Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, June 10, 2009

Hari ini!!!

Jika hari ini bertarikh 10 Jun 2009, bagaimanakah keadaan ibu saya pada 10 Jun 1987??
Mengapa saya berkata begitu?? Kerana saya lahir pada 10 Julai 1987.... Jadi jika hari ini adalah 10 Jun 1987, ibu saya sedang sarat mengandungkan saya... Ibu tengah menunggu waktu genting untuk melahirkan saya... Mungkin jua waktu itu ibu tengah mengidam untuk makan ABC sepertimana ibu pernah menceritakan pada saya... Ibu beritahu beliau mengidam mahu makan ABC semasa mengandungkan saya... Patut lah masa saya besar saya begitu suka menikmati ABC.... Rupa-rupanya ibu mengidam ABC.....

Bagaimana ya gambar ibu saat ini... Bagaimana keadaan saya di dalam perut ibu ketika ini??
Adakah saya seorang yang lincah bergerak-gerak di dalam perut ibu... Saya tiada jawapan...
Ketika ibu mendapat tahu beliau mengandungkan saya, ibu terkejut kerana tidak menyangka akan mendapat saya....
Ibu fikir selepas keguguran kali kedua bagi anak nombor sembilan beliau susah untuk mengandung lagi.... Tapi dah rezeki... Nak wat cam ner kan...
Ibu mengandungkan saya ketika itu ibu berumur 42 tahun.... Zaman dahulu doktor melarang ibu-ibu untuk mengandung di umur selepas 40 tahun... Kerana di khuatiri anak mendapat anak yang kurang sempurna....

Alhamdullillah saya di lahirkan sempurna... Malah begitu sihat semasa di lahir kan...
Saya akan ceritakan apabila umur saya meningkat 22 tahun nanti...

Insya ALLAH jika di izinkan saya akan 'posting' gambar-gambar saya di zaman kanak-kanak nanti.... Anda mesti akan katakan saya seorang yang cukup montel.... Memang benar!!! Ia adalah kenyataan.....

Saya tahu pada saat ini pasti 1 keluarga menantikan kehadiran saya kerana 2 kakak di atas saya yang dilahirkan ibu telah meninggal sebaik sahaja di lahirkan... Mereka mengharapkan saya lahir dan terus hidup di muka bumi Allah ini...


Sekarang saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang BAHAGIA.....


No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers