rumah lebih kurang pukul 11 pm... makcik aku cakap, ala relaxlah, baru pukul 11 pagi... heheheh... agak nyer macam nih la kehidupan di KL.. baby yang berumur seawal 7 bulan pun sudah mengerti keluar malam... matanya begitu tahan untuk melihat keindahan malam... baby seawal umur ini telah di ajar untuk menjadi 'burung hantu' KL... macam mana agak nyer bila dia membesar nanti...





aku kurang pasti di makan si abang telah membawa kami makan nasi lemak tersebut... yang seingat aku, jalan tu kat last nama dia ade razak... dari kedai tersebut anda akan dapat melihat keindahan KLCC dan menara kuala lumpur di waktu malam... indah sungguh... aku rasa macam nak duduk merenung kedua-dua bangunan itu sehingga lampu2nya terpadam keesokkan hari nya... wow... hebat sekali kenegaraan aku.. aku menjadi teruja dan bangga apabila melihat kedua-dua bangunan tersebut... seolah-olah menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada aku sebagai warganegara malaysia...





berbalik kepada ceritaa nasi lemak tadi... aku tidak berapa gemar apabila nasi lemak ini di makan di waktu malam begini... di saat jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pm... wow.. bukan waktu sebegini aku sepatutnye di buai mimpi yang indah-indah belaka.... nasi lemaknya bukan seperti yang aku harapkan dan fikir kan... bukan setanding my mom nasi lemak... tiada yang istimewa pada nasi lemak tersebut... kalo dari 10 bintang aku hanya memberikan 6.66 bintang sahaja... baik aku suruh ibu beli bahan-bahannya dan buat di rumah... tak pelah.. nak buat macam mana.. orang daa belanja.. makan saja... aku telah memakan 2 bungkus nasi lemak tersebut walau pun aku kurang memberikan bintang.. ini adalah kerana nasi lemak tersebut terlalu kecil, sekecil mangkuk sup untuk sup nasi ayam... cehhh... aku betul-tidak puas hati dengan nasi lemak tersebut... persoalannya: Kenapa ramai orang makan di situ??





selepas selesai menjamu selera... abg zali mengarahkan kereta nya ke uptown.. untuk pertama kali nya aku ke uptown... yelah... ornag kampung la katakan... teruja hati aku masa sampai ke uptown... wow... macam nih rupanya KL malam-malam... dia orang nih tak tido ker? esok tak kerja ke? aku kena kerja esok nih.... isk2.... suasana yang membuatkan aku terkedu... alamak macam-macam la ada jual kat sini... benda-benda yang aku suka pun ada.. tapi... awal-awal bulan nih kering sket lar... takpe.. nanti kalo dapat pitis aku nak ke sini... aku rancang kalo dapat elaun aku nak bershopping di KL... bukan selalu dapat pun... selalunya JB dan MUAR sahaja yang menjadi tempat shooping aku.. so, ni lah masa nye utk perabis duit...hehehe...





pukul 1.30am kami telah selamat tiba di rumah... kami pulang awal kerana AWAL NUR ZIKRY telah dibuai mimpi... kesian dekat dia... baby seawal 7 bulan nih telah mengerti erti dunia... huhhuhu... kesian...

Wednesday, May 6, 2009

sesat masa balik plak....


aduh.....

cuak jugak..

nak balik putrajaya tapi terlepas ke puchong plak...

huhhuhu..

mengerikan...

dlm otak da terfikir if tak de u-turn cam ne aku nak crik jln blk nih...

aku trus masuk tol puchong yg kene byr rm1.60..

wit tu wei...

then pastu otak aku ligat berputar...

skrg bukan masa utk aku call ibu n melalak mengatakan aku sesat...

walaupun hanset aku da berdering tapi aku tak angkat coz sure aku akan menangis tersedu-sedu..

lepas jek kuo tol tuh aku nmpk flyover..

cam ner ek aku nak ke flyover tuh...

aku turn left...

selamat....

kat dpn ade u- turn...

trus wat u-turn take that flyover yg aku mention tuh..

aku trus amek signboard ke puchong kembali dan akhir nyer ternampak signboard seri kembangan...

betapa lega aku time tu seolah2 baru melepas sesuatu yg berat kt atas kepala aku nih...

ya... aku berjaya keluar dari kesesatan yang aku cipta...

agak nye macam nih lah duk KL yek...

sesat sesuatu yg bese...

naseb bek aku nih tabah n kuat....

aku tak tau mcm mana kalo kakak yati aku yang sesat...

sure dia akn berhenti trus tepi jln then call husband dia...

tpi aku tak, aku akn berusaha mencari jalan keluar wlw cam ner sekali pun melainkan aku da giv up sgt...

sbb kalo aku benti ia akan membuatkan aku tiada konfiden utk membawa kereta lagi..

huhhuhuhu... sebegitu sekali yek...

aku mmg cuak sgt... smlm dgn paksa nye aku telah melabur RM3.20 kepada tol puchong....

tahniah kepada tol puchong krn anda telah mengambil duit mkn saya utk hari ini...

hahahahahaha....

tapi sebenar nya kesesatan inilah yang mengajar untuk tidak menyesatkan diri lagi..

kui3.... aku tidak akan serik melainkan aku sesat di dalam hutan yang entah di mna...

aku sememangnya seorang yg cekal tapi cepat kememeh (cepat menangis)...

syhhhh... jgn kecoh lor...


Tuesday, May 5, 2009

sesat???


(kat ofis rupenyer aku...)


hari ni aku diberi kesempatan oleh ibu aku serta akak sedara aku untuk drive sendiri ke upm-mtdc....


uwaaaaa.....


awal2 lagi aku da berdoa agar tak sesat la...


walau pun semalam aku da round2 dgn abg zali n kak linda....


tapi itu malam nye suasana, siang lain.... cehhhh (kata2 boyfren aku yang akan wat alasan apabila kami tersesat di waktu malam..)


pagi tadi aku bgn seawal jam 6.45 pagi (ekceli jam tu yg berbunyi kul 6.45 tpi matikan tdo jap then my mum said, nak bangun ke tak nak nih??)


bangun saje bese lah, rutin aku tiap2 kali bangun aku mesti akn sikat rambut terlebih dahulu....


(nak kenal aqma senang jek, kalo dia bgun pgi carik sikat n sikat rambut dia,, kata2 exrumate aku kat KMNS)


alamak... akibat keletihan yg terlampau, aku rupanya terlupa meng"iron" baju aku...


takper.. masuk ofis 8.30... masih ade masa..


aku mandi2 then aku iron baju...


aku turun pun dah kul 7.20...


awal lagi... sarapan dulu... ibu aku telah menyediaka air milo...


dan biskut kegemaran ku telah aku cecah bersama air milo tuh...


(terasa macam nak p sekolah plak.. sbb pgi2 ibu da sediakan sarapan...)


aku dgn konfiden nye kuo umah n start kete...


lepas fasa 1 aku berjaya tidak menyesatkan diri....


lepas fasa 2 aku tak bape konfiden... kureng sket ar..


tapi akibat terlebih konfiden aku telah membelokkan kete ke arah kanan padahal yang sebenar nya kau tak leh belok lagi...


aku tgk suasana jln tuh laen bebeno... tak penah jumpe....


sah!!! aku SESAT seyh... aku pun crik port sesuai utk u-turn..


di dlm kete aku meng'gelak'kan diri sendiri..


pedulik pe org nak ckp aku gle ker.... hahahahaha....


tulah konfiden sgt...


aku dgn berjaya mengharungi keperitan 'jam' yg terlampau telah


sampai ke ofis pada jam 820 am...


wow awal tuh.... hrp2 nati da keje btul2 leh punctual cam nih...


aku jdik orng pertama yang tulis nama dlm buku kedtgn then jdik org ke3 yg ade dlm ofis...


heheh... cehhh... bangga konon...


harap2 pasnih tak ler aku terbangun lambat...


jika tidak hancur harapan aku utk jdik dak praktikal yg berjya dtg awl...


keh3....




Monday, May 4, 2009

KL oooo KL....

smlm aku dtg KL setelah bape lame aku tak p KL....
jdik org jakun jap lah.. huhuhuh....
kalo bleh 1 hari tuh aku nak ajak abg ipar aku round2 1 KL....
tapi.....
masa tak mengizinkan....
sempat la jugak nak LRT ke masjed india...
round2 kat situ... aku telah membeli sehelai tdg selendang berwarna coklat wlwpun telah di larang oleh boyfren aku.....
sebab.....
katanya dia tak suka tgk aku pki selendang belit2 kat kepala....
nape ek?
ntahlee.. aku kureng pasti....
ade 1 baju tuh aku berkenan gle...
cuma RM 19.90....
tapi kat muo ritu RM30...
aku nak beli tapi kakak aku marah sbb dia ckp baju tuh cam merepek jek....
takpe2.... nati aku ke sana akan aku beli....
KL oooo KL....
aku naik pening pale ble teramat rmi sgt org kat pudu n kat stesen LRT....
nak rase termuntah n pitam pun ada....
betapa ramai nye org...
ekceli kalo nak tau aku nih fobia sket kalo ramai2 nih....
tu yg ade rase nak pengsan...
mgkn bukan jiwa aku....
tapi KL ade yg best & ade yg tak best nyer.....
ish2....
dahsyat....
itu lah dia KUALA LUMPUR....

hari pertama praktikal...

hari ni aku start praktikal... mula2 cuak jugak... lepas tu ok dah sbb tgk kakak2 n abg2 kat cni mesra sungguh... aku duk kat tmn puncak jalil, bukit jalil... kalo dari umah tak jauh nak ke tempat praktikal... cuma dlm 15 minit saje... itu pun kalo tak jem n kalo ade roti cepat lah smpi... **fhm2 jek lah...
aku berhasrat sgt nk duk umah jek... sb macam akan bosan (ayat mesesj aku kpd akak aku mlm tdi) selama 2 bln ble duk kat upm.. mati kutu... dah lah clique tak de... pastu nak rayau2 pun pitis kureng...
korang nak tau 1 cte tak??? cte kelako + gelak... korang mesti akan cop aku nih anak manja yang terlampau manja **bukan terlampau lain eh..
aku g praktikal nih di temani oleh ibu aku.. perghhh... aku mcm seorang budak yg baru masuk tadika 0r prasekolah.... cehh... mengapa perlu di hantar... sedangkan org lain sume mak bapak plg koman (tertinggi) pun anto kat stesen bas jek... nih ibu aku siap anto smpi ke umah sedara aku n serta ke tempat praktikal lagi... huhuhuhuhu... pastu korang nak tau bukan sehari dua ibu aku teman aku but 4 a week... hehehe.. manja btul la kamu aqma... bukan pe... cuma kureng berani... nati nak masuk keje cam ni ker???? ceh...
kata2 anak sedara aku yang sulung tuh still terngiang2 kat lubang telinga aku nih... "ni ucu nak p praktikal ke mak tua yang nak praktikal..." ceh... berdebah nye anak sedara... syuhhhh3.... tak mau dgr lgi...
hehehe...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers