Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, July 10, 2009

Welcome to new world AQMA!!

Assalamualaikum semua....
Selamat Pagi semua....

Ya.... Jika anda bertanya mengenai perasaan saya hari ini, saya akan menjawab saya terlalu gembira dan terlampau gembira.... Kerana apa ya?? Kerana yang pertama hari ini adalah hari jadi saya, dan yang kedua, hari ini adalah hari terakhir saya menjalani Latihan Praktikal di Aeroscan Precision Sdn. Bhd. Tapi dalam pada masa yang sama saya bersedih kerana saya akan meninggal sebuah syarikat yang memberikan banyak makna kepada diri saya... Sedih juga lah...
Bukan mudah untuk melupakan kenangan yang meniti di memori saya ini... Hampir menitis air mata saya...

Hari ini umur saya bertukar dari 21 kepada 22... Peningkatan umur ni membuatkan saya tertanya-tanya pada diri saya... Cukupkah amal saya selama saya berusia 22 tahun ini?? Masya Allah... Terkesima saya apabila memikirkan semua itu....

Saya mempunyai azam sempena peningkatan umur saya:
1. Mempertingkatkan amalan saya kepada Allah SWT...
2. Bersedekah dan beramal jariahlah selagi saya mampu...
3. Menjadi seorang yang matang dan mampu mematangkan orang lain juga...
4. Lebih tahu menilai kebaikan dan keburukan...
5. Menjadi anak yang taat dan patuh pada Ibu Bapa....
6. Menjadi isteri yang solehah dan diberkati oleh Allah SWT...
7. Kekayaan tidak boleh di bawa sampai mati!!! Harta dunia tidak kekal selamanya...
8. Jodoh pertemuan, hidup dan mati semuanya ketentuan dari ALLAH SWT...
9. Sentiasa mengingati kematian bakal tiba bila-bila masa sahaja....
10. Semoga hidup saya diberkati ALLAH SWT sepanjang hidup saya.... Amin...


Insya Allah saya bisa melakukan kesemua ini.... Saya berusaha sehingga saya berpuas hati...
Saya ingin menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini...


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu kerana melahirkan saya di dunia ini... Kepada Abah yang banyak berkorban untuk saya....
Kepada kakak-kakak serta abang-abang yang sedia membantu saya apabila saya memerlukannya....
Kepada kawan-kawan.... Terima kasih kerana sudi menjadi kawan terbaik untuk diri saya... Terima kasih juga atas sokongan anda semua...

1 comment:

Mak Jemah said...

happy belated birthday

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers