Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, June 21, 2009

Go around da KL...

Penat... Penat.... Penat...


Yang pasti semalam saya, Cass serta Yan telah berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur... Memang kami explore keseluruh ceruk Kuala Lumpur itu... Penatnya hanya kami yang tahu....


Mula-mula kami begitu 'excited' untuk meng'explore' seluruh bandaraya Kuala Lumpur... Malangnya pada mulanya kami tersesat... Ish3... Apalah pemandu pelancong saya ni... Pemandu pelancong (Cass & Yan) merancang membawa saya ke Pavillion yang mereka sendiri tidak pernah jejaki... Owh... Kesesatan kami telah terubat apabila Cass bertanya kepada Pak Cik yang menjual buah-buahan di tepi jalan.... Ah... Lega hati kami kerana Pak Cik yang baik hati itu telah menunjukkan arah yang saya sendiri tak faham... Mungkin mereka berdua faham kot?!? Heh...



Kami bertiga berjalan beriringan dan yang pasti kami menjadi tumpuan mata para pemandu kerana hairan agaknya kami berjalan seperti Mat Salleh... Lebih dari 3 kali rasanya bunyi hon kedengaran di telinga kami... Ataupun mereka cemburu kerana kenderaan mereka tersempit di dalam kesesakan lalulintas... Ceh... Cemburu rupanya.... Itulah siapa suruh bawa kereta.... Jalan kaki seperti kami dan gunakan lah pengangkutan awam yang sedia ada... Huh.. **Saya buat begini di KL sahaja... Tak da maknanya jika saya berada di JB saya akan menggunakan pengangkutan awam... Kereta kan ada... Ceh...


Akhirnya setelah penat berjalan selama lebih kurang setengah jam saya dengan excited telah mengatakan kepada kawan-kawan saya bahawasanya saya telah terlihat tulisan 'ON'... Ini bermakna PAVILION yang ditujui semakin dekat... Kami gembira kerana tempat pertama telah kami sampai pada hari itu... Kebetulan yang tidak di sengaja kan.... Kami terserempak dengan exhibition BMW... Pelancaran BMW Z4.. Seingat saya la... Maaf lah kalau saya tersalah...


Berikut adalah gambar-gambar sewaktu kami di PAVILION....

Wajah riang kami ketika memasuki pintu masuk PAVILION...
BMW yang entah umur berapa saya akan berpeluang membelinya..

BMW yang menjadi idaman saya..

BWM exhibition~~Z4 is the blue color....

~~To be continue~~

**wink

No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers