Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Wednesday, June 30, 2010

MY SHOES COLLECTION!

Assalamualaikum wbt.

Post kali ini mungkin akan membuatkan seseorang lelaki terbeliak atau tercekik atau termuntah. Kerana kebenaran sudah terbukti bahawa wanita atau gadis atau perempuan memang minat dengan kasut. Ada pun yang tak minat dengan kasut itu tidak ramai. Boleh di kategorikan seangkatan dengan Elyana, penyanyi muda yang tidak minat dengan kasut.


Post nih cuma nak show koleksi kasut saya. May be hanya sebahagian. Iya, sebahagian. Selebihnya dah penat nak carik dalam almari kasut. So, buat masa nih itu sahaja.


Jom kita layan cerita-cerita cinderella, eh silap, cerita kasut-kasut tersebut.


Okey, ini baru sepuluh pasang.
Ada lagi lebih kurang sepuluh pasang lagi kot.
(~.~)




(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih Ibu belikan masa nak pergi Thailand.
Sepatutnya ada button putih dekat simpulan tuh tapi
terhilang satu masa dekaat Airport.
So, nak balance kan, tanggalkan lagi sebelah.



(Jenama: XES, Harga: RM39.90)
Kasut nih beli masa raya cina.
Sebab dia beli 2nd pair dengan harga 88sen.
Yang 2nd pair dah jual dekat akak.
Kasut nih jenis wedges.
Beli sebab nak pergi ANNUAL DINNER.


(Jenama: XES, Harga: RM29.90)
Ini kasut raya tahun lepas.
Kasut raya kedua sebab first usha memang minat gila dengan kasut nih.
Ada lah dalam 1inci setengah tumit dia.
Tapak tumit dia dah haus sebab selalu pakai.
Ingat nak g anto kedai baiki kasut lar.



(Jenama: Fabiano Ricco, Harga: RM15.00)
Murah kan?
Kasut nih beli masa FR buat sales.
Tersedap lak pakai terus terbeli.
Hukhuk.



(Jenama: tak ingat, Harga:RM 79.90)
Pengulam jantung belikan kasut nih.
Masa dia kerja apa nak semua dapat.
Kasut nih sedap gila kalau pakai.
Nak berlari pun best gila.

(Jenama: Be One, Harga: tak ingat.)
Kasut nih dah lama dah rasanya.
Sedap pakai tapi tak sedap untuk jalan jauh-jauh.
Ingat lagi pakai kasut nih masa g dating kat KL then turun naik LRT, Komuter bagai tuh, pergh... macam nak rabak kaki.
Lastly, pengulam jantung belikan selipar thai.
Tak sanggup dah tengok jalan macam mak nenek.





(Jenama: Carlo Rino, Harga: RM79.90)
Kasut raya gak nih.
Masa nih teringin sangat nak pakai kasut mahal.
Dah tuh ada sale lak tuh.
Apa lagi, rembat lak.
Terbeliak anak mata niece saya bila saya rembat kasut nih.




(Jenama: Red Modani, Harga: tak ingat lagi)
Kasut nih tak tinggi sangat.
Dalam 1 inci jek.
Sedap kalau pakai kasut nih.
Siap boleh dukung baby lagi.



(Jenama: Red Modani, Harga: RM45.90)
Kasut nih jarang pakai.
Sebaab tinggi seyh.
Akak saya selalu la rembat pakai.
Tak tahu apa tujuan beli kasut nih.
~peace~


(Jenama: Nautini, Harga: RM 65.00)
Kasut nih uda bagi masa birthday tahun lepas.
Sedap di kaki.
Sure tak melecet kalau jalan jauh.
Sedap gak untuk drive kereta.
Lepas tuh sedap bila lambat pergi kuliah, leh lari.



GigaBite:: Huh. Perempuan oo perempuan. Kasut = perempuan. Kasut= saya! Nanti update pasal handbeg pulak okey!





BE yang kedua. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana rezeki yang melimpah. Selepas 4 hari kena tarik status GLITTERATI, then dapat semula semalam dan hari ini dapat pulak second Buffered Earning. Alhamdulillah.


Tak leh nak display picture sebab nak bersiap-siap pergi anto resume untuk interview 6 julai nanti. Doakan saya dapat rezeki kerja pulak. Amin.



GigaBite:: Nanti nak cerita pasal MY SHOES COLLECTION! Nantikan.


Sunday, June 27, 2010

Anak siapa lah yang suka melaram nih. Haish

Assalamualaikum wbt.


Kecantikan? Memang takkan lari dari kamus hidup sesorang wanita. Namun harus ada batasnya la kan. Tapi semua wanita mesti nak nampak cantik. Betul tak? Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar yang cantik dari orang yang tak seberapa cantik. Jom layan. Ada cerita dalam gambar.




Shawl + Cardigan + dress ikat leher + legging putih + Brown heel
(Pandangan belakang yang menggoda!)



Shawl + Turtle neck + dress + heel shoe
(sangat suka dresssing cam nih. Nampak macam sweet.)



shawl + cardigan pink + dress ikat leher + legging hitam + kasut kakak ipar
(Masa pergi jom heboh dekat Danga Bay. Pink is suite to me.)


Shawl + NaOmei dress + Inner + Wedges + ♥ handbeg
(Masa pre-graduation dinner. Dengan pengulam jantung.)


Tudung 3 segi + inner + Baju beGirl + Jeans
(Simple suite.)



Kebaya + Tudung 3 segi + kasut itam bertutup
(Masa jadi flower untuk Dinner bersama Sultanah Zanariah. UTM.)




GigaBite:: Saya bukan pandai sangat nak berfesyen nih. Kadang-kadang apa yang sangkut, itulah yang saya pakai.







Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers