Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Anak siapa lah yang suka melaram nih. Haish

Assalamualaikum wbt.


Kecantikan? Memang takkan lari dari kamus hidup sesorang wanita. Namun harus ada batasnya la kan. Tapi semua wanita mesti nak nampak cantik. Betul tak? Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar yang cantik dari orang yang tak seberapa cantik. Jom layan. Ada cerita dalam gambar.




Shawl + Cardigan + dress ikat leher + legging putih + Brown heel
(Pandangan belakang yang menggoda!)



Shawl + Turtle neck + dress + heel shoe
(sangat suka dresssing cam nih. Nampak macam sweet.)



shawl + cardigan pink + dress ikat leher + legging hitam + kasut kakak ipar
(Masa pergi jom heboh dekat Danga Bay. Pink is suite to me.)


Shawl + NaOmei dress + Inner + Wedges + ♥ handbeg
(Masa pre-graduation dinner. Dengan pengulam jantung.)


Tudung 3 segi + inner + Baju beGirl + Jeans
(Simple suite.)



Kebaya + Tudung 3 segi + kasut itam bertutup
(Masa jadi flower untuk Dinner bersama Sultanah Zanariah. UTM.)




GigaBite:: Saya bukan pandai sangat nak berfesyen nih. Kadang-kadang apa yang sangkut, itulah yang saya pakai.







Monday, May 31, 2010

Botol lada hitam yang lucah!

Assalamualaikum wbt.

**Pertama sekali, ini bukan blog lucah okey! Sekadar suka-suka sahaja nak kongsi gambar nih.


Hahaha. Tajuk sangat bikin kontroversi. Mintak maaf la yek kerana telah lama menyepi. Pergi menenangkan diri di Kota Kuala Lumpur. Orang pergi bercuti dekat tempat yang aman damai saya pulak sebaliknya kan. Pelik tapi benar. Sebenarnya nak lapang kan fikiran aje. Pastuh akak ajak shopping lak tuh. Lagi lar best bila dia belanja. Tu yang pergi. Kalau tak lebih baik duduk rumah.


Okey. Berbalik pada tajuk kita lar ek. First time tengok botol lada tuh macam comel. Masa tuh kami jenjalan dekat ROMANTIKA. Dekat Selayang. Bagi penggemar barang-barang perhiasan ala-ala inggeris mesti tahu tempat nih. Saya pun suka ke sini. Tengok bunga. Tengok barang-barang hantaran. Syok. Tapi nih first time terserempak dengan benda pelik tapi benar nih.


Nak tengok gambar dia? Tak payah lar. Hahaha. Tapi saya bukan otak 'BIRU' okey. Mula-mula tak da lah saya terfikir macam tuh sekali. 3 4 kali pandang. Haish macam lucah lak. Okey lah saya bagi tengok jugak lah. But jangan fikir saya bukan-bukan okey.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Jangan kasi tengok budak bawah umur okey.
Eh tak da pe pun.
Abstrak kan.
Unik.
Haish.



Hahaha. Kan dah kata. Jangan fikir bukan-bukan wahai bloggers kat luar sana. Mahupun berimaginasi sesuatu yang teruk, jangan sekali!


GigaBite:: Tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang masalah yang timbul. Hanya untuk tontonan mata TAPI bukan batin. Ahakz.

Sunday, March 28, 2010

Kantoi ker?? (lagu)

Semalam I call U, U tak answer...

I texting U tanya U dekat mana...

Oh, I texting U balas pulak yek...

U kata U lepak mamak tengok MU lawan Chelsea dengan member....

I call your member, dia kata dia tengah overtime.....

Ini bikin I panas.....

I texting U lagi, I kata nak ke sana menonton bersama....

U kata tak payah lar datang, nanti I kena ngorat sebab ramai jejaka kat situ....

I tak kira, I nak datang jua....

I pergi mamak tuh U tak ada.....

Lagi lar buat I naik gila....

Bukan gila meroyan....

Tapi naik gila sebab U main-main kan I...

I dapat tau U dekat K-Box...

Lagi lar I naik kepala....

U jangan tanya mana I dapat info tuh.....

I pecut pergi K-Box.....

Niat hati nak tahu U buat apa....

I tahu U karaoke tapi dengan siapa????

I tak puas hati....

I pergi lagi dekat....

Sekali ini U bikin I gugur jantung....

U karaoke dengan awek tuh...

Ini bikin I lagi bengang.....

I texting U kata I tunggu U dekat tempat biasa.....

Tapi U balas, U tak da masa nak ke sana....

I sabar lagi.....

I snap your picture dengan awek itu.....

Sah U memang dah KANTOI.....




**mana mau lari ha**

GigaBite:: sila nyanyi okey, ikut tone sendiri.... lalalala~~~


Friday, March 26, 2010

Lama VS Baru

Assalamualaikum wbt.....

Asyik teringat nak post benda nih tapi tak sempat....
Semalam dapat pengganti yang lama..... Tapi still rindu dengan yang lama jugak.... Okey Aqma, Please choose 1 ONLY.... Yang lama jugak kat hati.... Apa-apa pun I will to fall in love dengan yang baru nih... Kesian yang baru... Sorry ek, saya tak da niat nak buat macam tuh... Yang baru nih lagi lah mengingatkan lagi dengan yang lama.... Walaupun yang baru serba serbi baru.... Handsome.... Cute... Sweet... Tapi entahlah kenapa payah nak jatuh cinta dengan yang baru nih... Still masih ada sisa-sisa cinta dengan yang lama lagi.. Sorry again yang baru....

Apa yang saya merepek berjela-jela nih.... Korang mesti tertanya-tanya apa benda yang baru dengan yang lama tuh kan.... Saya sengaja jek bikin gempak buat tulisan kat atas tuh.. Tapi serius korang, saya tak tahu kenapa yang baru tak leh nak tarik perhatian saya walaupun saya belikan dia aksesori yang saya suka... Erk....

Okey-okey! Saya bagitahu okey... Tak nak lah bagitahu... Korang tengok lah sendiri kat bawah nih..... Tapi janji tau jangan marah-marah.. Cuak....



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni ha yang baru tuh::

Nampak tak siap beli aksesori lagi...
Melayang duit saya beli aksesori tuh...

lalalala~~ bikin gempak kejap... <(T_____T)>


Okey korang... Sila compare dengan muka lame yang kat bawah nih... Komen boleh, GELAK JANGAN okey!!




GigaBite:: Kalau mau gelak sila tutup mulut okey! nanti masuk lalat... Haish....





Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers