Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Kembali aktif.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menulis lagi. Saya mengambil keputusan untuk aktif berblog semula kerana saya rasa inilah satu-satunya medium untuk saya luahkan isi hati serta sebagai kenangan untuk saya suatu masa nanti.

Diam tak diam saya sudah pun 2 tahun mendirikan rumahtangga. Tanggal 10 Februari 2014 lepas cukuplah 2 tahun. Anak? Masih belum diberi rezeki lagi. Insya Allah satu hari nanti. Siapa tahu kan.

Cukuplah saya katakan buat masa ini yang dugaan untuk ditempuhi selama 2 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah sangat-sangat kuat. Kalau tiada ketabahan boleh kecundnag kat tengah jalan. Macam tulah perumpamaannya.

Apa-apa pun saya akan cerita lebih lanjut mengenai perjalanan hidup saya selama saya bergelar isteri yang belum melahirkan anak dalam masa 2 tahun kebelakang kemudian.

Stay tune.





Kasih rindu,
Aqma

Monday, February 14, 2011

Pertunangan seterusnya ke alam perkahwinan~

Assalamualaikum wbt.

Huh. Cuak dan berdebar-debar menanti hari pertunangan. Adat lah kan perasaan macam nih. Memang tak boleh lari. Apa-apa pun hope semuanya berjalan lancar semasa majlis.
Lebih kurang 1 minggu 5 hari aje lagi. Persiapan? Setakat nih barang hantaran semua dah setel. Tapi yang macam sirih junjung, makanan dan buah-buahan tuh balik cuti nanti akan buat.


Semalam bakal mak mertua telefon ibu untuk bincang masa dan wang hantaran yang akan dibincang kan masa hari pertunangan nanti.
Yelah, saya nih tak ada majlis merisik. So, tak nak lah nanti ada pertelingkan soal wang hantaran nih. So, saya dan pengulam jantung sepakat untuk komunikasi kan ibu dan mak kami.

Alhamdulillah komunikasi berjalan dengan lancar. Hampir setengah jam jugak kot. Sempat jugak saya pasang telinga dengar-dengar pe dorang cakap. Suara ibu macam bahagia aje. Lepas tuh duk siap cakap, kalau dapat kahwin awal lagi bagus.


Huh. Dah tak sabar ke ibu dan abah nak tengok saya dan pengulam jantung bersatu. Saya tak bersedia lagi! erk. Ngade!


Eh, benar, betul-betul-betul. Saya memang kurang bersedia. Kiranya tak 100% bersedia la gitu. So, dalam jangka masa bertenang, eh silap, bertunang, boleh lah saya siap sedia kan diri saya mahu dari segi zahir atau batin.


Abah mahu saya berkahwin hujung tahun ini. Uwargh. Tak mahu. Nak kahwin 2012. hehe. Saya dan pengulam jantung ada perancangan. Alhamdulillah abah dan ibu faham situasi kami. So, 2012. Awal tahun mungkin. Tak mungkin akhir tahun. Peace. :P


Walaupun majlis pertunangan saya tak berlangsung lagi tapi dalam kepala otak dah duk fikir untuk majlis perkahwinan plak. Saya mahukan yang simple tapi nampak grand. Macam mana tuh. Kalau nak tahu tunggu...


Psst..Kalau majlis perkahwinan buat tema light purple + white cantik tak? huhuhu. Dah cakap dah yang saya dah fikir soal kahwin. hehehe. Lepas nih maaf la kalau blog saya akan jadi blog bride to be. oyeah. Macam blog adik safiya kita nih. Suka sangat baca suka duka dia lalui alam pertunangan dan seterusnya ke alam perkahwinan. So, saya pun akan buat macam dia dengan membeli sedikit demi sedikit.


If dah beli sedikit demi sedikit nanti tak lah kelam kabut sangat. Lepas tuh kalau boleh dalan bulan 4 dah kena pergi kursus kahwin. Paling lewat kursus kahwin kena attend adalah sebelum raya. If dah setel kursus kahwin segala bagai tuh baru akan rasa lega sikit.


Lepas tuh baru lah boleh setel kan apa-apa yang patut. Yang tak boleh nak lari apabila bakal mak mertua dah tempah mak andam untuk majlis kahwin nanti. Aduh. Saya tak lah membantah, tak lah nak mengikut sangat. If tak cantik dan kurang memuaskan saya akan cari lain. :P
cerewet!


GigaBite:: Macam mana agaknya kehidupan selepas kahwin??

Wednesday, February 2, 2011

Zaquan Adha VS Aidil Zafuan

Assalamualaikum wbt.



Selamat Pagi Malaysia!

Wah, macam ceria aje bunyinya. huhu. Mana tak cerianya, tengah menghitung hari lah kata kan. Wink! Okey-okey. Berbalik pada tajuk kat atas.

Actually, entah kenapa tiba-tiba nak jadi macam abang nara pula. Bergosip sana sini. Huhuhu.


Korang sedia maklum bukan sejak akhir-akhir nih banyak cerita pasal Zafuan dan Zaquan kan. Korang perasan tak ada ketidaksamaan di situ. Bukan ke sepatutnya sorang bahagia sorang lagi pun patut bahagia? Yelah, kembar kan. So, perasaan nak bahagia sama-sama itu patut ada. eh, silap sori ler. Tapi saya rasa kesian dengan pasanga kembar nih.

Jom kita singkap apa yang mereka lalui sekarang.

Zaquan Adha---> Telah berkahwin dengan Ayu Raudhah dengan besar-besaran. Sampai macam leh dapat title wedding of the year jek. huh. Lepas tuh kalau korang perasan Zaquan Adha melebar senyum bila dah nikah dengan Ayu Raudhah. ehem-ehem. Contoh macam gambar kat bawah nih.

ayu zaquan
kredit: beautiful Nara

Bahagia aje kan? So sweet. Tapi serious, saya pun suka tengok pasangan Aidil Zafuan dengan Rita Rudaini. Dorang pun shuweet jugak.


rita rudaini
kredit: Beautiful Nara


Aidil Zafuan---> Telah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini. Sedang mengalami krisis rumah tangga. Adeh. Tak sanggup nak baca kisah-kisah dorang. Bukan sepatutnya dorang tengah sibuk jaga anak dorang. Then sekarang lak Rita Rudaini tengah pregnant. Sepatutnya (eh, banyaknya patut) tengah bertambah-tambah bahagia. huh.

Krisis dorang just perkahwinan yang tak direstui oleh pihak keluarga lelaki. Kenapa benda nih berlaku? Saya rasa la kan. Family belah lelaki dah awal-awal tak restui sejak Zafuan kenal dan kawan dengan Rita lagi. Tu yang dorang cabut pergi kahwin lari. Andaian aje.



Kesian tengok pasangan Zafuan dan Rita. Masih ada jalan penyelesaian bukan?

Rita Rudaini tuh cantik apa? Walaupun dia janda tapi dia tetap mantain cantik. owh, mesti ada silap yang kadang kita tak tahu sampai hubungan dorang tak direstui.



Selingan--->Setiap hubungan memang perlu restu orang tua. Tapi kalau orang tua tak restu, then kita beria-ia nak sangat-sangat. Bolehkan kalau kita berusaha tambat hati mak mertua dan bapak mertua kita sampai kita boleh buat mereka restu hubungan kita. Sampai kita boleh buat mereka percaya yang kita boleh jaga makan minum anak lelaki dia nanti bila anak lelaki dia dalam jagaan kita. psssssst. Itulah yang saya buat. Alhamdulillah hubungan kami dah direstui kedua-dua belah pihak. Malah mereka tak sabar-sabar nak tengok kami bersatu. Doakan kami!


GigaBite:: Sedang bahagia! lalalala~

Saturday, July 17, 2010

Setiap yang berlaku ada hikmahnya!

Assalamualaikum wbt.



Kadang-kadang, bahkan selalu, benda yang akan berlaku kita tak duga. Tak sangka. Tapi siapalah kita untuk menolak takdir bukan? Nak meraung bagai menangis airmata darah sekalipun kita tak bisa mengubah apa-apa. Telah itu yang tersurat di Luh Mahfuz. Redha adalah jalan terbaik. Mungkin yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Siapa kita untuk menidakkannya. Dan siapalah kita jua untuk menghentikannya.



Setelah bahagia dilayari. Ditemani Mak dan Abah tercinta. Puas melihat mereka tersenyum. Sayu melihat mereka menangisi pernikahan nya. Namun, hati Mak dan Abah harus merelakan. Kerana anak gadis pasti suatu hari nanti akan pergi meninggalkan nya kerana mengikut suami. Mungkin ada di suatu sudut yang tidak diketahui, Mak dan Abah lega kerana telah menunaikan tanggungjawabnya. Kini giliran si suami untuk mengambil alih tanggungjawab.


Namun, siapalah dia untuk menidakkan takdir yang hadir. 3 hari selepas hari bersejarah dalam hidupnya. 3 hari selepas bergelar isteri. Janji nya mahu menghadiahkan cucu yang comel-comel. Tapi.... Tak siapa tahu itu yang akan terjadi. Sedih. Sayu. Tetapi harus diharungi jua.


Selepas menikmati makan malam bersama keluarga tercinta. Bersama suami tersayang. Abah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Namun itulah yang dikatakan takdir. Dia tiada kekuatan untuk menolakkan nya. Sayu hatinya. Namun terbit sedikit di dalam jiwa nya rasa syukur kerana Abah masih sempat menjadi walinya. Masih sempat tersenyum manis apabila dia di atas pelamin. Hati bertambah sayu bila mana janjinya tidak sempat untuk ditunaikan. Tidak sempat Abah memegang zuriatnya akan datang.


Doanya semoga roh arwah Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.





GigaBite:: Cerita ini berkaitan dengan teman saya yang baru mendirikan rumahtangga pada 11 Julai lalu. Dan pada 14 Julai, Abahnya telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama lah kita sedekahkan AlFatihah. Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Wednesday, April 21, 2010

Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum wbt......

Mak ai. Tajuk bikin gempak aje. Bukan apa, sejak akhir-akhir nih ramai sangat orang nak mendirikan masjid. Rakan sekolah. Rakan Universiti. Rakan blogger. Sedara sepupu sepapat. Haish. Memang akan full la waktu cuti nanti dengan undangan majlis perkahwinan. Takpe-takpe. Hadiri majlis kahwin orang lain dulu sebelum sendiri punya majlis.

So, kat sini nak bagi lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian Saloma. Jom lah nyanyi ramai-ramai untuk orang yang nak kahwin tak lama lagi. Biar berdebar sikit dorang-dorang nih. Hahaha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dan sementara tuh nak tambah sikit nih. Nak selitkan pasal inai. Owh, tuan blog nih memang suka pakai inai. Suka juga melukis inai di jari sendiri. Sehingga selalu terfikir, siapakah yang melukis inai di jarinya nanti. Ahakz.

So, nih untuk Mrs Edy jugak. Yang nih may be kurang cantik sikit dari segi lukisan tapi warna dia sangat amat cantik but its simple. Jom tengok.



Ini orang tak da keje namanya.

Warna inai dia cantik.

Lukisan inai yang simple.
Boleh di modified lagi.

Tengok. Simple tak serabut.
Suka love yang dekat jari tuh.
Kalau leh susun dekat jari tuh cantik gak.

Peace!


Inilah inai yang berjaya melawakan jari saya.


GigaBite:: Memang suka berangan pakai inai. Tak tahu kenapa. Sejak dari kecil lagi macam tuh. Tak sabar nak kahwin agaknya kot.

Sunday, March 28, 2010

Queen Control!!!

Assalamualaikum wbt...

Kali nih nak bercerita panjang lebar sikit pasal QUEEN CONTROL nih....
Dah nama pun QUEEN, mestilah melibatkan wanita kan....
So, baca dulu info kat bawah nih...


*******************************************************************
Queen Control telah wujud sejak dahulu. King Henry of England VIII (1491-1547) mempunyai 6 isteri tetapi dikatakan seorang raja yang tunduk pada permaisuri-permaisurinya iaitu Caterine of Aragon, Anne Boleyn, Jane Seymour, Anne of Cleeves, Katerine Howad dan Katerine Parr. Sebelum dan sesudah King Henry pun, ramai tokoh dunia sebenarnya kecut di rumah dan kerana itulah menjadi zalim di luar.

Terdapat 2 jenis queen control. Pertama, jenis mutlak-isteri mengawal suami 100% hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri. Kedua, jenis pertengahan- isteri yang berubah-ubah ikut mood dan jenis permulaan- biasanya terjadi selepas kira-kira setahun usia perkahwinan, di mana isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifatnya. Keadaan ini lebih mudah terjadi jika suami jenis yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka pada isteri.

Persoalannya disini mengapa soerang isteri boleh berubah menjadi begitu, padahal dia sewaktu anak dara cukup dikenali kerana kelembutan?? Sedikit sebanyak sikap suami menyumbang, tetapi banyaknya diserap sendiri oleh si isteri. Apabila ia mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan, tambahan jika suami memang suka beralah untuk mengelakkan ketegangan, dia akan cepat naik tocang...

*******************************************************************

Info kat atas tuh diambil dari DR HM TUAH ISKANDAR......
Suka sangat baca buku-buku motivasi keluaran beliau....
Ada yang boleh menusuk jiwa kalau baca....

Queen control ni juga dikatan sebagai 'memperbodohkan suami'....
Nauzubillah, jauhi lah saya dari menjadi queen control nih....
Sepatutnya lelaki yang bertanggungjawab untuk mendidik wanita itu...
So, kepada lelaki, jangan terlalu berlembut sangat dengan isteri anda...
Adakalanya anda perlu berkeras dalam membuat keputusan...
Kepada wanita pula, tak elok amalkan queen control nih, berdosa besar tau....
Nak masuk syurga kan? So, jadilah isteri yang solehah...
Jadilah isteri yang penuh kelembutan bagi suaminya...
Cewah......
Saya pulak yang lebih-lebih....
<(^-^)>


Friday, March 19, 2010

Antara 2 darjat...

"Leha, baik kau tinggal kan aje Mad tuh... Dah la keje jadik driver jek... Tak setaraf dengan kau lah Leha... Kau tuh ada Master..." Kata Mak Tipah kepada Leha..

"Tapi mak, semua tuh tak penting... Leha sayang Mad... Leha nak kawen dengan dia..." Bantah Leha...

"Kau jangan nak malukan mak, Leha.... Jangan jadi anak derhaka.... Dah kawen nanti dia nak bagi kau makan apa? Pasir? Lepas tuh duit rumah, kereta dan belanja semua kau yang tanggung.... Laki apa macam tuh..." Mak Tipah tidak bersetuju dengan Leha..

"Tak baik mak cakap cam tuh.... Rezeki di tangan Allah mak... Kalau dah jodoh Leha dengan Mad.... Mak tak boleh halang..." Sayu sekali suara Leha...

"Kau pilih lah Leha, antara mak atau si Mad tuh!" Keras emak bersuara....


Assalamualaikum wbt....

Pernah dengar tak dialog seakan-akan di atas tuh?
Masih adakah senario sebegini di era millenium ini??
Antara 2 Darjat....
Memang di akui tanpa duit, bagaimana kita mahu meneruskan hidup...
Tetapi bukankah kebahagiaan itu lebih penting dari duit???
Tapi kalau tak ada duit macam mana nak bahagia???
Pernah dulu saya di soal antara kebahagiaan atau duit, yang mana lebih penting....
Yang pasti saya pilih kebahagiaan...
Kerana bagi saya dengan kebahagiaan, duit boleh di cari....
Jika berduit jika tidak bahagia sekali pun tak guna juga....
Betul tak???
Sebenarnya dalam situasi di atas, Mak Tipah tak salah pun...
Dia cuma mahukan anaknya Leha mendapat yang terbaik....
Kadang-kala ada sebab juga mengapa orang tua kita lebih cerewet dalam memilih teman hidup kita....
Memang bukan mereka yang nak kawen, kita yang nak kawen...
Tapi jangan satu hari nanti terkeluar dialog ni "Kan mak dah cakap dah Leha..."
Time tuh baru dok terfikir balik apa yang mak duk bising dulu-dulu....
Apa-apa pun pilihan terletak di tangan kita...
Kita berhak memilih melainkan tiada pilihan....
Dan kita juga harus menempuhi apa-apa jua rintangan yang bakal mendatang....


GigaBite:: Perkahwinan bukan ungkapan semudah yang disangka....

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers