Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, May 26, 2009

cerpen ciptaan saya!!

::First of all thank a lot to all the supporter that always give full courage to finish this short story::


Erti Cinta Ku Pada Mu


Semalaman Scha berfikir. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam situasi sebegini?
Siapakah yang curang, yang tidak setia, yang menduakan cinta? Scha menolak apabila Zaf mengajaknya untuk menonton wayang tapi Scha keluar dengan orang lain. Alasan yang diberikan kepada Zaf,
”I malas la nak keluar, I tak mood ni.” Ujar Scha dalam suara yang lemah apabila Zaf menghubunginya untuk mengajaknya menonton wayang. Kata Zaf, tiket sudah di beli. Tapi Scha peduli apa. Kalau dia cakap dia tak mahu, di ajak berkali-kali pun tak kan hendak punya. Scha memang seorang yang keras kepala.
Malam itu juga Scha menerima panggilan telefon dari sepupunya yang mengajak Scha keluar untuk menyambut hari lahirnya. Scha dengan rela menurut kerana dia pernah berjanji untuk menyambutnya. Kesian pula Saiful jika Scha tidak menurutnya menyambut hari lahirnya kerana dia tidak mempunyai sesiapa lagi saudara melainkan Scha.
Secara tidak disengajakan dia terserempak dengan Zaf yang kebetulan baru habis menonton wayang. Hampir pitam dia melihat Zaf jalan beriringan dengan seorang perempuan. Perbualan yang begitu mesra di mata Scha. Lantas Scha mengambil tangan sepupunya untuk berpimpinan seperti sepasang kekasih. Scha dengan bangganya melintas di hadapan Zaf dengan berpimpin tangan Saiful. Saiful seperti lembu di cucuk hidung yang menurut segala kata-kata tuannya.
“Scha…” laung Zaf.
“Eh.... You Zaf... Tak perasan pulak i masa lalu tempat ni. You buat apa kat sini? Comel la you punya girlfriend.” Ucap Scha dalam nada manja bercampur marah.
“You tu buat apa kat sini? Siap jalan berpimpin tangan lagi dengan lelaki ni? Siapa lelaki ni Scha!!” Marah Zaf meluap. Tidak di hiraukan mata-mata di sekeliling yang memandangnya.
“ Kalo you boleh buat i macam ni, i pun boleh buat jugak!!!” Scha menarik tangan Saiful untuk cepat-cepat berlalu dari situ. Ego mereka sama. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Air matanya hampir menitis tapi di seka.

Sepanjang perjalanan pulang Scha menangis sepuas-puasnya walau berkali-kali di pujuk Saiful.
Hari ini Scha tidak ke kuliah kerana mengalami migrain berserta muntah-muntah. Sehingga saat ini juga Zaf tidak menghubunginya. Hanya Saiful yang menghubunginya bertanyakan khabarnya. Terkejut Saiful kerana mendapat tahu Scha tidak sihat. Hubungan Scha dan Saiful sememangnya rapat semenjak mereka kecil lagi. Makin bertambah rapat apabila Saiful kehilangan kedua orang tuanya ketika berusia 5 tahun akibat kemalangan jalan raya. Mereka tidak ubah seperti adik-beradik. Scha juga tidak mempunyai adik-beradik, hanya Saiful tempatnya mengadu. Scha juga tahu, kasih Saiful takkan ada penghujungnya kerana kasih dan sayangnya hanya sebagai seorang abang kepada adiknya.

Saiful menghubungi Zaf dan memperkenalkan diri sebagai sepupu Scha. Saiful menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Zaf untuk meleraikan segala kekusutan. Setelah di pujuk berkali-kali akhirnya Zaf setuju untuk bertemu Saiful. Seperti yang dijanjikan mereka bertemu.
"Saya Saiful." Huluran tangan Saiful tidak di sambut Zaf.
"Aku Zaf. Kau ada apa hal ni sebenarnya. Aku nak cepat ni. Banyak lagi kerja aku nak buat dari buang masa jumpa orang macam kau ni." Keras sekali kata-kata yang di lontar Zaf kepada Saiful. Saiful memang penyabar orangnya.
"Saya nak Zaf tahu saya tiada apa-apa hubungan dengan Scha..." lembut sekali tutur kata Saiful memulakan bicara.
"Ooooo.. itu kau kata tak ada apa-apa hubungan. Abis tu yang sampai berpegangan tangan macam orang bercintan-cintun tu apa? Meluat aku tengok tau tak."
Saiful masih lagi bersabar dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Zaf.
"Saya tak habis lagi. Saya memang tak tahu menahu yang malam tu awak ada mengajak Scha menonton wayang tapi Scha menolak."
"Aku rasa kalau kau tahu pun mungkin kau akan beli tiket wayang sebelah seat aku dan bermesra-mesraan dengan dia. Kau cakap dengan Scha aku tak ada perasaan lagi dengan pelacur macam dia."
Pang!!! Tangan Saiful yang tegap itu telah hinggap di pipi Zaf.
"Scha tidah sehina itu untuk awak hina dia!! Dia perempuan suci.. Satu hari nanti awak akan tahu apa pengorbanan yang telah dia lakukan untuk awak."
Saiful berlalu pergi. Sementara Zaf mengurut pipinya sambil berfikir tentang kata-kata Saiful tadi.

Sudah seminggu Zaf tidak melihat wajah Scha. Terasa rindu pula. Tapi pada masa yang sama egonya terlalu tinggi. Zaf tidak membalas langsung mesej yang di berikan oleh Scha walaupun kesemua mesej yang Scha beri padanya berbaur kemaafan. Kadang-kala timbul rasa pelik di hati Zaf tapi di biarkan sahaja.
Zaf hanya dapat melihat sekilas wajah Scha ketika dia melintas di hadapan rumah Scha 3 hari lalu. Itupun hanya sekilas. Wajah Scha lain benar. Sakitkah dia? Tapi ego Zaf lebih tinggi dari rasa sayangnya pada Scha. Zaf hanya melepaskan rindu dengan melihat gambar-gambar di telefon bimbitnya.
Satu hari Zaf menerima sepucuk surat yang entah datang dari siapa dia tidak tahu. Tetapi tulisan yang tercoret di muka sampul surat yang mencoretkan namanya membuatkannya teringatkan tulisan Scha. Lantas dia membuka surat itu dengan tangan yang mengigil. Bukan kerana takut tapi kerana nalurinya seperti harus menerima sesuatu selepas membaca surat tersebut.


’Buat Naqiuddin Zafril b Hj Lukman yang dicintai lagi dirindui...
Ketika abang membaca warkah ini sayang telah pergi jauh meninggalkan abang. Tetapi abang janganlah risau kerana sejauh mana pun sayang terbang sayang tetap sayang kan abang. Malah ketika dan saat ini sayang masih cintakan abang. Sayang berharap abang berubah selepas apa yang terjadi antara kita pada masa lalu.
Lelaki yang berjumpa dengan abang untuk menyatakan niat sucinya adalah sepupunya sayang yang telah sayang anggap sebagai abang kandung sayang sendiri. Sayang tahu abang terlalu cemburu sehingga tidak boleh langsung menerima kata-katanya. Sayang faham sangat dengan perangai abang.
Sebenarnya ada dua rahsia yang belum sayang jelaskan pada abang. Pertama, sayang nak abang terima apa yang akan sayang tulis selanjutnya ini. Abang ingat tak yang abang pernah kemalangan suatu ketika dahulu dan ketika itu abang mengalami kerosakan hati yang serius. Pada saat itu sayang hampir pengsan mendengar pengesahan doktor. Doktor kata, seseorang perlu mendermakan hati untuk menyelamatkan abang jika tidak, harapan untuk abang amat tipis. Saat itu sayang hanya boleh menangis dan terus menangis. Abang tahu kan yang sayang terlalu takutkan jarum suntikan tapi sayang kuatkan semangat menjalani ujian darah untuk mengetahui samada sayang layak atau tidak untuk men derma hati saying kepada abang. Ternyata sekali di antara ramai, darah sayang yang terlalu sesuai untuk mendermakan hati untuk abang. Saat itu hati sayang gembira tidak terkira. Sayang buang perasaan takut dan gerun sayang hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa insan yang paling sayang sayang. Ketahuilah... Hati sayang telah menjadi milik abang. Sayang beritahu semua kaum keluarga dan teman-teman kita supaya merahsiakan tentang perkara ini. Ternyata ia tersimpan rapi sehingga kini.
Yang kedua, yang ini juga sayang harap abang dapat menerimanya dengan redha. Saya berada di United Kingdom sekarang untuk menjalani rawatan memulihkan sel darah sayang. Kata doktor sayang mempunyai terlalu banyak sel darah putih. Sayang terima dengan redha. Saat sayang tahu mengenai penyakit yang sayang alami ini, sayang tidak mahu langsung abang mengetahuinya. Kerna sayang tau jika abang mengetahuinya pasti abang akan terlalu risau dengan keadaan sayang. Maafkan sayang kerana tidak memberitahu abang.
Pesanan sayang yang terakhir buat abang. Tunggulah sayang di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 7 Julai 2007 nanti. Insya Allah kalau di panjangkan umur sayang akan pulang dengan senyuman semua orang tetapi bukan dengan tangisan. Sayang tunggu kehadiran abang. Sayang harap abang dapat menerima kehadiran sayang walau dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Salam sayang dan rindu,
Schazfeera Nafeeza


Menitis jua akhirnya air mata seorang lelaki.
’Akan abang nantikan kepulangan sayang....’ bisik Zaf pada bingkai gambar yang terisi gambar Scha yang beraksi manja.


7 Julai 2007


Sejambak bunga ros merah di genggam kemas di tangan. Mata Zaf meliar-liar mencari kelibat insan yang tersayang. Tetapi hampa, mengapa tiada. Terasa bajunya di tarik seorang budak. Lantas nota kecil dihulurkan padanya. ”I meet u at Cafe right now”.


Dengan pantas Zaf berlari ke café. Langkahnya perlahan apabila seraut wajah yang dirinduinya selama setahun itu sedang duduk menikmati minuman. Senyuman itu yang dia rindui. Langkah menjadi kaku seketika apabila terlihat Scha berbual mesra dengan lelaki bertentangannya. Siapakah jejaka itu? Soalan itu berlegar-legar di benaknya. Jangan-jangan itu suami dia. Ketika ini otak Naqiuddin Zafril ligat memikirkan berbagai-bagai perkara negatif.
“Ah, tak mungkin Scha berubah hati. Aku mesti tahu kebenarannya.” Luah Zafril sendirian. Langkah dipercepatkan untuk mengetahui kebenaran. Biar apa pun yang keluar dari mulut Scha dia akan terima dengan redha. Dia tahu selama ini dia banyak menyingkirkan Scha dari hidupnya. Dia seringkali melupakan Scha. Acapkali mengenepikan hati dan perasaan Scha. Dia ingin mohon maaf diatas semua kesilapan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum..” tutur Zafril apabila berada dihadapan meja sepasang suami isteri. Mungkin!
“Waalaikumussalam. Eh Zaf, have a seat.” balas Scha dengan senyuman. Seraya itu lelaki yang berada bertentangan Scha bangun menghulurkan tangan. Zafril menyambut dengan lemah.
“Bie, ni lah Zaf yang sayang ceritakan dekat Bie. Zaf, kenalkan ini Nazri Shah Rezza. Husband Scha.” Ujar Scha dengan nada gembira.
Hampir gugur jantung Zafril ketika Scha memperkenalkan lelaki yang di sebelahnya. Terkaku dia seketika. Lidahnya kelu tidak mampu mengucap walau sepatah kata.
“Kenapa Scha buat Zaf macam ni? Scha suruh Zaf tunggu semata-mata Scha nak tunjukkan semua ini? Sampai hati Scha buat Zaf macam ni.” lancar sungguh ayat yang dituturkan Zaf setelah lidahnya kaku seketika.
“Zaf…. Zaf kene faham. Scha dah tak larat dengan kerenah Zaf. Apa yang Scha buat selama ni Zaf bantah tapi Scha tau Zaf sayangkan Scha. Tapi tak cukup dengan sayang jek. Scha perlukan seseorang yang faham Scha, hargai Scha. Maafkan Scha.” Tersekat-sekat ayat yang keluar dari mulut Scha.
“Zaf sayang Scha. Selama ni Zaf buta menilai cinta Scha. Zaf tak tahu yang selama ini Scha banyak berkorban untuk Zaf. Zaf dah berjanji bila Scha balik dari UK nanti Zaf nak jaga Scha. Nak hargai Scha. Nak bahagiakan Scha. Zaf tahu selama ni Zaf banyak buat salah. Zaf tahu Zaf tak berhak terima cinta suci Scha. Cinta yang tak pernah berbelah bagi. Malam masa kita terjumpa di Pusat membeli-belah tu Zaf mengaku Zaf salah. Zaf sengaja mengajak Rini menggantikan tempat Scha. Zaf tahu Zaf salah. Maafkan Zaf. Tapi sekarang Zaf dah tak boleh buat apa-apa lagi. Scha dah sah milik Nazri. Zaf redha. Walaupun Zaf tahu amat perit bagi Zaf untuk menerimanya. Zaf redha. Zaf tahu Zaf takkan boleh hidup tanpa Scha. Zaf boleh jadi gila. Maafkan Zaf, Schazfeera Nafeeza.” selepas menghabiskan ayat treachery, Zafril terus bangun lantas meletakkan bunga di atas meja dan terus berlalu dari situ. Dia tidak sanggup melihat muka Scha lagi. Hatinya pedih. Hatinya terguris. Jika boleh dia mahu melenyapkan wajah kesayangan itu cepat-cepat dari fikirannya.

Belum sempat dia melepasi pintu kafe itu, namanya di panggil. Suara yang amat dirinduinya. Tapi dia tidak sanggup untuk memalingkan mukanya. Tidak sanggup lagi menatap wajah kesayangan yang sentiasa bermain di benaknya.
“Zaf, betul ke Zaf cintakan Scha yang teramat? Betul ke Zaf akan jaga Scha sampai akhir hayat Scha. Betul ke Zaf akan menghargai setiap saat serta detik kita bersama?”
“Semuanya benar Scha. Tapi Zaf dah terlewat. Saya mohon maaf atas semua kesilapan Zaf. Maafkan Zaf.” ucap Zaf tanpa menoleh ke belakang.
“Zaf. Jika benar Zaf cinta dan sayangkan Scha kenapa Zaf bagi bunga tu pada kakak kembar Scha?” ujar suara manja itu.
Serentak itu juga Zafril memalingkan mukanya ke belakang. Benar. Terdapat dua wanita yang perwatakan sama. Kerana kerisauan yang mendalam, dia terlupa yang kekasih hatinya mempunyai seorang kembar. Zafril benar-benar terlupa.
“Zaf lupa ye Scha ada kakak kembar? Ini mesti Zaf kalut sangat ni. Sebenarnya kita orang tak rancang pun nak kenakan Zaf. Tapi bila Zaf dah melulu cam tu jek, pe lagi kakak Scha kenakan lah Zaf.”
“Scha!!! You make me crazy!” Laung Zafril di dalam Kafe itu. Seraya itu Zafril berlutut di hadapan Scha.
“Zaf. Janganlah macam ni, malulah Scha.” Scha menarik lengan Zaf menyuruhnya bangun.
“Scha, please don’t do like this again. I don’t want to lost you again. Will you marry me?” spontan sahaja Zaf meluahkannya.
“No. You want to propose me like this? Are you serious?” ujar Scha seperti merajuk.
“Ops… Sori lah sayang. I tak sempat nak beli cincin la. Lagipun I takut jari jemari you bertambah gemuk pastu tak muat plak nak masukkan cincin nanti. Nanti kena lah I beli lagi. Kan membazir tu.” Ucap Zaf sambil melihat jari-jemari Scha.
Lantas Scha mencubit bahu Zaf.
”Sayang... Tak baik tau cubit suami. Derhaka nanti.”
Mereka yang berada di Kafe itu tergelak melihat gelagat pasangan kekasih ini. Akhirnya cinta yang tertinggal tersulam kembali menjadi ikatan yang lebih kukuh yang pastinya hingga ke nafas terakhir.

P/s::Thanks kepada yang sudi membaca. Di harap dapat memberikan komen...

Hakmilik terpelihara lagi suci~~ROSKARMA

1 comment:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers