Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, June 30, 2010

MY SHOES COLLECTION!

Assalamualaikum wbt.

Post kali ini mungkin akan membuatkan seseorang lelaki terbeliak atau tercekik atau termuntah. Kerana kebenaran sudah terbukti bahawa wanita atau gadis atau perempuan memang minat dengan kasut. Ada pun yang tak minat dengan kasut itu tidak ramai. Boleh di kategorikan seangkatan dengan Elyana, penyanyi muda yang tidak minat dengan kasut.


Post nih cuma nak show koleksi kasut saya. May be hanya sebahagian. Iya, sebahagian. Selebihnya dah penat nak carik dalam almari kasut. So, buat masa nih itu sahaja.


Jom kita layan cerita-cerita cinderella, eh silap, cerita kasut-kasut tersebut.


Okey, ini baru sepuluh pasang.
Ada lagi lebih kurang sepuluh pasang lagi kot.
(~.~)




(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih Ibu belikan masa nak pergi Thailand.
Sepatutnya ada button putih dekat simpulan tuh tapi
terhilang satu masa dekaat Airport.
So, nak balance kan, tanggalkan lagi sebelah.



(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih beli masa raya cina.
Sebab dia beli 2nd pair dengan harga 88sen.
Yang 2nd pair dah jual dekat akak.
Kasut nih jenis wedges.
Beli sebab nak pergi ANNUAL DINNER.


(Jenama: XES, Harga: RM29.90)
Ini kasut raya tahun lepas.
Kasut raya kedua sebab first usha memang minat gila dengan kasut nih.
Ada lah dalam 1inci setengah tumit dia.
Tapak tumit dia dah haus sebab selalu pakai.
Ingat nak g anto kedai baiki kasut lar.



(Jenama: Fabiano Ricco, Harga: RM15.00)
Murah kan?
Kasut nih beli masa FR buat sales.
Tersedap lak pakai terus terbeli.
Hukhuk.



(Jenama: tak ingat, Harga:RM 79.90)
Pengulam jantung belikan kasut nih.
Masa dia kerja apa nak semua dapat.
Kasut nih sedap gila kalau pakai.
Nak berlari pun best gila.

(Jenama: Be One, Harga: tak ingat.)
Kasut nih dah lama dah rasanya.
Sedap pakai tapi tak sedap untuk jalan jauh-jauh.
Ingat lagi pakai kasut nih masa g dating kat KL then turun naik LRT, Komuter bagai tuh, pergh... macam nak rabak kaki.
Lastly, pengulam jantung belikan selipar thai.
Tak sanggup dah tengok jalan macam mak nenek.





(Jenama: Carlo Rino, Harga: RM79.90)
Kasut raya gak nih.
Masa nih teringin sangat nak pakai kasut mahal.
Dah tuh ada sale lak tuh.
Apa lagi, rembat lak.
Terbeliak anak mata niece saya bila saya rembat kasut nih.




(Jenama: Red Modani, Harga: tak ingat lagi)
Kasut nih tak tinggi sangat.
Dalam 1 inci jek.
Sedap kalau pakai kasut nih.
Siap boleh dukung baby lagi.



(Jenama: Red Modani, Harga: RM45.90)
Kasut nih jarang pakai.
Sebaab tinggi seyh.
Akak saya selalu la rembat pakai.
Tak tahu apa tujuan beli kasut nih.
~peace~


(Jenama: Nautini, Harga: RM 65.00)
Kasut nih uda bagi masa birthday tahun lepas.
Sedap di kaki.
Sure tak melecet kalau jalan jauh.
Sedap gak untuk drive kereta.
Lepas tuh sedap bila lambat pergi kuliah, leh lari.



GigaBite:: Huh. Perempuan oo perempuan. Kasut = perempuan. Kasut= saya! Nanti update pasal handbeg pulak okey!





2 comments:

Anonymous said...

omg i love the white pumps!!!!

Zaidah said...

BETULLAH AQMA...KLU DAH NAMA POMPUAN MESTI BANYAK KOLEKSI KASUT...KEKADANG TU TAK PAKAI SAMPAILAH KASUT TU ROSAK...HEHEHE

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers