Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, March 9, 2010

Bantal.. Sedapnya kalau dapat tidur!

Assalamualaikum wbt....

Tiba-tiba nak tulis pasal bantal... Sebabnya bilalah dapat tidur lena nih...


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


P/s:: Dah abis baca? Anda rasa saya nombor berapa??ha cepat, teka-teka!


GigaBite:: bilalah nak dapat tidur dengan nyenyak nih!! PSM betul-betul menghantui saya... Makan PSM... Minum PSM... Tidur PSM... Mandi PSM.. Semuanya PSM...

1 comment:

jaya jr said...

klo yg tido suke gigit bantal cmne?

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign