Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, February 14, 2011

Pertunangan seterusnya ke alam perkahwinan~

Assalamualaikum wbt.

Huh. Cuak dan berdebar-debar menanti hari pertunangan. Adat lah kan perasaan macam nih. Memang tak boleh lari. Apa-apa pun hope semuanya berjalan lancar semasa majlis.
Lebih kurang 1 minggu 5 hari aje lagi. Persiapan? Setakat nih barang hantaran semua dah setel. Tapi yang macam sirih junjung, makanan dan buah-buahan tuh balik cuti nanti akan buat.


Semalam bakal mak mertua telefon ibu untuk bincang masa dan wang hantaran yang akan dibincang kan masa hari pertunangan nanti.
Yelah, saya nih tak ada majlis merisik. So, tak nak lah nanti ada pertelingkan soal wang hantaran nih. So, saya dan pengulam jantung sepakat untuk komunikasi kan ibu dan mak kami.

Alhamdulillah komunikasi berjalan dengan lancar. Hampir setengah jam jugak kot. Sempat jugak saya pasang telinga dengar-dengar pe dorang cakap. Suara ibu macam bahagia aje. Lepas tuh duk siap cakap, kalau dapat kahwin awal lagi bagus.


Huh. Dah tak sabar ke ibu dan abah nak tengok saya dan pengulam jantung bersatu. Saya tak bersedia lagi! erk. Ngade!


Eh, benar, betul-betul-betul. Saya memang kurang bersedia. Kiranya tak 100% bersedia la gitu. So, dalam jangka masa bertenang, eh silap, bertunang, boleh lah saya siap sedia kan diri saya mahu dari segi zahir atau batin.


Abah mahu saya berkahwin hujung tahun ini. Uwargh. Tak mahu. Nak kahwin 2012. hehe. Saya dan pengulam jantung ada perancangan. Alhamdulillah abah dan ibu faham situasi kami. So, 2012. Awal tahun mungkin. Tak mungkin akhir tahun. Peace. :P


Walaupun majlis pertunangan saya tak berlangsung lagi tapi dalam kepala otak dah duk fikir untuk majlis perkahwinan plak. Saya mahukan yang simple tapi nampak grand. Macam mana tuh. Kalau nak tahu tunggu...


Psst..Kalau majlis perkahwinan buat tema light purple + white cantik tak? huhuhu. Dah cakap dah yang saya dah fikir soal kahwin. hehehe. Lepas nih maaf la kalau blog saya akan jadi blog bride to be. oyeah. Macam blog adik safiya kita nih. Suka sangat baca suka duka dia lalui alam pertunangan dan seterusnya ke alam perkahwinan. So, saya pun akan buat macam dia dengan membeli sedikit demi sedikit.


If dah beli sedikit demi sedikit nanti tak lah kelam kabut sangat. Lepas tuh kalau boleh dalan bulan 4 dah kena pergi kursus kahwin. Paling lewat kursus kahwin kena attend adalah sebelum raya. If dah setel kursus kahwin segala bagai tuh baru akan rasa lega sikit.


Lepas tuh baru lah boleh setel kan apa-apa yang patut. Yang tak boleh nak lari apabila bakal mak mertua dah tempah mak andam untuk majlis kahwin nanti. Aduh. Saya tak lah membantah, tak lah nak mengikut sangat. If tak cantik dan kurang memuaskan saya akan cari lain. :P
cerewet!


GigaBite:: Macam mana agaknya kehidupan selepas kahwin??

1 comment:

safiyyah osman said...

sis....xlama lgi dah:)..seminggu ja nih...jga diri baik2 ok:)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers