Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, June 30, 2010

MY SHOES COLLECTION!

Assalamualaikum wbt.

Post kali ini mungkin akan membuatkan seseorang lelaki terbeliak atau tercekik atau termuntah. Kerana kebenaran sudah terbukti bahawa wanita atau gadis atau perempuan memang minat dengan kasut. Ada pun yang tak minat dengan kasut itu tidak ramai. Boleh di kategorikan seangkatan dengan Elyana, penyanyi muda yang tidak minat dengan kasut.


Post nih cuma nak show koleksi kasut saya. May be hanya sebahagian. Iya, sebahagian. Selebihnya dah penat nak carik dalam almari kasut. So, buat masa nih itu sahaja.


Jom kita layan cerita-cerita cinderella, eh silap, cerita kasut-kasut tersebut.


Okey, ini baru sepuluh pasang.
Ada lagi lebih kurang sepuluh pasang lagi kot.
(~.~)




(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih Ibu belikan masa nak pergi Thailand.
Sepatutnya ada button putih dekat simpulan tuh tapi
terhilang satu masa dekaat Airport.
So, nak balance kan, tanggalkan lagi sebelah.



(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih beli masa raya cina.
Sebab dia beli 2nd pair dengan harga 88sen.
Yang 2nd pair dah jual dekat akak.
Kasut nih jenis wedges.
Beli sebab nak pergi ANNUAL DINNER.


(Jenama: XES, Harga: RM29.90)
Ini kasut raya tahun lepas.
Kasut raya kedua sebab first usha memang minat gila dengan kasut nih.
Ada lah dalam 1inci setengah tumit dia.
Tapak tumit dia dah haus sebab selalu pakai.
Ingat nak g anto kedai baiki kasut lar.



(Jenama: Fabiano Ricco, Harga: RM15.00)
Murah kan?
Kasut nih beli masa FR buat sales.
Tersedap lak pakai terus terbeli.
Hukhuk.



(Jenama: tak ingat, Harga:RM 79.90)
Pengulam jantung belikan kasut nih.
Masa dia kerja apa nak semua dapat.
Kasut nih sedap gila kalau pakai.
Nak berlari pun best gila.

(Jenama: Be One, Harga: tak ingat.)
Kasut nih dah lama dah rasanya.
Sedap pakai tapi tak sedap untuk jalan jauh-jauh.
Ingat lagi pakai kasut nih masa g dating kat KL then turun naik LRT, Komuter bagai tuh, pergh... macam nak rabak kaki.
Lastly, pengulam jantung belikan selipar thai.
Tak sanggup dah tengok jalan macam mak nenek.





(Jenama: Carlo Rino, Harga: RM79.90)
Kasut raya gak nih.
Masa nih teringin sangat nak pakai kasut mahal.
Dah tuh ada sale lak tuh.
Apa lagi, rembat lak.
Terbeliak anak mata niece saya bila saya rembat kasut nih.




(Jenama: Red Modani, Harga: tak ingat lagi)
Kasut nih tak tinggi sangat.
Dalam 1 inci jek.
Sedap kalau pakai kasut nih.
Siap boleh dukung baby lagi.



(Jenama: Red Modani, Harga: RM45.90)
Kasut nih jarang pakai.
Sebaab tinggi seyh.
Akak saya selalu la rembat pakai.
Tak tahu apa tujuan beli kasut nih.
~peace~


(Jenama: Nautini, Harga: RM 65.00)
Kasut nih uda bagi masa birthday tahun lepas.
Sedap di kaki.
Sure tak melecet kalau jalan jauh.
Sedap gak untuk drive kereta.
Lepas tuh sedap bila lambat pergi kuliah, leh lari.



GigaBite:: Huh. Perempuan oo perempuan. Kasut = perempuan. Kasut= saya! Nanti update pasal handbeg pulak okey!





BE yang kedua. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana rezeki yang melimpah. Selepas 4 hari kena tarik status GLITTERATI, then dapat semula semalam dan hari ini dapat pulak second Buffered Earning. Alhamdulillah.


Tak leh nak display picture sebab nak bersiap-siap pergi anto resume untuk interview 6 julai nanti. Doakan saya dapat rezeki kerja pulak. Amin.



GigaBite:: Nanti nak cerita pasal MY SHOES COLLECTION! Nantikan.


Sunday, June 27, 2010

Anak siapa lah yang suka melaram nih. Haish

Assalamualaikum wbt.


Kecantikan? Memang takkan lari dari kamus hidup sesorang wanita. Namun harus ada batasnya la kan. Tapi semua wanita mesti nak nampak cantik. Betul tak? Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar yang cantik dari orang yang tak seberapa cantik. Jom layan. Ada cerita dalam gambar.




Shawl + Cardigan + dress ikat leher + legging putih + Brown heel
(Pandangan belakang yang menggoda!)



Shawl + Turtle neck + dress + heel shoe
(sangat suka dresssing cam nih. Nampak macam sweet.)



shawl + cardigan pink + dress ikat leher + legging hitam + kasut kakak ipar
(Masa pergi jom heboh dekat Danga Bay. Pink is suite to me.)


Shawl + NaOmei dress + Inner + Wedges + handbeg
(Masa pre-graduation dinner. Dengan pengulam jantung.)


Tudung 3 segi + inner + Baju beGirl + Jeans
(Simple suite.)



Kebaya + Tudung 3 segi + kasut itam bertutup
(Masa jadi flower untuk Dinner bersama Sultanah Zanariah. UTM.)




GigaBite:: Saya bukan pandai sangat nak berfesyen nih. Kadang-kadang apa yang sangkut, itulah yang saya pakai.







Friday, June 25, 2010

Syurga di bawah telapak kaki IBU!

Assalamualaikum wbt.


"Murid-murid, syurga itu di bawah telapak kaki Ibu tau. Jadi, jangan ingkar cakap Ibu." terang cikgu pada anak-anak muridnya.

"Betul ke Ustazah?" tanya salah seorang anak muridnya.

"Betullah. Takkan Ustazah nak tipu pulak." Tegas guru itu lagi.


...............................................................................................................


"Ibu... Ibu... Ibu..." laung si anak apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ye sayang... Ibu ada dekat dapur nih." sahut si Ibu dari ruangan dapur.

"Ibu, marilah duduk sini. Adik nak ceritakan sesuatu." petah sekali anak yang baru berumur 7 tahun itu berkata-kata.

"Apa dia sayang?" tenang sekali si Ibu melayan si anak yang sedang membesar.

"Ibu, Ustazah cakapkan syurga di bawah telapak kaki Ibu. Betul ke?"soal si anak kepada si Ibu.

"Betullah tuh apa Ustazah cakap. Kenapa adik?" si Ibu membenarkan kata-kata anaknya.

Si anak lantas menanggalkan beg dan di tinggalkan di kerusi. Si anak duduk bersimpuh di lantai sedangkan Ibu masih duduk di kerusi. Lantas di ambil kaki Ibu nya. Di terokai kaki Ibunya. Hampir beberapa minit si anak bersuara.

"Tak ada pun nampak syurga dekat telapak kaki Ibu. Ustazah bohong." si anak muram. Masih tidak berpuashati, di beleknya lagi kaki si Ibu.

Ibu hanya tersenyum dan bersuara, "Ustazah tak tipu lah sayang."

"Abis tuh adik tak jumpa pun syurga dekat telapak kaki Ibu nih."rengus adik lantas bermasam muka. Adik memang pantang benar orang menipunya. Seboleh-bolehnya dia ingin mencari kebenaran. Ibu faham benar perangai anaknya yang satu ini. Walaupun adik baru berumur 7 tahun namum lagaknya tidak seperti kanak-kanak sebaya dengannya.

Ibu senyum lagi.

"Adik, dengar cakap Ibu sini. Ustazah tak tipu. Ibu nak tanya adik. Siapa mengandungkan adik?"si Ibu mula memainkan peranan.

"Ibu lah."jawab adik.

"Siapa yang melahirkan adik?" soal Ibu lagi.

"Ibu lah." jawab yang sama juga keluar dari mulut adik.

"Siapa yang menyusukan adik?" Ibu bertanya untuk kali ketiga.

"Ibu jugak." adik mula bingung.

"Macam nih adik. Syurga di bawah telapak kaki ibu itu hanya kata-kata yang menggambarkan betapa agungnya seorang ibu. Yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan. Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran." terang Ibu.

"Adik masih kurang faham la Ibu." bijak benar si anak kecil ini.

"Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)" sambung Ibu lagi.

"Maksudnya Ibu adalah segala-galanya lah. Adik tak boleh derhaka pada Ibu kan. Nanti adik tak masuk syurga. Betul tak Ibu?" Adik telah mula faham sedikit demi sedikit.

"Betul sayang. Pandai pun anak Ibu nih." Ibu tersenyum lagi. Bangga mendapat anak yang mudah memahami seperti adik.


Itulah coretan yang lucu tetapi banyak pengajarannya. Coretan ini saya sendiri yang oleh untuk mengingatkan kita bahawa jasa IBU memang tiada tandingannya.



Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu by Aishah


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan


Tiada bahagia jika tiada

Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

************


Thursday, June 24, 2010

Cerpen saya. Silalah baca kalau sudi.

::First of all thank a lot to all the supporter that always give full courage to finish this short story::


Erti Cinta Ku Pada Mu


Semalaman Scha berfikir. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam situasi sebegini?

Siapakah yang curang, yang tidak setia, yang menduakan cinta? Scha menolak apabila Zaf mengajaknya untuk menonton wayang tapi Scha keluar dengan orang lain. Alasan yang diberikan kepada Zaf,

”I malas la nak keluar, I tak mood ni.” Ujar Scha dalam suara yang lemah apabila Zaf menghubunginya untuk mengajaknya menonton wayang. Kata Zaf, tiket sudah di beli. Tapi Scha peduli apa. Kalau dia cakap dia tak mahu, di ajak berkali-kali pun tak kan hendak punya. Scha memang seorang yang keras kepala.

Malam itu juga Scha menerima panggilan telefon dari sepupunya yang mengajak Scha keluar untuk menyambut hari lahirnya. Scha dengan rela menurut kerana dia pernah berjanji untuk menyambutnya. Kesian pula Saiful jika Scha tidak menurutnya menyambut hari lahirnya kerana dia tidak mempunyai sesiapa lagi saudara melainkan Scha.

Secara tidak disengajakan dia terserempak dengan Zaf yang kebetulan baru habis menonton wayang. Hampir pitam dia melihat Zaf jalan beriringan dengan seorang perempuan. Perbualan yang begitu mesra di mata Scha. Lantas Scha mengambil tangan sepupunya untuk berpimpinan seperti sepasang kekasih. Scha dengan bangganya melintas di hadapan Zaf dengan berpimpin tangan Saiful. Saiful seperti lembu di cucuk hidung yang menurut segala kata-kata tuannya.

“Scha…” laung Zaf.

“Eh.... You Zaf... Tak perasan pulak i masa lalu tempat ni. You buat apa kat sini? Comel la you punya girlfriend.” Ucap Scha dalam nada manja bercampur marah.

“You tu buat apa kat sini? Siap jalan berpimpin tangan lagi dengan lelaki ni? Siapa lelaki ni Scha!!” Marah Zaf meluap. Tidak di hiraukan mata-mata di sekeliling yang memandangnya.

“ Kalo you boleh buat i macam ni, i pun boleh buat jugak!!!” Scha menarik tangan Saiful untuk cepat-cepat berlalu dari situ. Ego mereka sama. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Air matanya hampir menitis tapi di seka.

Sepanjang perjalanan pulang Scha menangis sepuas-puasnya walau berkali-kali di pujuk Saiful.
Hari ini Scha tidak ke kuliah kerana mengalami migrain berserta muntah-muntah. Sehingga saat ini juga Zaf tidak menghubunginya. Hanya Saiful yang menghubunginya bertanyakan khabarnya. Terkejut Saiful kerana mendapat tahu Scha tidak sihat. Hubungan Scha dan Saiful sememangnya rapat semenjak mereka kecil lagi. Makin bertambah rapat apabila Saiful kehilangan kedua orang tuanya ketika berusia 5 tahun akibat kemalangan jalan raya. Mereka tidak ubah seperti adik-beradik. Scha juga tidak mempunyai adik-beradik, hanya Saiful tempatnya mengadu. Scha juga tahu, kasih Saiful takkan ada penghujungnya kerana kasih dan sayangnya hanya sebagai seorang abang kepada adiknya.

Saiful menghubungi Zaf dan memperkenalkan diri sebagai sepupu Scha. Saiful menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Zaf untuk meleraikan segala kekusutan. Setelah di pujuk berkali-kali akhirnya Zaf setuju untuk bertemu Saiful. Seperti yang dijanjikan mereka bertemu.

"Saya Saiful." Huluran tangan Saiful tidak di sambut Zaf.

"Aku Zaf. Kau ada apa hal ni sebenarnya. Aku nak cepat ni. Banyak lagi kerja aku nak buat dari buang masa jumpa orang macam kau ni." Keras sekali kata-kata yang di lontar Zaf kepada Saiful. Saiful memang penyabar orangnya.

"Saya nak Zaf tahu saya tiada apa-apa hubungan dengan Scha..." lembut sekali tutur kata Saiful memulakan bicara.

"Ooooo.. itu kau kata tak ada apa-apa hubungan. Abis tu yang sampai berpegangan tangan macam orang bercintan-cintun tu apa? Meluat aku tengok tau tak."
Saiful masih lagi bersabar dengan kata-kata yang di keluarkan oleh Zaf.

"Saya tak habis lagi. Saya memang tak tahu menahu yang malam tu awak ada mengajak Scha menonton wayang tapi Scha menolak."

"Aku rasa kalau kau tahu pun mungkin kau akan beli tiket wayang sebelah seat aku dan bermesra-mesraan dengan dia. Kau cakap dengan Scha aku tak ada perasaan lagi dengan pelacur macam dia."

Pang!!! Tangan Saiful yang tegap itu telah hinggap di pipi Zaf.

"Scha tidah sehina itu untuk awak hina dia!! Dia perempuan suci.. Satu hari nanti awak akan tahu apa pengorbanan yang telah dia lakukan untuk awak."

Saiful berlalu pergi. Sementara Zaf mengurut pipinya sambil berfikir tentang kata-kata Saiful tadi.

Sudah seminggu Zaf tidak melihat wajah Scha. Terasa rindu pula. Tapi pada masa yang sama egonya terlalu tinggi. Zaf tidak membalas langsung mesej yang di berikan oleh Scha walaupun kesemua mesej yang Scha beri padanya berbaur kemaafan. Kadang-kala timbul rasa pelik di hati Zaf tapi di biarkan sahaja.

Zaf hanya dapat melihat sekilas wajah Scha ketika dia melintas di hadapan rumah Scha 3 hari lalu. Itupun hanya sekilas. Wajah Scha lain benar. Sakitkah dia? Tapi ego Zaf lebih tinggi dari rasa sayangnya pada Scha. Zaf hanya melepaskan rindu dengan melihat gambar-gambar di telefon bimbitnya.

Satu hari Zaf menerima sepucuk surat yang entah datang dari siapa dia tidak tahu. Tetapi tulisan yang tercoret di muka sampul surat yang mencoretkan namanya membuatkannya teringatkan tulisan Scha. Lantas dia membuka surat itu dengan tangan yang mengigil. Bukan kerana takut tapi kerana nalurinya seperti harus menerima sesuatu selepas membaca surat tersebut.


’Buat Naqiuddin Zafril b Hj Lukman yang dicintai lagi dirindui...

Ketika abang membaca warkah ini sayang telah pergi jauh meninggalkan abang. Tetapi abang janganlah risau kerana sejauh mana pun sayang terbang sayang tetap sayang kan abang. Malah ketika dan saat ini sayang masih cintakan abang. Sayang berharap abang berubah selepas apa yang terjadi antara kita pada masa lalu.

Lelaki yang berjumpa dengan abang untuk menyatakan niat sucinya adalah sepupunya sayang yang telah sayang anggap sebagai abang kandung sayang sendiri. Sayang tahu abang terlalu cemburu sehingga tidak boleh langsung menerima kata-katanya. Sayang faham sangat dengan perangai abang.

Sebenarnya ada dua rahsia yang belum sayang jelaskan pada abang. Pertama, sayang nak abang terima apa yang akan sayang tulis selanjutnya ini. Abang ingat tak yang abang pernah kemalangan suatu ketika dahulu dan ketika itu abang mengalami kerosakan hati yang serius. Pada saat itu sayang hampir pengsan mendengar pengesahan doktor. Doktor kata, seseorang perlu mendermakan hati untuk menyelamatkan abang jika tidak, harapan untuk abang amat tipis. Saat itu sayang hanya boleh menangis dan terus menangis. Abang tahu kan yang sayang terlalu takutkan jarum suntikan tapi sayang kuatkan semangat menjalani ujian darah untuk mengetahui samada sayang layak atau tidak untuk menderma hati sayang kepada abang.

Ternyata sekali di antara ramai, darah sayang yang terlalu sesuai untuk mendermakan hati untuk abang. Saat itu hati sayang gembira tidak terkira. Sayang buang perasaan takut dan gerun sayang hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa insan yang paling sayang sayang. Ketahuilah... Hati sayang telah menjadi milik abang. Sayang beritahu semua kaum keluarga dan teman-teman kita supaya merahsiakan tentang perkara ini. Ternyata ia tersimpan rapi sehingga kini.

Yang kedua, yang ini juga sayang harap abang dapat menerimanya dengan redha. Saya berada di United Kingdom sekarang untuk menjalani rawatan memulihkan sel darah sayang. Kata doktor sayang mempunyai terlalu banyak sel darah putih. Sayang terima dengan redha. Saat sayang tahu mengenai penyakit yang sayang alami ini, sayang tidak mahu langsung abang mengetahuinya. Kerna sayang tau jika abang mengetahuinya pasti abang akan terlalu risau dengan keadaan sayang. Maafkan sayang kerana tidak memberitahu abang.
Pesanan sayang yang terakhir buat abang. Tunggulah sayang di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 7 Julai 2007 nanti. Insya Allah kalau di panjangkan umur sayang akan pulang dengan senyuman semua orang tetapi bukan dengan tangisan. Sayang tunggu kehadiran abang. Sayang harap abang dapat menerima kehadiran sayang walau dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Salam sayang dan rindu,
Schazfeera Nafeeza


Menitis jua akhirnya air mata seorang lelaki.

’Akan abang nantikan kepulangan sayang....’ bisik Zaf pada bingkai gambar yang terisi gambar Scha yang beraksi manja.


7 Julai 2007


Sejambak bunga ros merah di genggam kemas di tangan. Mata Zaf meliar-liar mencari kelibat insan yang tersayang. Tetapi hampa, mengapa tiada. Terasa bajunya di tarik seorang budak. Lantas nota kecil dihulurkan padanya. ”I meet u at Cafe right now”.


Dengan pantas Zaf berlari ke café. Langkahnya perlahan apabila seraut wajah yang dirinduinya selama setahun itu sedang duduk menikmati minuman. Senyuman itu yang dia rindui. Langkah menjadi kaku seketika apabila terlihat Scha berbual mesra dengan lelaki bertentangannya. Siapakah jejaka itu? Soalan itu berlegar-legar di benaknya. Jangan-jangan itu suami dia. Ketika ini otak Naqiuddin Zafril ligat memikirkan berbagai-bagai perkara negatif.

“Ah, tak mungkin Scha berubah hati. Aku mesti tahu kebenarannya.” Luah Zafril sendirian.

Langkah dipercepatkan untuk mengetahui kebenaran. Biar apa pun yang keluar dari mulut Scha dia akan terima dengan redha. Dia tahu selama ini dia banyak menyingkirkan Scha dari hidupnya. Dia seringkali melupakan Scha. Acapkali mengenepikan hati dan perasaan Scha. Dia ingin mohon maaf diatas semua kesilapan yang telah dia lakukan.

“Assalamualaikum..” tutur Zafril apabila berada dihadapan meja sepasang suami isteri. Mungkin!

“Waalaikumussalam. Eh Zaf, have a seat.” balas Scha dengan senyuman. Seraya itu lelaki yang berada bertentangan Scha bangun menghulurkan tangan. Zafril menyambut dengan lemah.

“Bie, ni lah Zaf yang sayang ceritakan dekat Bie. Zaf, kenalkan ini Nazri Shah Rezza. Husband Scha.” Ujar Scha dengan nada gembira.
Hampir gugur jantung Zafril ketika Scha memperkenalkan lelaki yang di sebelahnya. Terkaku dia seketika. Lidahnya kelu tidak mampu mengucap walau sepatah kata.

“Kenapa Scha buat Zaf macam ni? Scha suruh Zaf tunggu semata-mata Scha nak tunjukkan semua ini? Sampai hati Scha buat Zaf macam ni.” lancar sungguh ayat yang dituturkan Zaf setelah lidahnya kaku seketika.

“Zaf…. Zaf kena faham. Scha dah tak larat dengan kerenah Zaf. Apa yang Scha buat selama ni Zaf bantah tapi Scha tau Zaf sayangkan Scha. Tapi tak cukup dengan sayang jek. Scha perlukan seseorang yang faham Scha, hargai Scha. Maafkan Scha.” Tersekat-sekat ayat yang keluar dari mulut Scha.

“Zaf sayang Scha. Selama ni Zaf buta menilai cinta Scha. Zaf tak tahu yang selama ini Scha banyak berkorban untuk Zaf. Zaf dah berjanji bila Scha balik dari UK nanti Zaf nak jaga Scha. Nak hargai Scha. Nak bahagiakan Scha. Zaf tahu selama ni Zaf banyak buat salah. Zaf tahu Zaf tak berhak terima cinta suci Scha. Cinta yang tak pernah berbelah bagi. Malam masa kita terjumpa di Pusat membeli-belah tu Zaf mengaku Zaf salah. Zaf sengaja mengajak Rini menggantikan tempat Scha. Zaf tahu Zaf salah. Maafkan Zaf. Tapi sekarang Zaf dah tak boleh buat apa-apa lagi. Scha dah sah milik Nazri. Zaf redha. Walaupun Zaf tahu amat perit bagi Zaf untuk menerimanya. Zaf redha. Zaf tahu Zaf takkan boleh hidup tanpa Scha. Zaf boleh jadi gila. Maafkan Zaf, Schazfeera Nafeeza.” selepas menghabiskan ayat terakhirnya Zafril terus bangun lantas meletakkan bunga di atas meja dan terus berlalu dari situ. Dia tidak sanggup melihat muka Scha lagi. Hatinya pedih. Hatinya terguris. Jika boleh dia mahu melenyapkan wajah kesayangan itu cepat-cepat dari fikirannya.

Belum sempat dia melepasi pintu kafe itu, namanya di panggil. Suara yang amat dirinduinya. Tapi dia tidak sanggup untuk memalingkan mukanya. Tidak sanggup lagi menatap wajah kesayangan yang sentiasa bermain di benaknya.

“Zaf, betul ke Zaf cintakan Scha yang teramat? Betul ke Zaf akan jaga Scha sampai akhir hayat Scha. Betul ke Zaf akan menghargai setiap saat serta detik kita bersama?”

“Semuanya benar Scha. Tapi Zaf dah terlewat. Saya mohon maaf atas semua kesilapan Zaf. Maafkan Zaf.” ucap Zaf tanpa menoleh ke belakang.

“Zaf. Jika benar Zaf cinta dan sayangkan Scha kenapa Zaf bagi bunga tu pada kakak kembar Scha?” ujar suara manja itu.

Serentak itu juga Zafril memalingkan mukanya ke belakang. Benar. Terdapat dua wanita yang perwatakan sama. Kerana kerisauan yang mendalam, dia terlupa yang kekasih hatinya mempunyai seorang kembar. Zafril benar-benar terlupa.

“Zaf lupa ye Scha ada kakak kembar? Ini mesti Zaf kalut sangat ni. Sebenarnya kita orang tak rancang pun nak kenakan Zaf. Tapi bila Zaf dah melulu cam tu jek, pe lagi kakak Scha kenakan lah Zaf.”

“Scha!!! You make me crazy!” Laung Zafril di dalam Kafe itu. Seraya itu Zafril berlutut di hadapan Scha.

“Zaf. Janganlah macam ni, malulah Scha.” Scha menarik lengan Zaf menyuruhnya bangun.

“Scha, please don’t do like this again. I don’t want to lost you again. Will you marry me?” spontan sahaja Zaf meluahkannya.

“No. You want to propose me like this? Are you serious?” ujar Scha seperti merajuk.

“Ops… Sori lah sayang. I tak sempat nak beli cincin la. Lagipun I takut jari jemari you bertambah gemuk pastu tak muat plak nak masukkan cincin nanti. Nanti kena lah I beli lagi. Kan membazir tu.” Ucap Zaf sambil melihat jari-jemari Scha.
Lantas Scha mencubit bahu Zaf.


”Sayang... Tak baik tau cubit suami. Derhaka nanti.”

Mereka yang berada di Kafe itu tergelak melihat gelagat pasangan kekasih ini. Akhirnya cinta yang tertinggal tersulam kembali menjadi ikatan yang lebih kukuh yang pastinya hingga ke nafas terakhir.

P/s::Thanks kepada yang sudi membaca. Di harap dapat memberikan komen...

Hakmilik terpelihara lagi suci~~ROSKARMA

Wednesday, June 23, 2010

Award!

Assalamualaikum wbt.


Rasanya nih kali ke3 saya dapat award. Thanks kepada JOE sebab sudi bagi award nih. Award nih sangat comel okey.

Jap-jap. Ada 1 soalan. Sempoi ke saya nih? Best ke? Semua jawapan di tangan anda. Terima kasih daun keladi.

Big Smile~~



GigaBite:: Apa akan jadi bila Shin Chan dan Spongebob di satukan dalam satu cerita komik?? Fikir-fikirkan lah.

Tag. Hohoho.

Assalamualaikum wbt.



Alamak kena tag. hukhuk. Tag lama pun tak buat lagi. Lepas nih setel tag lama tuh sementara ada mood rajin sikit nih. Tag dari ladybird eh silap, dari ThePlasticBird yang tak berapa nak plastik sangat. Tak tahu lar plastik ke sangat sebab tak dapat nak pegang. Sebab dia berada kat alam maya jek. hukhuk. Merapu merepek sudah.


Alamak, tag dia suruh cerita pasal 30 fakta tentang diri anda. Kalau saya tulis auta pun bukan sesape tahu kan. Alamatnya 30 fakta tentang diri saya akan menjadi benda yang merepek merapu dalam hidup la jawabnya.



Okey-okey, mari berfikir ketat-ketat lepas makan nasi lemak.





1. Anak nombor 10 daripada 8 adik beradik. (ha, fikir jangan tak fikir.)


2. Masa zaman sekolah dulu-dulu kawan panggil saya MEK. (Ada rahsia di sebalik nama itu.)


3. Baru lepas abes degree. Ingat nak sambung Master. Tapi tak habis fikir lagi.


4. Masa tadika, sangat comel. rambut kerinting dan chubby sket.


5. Tak kenal kasut sendiri masa tadika walaupun Ibu dah tulis kat belakang tapak. Terpaksa tunggu orang lain ambil kasut diaorang dulu. Then kalau tak da sesape ambil kasut tuh, tuh lah kasut saya.


6. Masa umur 6 tahun pernah jatuh sampai dahi terkoyak. Then sampai sekarang rambut tak tumbuh kat situ.


7. Sangat-sangat teramat suka dengan nombor 7!


8. Bakal memasuki umur 23 tahun tak lama lagi. 10 julai nanti. Jangan lupa wish tau


9. 9 tahun dah hubungan saya dengan pengulam jantung tahun nih. Cukup sepuluh tahun bersatu lah kami. BERSATU!!


10. 10 JULAI 1987!!! Hari kelahiran saya.


11. Paling lama menerima susu gantung. Tak yah la cakap berapa lama. Tapi memang paling lama. Sebab pernah cakap dekat akak sepupu, sampai dia sendiri tak percaya. Alamak malu lar.


12. Sangat suka warna coklat. Hampir semua baju kaler coklat.


13. Tak pernah dapat bunga sejak 9 tahun kenal dengan pengulam jantung.



14. Bakal konvokesyen pada bulan september nanti.



15. Nak Honda Stream bila dah dapat kerja nanti. Honda Stream warna putih.



16. Ada sebuah kereta kancil warna merah. Banyak berjasa kereta tuh. Tak pernah lagi accident tapi pernah langgar tembok. Mintak-mintak di jauhkan.



17. Seseorang yang sangat sensitif. Serius!



18. Kalau boleh nak tolong semua orang di sekeliling tapi tak mampu.



19. Nak ada rumah banglo dengan pengulam jantung. Lepas tuh ada anak-anak yang comel-comel.



20. Seseorang yang sangat-sangat teramat manja!



21. Sekolah dan masuk universiti kat Johor. Tapi matrikulasi kat Nogori Sembilan.



22. Seorang yang sangat suka baca dan kumpul novel.



23. Mempunyai koleksi teddy bear yang banyak. Tak sempat nak kira.



24. Kasut dan handbeg memang tak boleh di pisahkan dari saya.



25. Nyawa Ibu. Kat mana ada Ibu, kat situlah ada saya.



26. Blog ibarat diari atau tempat meluahkan masalah.



27. SINGLE but NOT AVAILABLE. SORRY!!!



28. Nak kahwin la. Tunggu~~



29. Simple person but NICE one.



30. Menghabiskan setengah jam untuk tulis fakta-fakta auta kat atas. Hahahaha.




Oleh sebab saya tak mahu menyusah kan orang. Saya tak tag orang. Sesiapa rasa nak buat sila kan.

Kembali dengan rezeki mencurah-curah ke ladang gandum!

Assalamualaikum wbt.


First, nak ucap ALHAMDULILLAH dulu. Actually sejak akhir-akhir nih susah sangat nak update blog. Sebabnya, sekarang nih hidup macam orang nomad. Merantau ke sana ke sini. So, liputan internet tuh, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Nak keluar ke cyber cafe, jangan harap dapat. Itulah sebab nya blog nih tak berupdate. Tapi kan kan kan, terima kasih pada yang sudi datang blog nih. Sebab kan kan kan, anda semua telah menaikkan trafik dan secara tak langsung membuatkan saya menerima BUFFERED EARNING saya yang PERTAMA.


Alhamdulillah. Saya tak sangka sangat. Then, saya memang tak rasa boleh dapat. Sebab blog nih hanya blog picisan. Tanpa follower and blogger kat luar sana apalah sangat blog. I really appreciate it! Love all of you ketat-ketat.

Nak tengok tak BUFFERED EARNING apa yang saya dapat. Tapi 1 advertisement jek.



Nih lah dia. Astro bagi.
Alhamdulillah.


GigaBite:: Korang jangan henti support blog nih. Nanti sayang korang lebih. Leh kenduri besar-besaran. keh-keh-keh.









Monday, June 14, 2010

Bukan senang nak jadi seorang blogger tegar.

Assalamualaikum wbt.


Selalu kita mendengar, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ada faham? Isu kali nih nak sentuh sikit pasal sensitiviti rakyat Malaysia. Sebagai seorang blogger, bukan mudah sebenarnya untuk kita memuaskan hati semua pembaca blog kita. Tak kurang juga ada yang tak puas hati. Yang duk kutuk-kutuk kita. Yang duk down-down kan kita. Tapi tak semua. Ada juga yang bagi semangat dan juga nasihat.


Sebagai blogger, orang awam kat luar sana memerhatikan entri yang kita buat. Kadang-kadang kalau entri tuh terlalu 'baik' sangat, pun kena kutuk dan sumpah seranah gak. Digelarnya blogger saje tunjuk baik. Saje mengampu. Kadang-kadang kalau kita cakap benda yang betul susah kita nak buat orang percaya. Sebenarnya banyak cabaran jadik blogger nih.


Sebagai blogger, pertama sekali yang mesti ada dalam diri adalah kekuatan. If tak kuat, jangan berangan nak jadi blogger. Bila sekali orang dah damn kita, mulalah kita goyah dan rasa tak mahu tulis blog lagi dah. Rasa macam nak delete jek blog tuh. Kalau macam tuh jangan lah bermimpi nak jadi blogger.

Kedua, semangat. Kalau tak da semangat tuh jangan mimpi jugak nak jadi blogger. Seorang blogger perlu terima sebarang kritikan mahupun kutukan. Semangat nak teruskan berblog pun amat penting. Saya sangat suka pada blogger yang kena kutuk dan kritik tapi tetap semangat nak terus berblog.

Ketiga, niat. Kalau niat kita baik. Apa yang kita sampaikan akan jadik baik. Betul tak? Biarkan apa orang nak kata. Yang penting kita punya niat tak menyimpan. Dan tak bukan-bukan jugak.

Keempat, jadi diri sendiri. Ha, part nih paling saya suka. Jadik diri sendiri. Kalau orang lain sibuk berblog anda pun nak berblog gak TAPI anda tiru karya orang. Anda ciplak kata-kata blogger lain tanpa citation. Sampai gaya penulisan orang tuh pun anda nak tiru gak. Saya nasihatkan anda baik anda quit sahaja dari berangan-angan menjadi blogger. Sebab anda bukan anda. Apalah gunanya anda meniru blogger lain. Bukan kah setiap blogger anda cerita dan gaya penulisan yang tersendiri.

Kelima, alert dengan keadaan sekeliling. Kenapa lak nak alert kan? Sebab pembaca anda sumber yang menyumbang kepada bilangan Unique Visitor kita. So, kalau kita update dengan benda-benda yang terkini, tak rugi kan. Malah kita untung lagi bila kita dapat buffered earning mahupun metered nuffnang.

Okey. Itu sahaja untuk entri ini. Saya cuma bercakap sebagai seorang blogger. Saya minta maaf kiranya ada terkurang. Entri nih tak ada kaitan dengan sesiapa pun.


GigaBite:: My mom said:"Apabila seseorang tuh tak makan nasihat. Pergi cermin dan cermin diri."


Friday, June 11, 2010

Rewang.

Assalamualaikum wbt.


Rewang? Apa tuh? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Bagi orang kampung macam saya mestilah tahu apa yang dimaksudkan dengan 'rewang'. Okey. Saya rasa rewang nih bahasa orang jawa. Memang pun kot. Rewang adalah bergotong-royong, bekerjasama, buat sama-sama dan seangkatan dengannya. Suasana rewang sangat lah seronok bila dilihat dan dilakukan di kawasan kampung.


Kampung sememangnya terkenal dengan adat rewang ini. Almaklumlah kampung kan kawasan yang penuh dengan kerjasama. Alah macam wonderpet tuh. Apa yang penting. Kerjasama! Melalut sudah. Sebab apa cerita pasal rewang nih? Sebabnya ada kenduri kahwin yang tak henti-henti sepanjang weekend cuti sekolah nih. Penat memenuhi undangan dan kenyang memenuhi perut. hikhikhik.




Masa saya budak-budak dulu. Ops, sebab apa cakap cam tuh. Sebab sekarang dah besar. Tak samapi sebulan lagi masuk 23 tahun. Kan dah besar tuh. Kalau orang dulu-dulu kahwin dah dapat anak berapa dah agaknya. Gatal! Okey-okey. Sambung. Masa zaman budak-budak, masa sekolah lagi. Saya suka ikut Ibu pergi merewang. Bukan tolong pun. Tengok aje. Tak pun menghabiskan air atau kuih yang mak cik tuh hidangkan. Bak kata mak cik tuh, "Buek abeh boreh ajo" hahaha. Tipu di situ.


Tapi bila dah besar nih segan pulak nak ikut Ibu pergi rewang. Pernah gak ikut. Tapi lepas tuh tak mau dah ikut lagi. Sebab nya? Malu lar nak cite. Gedix! hahaha. Okey-okey. Saya cerita. Sebab dia kawan-kawan Ibu a.k.a mak cik-mak cik yang menghadirkan diri ke majlis rewang semua dok beratur nak mintak personal details untuk bagi pada anak or cucu mereka yang masih single. Adeh. Makcik..........please lah.


Okey-okey. Nak reveal lagi satu perkara nih. Ada ler kawan Ibu nih. Rapatlah jugak kot. Dia dok tipon Ibu dan duk sibuk nak jodohkan dengan anak sedara dia. Dia cakap kat Ibu, payah nak dapat anak dara macam saya di era millenium nih. Adeh. Makcik oi............... Mak cik tak cari mak cik dah cakap macam tuh. Itu give up namanya mak cik oi. hahaha. Anak sedaranya orang bandar. Sibuk suh Ibu tanyakan saya. Ingat saya HINGIN? Tak hingin saya. Maaf mak cik. Bukan sengaja nak mengguris hati mak cik. Tapi mak cik kena faham, saya dah ada pilihan saya. Saya lagi payah nak cari orang yang sebijik sejibik macam dia mak cik oi. Memangla mak cik cakap anak sedara mak cik tuh baik bak malaikat. Tapi tuh dengan mak cik. Belakang-belakang mak cik ade mak cik spy? hahaha. Sabar jek lah saya nih.


Saya ingat lagi situasi nih. Petang yang dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tengah duk baring-baring, golek-golek kat katil kolej asmara *eh silap asrama. Masa tuh saya berada di tahun 3 pengajian. Tipon bimbit berbunyi. Ne no ne no. Itu bunyi ambulans da. Ibu tipon. Seronok. Mula-mula aje. Ibu tanya dah makan? Dah solat? Wat apa? bla..bla..bla.. (ayat permulaan yang manis) Lepas tuh Ibu intro. Okeylah wat lah dialog, baca kat bawah nih.

"Adik, hari tu mak cik ***** (nama di rahsiakan, kalau boleh rasa nak reveal jek.) tipon Ibu tanya adik" Ibu dah mula masuk jarum.

"Tanya adik? Asal plak tanya adik." Mula confius.

"Dia nak satukan adik dengan anak sedara dia." Ibu terus terang.

"Ha?" Terkejut memang tahap gaban, tahap beruk, tahap monyet. Tahap excited state sangat. Tak dapat nak gambar kan.

"Anak sedara dia dari bandar. Dia nak kahwin dengan orang kampung." sambung Ibu lagi.

"SO?"

"Jadi dia kata adik lah perempuan paling sesuai. Dah lama mak cik **** tengok perangai adik. Dia kata adik memang sesuai jadi calon isteri."

"Abes Ibu cakap apa???" terus kelam kabut yang amat.

"Ibu tak da lah cakap setuju. Tapi Ibu senyap aja." dah tau dah.

Terus meleleh air mata. Memang tak leh sekat lagi. Letak jek tipon terus call-call my pengulam jantung. 1st, tak angkat. 2nd, tak angkat jugak. 3rd, baru angkat. Tak leh nak cakap pape. Menangis aje. Tak terkeluar satu ayat pun. Menangis tersedu-sedu. Pengulam jantung dah risau. Berkali-kali tanya kenapa sampai nak marah-marah. Pengulam jantung letak telefon. Saya call lagi. Nangis aje yang keluar. Pengulam jantung cakap relax. Jangan macama nih. Dah okey telefon balik then cakap. Actually pengulam jantung tak sampai hati nak dengar saya nangis macam tuh sekali. Lastly, saya mesej pengulam jantung.

"Ambil cayang sekarang! Kalau tak bie takkan jumpa cayang lagi!"

Dia tak balas. Dia call.

"Nape nih cayang? Abang penat cayang, baru balik kerja. Kan semalam dah jumpa. Esok okey." Pengulam jantung sangka kan saya nangis sebab rindu sangat dekat dia then minta belas kasihan untuk berjumpa.

"Tak kira. Nak jumpa jugak. Kalau tak jumpa makna awak tak sayang saya. Awak akan hilang saya."

"Okey-okey. Relax. Bersabar. Jangan nangis lagi. Kalau tak abang tak ambil sayang."

Saya senyap. Tapi hanya seketika. Pengulam jantung sambung lagi.

"Setengah jam lagi abang datang okey. Siap-siaplah."


Saya siap dan pakai baju yang biasa-biasa aje. Tak solek langsung. Tuala panjang saya bawa untuk mengelap titisan air mata yang masih bersisa. Setengah jam selepas itu saya mendapat mesej.

'Cayang, abang dah sampai. Turun'

Saya segera mengambil handbeg dan terus ke lif. Masa berada di tingkat bawah. Semua orang memerhati mata saya yang bengkak. Apa saya peduli.

Dalam perjalanan pengulam jantung menyoal.

"Kenapa ni cayang?"

Air mata terus menerus mengalir. Tak tertanggung rasanya. Senyap. Hanya tangisan saya kedengaran. Namun pengulam jantung terus menerus bertanya.

"Takkan nak bincang dalam keadaan kereta yang bergerak nih!" Tinggi sekali suara saya. Marah bertambah geram.


Akhirnya kami berhenti di suatu tempat. Rahsia. Saya cerita dari A sampai Z. Tak ada satu pun tinggal. Lama jugak bercerita sebab di selingkan dengan tangisan yang mendayu.

Pengulam jantung terkedu mendengar cerita saya. Airmatanya gugur juga. Lama berdiam diri. Mungkin mencari mana silapnya.


"Sayang. Abang nak sayang tahu. Abang tak leh hidup tanpa sayang. Abang nak sayang seorang jek." luah pengulam jantung dalam sedu sedan.

"Abis sayang nih tak perlu ke abang dalam hidup sayang? Tak nak hidup dengan abang? Sayang nak abang jek. Faham!" Hati melodak. Siapa yang tahu.

Malam itu hampir banjir keretanya. Tapi nasib kami baik kerana tak banjir. hahaha. Melawak plak. Akhirnya, rancangan penyatuan itu gagal. Mungkin kerana mak cik tuh ada ternampak saya keluar dengan pengulam jantung. Alhamdulillah jodoh kami masih kuat.

Biarlah cerita ini menjadi cerita cinta kami yang paling perit yang pernah kami tempuhi. Akan saya simpan cerita ini dalam memori saya. Saya jadikan pengajaran dan juga penguat kepada hubungan kami. Semoga hubungan kami ini sehingga ke akhir hayat.


Hari nih 8 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 2 hari. Alhamdulillah.


GigaBite: Entri terpanjang pernah saya buat kot. Sori-sori kalau panjang sangat. Tak suka baca sila keluar dari sini. Thanks pada yang baca. Komen jangan lupa okey.


Tuesday, June 8, 2010

Macam chipsmore. Kejap ada kejap tak da.

Assalamualaikum wbt.


Perkara di tulis di atas merujuk kepada tuan punya blog. Memang macam chipsmore tuan punya blog nih. Kejap ada kejap tak da. Bukan sengaja atau tersengaja menghilangkan diri. Tetapi komitmen yang membuat tiada masa untuk menulis. Hati pun baru pulih dari kesedihan kerana kehilangan anak angkat 2 orang sekaligus. Anak angkat tuh anak kucing okey. Jangan salah faham pula.


Sibuk ke? Memang pun. Sibuk ke sana ke sini untuk memuaskan hati semua orang. Interview? Postpone pulak. Until now tak ada pulak bagi tahu bila akan interview lagi. Sabar jek lah. Mungkin dugaan sebelum betul-betul mendapat kerja kot. Yang penting selalu mendoakan diri menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Mudah-mudahan.

6 bulan lagi. Huhuhu. Until to a new phase. Tak sangka pulak. Tapi siapa lah kita yang hanya bisa menrancang dan Allah yang tentukan semuanya. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Nanti saya cerita kan selama mana saya menghilang ini okey. Tengah pening kepala lar. Mungkin power cermin mata saya nak melambung naik kot. Adeh.


GigaBite: Nanti saya sambung pengalaman di Thailand okey. tatata

Tuesday, June 1, 2010

Kehilangan TOM & TAM dalam 1 hari amat perit untuk saya terima!

Sedang menangis.


Dan menangis.


Mungkin akan terus menangis sehingga tertidur.


Saya kehilangan TAM & TOM DALAM 1 HARI yang sama.


Ya Allah, tabahkan hati saya.


Dugaan Mu amat berat untuk saya harungi.



maaf, tak leh nak terus menulis. Otak blur. Ingat Tam & Tom. CIK TEDI, bantu saya. Saya amat-amat sedih!!



Sedih.

Nangis.....



Nangis.....



dan terus NANGIS...

Saya kehilangan dia hari ini 1 JUN 2010.

Assalamualaikum wbt.



Tak banyak yang nak tulis kat entri nih. Sebab tengah bersedih sangat. Tedi, tolong saya. Saya kehilangan Tom. Uwaaaa. Bangun-bangun pagi jek Ibu cakap Tom dah tak ada. Terus mengalir air mata saya. Tak sanggup saya nak tengok mayat Tom. Tak sampai sebulan dia duduk dengan saya. Ini angkara kucing jantan gemuk yang duk gatal nak main dengan Tom lar nih. Eee, kalau saya dapat kucing jantan nih saya pulak yang kerjakan dia. Budak Tom tuh baru usia 3 bulan. Mane boleh ajak berumahtangga lagi. Dia kecik lagi. Kesian sangat kat dia mati dalam keadaan yang macam tuh. Dah Tom tak mau dia pergi cakar-cakar badan Tom. Kesian Tom. Sayang sangat-sangat dekat Tom. Tak ada yang boleh ganti Tom. Uwaaa. Nangis lagi.


R.I.P my dearest TOM. I will always remember you TOM.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers