Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, January 24, 2010

P ::dot:: S ::dot:: M

Assalamualaikum semua......

P dot S dot M atau nama panjangnya Pikir Sampai Mati atau Perasaan Sehingga Mati atau Perkahwinan Siang Malam atau Pihak Sindir Menyindir atau Pandai Sampai Mengong atau Perasan Siap Mungkin atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.... Dengan makna yang sebenar PSM adalah merujuk kepada Projek Sarjana Muda... Ia adalah latihan untuk orang-orang muda seperti saya membuat sesuatu research sehingga kehilangan semua rambut di kepala.... Atau dalam konteks lainnya berhempap pulas sehingga mata berair, otak jem, tangan kaku dan kaki sengal-sengal..... Antara tabiat yang boleh dilihat atau di timbang tara semasa seseorang itu sedang melaksanakan PSM ialah;;

1. bercakap merepek merapu sambil makan kerepek

2. berfikir di luar batasan manusia normal

3. mula menerbitkan kata-kata yang tak sepatutnya terbit

4. waktu tidur telah lari dari jadual sebenar

5. mahu terasa menghantuk kan kepala ke tempat yang tak sepatutnya

6. mula merasa diri bangang sebab tak semua dapat diselesaikan dengan mudah

7. seperti mahu menukar tarikh dan waktu supaya semua itu berlaku dengan pantas dan tangkas.....

8. ...............................

(pandai-pandai andalah nak isi sendiri yek......) Bak kata Nabil, Lu Fikir La sendiri.. Assalamualaikum...

Eh tak habis lagi tau... 

Itulah dia penangan PSM... Rasanya orang bercinta pun tak parah 'no' macam nih... Nih memang dah tahap dewa dewi parah bebeno nih.... Tapi berharap lah yang encik/cik/puan/tuan/datuk/dato'/datin @ seangkatannya PSM  ini akan berjalan diselesaikan oleh kita semua... Walau berat mata memandang, berat lagi otak yang memikirkannya... Moga pengorbanan kita buat PSM ini akan beroleh hasil yang lumayan... Mana tahu boleh buat duit 1 hari nanti.... Keh3.... 

pesanan penaja:: Seberat mana ujian itu pasti satu hari nanti kita akan beroleh keuntungan.... amin....

No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers