Assalamualaikum wbt.
Bila Tuhan memacakkan sinar matahari berhari-hari sehingga berbulan, kita merungut, kita bertempik kepanasan, kita hambur kerimasan dan kita hilang kewarasan.
Setelah sebulan Tuhan turunkan sedikit hujan. Kita masih merungut kerana yang sedikit itu.
Seminggu berikut Tuhan turunkan hujan selebat-lebatnya dalam satu hari. Berlangsung hari kedua ketiga dan seterusnya sehingga seminggu. Kita merungut lagi. Kita membebel. Kain baju tak kering. Aktiviti luar susah nak adakan. Anak-anak susah nak ke sekolah. Susah nak pergi kerja. And so on.
Tak adilkah Tuhan kita?
Dimana kesyukuran?
Oh Tuhan, sesungguhnya Dia lah sebaik-baik pencipta.
Tak perlulah kita nak pertikaikan kejadian demi kejadian.
Kita juga terlahir sebab Dia.
Kasih rindu,
Aqma
No comments:
Post a Comment