Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label ukiran inai. Show all posts
Showing posts with label ukiran inai. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum wbt......

Mak ai. Tajuk bikin gempak aje. Bukan apa, sejak akhir-akhir nih ramai sangat orang nak mendirikan masjid. Rakan sekolah. Rakan Universiti. Rakan blogger. Sedara sepupu sepapat. Haish. Memang akan full la waktu cuti nanti dengan undangan majlis perkahwinan. Takpe-takpe. Hadiri majlis kahwin orang lain dulu sebelum sendiri punya majlis.

So, kat sini nak bagi lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian Saloma. Jom lah nyanyi ramai-ramai untuk orang yang nak kahwin tak lama lagi. Biar berdebar sikit dorang-dorang nih. Hahaha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dan sementara tuh nak tambah sikit nih. Nak selitkan pasal inai. Owh, tuan blog nih memang suka pakai inai. Suka juga melukis inai di jari sendiri. Sehingga selalu terfikir, siapakah yang melukis inai di jarinya nanti. Ahakz.

So, nih untuk Mrs Edy jugak. Yang nih may be kurang cantik sikit dari segi lukisan tapi warna dia sangat amat cantik but its simple. Jom tengok.



Ini orang tak da keje namanya.

Warna inai dia cantik.

Lukisan inai yang simple.
Boleh di modified lagi.

Tengok. Simple tak serabut.
Suka love yang dekat jari tuh.
Kalau leh susun dekat jari tuh cantik gak.

Peace!


Inilah inai yang berjaya melawakan jari saya.


GigaBite:: Memang suka berangan pakai inai. Tak tahu kenapa. Sejak dari kecil lagi macam tuh. Tak sabar nak kahwin agaknya kot.

Tuesday, April 20, 2010

Flower Girls For Wedding.

Assalamualaikum wbt......

Flower Girls. Atau dalam bahasa malaysianya gadis bunga. Selama 4 tahun berada di Universiti, telah 2 kali saya menjadi flower girl! Flower Girl for convocation opening ceremony. Menyampaikan bunga kepada DYMM Sultanah Zanariah merupakan sesuatu yang mencabar. Untuk pertama kali berasa sangat gugup tetapi gembira kerana berpeluang dan terpilih menjadi flower girl.

Untuk kali kedua, rasa gugup masih ada walau sedikit. Tapi yang pasti sangat best bila jadik flower girl versi orang dewasa. Yang kedua nih untuk Majlis Jamuan Canselor Bersama Sultanah. Tapi malangnya bila gambar masa pegang bunga khas untuk Sultanah yang cantik sangat tak ada dalam simpanan. Sob3!!

Sebenarnya nak berada mengenai flower girls (versi kanak-kanak) khas untuk Mrs Edy.Gambar flower girls yang akan ditunjukkan ini adalah semasa majlis perkahwinan kakak saya. Bunga kat kepala dan tangan tuh saya buat sendiri. Saya memang suka bab hias-hias nih. Nak-nak untuk orang kahwin. Untuk Mrs Edy jugak, saya ada sedia gambar inai di jari kakak saya yang saya sendiri lukis. Betul! Ini tak tipu.

Jom kita layan gambar kat bawah nih.

Masa nih terpaksa beli kasut baru sebab kasut banyak yang tinggi.
So, kena pakai yang tak berapa tinggi.

Simple tapi meriah.


Anak sedara saya semuanya.

Abby, Aen & Qira

Yang tengah sangat cumil!!

Bunga tangan dan crown kepala buat sendiri oleh saya.

Kalau saya kahwin nanti dia orang dah sangat besar untuk jadi flower girls.

Pengantin tidur kat atas pelamin.
Flower girls duk sibuk nak bergambar.

Erk. Angkara abang ipar yang dengki time tengah karaoke.
Tetiba jek pergi sarung crown flower girl kat saya.

Ukiran inai di jari buatan saya.
My sis memang cantik!!

GigaBite:: Nih gambar dari album dah setahun. Dah lapuk. Tapi masih boleh di kategori pengantin baru. Erk. Boleh ka itu macam?

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers