Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, June 25, 2010

Syurga di bawah telapak kaki IBU!

Assalamualaikum wbt.


"Murid-murid, syurga itu di bawah telapak kaki Ibu tau. Jadi, jangan ingkar cakap Ibu." terang cikgu pada anak-anak muridnya.

"Betul ke Ustazah?" tanya salah seorang anak muridnya.

"Betullah. Takkan Ustazah nak tipu pulak." Tegas guru itu lagi.


...............................................................................................................


"Ibu... Ibu... Ibu..." laung si anak apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ye sayang... Ibu ada dekat dapur nih." sahut si Ibu dari ruangan dapur.

"Ibu, marilah duduk sini. Adik nak ceritakan sesuatu." petah sekali anak yang baru berumur 7 tahun itu berkata-kata.

"Apa dia sayang?" tenang sekali si Ibu melayan si anak yang sedang membesar.

"Ibu, Ustazah cakapkan syurga di bawah telapak kaki Ibu. Betul ke?"soal si anak kepada si Ibu.

"Betullah tuh apa Ustazah cakap. Kenapa adik?" si Ibu membenarkan kata-kata anaknya.

Si anak lantas menanggalkan beg dan di tinggalkan di kerusi. Si anak duduk bersimpuh di lantai sedangkan Ibu masih duduk di kerusi. Lantas di ambil kaki Ibu nya. Di terokai kaki Ibunya. Hampir beberapa minit si anak bersuara.

"Tak ada pun nampak syurga dekat telapak kaki Ibu. Ustazah bohong." si anak muram. Masih tidak berpuashati, di beleknya lagi kaki si Ibu.

Ibu hanya tersenyum dan bersuara, "Ustazah tak tipu lah sayang."

"Abis tuh adik tak jumpa pun syurga dekat telapak kaki Ibu nih."rengus adik lantas bermasam muka. Adik memang pantang benar orang menipunya. Seboleh-bolehnya dia ingin mencari kebenaran. Ibu faham benar perangai anaknya yang satu ini. Walaupun adik baru berumur 7 tahun namum lagaknya tidak seperti kanak-kanak sebaya dengannya.

Ibu senyum lagi.

"Adik, dengar cakap Ibu sini. Ustazah tak tipu. Ibu nak tanya adik. Siapa mengandungkan adik?"si Ibu mula memainkan peranan.

"Ibu lah."jawab adik.

"Siapa yang melahirkan adik?" soal Ibu lagi.

"Ibu lah." jawab yang sama juga keluar dari mulut adik.

"Siapa yang menyusukan adik?" Ibu bertanya untuk kali ketiga.

"Ibu jugak." adik mula bingung.

"Macam nih adik. Syurga di bawah telapak kaki ibu itu hanya kata-kata yang menggambarkan betapa agungnya seorang ibu. Yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan. Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran." terang Ibu.

"Adik masih kurang faham la Ibu." bijak benar si anak kecil ini.

"Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)" sambung Ibu lagi.

"Maksudnya Ibu adalah segala-galanya lah. Adik tak boleh derhaka pada Ibu kan. Nanti adik tak masuk syurga. Betul tak Ibu?" Adik telah mula faham sedikit demi sedikit.

"Betul sayang. Pandai pun anak Ibu nih." Ibu tersenyum lagi. Bangga mendapat anak yang mudah memahami seperti adik.


Itulah coretan yang lucu tetapi banyak pengajarannya. Coretan ini saya sendiri yang oleh untuk mengingatkan kita bahawa jasa IBU memang tiada tandingannya.



Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu by Aishah


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan


Tiada bahagia jika tiada

Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

************


3 comments:

sI tEDI said...

cerita yg menarik aqma.
TQ atas perkongsian.

Ibu dan ayah lah syurga kita :)

Zaidah said...

nabil pun pernah tanya kat akak...tak adepun syurga kat bawah kaki ibu....hehehhe...terpaksalah kita terangkan...

intanurulfateha ❤ said...

.sedey sgt bile dgr lagu aishah nehh T___T

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign