Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Saturday, February 27, 2010

Tak Dapat Bercuti Ke Tasik Kenyir TAPI Diganti Ke PORT DICKSON....

Leman Dawi punya cendol...
Tambah sampai nak muntah pun still free k...

Abang saya yang dah macam pekerja lap meja...



On The Way balik Muo...


Masa nak pergi singgah makan jap...


Lapo gila abang saya nih...


Along...


Jom makan... lapar sangat...



Tak perasan anak sedara snap pic...


Rindu dekat ini tempat...

Tempat PLKN dulu.. Cape Rachado..


Kem tentera...

Snap pic bila jem gila dari Tiara Beach Resort ke Pasir Panjang...



Masa pergi nih...



Bila dah bosan dalam kereta inilah kerja dia...




Assalamualaikum wbt.......



Bukan kerana manja atau gedikss... Setiap kali nak pergi mana-mana atau buat apa-apa keputusan mesti refer to My Mum... Mungkin dah terbiasa kot... Okey! Terpulang nak called I gediksss or WHATEVER... Bila dapat tahu ada trip ke Tasik Kenyir Terengganu terus call My Mum.... My Mum bertanya itu dan ini... Antaranya, pergi dengan siapa?, berapa lama?, ada kawan terdekat tak? and lastly bagi nasihat kaw-kaw walaupun lambat lagi nak pergi.... Seriusly, time firstly bagi tahu My Mum, saya tak tahu langsung perjalanan program macam mana... Yelah pergi FREE... Universiti support siapa tak nak wooo.... Ianya FREE untuk AJK Pesta Konvokesyen Ke 43 dulu kerana sebelum nih dah berhempas pulas, berguling-guling dan bermandi peluh kerana telah berjaya menjayakan PESTA KONVOKESYEN tersebut dengan jayanya.... Berjaya ke?? Itu belakang cerita k...




Kalau tak silap dalam seminggu sebelum pergi Tasik Kenyir tuh baru dapat tau TENTATIF macam mana.... Bila baca-baca jek, first impression jek dah macam dapat 'instint' (betul ke eja nih??) yang macam kelabu-kelabu asap jek harapan untuk pergi... Ibu pula dah bagi tahu kalau ada tentatif Ibu nak tahu.... ADOI.... Otak mula ligat berfikir untuk tak reveal tentatif tuh kat Ibu.... Tapi bila fikir-fikir balik, berdosa la seorang anak buat macam tu hanya untuk kepentingan diri......





2 hari sebelum raya Cina balik lah kampung..... Di pendekkan cerita Ibu pun bertanya mengenai tentatif ke Tasik Kenyir tuh... Apa lagi... Start lar bentang proposal kat Ibu.... Antara yang ada dalam tentatif tulah yang saya ingat lar : Tidur Atas BOot, Masuk Gua, dan Yang Pasti Hidup diatas Bot selama 3 hari tuh..... Apa lagi... Proposal di tolak keras oleh Ibu... Jawapan nya.... NO!! TIDAK!!! aIYOO... Tak boleh pergi lar... Dah agak dah... Okey lah, saya terima dengan hati terbuka walau pahit nak menelannya.... Itu yang dijadikan cerita terpaksalah di cancel kan last-last minit....





Hari Ahad masa raya cina tuh kakak-kakak dan abang-abang saya pun balik... Dia orang bertanya jadi ker saya pergi Tasik Kenyir... Jawapan saya "Mem besar tentang habis-habisan...." Yang tak boleh blah bila dia orang jadi penyokong Mem besar... Adoyai.... Antara sebab utama tak boleh pergi adalah masalah KESIHATAN.... (Jangan tanya sakit apa k... hahaha...) Malamnya kakak memberitahu untuk ke Melaka bermandi-manda di A'Famosa Water World... Wow... Syok tuh.. Dah lama tak pergi mandi kat situ...





Pagi Isnin kakak dah bising suruh bangun dan kemas beg... Ala nak pergi mandi jek pun.... Bawak baju mandi jer la.... Setelah bersiap-siap, abang pun bertanya pada Ibu, "Ibu tak bawak beg baju ker?" "Kata nak pergi Melaka mandi-mandi jek... Kan malam nak balik sini semula... Buat apa nak bawak baju banyak-banyak..." Jawab Ibu.... "Kita tak tahu kita balik malam ke esok tau... Mungkin nak pergi Port Dickson atau Kuala Lumpur..."nyata abang kepada Ibu sambil aku turut terdengar..... Aku pun apa lagi, cepat-cepat tukar beg yang lagi besar... Yang pasti beg travel untuk bawak lebih banyak baju... Abang-abang dan kakak-kakak aku nih bukan boleh percaya kalau nak pergi bercuti.... Aku rembat jek baju apa yang patut... Nasib la AQMA oi...








Dekat dalam pukul 3 kalau tak silap, kami pun tiba kat Pasir Panjang.... Jem punya pasal lah nih dari Tiara Beach Resort nak ke Pasir Panjang...Memang kes Emergency Holiday, so payah lar nak dapat Apartment... Dua kali kami terjah dan Alhamdulillah rezeki kami ada kat P.D Perdana Apartment.... So, nikmati lah gambar Emergency Holiday kat atas tuh k...





No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers