Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, January 27, 2010

Life~~

Assalamualaikum semua......

Kali nih nak cerita pasal life la pulak... atau dalam bahasa malaysia nya KEHIDUPAN.... Setiap manusia yang lahir dalam dunia nih ada kehidupan yang tersendiri... Ada yang semulajadi di lahirkan untuk hidup mewah... Ada pulak yang dilahir di dalam serba kekurangan.... Apa-apa pun kehidupan kita sejak azali itulah yang telah tersirat.... Namun, jangan mudah mengalah kerana kita diberi hidup untuk memperbaiki kehidupan kita... JANGAN CEPAT MENYERAH, WALAUPUN HIDUP CUMA SEKEJAP...

Kalau kita di lahirkan serba kekurangan mesti asyik mengidamkan hidup orang yang serba serbi ada semuanya... TAPI.... adakah orang yang dilahirkan serba serbi ada akan memikirkan orang yang di lahirkan serba kekurangan?? Seringkali juga saya terfikir akan hal ini... Namun sehingga kini tiada jawapannya...

Saya disini ingin melahirkan rasa bersyukur yang teramat sangat kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang harmoni.... Sesungguhnya tiada galang gantinya bagi saya.... Saya dilahirkan sebagai anak bongsu di dalam keluarga... Tak tahulah saya nih sebagai penyeri atau apa sahaja yang perlu dinobatkan... Yang pasti saya dilahirkan selepas dua kelahiran sebelum saya GAGAL.... Kegagalan yang tak di jangka... Sepatutnya tika dan saat ini saya mempunyai 2 orang kakak di atas saya... namun atas kehendak takdir, kakak-kakak saya itu telah menemui Yang Maha Esa sebelum sempat menjengah dunia... Al-Fatihah untuk mereka.... Sebagai anak bongsu, saya merasakan hidup saya di ulit kemanjaan.... Apa sahaja yang saya pinta tak pernah saya gagal untuk mendapatkannya baik dari kedua orang tua saya atau dari kakak dan abang saya ... Alhamdulillah.... bak kata kakak2 dan abang2 saya, saya tak pernah rasa susah..... Namun saya selalu bersyukur kerana kurniaanNYA.....

Oleh itu saya berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata mereka semua....... Saya berusaha untuk membanggakan mereka dengan pencapaian saya ini.... Walaupun saya tak berjaya mencapai bintang cukuplah sedar saya berjaya mencapai langit dan awan....

Harapan saya agar saya dapat memberikan mereka semua yang menggembirakan hidup saya segulung Ijazah Sarjana Muda (Sains) Remote Sensing dengan Kepujian.. Melihat mereka menangis kegembiraan adalah matlamat saya sekarang... Oleh itu bekerja bersungguh-sunguh dalam menyiapkan projek tahun akhir saya adalah yang terbaik harus saya lakukan... Doa dari kalian akan saya makbul kan... Insya Allah... Amin....



p/s:: saya nak semuanya datang di masa hari pengijazahan saya... harapan besar tuh!!! amin......

No comments:

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers