Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Thursday, March 4, 2010

Tips kurangkan stress...

Assalamualaikum wbt...

Disebabkan keadaan bumi yang mengalami pemanasan Global waktu ini dan lalu menyebabkan stress @ tension kepada saya.... Saya nak bagi tips untuk orang yang stress macam saya nih... Sesungguhnya stress itu akan buat anda makan terlalu banyak dan membuatkan rambut anda gugur... Sayalah tuh... Okey all, check it out!!


SOKONGAN

- Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan-rakan yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan. (saya lebih prefer family dan teman lelaki saya!)



SOLAT

- Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya. (Sememangnya berkesan)




DOA

- Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati. (Berdoalah walau kita tak tahu bila doa kita akan termakbul!)



MENTAL EXERCISE

- Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot-otot kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dan lain-lain. (Rasa macam nak pergi bercuti pula bila dah wat macam nih!)



UBAH SUSUN ATUR RUMAH

- Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru. (Penat lah nak susun meja dan almari semula, yang boleh-imagine sahaja!!)



PENGURUSAN MASA

- Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya. (Mungkin kerana handle masa tak betul tu yang jadi weng-weng)




PANDANGAN TERHADAP STRESS

- Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita. (Yup, stressed is just a desserts)



TERIMA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI

- Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki. (Setiap manusia ada kebaikan dan keburukan!)




BERSEDIA BERKONGSI MASALAH


- Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu. (Berkongsi masalah dengan family dan orang tersayang adalah yang terbaik!)



KRITIKAN NEGATIF


- Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat. (Take its as an advise!)



LAKUKAN PERUBAHAN

- Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi. (Berubahlah!)




JAGA HUBUNGAN BAIK

- Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu. (Kalau kita jek nak jaga perasaan orang tuh tapi orang tuh langsung tak nak jaga perasaan kita... Macam mana tuh??)



KETAWA

- Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang. (Tengok spontan untuk gelak okey!)



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF

- Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa. (Macam mana kita nak tahu dia positif ke tak??)



MENYEMAI SIFAT EHSAN            

- Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita. (Bukan berkawan dengan orang bernama Ehsan okey!)


GiGaBite:: Rasa stress dah kurang sikit dah... Alhamdulillah....



No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers