Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label pertunanganku. Show all posts
Showing posts with label pertunanganku. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Saya Sudah Bertunang!?!



Assalamualaikum wbt.

Toleh kiri, toleh kanan. Tengok jam. Dah 3 Mac 2011. Dah 5 hari saya bergelar tunangan orang. Macam tak percaya pun ada. Maaf sebab lambat update. Saya tengah mencari solution untuk buang malware yang attack blog saya. Ada sesiapa boleh bantu??

Saya telah pun selamat diijabkabulkan. erk! Maaf, silap. Gatal!!!! Telah pun selamat di tunangkan. Akhirnya selepas 10 tahun saya bercinta dengan dia, kami di ikat dan kemudian untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Takutnyer!!


Insya Allah kalau diizinkan Allah SWT. Kami akan bersatu dengan ikatan pernikahan. Tarikh dan waktu biarlah menjadi rahsia kami berdua. Insya Allah sampai waktunya saya akan bagitahu. Cewah.... Lagak macam artis pulak yek.

Pe kata layan gambar-gambar kat bawah nih.
(gambar dari photographer rasmi n tak rasmi)



~Pertunangan Aqma & Nazri~
~26 Februari 2011~
~2.30 petang~









Hiasan bilik.
Buat sendiri!







Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Coklat emas!








Hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Pink + putih!
(Maaf, nih tak siap susun lagi)




Berdebar tunggu di sarung kan cincin.
Mini Pelamin.
Do it myself!!





Combine gambar!
Selepas sarung cincin.
Ada orang sibuk nak duk kat mini pelamin gak.
Cincin risik + cincin tunang.



Gambar lain saya upload later okies!!




Tuesday, November 30, 2010

Our engagement will be coming soon~

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah. Lagi lebih kurang 2 bulan lebih sikit kami akan ikat hubungan kami dengan pertunangan. Sudah lebih kurang 10 tahun berkawan dan 9 tahun bercinta, akhirnya hasrat kami untuk bersatu akan termakbul jua.



Kat sini nak list sikit barang hantaran yang akan berbalas nanti. Insya Allah kalau tak ada apa-apa halangan itulah yang kami rancangkan.



LELAKI kepada PEREMPUAN ::

1. Sirih Junjung.
2. Telekung.
3. Set persalinan perempuan (baju kurung + tudung)
4. Jam tangan
5. Cincin tunang + duit tanda hantaran
6. Cupcake
7. Coklat
8. Buah-buahan
9. Kasut + Handbeg



PEREMPUAN kepada LELAKI

1. Sirih Junjung
2. Sejadah
3. Set persalinan lelaki (baju satin + kain songket)
4. Jam tangan
5. Tuala sulam nama
6. Strawberi
7. Cupcake
8. Asam gubahan
9. Biskut homemade
10. Tali pinggang + wallet
11. Coklat + gula-gula


Erk. Banyak kan? 9 balas 11. huh. Pening gak mula-mula. Tapi lepas bincang-bincang, nih just untuk pertunangan jek. Untuk pernikahan nanti kami akan reduce barang hantaran. Kemungkinan 5 balas 7 sahaja.


Design?? Nih berminggu-minggu duk fikir nak design hantaran macam mana. Last-last alhamdulillah idea datang dengan bernasnya. Dah ada design dah. Yang pasti D.I.Y. Saya sangat dan amat puas hati apabila dapat buat hantaran saya sendiri. Tak apa. Saya buat sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama siap jugak kan? Makanan untuk hari pertunangan pun saya dah fikir. Siap dah tempah tukang masak lagi. Alahai, pakcik sendiri jek pun. :)




Current activities:
~ Tengah siapkan veil.
~ Baju dah anto tailor. (hope dia buat apa yang saya hajatkan)
~ Tengah cari barang-barang yang tak cukup lagi.
~ Tengah fikir goodies bag nak sumbat apa.
~ Tengah duk goda pengulam jantung untuk cepat-cepat beli cincin risik dan cincin tunang. Sebab? Harga emas sekarang cepat beno naik. Gerun tengok harga dia. Takut nanti tak mampu si pengulam jantung nak penuhi permintaan saya yang nakkan cincin yang cantik-cantik. huhuhu.
~ Tengah cari kain dan design untuk mini pelamin.
~ Tengah survey semua kedai yang jual aksesori untuk hantaran. nak compare harga la katakan. hihihi.
~ Tengah risik-risik quotation dari photographer.


Tema?? Saya tahu mesti ada yang nak tanya.



TEMA :: Light Pink + Lilac + White


Erk. Banyak nya current activities saya. Adeh. 2 bulan tuh sekejap jek tau. Cuak. Cuak. Cuak. Cuak tahap entah la. (T____T)



GigaBite:: Dalam cuak ada perasaan yang tak dapat digambarkan. ehem-ehem.

Wednesday, November 24, 2010

Masanya makin tiba~

Assalamualaikum wbt.


Ya. Masanya makin tiba.

2 bulan seminggu sahaja lagi.

Cuak.

Gelisah.

Takut.

Happy.

Ceria.

Semua perasaan bercampur baur.


(T____T)


GigaBite:: sedang mambuat yang terbaik untuk hari itu. :)

Friday, October 1, 2010

Postpone~~

Assalamualaikum wbt.


Bila BIG DAY kena POSTPONE. Hati pun rasa lega sikit. Betul jugak kan kalau awal mesti kelam kabut gila.

Kalau ikut perancangan nak BIG DAY bulan 12 nih. Tapi sebab banyak sangat planning so ditangguhkan ke tahun hadapan. Ala, bukan lama pun. Pejam celik kejap jek dah nak dekat.


Jom tengok ticker kat bawah nih:



Lama lagi.
4 bulan jek lagi.
4 bulan???
erk, tak lama lah sebenarnya.
Kalau kira dalam saat or jam baru lah leh kata lama.
hehehehe.


Tarikh?
Rahsia.
Belum masa nak reveal lagi.
Takut ada apa-apa perubahan kedua belah pihak.



GigaBite:: Sila bezakan BIG DAY dengan BIGGEST DAY. hukhuk. Harap korang faham. Tak faham tanya. Faham??

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers