"Leha, baik kau tinggal kan aje Mad tuh... Dah la keje jadik driver jek... Tak setaraf dengan kau lah Leha... Kau tuh ada Master..." Kata Mak Tipah kepada Leha..
"Tapi mak, semua tuh tak penting... Leha sayang Mad... Leha nak kawen dengan dia..." Bantah Leha...
"Kau jangan nak malukan mak, Leha.... Jangan jadi anak derhaka.... Dah kawen nanti dia nak bagi kau makan apa? Pasir? Lepas tuh duit rumah, kereta dan belanja semua kau yang tanggung.... Laki apa macam tuh..." Mak Tipah tidak bersetuju dengan Leha..
"Tak baik mak cakap cam tuh.... Rezeki di tangan Allah mak... Kalau dah jodoh Leha dengan Mad.... Mak tak boleh halang..." Sayu sekali suara Leha...
"Kau pilih lah Leha, antara mak atau si Mad tuh!" Keras emak bersuara....
Assalamualaikum wbt....
Pernah dengar tak dialog seakan-akan di atas tuh?
Masih adakah senario sebegini di era millenium ini??
Antara 2 Darjat....
Memang di akui tanpa duit, bagaimana kita mahu meneruskan hidup...
Tetapi bukankah kebahagiaan itu lebih penting dari duit???
Tapi kalau tak ada duit macam mana nak bahagia???
Pernah dulu saya di soal antara kebahagiaan atau duit, yang mana lebih penting....
Yang pasti saya pilih kebahagiaan...
Kerana bagi saya dengan kebahagiaan, duit boleh di cari....
Jika berduit jika tidak bahagia sekali pun tak guna juga....
Betul tak???
Sebenarnya dalam situasi di atas, Mak Tipah tak salah pun...
Dia cuma mahukan anaknya Leha mendapat yang terbaik....
Kadang-kala ada sebab juga mengapa orang tua kita lebih cerewet dalam memilih teman hidup kita....
Memang bukan mereka yang nak kawen, kita yang nak kawen...
Tapi jangan satu hari nanti terkeluar dialog ni "Kan mak dah cakap dah Leha..."
Time tuh baru dok terfikir balik apa yang mak duk bising dulu-dulu....
Apa-apa pun pilihan terletak di tangan kita...
Kita berhak memilih melainkan tiada pilihan....
Dan kita juga harus menempuhi apa-apa jua rintangan yang bakal mendatang....
GigaBite:: Perkahwinan bukan ungkapan semudah yang disangka....