Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, May 11, 2009

Kampung Scene!!

part 1
** hari sabtu

Aarrgghh.... Segar sungguh suasana kampung walaupun hari ini saya telah lewat bangun... hehehe... biasa la hari-hari minggu kan... Nak wat pe yek hari nih?? Jalan-jalan?? tapi dengan siapa... Uwaaaaa... tiada sesiapa nak temankan... bestfren saya sudah tentu kerja di waktu begini... boyfren?? mana ada kat muo.. dia kat Perak lar... jauh... Ya cukup jauh... Duduk rumah jek rasanya hari ini... Dah nak tengahari sikit ibu saya suruh hantar dia pergi rumah kerja kahwin kat lorong belakang... Boleh lah... Pada mulanya saya ingat ibu suruh hantar then saya balik rumah semula, bila ibu sudah siap saya datang mengambilnya semula... Jadinya, saya telah memakai seluar jeans & tshirt sahaja... Ibu saya terbeliak melihat cara pemakaian saya.. nak pergi bandar atau rumah orang kahwin nih?? eh, bukan hantar ibu, adik terus balik ke.... saya menutup malu sendiri... Adik teman la ibu sekali... Rupanya begitu... Saya masuk kembali ke dalam rumah dan terus menyalin baju apa sahaja yang berada di almari ibu saya... Sesudah menyalin pakaian, abang ipar saya yang sengal itu telah menggelakkan saya.. Kurang asam kumbang Parit jawa betul... Entah mengapa saya suka pergi mengikut ibu ke rumah orang kahwin... dan saya selalu berangan-angan bilakah tibanya saat saya akan berada di atas pelamin yang indah itu... Saya juga suka melihat telatah orang yang berada di majlis kahwin tersebut... Saya tidak dapat menangkap gambar kerana hpon saya telah saya tinggal kan di kereta... Saya pakai baju kebaya, jadi nya ia tidak berkocek dan menyusahkan saya untuk memegang hpon saya.. Saya betul-betul rugi hari ini kerana saya terlepas saat-saat manis pengantin tersebut... Jangan jadi macam saya, di rumah kahwin anak kawan baik emak saya, saya telah membawa videocam saya dan merakam aksi-aksi nakal pengantin... wah... Hebat tak saya?? Saya sememangnya suka merakam serta mengambil gambar... tapi selepas itu saya akan membebel bahawa saya tidak terdapat di dalam gambar atau rakaman video tersebut... hahaha.. Lawak sungguh saya ini... Tapi saya pasti bahawa majlis kahwin saya akan dipenuhi gambar-gambar saya yang sememangnya suka bergambar... Tak tahu malu la katakan...

wah.... syiok nyer bila berada di kampung... duduk depan tv tengok akademi fantasia (++cerita kat lain-lain channel bila iklan) sambil makan asam pelam cicah gula+kicap.... Saya puji lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pelajar AF malam ini kerana hampir kesemua lagu yang di dendangkan saya minati... Cuma rasa macam kureng seronok bila Aisyah tiada untuk mempersembahkan lagu-lagunya... Malam itu saya tertidur di hadapan tv(memang niat nak tidur depan tv pun...) Ini kerana bilik yang menjadi tempat tidur saya telah di ambil alih oleh sepasang suami isteri yang telah seminggu tidak bertemu... Jadi, faham-faham sudah...

Tidur saya lena pada malam itu seolah-olah saya sudah lama tidak tidur...




No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers