Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, June 14, 2010

Bukan senang nak jadi seorang blogger tegar.

Assalamualaikum wbt.


Selalu kita mendengar, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ada faham? Isu kali nih nak sentuh sikit pasal sensitiviti rakyat Malaysia. Sebagai seorang blogger, bukan mudah sebenarnya untuk kita memuaskan hati semua pembaca blog kita. Tak kurang juga ada yang tak puas hati. Yang duk kutuk-kutuk kita. Yang duk down-down kan kita. Tapi tak semua. Ada juga yang bagi semangat dan juga nasihat.


Sebagai blogger, orang awam kat luar sana memerhatikan entri yang kita buat. Kadang-kadang kalau entri tuh terlalu 'baik' sangat, pun kena kutuk dan sumpah seranah gak. Digelarnya blogger saje tunjuk baik. Saje mengampu. Kadang-kadang kalau kita cakap benda yang betul susah kita nak buat orang percaya. Sebenarnya banyak cabaran jadik blogger nih.


Sebagai blogger, pertama sekali yang mesti ada dalam diri adalah kekuatan. If tak kuat, jangan berangan nak jadi blogger. Bila sekali orang dah damn kita, mulalah kita goyah dan rasa tak mahu tulis blog lagi dah. Rasa macam nak delete jek blog tuh. Kalau macam tuh jangan lah bermimpi nak jadi blogger.

Kedua, semangat. Kalau tak da semangat tuh jangan mimpi jugak nak jadi blogger. Seorang blogger perlu terima sebarang kritikan mahupun kutukan. Semangat nak teruskan berblog pun amat penting. Saya sangat suka pada blogger yang kena kutuk dan kritik tapi tetap semangat nak terus berblog.

Ketiga, niat. Kalau niat kita baik. Apa yang kita sampaikan akan jadik baik. Betul tak? Biarkan apa orang nak kata. Yang penting kita punya niat tak menyimpan. Dan tak bukan-bukan jugak.

Keempat, jadi diri sendiri. Ha, part nih paling saya suka. Jadik diri sendiri. Kalau orang lain sibuk berblog anda pun nak berblog gak TAPI anda tiru karya orang. Anda ciplak kata-kata blogger lain tanpa citation. Sampai gaya penulisan orang tuh pun anda nak tiru gak. Saya nasihatkan anda baik anda quit sahaja dari berangan-angan menjadi blogger. Sebab anda bukan anda. Apalah gunanya anda meniru blogger lain. Bukan kah setiap blogger anda cerita dan gaya penulisan yang tersendiri.

Kelima, alert dengan keadaan sekeliling. Kenapa lak nak alert kan? Sebab pembaca anda sumber yang menyumbang kepada bilangan Unique Visitor kita. So, kalau kita update dengan benda-benda yang terkini, tak rugi kan. Malah kita untung lagi bila kita dapat buffered earning mahupun metered nuffnang.

Okey. Itu sahaja untuk entri ini. Saya cuma bercakap sebagai seorang blogger. Saya minta maaf kiranya ada terkurang. Entri nih tak ada kaitan dengan sesiapa pun.


GigaBite:: My mom said:"Apabila seseorang tuh tak makan nasihat. Pergi cermin dan cermin diri."


No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers