Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, March 2, 2010

Lelaki... Terbebankah anda???


Assalamualaikum wbt.....

Post ini khas untuk sang jejaka-jejaka kat luar sana okey.. Saya cuma nak ambil masa 5 minit anda untuk baca apa yang akan saya tuliskan kat bawah nih then bolehlah komen kalau mahu okey..


Seiring dengan teknologi membangun pada era millenium ini, perkahwinan adalah sesuatu yang mewah.... Rasanya tak ada kita dengar hantaran perkahwinan dalam nilai ratus-ratus lagi.... Mahunya 5 ribu ke atas untuk memiliki anak gadis itu.... Perkara inilah yang menyebabkan kaum lelaki di luar sana merasa terbeban dengan kehendak bukan bakal isteri malahan bakal mak dan bapak mertua.... Siapa yang nak kahwin nih sebenarnya.... Ini juga menjadi penyebab lelaki untuk membujang selama-lamanya.... 


Secara kasarnya lelaki perlu menyediakan lebih kurang 30 ribu untuk mengahwini gadis yang dicintainya... Tidak terbebankan lelaki ini?? Lainlah jikalau lelaki ini lahir dari golongan berada atau erti kata lain duit menimbun-nimbun... Itu petik jek jari sure dapat... Saya tak maksudkan lelaki okey tapi duit.... Kalau tak buat grand-grand atau yang hebat-hebat, habis majlis perkahwinan itu di jaja satu kampung... Apalah mahu jadi orang sekarang ini? Betul kata Ibu, "Mulut tempayan boleh la kita tutup, mulut manusia nih tak leh cover..."


Perkahwinan di zaman moden ini menuntut kewangan yang besar.. Itu yang paling utama... Bukan lagi ke"sah"an dalam mendirikan masjid untuk mengikut sunnah NABI.... Masya Allah... Sungguh hebat penangan dunia dan teknologi yang semakin berkembang... Yang dipandang adalah harta... Bukan Sunnah atau kewajipan sesuatu kejadian itu....


Kesian saya pada lelaki-lelaki zaman sekarang yang perlu bertungkus lumus mengerah keringat demi untuk berkahwin dengan gadis idamannya.... Kalau kahwin jemput saudara-mara sahaja, mulalah mulut-mulut yang tak boleh cover ini akan menjaja cerita bukan-bukan... Sedangkan mereka telah pun sah sebagai suami isteri... Oh Dunia... Sungguh saya tidak mengerti....


GigaBite: Kalau ikutkan hati saya juga mahukan kesederhanaan dalam perkahwinan... Namun bila Ibu membicarakan dia mahu yang terbaik dan terindah dalam perkahwinan saya, terus saya terbantut.... Pada saya cukup lah sekadar yang wajib di dahulukan.... 


3 comments:

joegrimjow said...

sebab tu kene kawen masa belajar
hantaran xkan tinggi sebab akan tau student camne
hehe

Aqma eUcaLypTus GurL said...

ye ker? nanti tak leh konsentrate pulak.. lain pulak jdik...

ParkAir said...

5000 pun dah macam rendah skang ni, standard 7000. maka terpaksala wat loan bank, pinjam sana sini. lepas kawin tenat la skit kewangan, nak stabil balik take time.
so wat simple2 dah la asalkan bahagia.. :P

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign