Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, March 28, 2010

Queen Control!!!

Assalamualaikum wbt...

Kali nih nak bercerita panjang lebar sikit pasal QUEEN CONTROL nih....
Dah nama pun QUEEN, mestilah melibatkan wanita kan....
So, baca dulu info kat bawah nih...


*******************************************************************
Queen Control telah wujud sejak dahulu. King Henry of England VIII (1491-1547) mempunyai 6 isteri tetapi dikatakan seorang raja yang tunduk pada permaisuri-permaisurinya iaitu Caterine of Aragon, Anne Boleyn, Jane Seymour, Anne of Cleeves, Katerine Howad dan Katerine Parr. Sebelum dan sesudah King Henry pun, ramai tokoh dunia sebenarnya kecut di rumah dan kerana itulah menjadi zalim di luar.

Terdapat 2 jenis queen control. Pertama, jenis mutlak-isteri mengawal suami 100% hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri. Kedua, jenis pertengahan- isteri yang berubah-ubah ikut mood dan jenis permulaan- biasanya terjadi selepas kira-kira setahun usia perkahwinan, di mana isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifatnya. Keadaan ini lebih mudah terjadi jika suami jenis yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka pada isteri.

Persoalannya disini mengapa soerang isteri boleh berubah menjadi begitu, padahal dia sewaktu anak dara cukup dikenali kerana kelembutan?? Sedikit sebanyak sikap suami menyumbang, tetapi banyaknya diserap sendiri oleh si isteri. Apabila ia mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan, tambahan jika suami memang suka beralah untuk mengelakkan ketegangan, dia akan cepat naik tocang...

*******************************************************************

Info kat atas tuh diambil dari DR HM TUAH ISKANDAR......
Suka sangat baca buku-buku motivasi keluaran beliau....
Ada yang boleh menusuk jiwa kalau baca....

Queen control ni juga dikatan sebagai 'memperbodohkan suami'....
Nauzubillah, jauhi lah saya dari menjadi queen control nih....
Sepatutnya lelaki yang bertanggungjawab untuk mendidik wanita itu...
So, kepada lelaki, jangan terlalu berlembut sangat dengan isteri anda...
Adakalanya anda perlu berkeras dalam membuat keputusan...
Kepada wanita pula, tak elok amalkan queen control nih, berdosa besar tau....
Nak masuk syurga kan? So, jadilah isteri yang solehah...
Jadilah isteri yang penuh kelembutan bagi suaminya...
Cewah......
Saya pulak yang lebih-lebih....
<(^-^)>


No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers