Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label nasib. Show all posts
Showing posts with label nasib. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Mei. Bulan untuk mengubah nasib.






Mei.
Siapa kamu?
Bulan kelima yang hadir pada setiap tahun.
Nama inggeris adalah May.
Bulan yang telah melepasi suku tahun.
Selepas Mei adalah bulan yang melepasi tengah tahun.
Cepat nya Mei.
April meninggalkan kita dengan penuh cerita suka duka.
Yang baik di bawa ke Mei.
Yang jahat di tinggalkan.


Sedarlah.
Dalam masa 2 purnama lagi.
Tuan blog akan menjangkau ke umur 23 tahun.
Apa?
23 tahun?
(Gosok mata laju-laju)
Sudah cukup besar dan panjang.
Tapi tidak cukup berat. Aiks.


Sudah tiada status pelajar dalam diri tuan blog.
Melainkan kalau nak merampas kembali status tuh.
Berfikir dulu.
Istikharah jalan terbaik.
Belajar atau bekerja?
Berkahwin atau terus membujang? (tentulah kahwin, gatal yek!)


Misi utama Mei.
1. Naikkan trafik yang tiba-tiba merundum jatuh sebab concentrate pada pelajaran.
2. Naikkan berat badan yang tak pernah naik sejak 4 tahun lepas. Asyik-asyik timbang mesti 40 kg. Mesin timbang tuh rosak ke pe?
3. Naikkan prestasi kurangkan kontroversi.
4. Naikkan pendapatan, tak kira lah dengan apa cara sekali pun. Yang penting halalan toiyibah.

GigaBite:: Jangan ingat semua leh naik. Hidup macam roda. Kadang naik kadang turun. Redha lah.

Saturday, March 13, 2010

Nasib....

Assalamualaikum wbt......

Selamat hari sabtu semua.... 

Hari ini nak cerita pasal nasib.... Nasib bermaksud sesuatu yang kita tak dapat jangkakan... Yang mungkin berserah pada takdir atas apa yang berlaku... Maksud nih saya reka sendiri dari pengalaman saya.... Okey! Kalau tak boleh terima sila bagi komen....

Setiap nasib yang berlaku kepada kita walau ia sesuatu yang baik atau tidak kita perlu menerimanya dengan redha... Jika yang di terima adalah bernasib baik, ucapkan Alhamdulillah dan sertai dengan sujud syukur.... Jika yang di terim kurang bernasib baik, redha lah dan bermohon kepadaNya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Ada orang kadang-kala nasibnya sentiasa baik.... Ada juga yang kadang kala kurang bernasib baik.... Contohnya anda yang masa sekolah sehingga universiti nasib mereka sentiasa baik.... Memperolehi keputusan yang baik-baik belaka.... Tapi apabila masuk ke alam pekerjaan, dia kurang bernasib baik... Asyik tukar-tukar kerja..... Mungkin sudah nasib dia....

Ada juga yang zaman sekolah sehingga universiti, prestasi dan akademiknya hanya suam-suam kuku jek... Tapi bila memasuki alam pekerjaan, peluang mencari duit sentiasa ada... Peluang kerja juga selalu ada untuk dia.... 

Ini kah yang dikatakan NASIB???

Saya pernah terbaca petikan "Ijazah terbaik adalah di jalanan..".... Apakah maksud yang dimaksudkan??? Tak perlu susah payah ambil Ijazah?? Atau hidup kita sebenarnya hanya perlu belajar dari hidup orang lain?? okey! Apa-apa sahaja....

GigaBite: Qada` dan Qadar di tentukan Allah SWT....

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers