Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, April 20, 2010

Seronoknya berada di rumah 3 hari!

Assalamualaikum wbt....

Seronok! Itulah gambaran pertama bila berada di rumah.

Kenyang! Itu pula adalah gambaran kedua ketika berada di rumah. Anda dapat gambarkan tak? Cuba bayangkan anda berada di rumah.

Sedih! Sedih bila tak dapat online dan update blog bila line broadband kat rumah bertukar jadi line BerUkBannEd. Ops. Tak perlu dinyatakan broadband apa yang digunakan. Rahsia!

Yang pasti tak lama lagi line BerUkBannEd itu akan di suis ke Streamyx. BerUkBannEd itu pula akan diserahkan kepada kakak saya.

Nanti saya post kan gambar masa di kampung. Dengan karnival Bank Rakyat yang sangat syok bila boleh tengok Hattan dan nyanyi-nyanyi.

Sekarang adalah masa untuk membetulkan thesis saya. Sesiapa yang berhajat nak tolong sila angkat mouse. Meh tolong saya supaya saya boleh cepat-cepat balik ke rumah semula. Duduk rumah dan besarkan badan atau pun tunggu orang duk masuk pinang. Keh3..

GigaBite:: Otak, fikiran, perasaan semua masih di rumah. Badan jek dekat U nih. Haish.

1 comment:

sI tEDI said...

sila siapkan thesis.

TQ selalu singgah blog aku :)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign