Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, May 17, 2010

Secret Journey To Thailand (Part 2)

Assalamualaikum wbt.


Pertama sekali ingin memohon maaf kerana tidak update-update. Saya kurang sihat. Almaklumlah sekarang nih cuaca tak menentu. So, kesihatan saya juga tidak menentu. Mood juga tiada.


Okey. Saya nak sambung cerita saya ke Thailand. Kita sambung part 2 okey. Hari kedua, macam biasa dari pagi sampai lebih kurang pukul 430pm macam tuh ada talk kat auditorium. Then petang tuh kita orang confius nak ke mana. Sebabnya tak siapa yang sudi jadik pemandu pelancong kami. Geng kami pulak dah tertinggal dengan lecturer. So, kami terus wat keputusan untuk ke Pasar Malam yang kami lalu semalam selepas balik dari Future Park (baca sini). Erk, tapi apa nama tempat tuh ek? Nak ke tempat tuh ingat. Tapi nak cakap kesana tuh nak cakap apa. Itu masalah besar kami. Sangat besar. Ada hal nih berlakulah miss communication.


Saya masih ingat lagi situasi ini. Kami ada 3 lelaki dan 8 perempuan. Okey. kami keluar dan tunggu diluar kampus Asian Institute of Technology, Phantumthani (yang kami diami). Si lelaki 3 orang nih jadik bodyguard untuk kami berlapan. Almaklumlah negara orang kan. Kami tekad nak ke pasar malam itu malam tuh jugak. Kami contact lecturer kami yang telah selamat sampai di sana. Mula-mula tak dapat. Dan kalau tak dapat kesana kami ambil langkah untuk ke Future Park then patah balik untuk ke pasar malam tuh menggunakan bas. Kiranya 2 trip lar. Salah seorang dari jejaka tersebut mencuba untuk berkomunikasi dengan pemandu van yang berhenti yang kononnya mahu membawa kami ke mana kami pergi. Namun hampa kerana mereka tidak faham langsung apa yang kami katakan. Si jejaka nih cakap lah nak pergi ke jalan yang ke Future Park. Lain mahu di pergi lain mahu di bawanya. "Massage?? Ya. Ya." Itulah yang asyik keluar dari mulut driver van tuh. Aiyark. Kami bukan mahu pergi mengurut lar. (-__-)


Akhirnya lecture kami membalas mesej dan memberi nama tempat tersebut. Pasar malam tersebut di hadapan sebuah ISTANA. Alamak lupa lagi nama Istana tuh. Kami di bawa oleh 3 teksi. Mula-mulanya kami yang perempuan nih cuak juga nak naik teksi tuh. Kami mahu setiap teksi tuh ada seorang lelaki. Namun lelaki yang kami anggap bodyguard itu tidak mahu begitu. Tak gentle man langsung. Ahaks. Okey. Kami pasrah. Kami naik berbekalkan doa. Apa-apa jadik kami nekad keluar dari teksi itu.


Alhamdulillah. Kami selamat sampai. Tapi geram sangat bila pemandu teksi itu sengaja membawa kami melalui jalan jauh. Tak faham kot apa yang kami cakap. Atau sengaja ketuk kami. Pasrah jek lah. Yang penting selamat sampai.


Okey. mari kita layan gambar-gambar kat bawah nih. Saya nak sambung gambar dekat future park tuh sikit. Okey. Gambar dekat pasar malam tuh tak banyak pun sebab duk sibuk shopping. Murah-murah. Walawei.


Muka-muka ceria dapat keluar ke FUTURE PARK


Gambar nih sangat sweet.
Suka-suka.


Hahaha.
Nak melompat tapi dah snap.
Malu saya.


Apa dorang buat nih.
Konvo nanti kita lompat lagi ek.


Gambar exclusive depan FUTURE PARK.
Auw.
Saya macam gedik aje.


Bila perut da kenyang, senyum sampai telinga.
Yang pasti kalau nak refill, refill air masak aje.
huh.
Kuciwa.


Persediaan sambutan Krismas.


Baju kaler coklat dua dari kanan sangat cantik.
Tapi mahal okey baju nih.
Tak ingat berapa.
Dalam 199 ringgit malaysia jugak.


Jangan tengok.
huh.
Asal saya buat muka macam tuh ek.
Confius.


Lepas dah penat berjalan.


Ini geng kami.
Seorang lagi duk snap pic nih.


Bergambar di pintu masuk A.I.T


Suasana di pasar malam.
Baju-baju sangat murah.
Saya shopping sikit di sini.


Muka ceria masing-masing lepas shopping.
Dah dapat apa yang di idamkanlah tuh.


Alamak.
Bocor rahsia saya shopping paling banyak.
hehehe.


Macam kat Malaysia jugak.
Tapi dia pisahkan antara makanan dan gerai kering.
Baguslah.
Kalau tak mahu termuntah saya.



Sekian sahaja untuk part 2 nih.
Kita sambung lagi nanti.
Tata.

GigaBite:: Nak pergi lagi Thailand. Tapi Thailand tengah huru-hara. Kecewa nya.

2 comments:

elwenes said...

wah! bestnya gambar2 cni yer! wanes suka tengok gambar2..

amar haziq said...

seronoknya dapat pergi thailand
saya tak pernah lagi;)

jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers