Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Header oo header.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar anda hari ini? Sehat? Dah lama rasanya tak tanya khabar anda, anda dan anda. Harap-harap sihat la yek.


Sekarang nih tengah berusaha buat header. Sebab bosan yang teramat sangat, tu yang rasa nak buat header. Tapi tengah memikirkan susun atur header tersebut. Then nak letak gambar apa and nak tulis apa. Okey.


Mahu keluar makan sedap-sedap dengan pengulam jantung. Perut mintak di isi. Pengulam jantung suh fikir dari rumah nak makan apa. Sebab nanti sampai restoran terus order. Kalau kat sana baru fikir nak makan apa, alamatnya berzaman lah duk fikir.


GigaBite:: Selepas hujan lebat, sejuknya. Peluk please... (T_____T)

Friday, May 14, 2010

Secret Journey To Thailand (Part 1)

Assalamualaikum wbt.



Dah lama sebenarnya nak buat entri nih. Tapi asyik lupa aje. Haish. Banyak sangat makan semut. Untuk pengetahuan pembaca. Akhir tahun lepas saya telah melawat ke Thailand. Pergi bukan suka-suka. Pergi kerana menuntut ilmu. Cewah. Pergi dengan sebab program "Global Outreach Programme". Ala-ala student exchange jugak la. Alhamdulillah berpeluang untuk turut serta. Bila lagi kan nak pergi luar negara nih kan. So, saya grab lah peluang yang ada nih.


Oh, sampai sekarang saya tak leh lupa suasana shopping kat sana. Rasa nak pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat nih sebab Thailand tengah bergolak dengan kes "Baju Merah". Silap-silap nanti saya jadi korban. Bila berita keluar pasal Kumpulan Baju Merah nih, saya tengok. Saya predict tempat tuh. Saya cakap kat Ibu. "Ibu tuh tempat adik pernah pergi." huhuhu.


Okey. kat bawah nih ada cerita bergambar. Marilah layan.



Welcome to Survanabhumi Airport.
Sampai sudah.
Masa nih rasa macam tak percaya jek dah terpijak di bumi Bangkok, Thailand.
(T____T)



Bukti dah sampai kat Thailand.
hahaha.
Muka sangat letih.
Dari JB ke LCCT then ke Bangkok.
Sampai dalam pukul 12am kat sana.
Nasib baik orang sana sanggup tunggu.
Siap ada signboard lagi tuh.
Terkesima dan teruja.



Bilik yang dihuni di sana.
RM20 sehari/seorang.
Dah la tak da aircond.
Maaf lah bilik saya memang bersepah.



Auditorium.....
Oh, tak ingat auditorium apa.
Tempat berkumpul untuk tadahkan telinga dengar ceramah.



Makanan pertama yang masuk ke mulut sejak jejak ke Thailand.
Sedap la.
Ayam goreng dia sangat sedap.
Halal okey!



Mereka sangat lapar.
Almaklumlah dari semalam tak makan nasi.



Hari first jek dah di bawa bershopping.
Future Park.
Bila dengar jek ingatkan sebuah taman masa depan.
hahaha.
Rupanya macam Mid Valley or Times Square.
Tak shopping sebab tak ada yang berkenan.
Ha, cuma beli TIE.



View malam hari.
Cantik Taman Masa Depan nih.
kuikuikui.



Siang dah makan nasi.
So, malam makan fast food pulak.
Halal.
Tapi McD tak halal.
WHY??



Nasi Ayam Pekasam.
Itu yang kami gelarkan.
Lapar punya pasal, habisssss.



GigaBite:: Cukup untuk Part 1. Nak buat banyak-banyak part. So, tunggguuuu.

Friday, March 26, 2010

Demam Bola!!!

Da lama tak makan aiskrim nih.. So, harini saya makan!


Assalamualaikum wbt....

Sekarang nih tengah sibuk sana sini duk cakap pasal perlawanan bola sepak... Ada yang sampai makan bola, minum bola, tidur bola, mandi bola dan semuanya bola....

Erk... Dahsyat sungguh.... Saya bukan macam tuh okey! Saya minat bola tapi tak ada la sampai sanggup berjaga kerana semata-mata nak tengok bola.... Kalau bagi kat abang saya yang no. 7 tuh sure dia memang leh berjaga kerana bola.... Kalau dia dah duk conquer remote astro tuh, harapan untuk merebutnya kembali adalah tipis... Merajuk macam mana pun sure tak dapat.... Terpaksa lah mengalah.. Geram...

Tadi saya pergi ke kafe untuk membeli makanan... Tergerak di hati nak beli Fast Food... Jangan jelus tau.. Kafe kolej saya ada Fast Food.... Bukan KFC... Bukan MCD.. Bukan juga Pizza Hut... Habis tu apa Cik Ma oi?? Set makanan chicken chop.... Memang fast lar food nih.... huhuhuhu....

"Adik nak makan set apa?" Tanya Akak di kedai tersebut..
"Akak bagi saya set Manchester United...." Saya jawab...

Peace.. Set Manchester United adalah kegemaran saya bila saya beli makanan kat kedai Fast Food nih... Nak tau macam mana set Manchester United nih.. Meh tengok kat bawah nih....

Set M.U= kentang goreng, coleslaw, chicken chop & sosej with Black Pepper sauce!

Sedap tak? yummy! Delicious bangat!!

GigaBite:: Tinggal tak sampai sebulan jek lagi nak merasa makanan kat dalam UTM nih... sob3!!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers