Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label kerja kahwin. Show all posts
Showing posts with label kerja kahwin. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Hitam putih. Cantik tak?

Assalamualaikum wbt.



Hitam putih. Macam tahi cicak pulak. Tapi cantik. Macam CASPI. Okey. Untuk apa hitam putih tuh kan. Mesti korang tertanya. Kalau buat untuk theme wedding cantik tak hitam putih. Macam akak saya pernah pakai masa wed dia. Tuh pun sebab nak complete pakej yang dia ambil. So, dia ambil keputusan nak pakai baju hitam putih. Tengok macam sweet aje. Tapi tak tahulah kalau pengulam jantung tak suka.



Tengok kat bawah nih jap.


Macam malu-malu.
Kalau suruh akak yang dah 15 tahun kahwin tuh sure tak leh buat.
Dah try. Dorang asyik gelak jek.



Owh, sweet nye.
Sangat sweet.



Tapi kan. Pink lagi sweet. Alahai macam mana nih. Banyak nye kaler yang minat. Kalau lah dapat kahwin sekali tapi dekat banyak-banyak tempat kan best. Dapat banyak theme. Jangan mimpilah. Mana nak cekau duit lor. Cukup lah dengan 2 majlis. Di rumah perempuan dan rumah lelaki.



Pink? Owh pink. Pink nak jadikan theme untuk majlis tunang jek. Sebab dia tak involve si pengulam jantung. Tapi baju melayu pengulam jantung dah beli. Kaler pink. Light pink. Tengok respon dia tak da lah tolak mentah-mentah. May be sebab light pink kot. Dia cakap okey aje. Sebab beli cam tuh sebab nak sama dengan baju tunang saya. Takkan lah tak mau sama kan.



Lagi satu. Kalau nikah tak pakai baju kaler putih suci tuh boleh tak? Tapi seriusly putih memang lawa untuk nikah. Tak di nafikan. Tapi ada jugak yang tak pakai kaler putih. Tapi pilih lar kaler yang suram-suram gitu. Kaler yang nampak suci gitu. huhuhu.


Tema oh tema. Dalam perkahwinan benda nih kadang-kadang jadik masalah jugak. Bagi orang macam saya nih. Kalau boleh semua warna saya nak cuba.


Ada lagi barang tak beli. Beli nanti lah. Tunggu saya dapat kerja. Sedap sikit nak shopping barang. huh.


GigaBite:: Betul jugak ada orang cakap beli sikit-sikit dulu. Nanti kemudian senang. *Wink*

Sunday, May 2, 2010

Bila orang kahwin saya pun sibuk nak kahwin jugak.

Assalamualaikum wbt.

Tajuk entri yang agak menarik. Sebenarnya semalam saya dan pengulam jantung menghadiri walimatul urus kawan sekolah kami. Sebenarnya kat sekolah dulu bukan sekelas tapi dikategorikan rapat lah jugak. Sebab dulu jarang tak kenal kawan yang 1 batch. Semuanya kenal lah. Pengawas la katakan.

Okey. Sudah selamat di ijabkabul pun dorang. Kepada Natasha Hawa dan pasangan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan Natasha adalah abang kepada arwah kawan sekelas pengulam jantung. Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

So, takkan tak da gambar kan? Apa lagi, layan lah gambar-gambar yang tak seberapa banyak kat bawah nih. Antara kawan yang paling lambat datang adalah saya dan pengulam jantung. Mana taknya, sebelah pagi banyak sangat perkara yang kami nak setel. Busy lah katakan. Ehem-ehem.


Segar dari ladang. lalalala~~



hasil edit-mengedit jadi lah macam nih.


Fokus mestilah pada pengantin kan.

GigaBite:: Bila post gambar nih kat FB semua duk tanya yang tepi-tepi tuh bila lagi. Senang jek jawapan dia. Tungggguuuuu. (T____T)

Wednesday, April 21, 2010

Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum wbt......

Mak ai. Tajuk bikin gempak aje. Bukan apa, sejak akhir-akhir nih ramai sangat orang nak mendirikan masjid. Rakan sekolah. Rakan Universiti. Rakan blogger. Sedara sepupu sepapat. Haish. Memang akan full la waktu cuti nanti dengan undangan majlis perkahwinan. Takpe-takpe. Hadiri majlis kahwin orang lain dulu sebelum sendiri punya majlis.

So, kat sini nak bagi lirik lagu selamat pengantin baru nyanyian Saloma. Jom lah nyanyi ramai-ramai untuk orang yang nak kahwin tak lama lagi. Biar berdebar sikit dorang-dorang nih. Hahaha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dan sementara tuh nak tambah sikit nih. Nak selitkan pasal inai. Owh, tuan blog nih memang suka pakai inai. Suka juga melukis inai di jari sendiri. Sehingga selalu terfikir, siapakah yang melukis inai di jarinya nanti. Ahakz.

So, nih untuk Mrs Edy jugak. Yang nih may be kurang cantik sikit dari segi lukisan tapi warna dia sangat amat cantik but its simple. Jom tengok.



Ini orang tak da keje namanya.

Warna inai dia cantik.

Lukisan inai yang simple.
Boleh di modified lagi.

Tengok. Simple tak serabut.
Suka love yang dekat jari tuh.
Kalau leh susun dekat jari tuh cantik gak.

Peace!


Inilah inai yang berjaya melawakan jari saya.


GigaBite:: Memang suka berangan pakai inai. Tak tahu kenapa. Sejak dari kecil lagi macam tuh. Tak sabar nak kahwin agaknya kot.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers