Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, June 11, 2010

Rewang.

Assalamualaikum wbt.


Rewang? Apa tuh? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Bagi orang kampung macam saya mestilah tahu apa yang dimaksudkan dengan 'rewang'. Okey. Saya rasa rewang nih bahasa orang jawa. Memang pun kot. Rewang adalah bergotong-royong, bekerjasama, buat sama-sama dan seangkatan dengannya. Suasana rewang sangat lah seronok bila dilihat dan dilakukan di kawasan kampung.


Kampung sememangnya terkenal dengan adat rewang ini. Almaklumlah kampung kan kawasan yang penuh dengan kerjasama. Alah macam wonderpet tuh. Apa yang penting. Kerjasama! Melalut sudah. Sebab apa cerita pasal rewang nih? Sebabnya ada kenduri kahwin yang tak henti-henti sepanjang weekend cuti sekolah nih. Penat memenuhi undangan dan kenyang memenuhi perut. hikhikhik.




Masa saya budak-budak dulu. Ops, sebab apa cakap cam tuh. Sebab sekarang dah besar. Tak samapi sebulan lagi masuk 23 tahun. Kan dah besar tuh. Kalau orang dulu-dulu kahwin dah dapat anak berapa dah agaknya. Gatal! Okey-okey. Sambung. Masa zaman budak-budak, masa sekolah lagi. Saya suka ikut Ibu pergi merewang. Bukan tolong pun. Tengok aje. Tak pun menghabiskan air atau kuih yang mak cik tuh hidangkan. Bak kata mak cik tuh, "Buek abeh boreh ajo" hahaha. Tipu di situ.


Tapi bila dah besar nih segan pulak nak ikut Ibu pergi rewang. Pernah gak ikut. Tapi lepas tuh tak mau dah ikut lagi. Sebab nya? Malu lar nak cite. Gedix! hahaha. Okey-okey. Saya cerita. Sebab dia kawan-kawan Ibu a.k.a mak cik-mak cik yang menghadirkan diri ke majlis rewang semua dok beratur nak mintak personal details untuk bagi pada anak or cucu mereka yang masih single. Adeh. Makcik..........please lah.


Okey-okey. Nak reveal lagi satu perkara nih. Ada ler kawan Ibu nih. Rapatlah jugak kot. Dia dok tipon Ibu dan duk sibuk nak jodohkan dengan anak sedara dia. Dia cakap kat Ibu, payah nak dapat anak dara macam saya di era millenium nih. Adeh. Makcik oi............... Mak cik tak cari mak cik dah cakap macam tuh. Itu give up namanya mak cik oi. hahaha. Anak sedaranya orang bandar. Sibuk suh Ibu tanyakan saya. Ingat saya HINGIN? Tak hingin saya. Maaf mak cik. Bukan sengaja nak mengguris hati mak cik. Tapi mak cik kena faham, saya dah ada pilihan saya. Saya lagi payah nak cari orang yang sebijik sejibik macam dia mak cik oi. Memangla mak cik cakap anak sedara mak cik tuh baik bak malaikat. Tapi tuh dengan mak cik. Belakang-belakang mak cik ade mak cik spy? hahaha. Sabar jek lah saya nih.


Saya ingat lagi situasi nih. Petang yang dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tengah duk baring-baring, golek-golek kat katil kolej asmara *eh silap asrama. Masa tuh saya berada di tahun 3 pengajian. Tipon bimbit berbunyi. Ne no ne no. Itu bunyi ambulans da. Ibu tipon. Seronok. Mula-mula aje. Ibu tanya dah makan? Dah solat? Wat apa? bla..bla..bla.. (ayat permulaan yang manis) Lepas tuh Ibu intro. Okeylah wat lah dialog, baca kat bawah nih.

"Adik, hari tu mak cik ***** (nama di rahsiakan, kalau boleh rasa nak reveal jek.) tipon Ibu tanya adik" Ibu dah mula masuk jarum.

"Tanya adik? Asal plak tanya adik." Mula confius.

"Dia nak satukan adik dengan anak sedara dia." Ibu terus terang.

"Ha?" Terkejut memang tahap gaban, tahap beruk, tahap monyet. Tahap excited state sangat. Tak dapat nak gambar kan.

"Anak sedara dia dari bandar. Dia nak kahwin dengan orang kampung." sambung Ibu lagi.

"SO?"

"Jadi dia kata adik lah perempuan paling sesuai. Dah lama mak cik **** tengok perangai adik. Dia kata adik memang sesuai jadi calon isteri."

"Abes Ibu cakap apa???" terus kelam kabut yang amat.

"Ibu tak da lah cakap setuju. Tapi Ibu senyap aja." dah tau dah.

Terus meleleh air mata. Memang tak leh sekat lagi. Letak jek tipon terus call-call my pengulam jantung. 1st, tak angkat. 2nd, tak angkat jugak. 3rd, baru angkat. Tak leh nak cakap pape. Menangis aje. Tak terkeluar satu ayat pun. Menangis tersedu-sedu. Pengulam jantung dah risau. Berkali-kali tanya kenapa sampai nak marah-marah. Pengulam jantung letak telefon. Saya call lagi. Nangis aje yang keluar. Pengulam jantung cakap relax. Jangan macama nih. Dah okey telefon balik then cakap. Actually pengulam jantung tak sampai hati nak dengar saya nangis macam tuh sekali. Lastly, saya mesej pengulam jantung.

"Ambil cayang sekarang! Kalau tak bie takkan jumpa cayang lagi!"

Dia tak balas. Dia call.

"Nape nih cayang? Abang penat cayang, baru balik kerja. Kan semalam dah jumpa. Esok okey." Pengulam jantung sangka kan saya nangis sebab rindu sangat dekat dia then minta belas kasihan untuk berjumpa.

"Tak kira. Nak jumpa jugak. Kalau tak jumpa makna awak tak sayang saya. Awak akan hilang saya."

"Okey-okey. Relax. Bersabar. Jangan nangis lagi. Kalau tak abang tak ambil sayang."

Saya senyap. Tapi hanya seketika. Pengulam jantung sambung lagi.

"Setengah jam lagi abang datang okey. Siap-siaplah."


Saya siap dan pakai baju yang biasa-biasa aje. Tak solek langsung. Tuala panjang saya bawa untuk mengelap titisan air mata yang masih bersisa. Setengah jam selepas itu saya mendapat mesej.

'Cayang, abang dah sampai. Turun'

Saya segera mengambil handbeg dan terus ke lif. Masa berada di tingkat bawah. Semua orang memerhati mata saya yang bengkak. Apa saya peduli.

Dalam perjalanan pengulam jantung menyoal.

"Kenapa ni cayang?"

Air mata terus menerus mengalir. Tak tertanggung rasanya. Senyap. Hanya tangisan saya kedengaran. Namun pengulam jantung terus menerus bertanya.

"Takkan nak bincang dalam keadaan kereta yang bergerak nih!" Tinggi sekali suara saya. Marah bertambah geram.


Akhirnya kami berhenti di suatu tempat. Rahsia. Saya cerita dari A sampai Z. Tak ada satu pun tinggal. Lama jugak bercerita sebab di selingkan dengan tangisan yang mendayu.

Pengulam jantung terkedu mendengar cerita saya. Airmatanya gugur juga. Lama berdiam diri. Mungkin mencari mana silapnya.


"Sayang. Abang nak sayang tahu. Abang tak leh hidup tanpa sayang. Abang nak sayang seorang jek." luah pengulam jantung dalam sedu sedan.

"Abis sayang nih tak perlu ke abang dalam hidup sayang? Tak nak hidup dengan abang? Sayang nak abang jek. Faham!" Hati melodak. Siapa yang tahu.

Malam itu hampir banjir keretanya. Tapi nasib kami baik kerana tak banjir. hahaha. Melawak plak. Akhirnya, rancangan penyatuan itu gagal. Mungkin kerana mak cik tuh ada ternampak saya keluar dengan pengulam jantung. Alhamdulillah jodoh kami masih kuat.

Biarlah cerita ini menjadi cerita cinta kami yang paling perit yang pernah kami tempuhi. Akan saya simpan cerita ini dalam memori saya. Saya jadikan pengajaran dan juga penguat kepada hubungan kami. Semoga hubungan kami ini sehingga ke akhir hayat.


Hari nih 8 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 2 hari. Alhamdulillah.


GigaBite: Entri terpanjang pernah saya buat kot. Sori-sori kalau panjang sangat. Tak suka baca sila keluar dari sini. Thanks pada yang baca. Komen jangan lupa okey.


No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers