Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Secret Journey To Thailand (Part 2)

Assalamualaikum wbt.


Pertama sekali ingin memohon maaf kerana tidak update-update. Saya kurang sihat. Almaklumlah sekarang nih cuaca tak menentu. So, kesihatan saya juga tidak menentu. Mood juga tiada.


Okey. Saya nak sambung cerita saya ke Thailand. Kita sambung part 2 okey. Hari kedua, macam biasa dari pagi sampai lebih kurang pukul 430pm macam tuh ada talk kat auditorium. Then petang tuh kita orang confius nak ke mana. Sebabnya tak siapa yang sudi jadik pemandu pelancong kami. Geng kami pulak dah tertinggal dengan lecturer. So, kami terus wat keputusan untuk ke Pasar Malam yang kami lalu semalam selepas balik dari Future Park (baca sini). Erk, tapi apa nama tempat tuh ek? Nak ke tempat tuh ingat. Tapi nak cakap kesana tuh nak cakap apa. Itu masalah besar kami. Sangat besar. Ada hal nih berlakulah miss communication.


Saya masih ingat lagi situasi ini. Kami ada 3 lelaki dan 8 perempuan. Okey. kami keluar dan tunggu diluar kampus Asian Institute of Technology, Phantumthani (yang kami diami). Si lelaki 3 orang nih jadik bodyguard untuk kami berlapan. Almaklumlah negara orang kan. Kami tekad nak ke pasar malam itu malam tuh jugak. Kami contact lecturer kami yang telah selamat sampai di sana. Mula-mula tak dapat. Dan kalau tak dapat kesana kami ambil langkah untuk ke Future Park then patah balik untuk ke pasar malam tuh menggunakan bas. Kiranya 2 trip lar. Salah seorang dari jejaka tersebut mencuba untuk berkomunikasi dengan pemandu van yang berhenti yang kononnya mahu membawa kami ke mana kami pergi. Namun hampa kerana mereka tidak faham langsung apa yang kami katakan. Si jejaka nih cakap lah nak pergi ke jalan yang ke Future Park. Lain mahu di pergi lain mahu di bawanya. "Massage?? Ya. Ya." Itulah yang asyik keluar dari mulut driver van tuh. Aiyark. Kami bukan mahu pergi mengurut lar. (-__-)


Akhirnya lecture kami membalas mesej dan memberi nama tempat tersebut. Pasar malam tersebut di hadapan sebuah ISTANA. Alamak lupa lagi nama Istana tuh. Kami di bawa oleh 3 teksi. Mula-mulanya kami yang perempuan nih cuak juga nak naik teksi tuh. Kami mahu setiap teksi tuh ada seorang lelaki. Namun lelaki yang kami anggap bodyguard itu tidak mahu begitu. Tak gentle man langsung. Ahaks. Okey. Kami pasrah. Kami naik berbekalkan doa. Apa-apa jadik kami nekad keluar dari teksi itu.


Alhamdulillah. Kami selamat sampai. Tapi geram sangat bila pemandu teksi itu sengaja membawa kami melalui jalan jauh. Tak faham kot apa yang kami cakap. Atau sengaja ketuk kami. Pasrah jek lah. Yang penting selamat sampai.


Okey. mari kita layan gambar-gambar kat bawah nih. Saya nak sambung gambar dekat future park tuh sikit. Okey. Gambar dekat pasar malam tuh tak banyak pun sebab duk sibuk shopping. Murah-murah. Walawei.


Muka-muka ceria dapat keluar ke FUTURE PARK


Gambar nih sangat sweet.
Suka-suka.


Hahaha.
Nak melompat tapi dah snap.
Malu saya.


Apa dorang buat nih.
Konvo nanti kita lompat lagi ek.


Gambar exclusive depan FUTURE PARK.
Auw.
Saya macam gedik aje.


Bila perut da kenyang, senyum sampai telinga.
Yang pasti kalau nak refill, refill air masak aje.
huh.
Kuciwa.


Persediaan sambutan Krismas.


Baju kaler coklat dua dari kanan sangat cantik.
Tapi mahal okey baju nih.
Tak ingat berapa.
Dalam 199 ringgit malaysia jugak.


Jangan tengok.
huh.
Asal saya buat muka macam tuh ek.
Confius.


Lepas dah penat berjalan.


Ini geng kami.
Seorang lagi duk snap pic nih.


Bergambar di pintu masuk A.I.T


Suasana di pasar malam.
Baju-baju sangat murah.
Saya shopping sikit di sini.


Muka ceria masing-masing lepas shopping.
Dah dapat apa yang di idamkanlah tuh.


Alamak.
Bocor rahsia saya shopping paling banyak.
hehehe.


Macam kat Malaysia jugak.
Tapi dia pisahkan antara makanan dan gerai kering.
Baguslah.
Kalau tak mahu termuntah saya.



Sekian sahaja untuk part 2 nih.
Kita sambung lagi nanti.
Tata.

GigaBite:: Nak pergi lagi Thailand. Tapi Thailand tengah huru-hara. Kecewa nya.

Friday, May 14, 2010

Secret Journey To Thailand (Part 1)

Assalamualaikum wbt.



Dah lama sebenarnya nak buat entri nih. Tapi asyik lupa aje. Haish. Banyak sangat makan semut. Untuk pengetahuan pembaca. Akhir tahun lepas saya telah melawat ke Thailand. Pergi bukan suka-suka. Pergi kerana menuntut ilmu. Cewah. Pergi dengan sebab program "Global Outreach Programme". Ala-ala student exchange jugak la. Alhamdulillah berpeluang untuk turut serta. Bila lagi kan nak pergi luar negara nih kan. So, saya grab lah peluang yang ada nih.


Oh, sampai sekarang saya tak leh lupa suasana shopping kat sana. Rasa nak pergi lagi. Tapi bukan dalam masa terdekat nih sebab Thailand tengah bergolak dengan kes "Baju Merah". Silap-silap nanti saya jadi korban. Bila berita keluar pasal Kumpulan Baju Merah nih, saya tengok. Saya predict tempat tuh. Saya cakap kat Ibu. "Ibu tuh tempat adik pernah pergi." huhuhu.


Okey. kat bawah nih ada cerita bergambar. Marilah layan.



Welcome to Survanabhumi Airport.
Sampai sudah.
Masa nih rasa macam tak percaya jek dah terpijak di bumi Bangkok, Thailand.
(T____T)



Bukti dah sampai kat Thailand.
hahaha.
Muka sangat letih.
Dari JB ke LCCT then ke Bangkok.
Sampai dalam pukul 12am kat sana.
Nasib baik orang sana sanggup tunggu.
Siap ada signboard lagi tuh.
Terkesima dan teruja.



Bilik yang dihuni di sana.
RM20 sehari/seorang.
Dah la tak da aircond.
Maaf lah bilik saya memang bersepah.



Auditorium.....
Oh, tak ingat auditorium apa.
Tempat berkumpul untuk tadahkan telinga dengar ceramah.



Makanan pertama yang masuk ke mulut sejak jejak ke Thailand.
Sedap la.
Ayam goreng dia sangat sedap.
Halal okey!



Mereka sangat lapar.
Almaklumlah dari semalam tak makan nasi.



Hari first jek dah di bawa bershopping.
Future Park.
Bila dengar jek ingatkan sebuah taman masa depan.
hahaha.
Rupanya macam Mid Valley or Times Square.
Tak shopping sebab tak ada yang berkenan.
Ha, cuma beli TIE.



View malam hari.
Cantik Taman Masa Depan nih.
kuikuikui.



Siang dah makan nasi.
So, malam makan fast food pulak.
Halal.
Tapi McD tak halal.
WHY??



Nasi Ayam Pekasam.
Itu yang kami gelarkan.
Lapar punya pasal, habisssss.



GigaBite:: Cukup untuk Part 1. Nak buat banyak-banyak part. So, tunggguuuu.

Friday, May 7, 2010

Teringin nak pergi sini. Pengulam jantung bawa lah saya~~

Assalamualaikum wbt.

Uwaaaaa. Nangis dulu. Tak pun buat muncung panjang-panjang macam itik gedek-gedek tuh. Sebabnya nak tarik hati pengulam jantung untuk bawa saya pergi jenjalan. Saya nak pergi sini. Pergi sini lah. Pergi Bukit Tinggi. Saya sedih tengok orang lain dah pergi. Jelus tengok gambar-gambar diaorang kat sana. Bila nak pergi sayang. Haish. Time tuh la sayang. Ala. Pengulam jantung intan payung batu berlian batu marmar. Bodek lagi.

Tengoklah gambar Bukit Tinggi kat bawah nih. Macam syok jek. Memang syok pun. Nak pergi. Kalau pengulam jantung tak nak teman pergi sorang. Cess. Protes nih. Blackmail.



Kalau honeymoon dalam negara best jugakkan.


Macam cool jek tempat dia kan.


Kalau pergi dengan family pun best jugak.


Lama dah kot tak berjalan. Last masa raya cina kot. Pergi PD. Saya memang suka berjalan. Bagi la saya ayat POWER untuk bodek pengulam jantung untuk bawa saya pergi berjalan. Lama dah kita orang tak pergi berjalan. Kami memang kaki jalan. Jalan-jalan cari makan pun iya jugak.


GigaBite:: Bukit Tinggi? Cameroon Highland? Genting Highland?

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers