Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Tuesday, March 16, 2010

Jangan buang bayi itu....


Awal Noh Zikry
Assalamualaikum wbt....



Sedih sebenar mahu membicarakan tajuk di atas.... Sebagai seorang perempuan saya merasa terkilan dengan sikap segelintir perempuan yang mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang setelah 9 bulan 10 hari mereka kandungkan... Tiada naluri keibuan kah mereka ini?? Walau pun saya belum berkahwin lagi namun sebagai seorang perempuan nilai keibuan tidak boleh di pisahkan dari hidupnya.....



Sedih mendengar berita mengenai pembuangan bayi di merata-rata tempat sejak akhir-akhir ini... apa mahu jadi dengan dunia pun saya tak tahu.... kalau tak mahu sekali pun jangan lah sampai tegar mahu membuangnya.... berikan kepada sesiapa yang memerlukan....
Senang benar mereka ini mengambil keputusan... cetek benar pemikiran mereka... orang yang bertahun-tahun kahwin pun susah mahu mendapatkan seorang anak.. inikan pula mereka yang belum bernikah... Buat sahaja terus jadi... Mungkin kuasa Tuhan untuk mendatang kan keinsafan kepada mereka... namun mereka tidak langsung terfikir.... Anak sesungguhnya adalah permata dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT.....


Bagi mereka yang telah mengandungkan dan seterusnya terdetik mahu membuangnya selepas bayi itu lahir... berikan kepada saya... Saya sanggup membelanya... Boleh juga saya berikan kepada kakak saya yang telah 12 tahun berkahwin dan tidak mempunyai rezeki untuk mendapat cahaya mata....


Ya Allah..... Saya hanya mampu mengucap dan bersedih apabila membaca berita dan perkhabaran mengenai pembuangan bayi ini... saya juga tidaka tahu mengapa ada yang sanggup membunuh serta membakar bayi itu... Sungguh keji!! Binatang pun tidak sekeji itu....


Mereka tidak terfikir kah akan balasan yang mereka dapat daripada perbuatan mereka itu?? Tidak terfikirkah akan ibu bapa mereka yang sebelum ini member mereka harapan dan mendidik mereka menjadi yang terbaik.... ibu bapa tidak boleh di persalahkan 100%... kawan-kawan juga menjadi subjek utama untuk mereka terjebak ke kancah maksiat...


Namun, jika sekali terlajak, tidak mungkin untuk berhenti dan berpatah kembali.... bayangkan bila sesuatu yang di buat itu mendatangkan keseronokan.... tentunya keinginan untuk mengulanginya kembali membuak-buak.....


Masya Allah... Ya Allah... Lindungilah keturunan saya dari perkara-perkara yang merosakkan akidah ini.... Amin...


2 comments:

shafiq08 said...

kesian baby2x yang tak bersalah tu..


http://belogbagus.blogspot.com/

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

da bnyk kes2 cmni...
isk2..cdey aku...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign