Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, March 3, 2010

Makan Luar??

Assalamualaikum wbt....

Rasa tak complete hidup bila tak update blog, walaupun sekarang kerja tengah melambak-lambak... Nafsu nak menulis tetap segar okey! Actually saya nak limitkan 1 hari 1 post jek.... Almaklumlah kerja Projek Sarjana Muda yang menimbun-nimbun membuatkan masa saya akan terhad untuk meng'update' blog.... Melainkan kalau dah stress sangat, saya akan update sesuka hati saya..... 

Sekarang nih sambil-sambil buat PSM, saya mendalami sebuah buku yang bertajuk Membina Cinta Suci tulisan H.M Tuah Iskandar... Sejak pertama kali saya baca buku tulisannya, saya mula tertarik untuk membeli dan membaca bahan tulisannya..... Buku yang tengah di dalami ini mengisarkan tentang bagaimana pasangan ingin membina cinta suci di dalam hubungan mereka... Ada 1 tajuk kandungan yang membuatkan saya tertarik untuk berkongsi....

"MAKAN LUAR BUKTI CINTA TIDAK SUCI"

First impression saya bila baca tajuk nih.... Owh, ini mesti isteri tak masak untuk suami nih... Itu yang kena makan luar..... NOPE! For the first time my first impression rejected! Memalukan... Rupa-rupanya makan luar yang dimaksudkan di dalam konteks ini adalah "Buat Hubungan Di Luar"..... Erk... Almaklumlah saya nih kurang sikit bab-bab macam nih... Kalau tak membaca tak tahu lah saya... Dalam bab ini beliau menceritakan mengenai suami dan isteri yang 'makan luar' secara berasingan... Alasan isteri 'makan luar' sebabnya suami boleh 'makan luar' kenapa tidak dia?? Owh ini kira kes balas dendam la nih yek... Tak patut betul... Patut nya suruh lar si suami tuh bertaubat ek... Mana tak hancur rumahtangga... Then bila dua-dua dah kena hidap HIV baru lah nak menyesal... Dah tak guna lah! Penulis ada juga mengatakan yang perbuatan ini serupa sahaja sebagaimana haiwan... MENGAPA??? Kerana manusia ini tidak berfikir seperti manusia berfikir.... Yelah, mereka yang melakukan 'makan luar' nih tak dapat bezakan antara daging fresh dengan yang bangkai, bukankah itu haiwan namanya.... Alamak... Konflik... Seyesly, saya kurang faham... Apalah Aqma nih, lambat faham pula.....


Sang suami dan isteri, pandai-pandai fikir yang mana baik yang mana buruk untuk hubungan anda.... Si isteri pulak jangan lah timbal balik atas perbuatan suami, nanti merana kak oi... (nasihat macam orang dah kahwin jek saya nih.. Abai kan..)

Antara ayat-ayat yang saya minat dalam buku ini ialah:

"Cinta memang tidak boleh di pisah-pisahkan daripada kehidupan sebab kehidupan itu sendiri bermaksud kecintaan..."

"Suntiklah senergi keimanan agar kecantikan yang dimiliki semakin menambah kesyukuran, sebab itulah kejelitaan sebenar..."

"Apalah maknanya kemajuan dari sudut kebendaan sekiranya rohani menderita, hingga terkorban apa yang di panggil bahagia....."

"Cinta itu sangat mudah dilafazkan tetapi payah membuktikannya apatah lagi mempertahankannya...."


GigaBite: Suka ayat yang last sekali.... <(*.*)>

1 comment:

@fitridzulkifli said...

sgtla xbersabet kot, mna de camtuh. haha.





http://fitridzulkifli.blogspot.com

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers