Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, July 12, 2010

Hari yang seronok dan mengenyangkan. Haish.

Assalamualaikum wbt.

2 hari dah tak update blog. Menangis agaknya blog nih bila tuan dia tinggalkan dia sebab terlampau sibuk memenuhi undangan. huh.


Seperti yang diketahui, hari sabtu ritu hari kebesaran tuan punya blog. Atau lebih manis di katakan semakin hari semakin tua. huh. Tak tua mana pun. Baru 23 tahun jek. Muda lagi. Ehem-ehem.


Cerita hari sabtu- 10 Julai 2010

Hari sabtu? Of coz my birthday. Pengulam jantung dah asyik ingat kan dari malam sebelumnya supaya tak lupa date pada hari sabtu nih. Bangun taklah pagi sangat. Then dapat mesej nak awal kan ngedate. Geram jugak. Dah lah tak siap pape lagi. Yang pasti tak mandi lagi tuh. Musyuk. Okey, siap-siap. Pilih-pilih baju. Akhirnya pakai dress dengan cardigan.

Dah siap-siap. Ibu tanya, "Adik nak ke mana cantik-cantik nih?".

"Ibu. Ibu lupa hari nih hari jadi adik ek?" sambil buat muka merayu simpati untuk ingat hari jadi saya.

"Ibu tak lupa lah." lantas Ibu hadiahkan ciuman di pipi. Owh, so sweet.

Time nih nenek belah Abah ada di rumah. Lantas saya ajukan pertanyaan.

"Atuk tak mahu cium adik jugak ker? Hari nih hari jadi adik." (dah biasa panggil atuk!)

Bukan 1 malah 2 sekali nenek bagi ciuman. Senyum sampai telinga.
Nenek bertanya, "Nak sambut ke beli kek?"

Ibu jawab, "Dia nak keluar dengan kawan dia lah tuh.Sambut tunggu 25 haribulan nanti. Kenduri nanti."

Saya masih tersenyum.

"Sambut sekali. Senang nanti semua ada." Nenek sambung lagi.

Dah ready saya pun minta izin Ibu dan terus ambil pengulam jantung di rumah. Mula-mula kami blur nak sambut kat mana. Last-last saya terus cakap. 'Kita sambut kat Melaka jek lah'. Terus kami arahkan destinasi ke Melaka.

Di Melaka kami menyambut kelahiran, eh silap, menyambut ketuaan saya di Jusco dekat dengan Tesco tuh. hahahaha.

Dia belikan saya kek. Owh, kek sangat comel. Tapi harga dia sangat tak comel. Jom tengok gambar kat bawah.



Jangan tertipu dengan gambar!


Tengok!
Kepala lagi besar dari kek.
Ops, bukan besar kepala okey.



Tukang kena paw hari tuh.
Tak da orang nak amik gambar kami.
Sob3.
Cheer up!
Bakal~~


Cerita hari sabtu tak habis lagi. Sampai rumah sebelum magrib. Then lepas solat magrib, duk lepak kat lappy balas mesej birthday kat Fb. Dapat pulak call dari kawan baik saya dan pengulam jantung (seorang lelaki)! Dia ajak makan. Dia nak belanja. huhu. Gemuk. Dia tanya nak apa. Mula-mula cakap nak coklat jek pun jadi lah. Pastuh dia cakap jomlah keluar. Saya apa lagi, cakaplah kalau keluar belanja lar Ikan Siakap tiga rasa dan tomyam. Dia setuju. Tapi dengan syarat kenalah tanya pengulam jantung setuju ke tak. Nak matilah kalau keluar berdua dengan dia jek.

Akhirnya pengulam jantung pun setuju. Dia bab makan nih memang takkan tolak. huh. Pengulam jantung kuat makan. Kalau duduk dengan dia sure leh gemuk. Ahakz. Plus boroi. Ops.



Yummy.
Siakap 3 rasa.




Menu of the day!
Untuk 4 orang nye perut.
Tapi 3 perut lelaki.
Sorang perut perempuan.



Tukang belanja- baju maroon.
Tukang ikut aje- baju hijau.
Peace!!



Interprem sikit.
huh.








7 comments:

sI tEDI said...

happy belated bitrhday aqma :)

Aqma eUcaLypTus GurL said...

si tedi~
thanks tedi!! :)

honey amour said...

katner makan ikan siakap 3 rasa tu??hehehe hepi belated b'day yer..

Shafika Syuhada Rosli said...

epy belated besday sis.. lapar plak nengok pic tu.. (:

NUNU EERA said...

hepi bezday.. kek choc 2 nmpk sedap..

nabilah_2908 said...

alahai..comelnya kek dia..hehe.. ;)

mcm kenal jer tmpt mkn tu..
kt tomym klasik eh..?

HAPPY BIRTHDAY..!!! (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AHAD YANG LEPAS

lady dyana said...

kema...cm tau tmpt ko mkn tu..
mmg sdap.. hehe.. :D

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign