Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label kucing comel. Show all posts
Showing posts with label kucing comel. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Kesayangan saya~~

Assalamualaikum wbt.


Haa...baru lah ada feel menulis bila blog dah wangi kan?

Kesayangan saya?? Yup, saya ada kesayangan baru. Apa? Pengulam jantung? Eh, tu still kesayangan sampai bila-bila. Tolong jangan pertikaikan ok. (*.-)

Dah lama sebenarnya nak perkenalkan kesayangan saya nih pada umum.Kalau boleh nak buat press conference lagi. Hahaha. Cita-cita tinggi betul.


Kesayangan Saya:

Nama :: Mekhael

Umur :: 4 bulan


Saya persembahkan kepada anda semua, kesayangan saya............
^
^
^
^
^

"hi, im Mekhael."




"Cute tak??"



"Saya suka main dalam kotak kasut mummy."



"Itu bebear saya. Tak da bebear saya tak leh tido."



"Saya suka tidur dengan bebear."




"Saya juga suka 'kemas' bilik mummy.."
(T___T)



Itulah dia kesayangan saya. Comel kan?? Rasa nak gigit-gigit tak? Saya sayang dia sangat-sangat sebab pengulam jantung yang bagi. :)

Ibu dan abah lagi lah sayang kat Mekhael nih. Abah kalau jalan jauh-jauh cepat aja nak balik sebab takut Mekhael jadi apa-apa kat rumah. Haish. Tak pernah nampak Abah sayang kucing lain macam Abah sayang Mekhael.

Kalau ada kucing datang yang orang buang, Abah hantar kucing datang tuh kat umah orang lain atau kat kedai makan. Abah cakap tak mahu kucing datang tuh gaduh dengan Mekhael. Huish. Sayangnya Abah dekat Mekhael.


So, sekarang nih tugas saya cuma carikan pasangan hidup untuk Mekhael. Ibu cakap kucing jantan nih tak macam kucing betina. Kucing jantan kalau tiba musin mengawan dia akan cari pasangan yang dia suka lepas tuh sangat-sangat takut dia takkan balik rumah lagi dah. Yelah macam pernah terjadi sebelum nih dengan Jerry yang saya bela. Dah la sangat cantik. Bijak pula tuh. Last-last lari dari umah ikut betina mana ntah. Tak dapat di kesan. Sedih.

Saya tak mau benda yang sama terjadi kat Mekhael gak. Jadiknya saya dah tempah seekor anak bulus kepunyaan CIK TEDI untuk di jadikan teman Mekhael. Harap-harap CIK TEDI bagi. heheheh.




GigaBite:: Mummy n daddy cayang Mekhael ketat-ketat. Jangan nakal-nakal tau!

Tuesday, July 13, 2010

Teringin nak kucing yang bulu panjang.

Assalamualaikum wbt.

hahaha. Teringin. Ya, sangat teringin. Nak beli tak berduit. Nak buat cam ner kan. Kalau ada yang baik hati nak bagi adopt okey jugak. Tapi tak ada lah samapi merayu-rayu. Kalo dapat kucing pape pun okey jugak. Tak kisah. Yang penting dah besar sikit. Supaya dia leh jaga diri dan senang nak train dia. Mudah-mudahan lar.


Masa hari sabtu tuh singgah kat pets house kat Muar tengok-tengok anak kucing. Anak kucing kat situ comel sangat. Pengulam jantung cakap kalau beli mati kan rugi nanti. Pengulam jantung bukan berjiwa kucing. Dia berjiwa ikan. Kalau ikan memang dia minat sangat.




Saya minat dia.
Dia pun minat saya.
Tapi kami tak da jodoh.
(T____T)


Hei si putih yang jelus tengok saya bergambar dgn si brown.
Si putih tak suka basuh muka.



Alahai, comel nyer dear saya nih.
Kalau lah dapat.
Muka sayu jek.
Nak jek kidnap masuk kereta.


Dia bisik saya, "Bawaklah saya balik akak."
Saya jawab, "Kalau lah boleh, dah lama bawak balik."



Si garfield muka garang.
Tapi sweet aje.


GigaBite:: Sunyi nyer tak da kucing. ehmmm..

Tuesday, May 25, 2010

Bersiaran kembali bersama 2 ekor anak angkat.

Assalamualaikum wbt.


Im back.Okey. Sebenarnya tak berapa sihat lately nih. Nak stay kat lappy lama-lama pun tak leh. Mana taknya, bila bangun jek rumah terus macam berpusing. Ibu kata may be sebab low blood pressure. Tapi memang selalu dapat tekanan darah rendah nih. May be kurang darah jugak.


So, tadi baru dapat pergi klinik. Actually, bila gatal-gatal menyerang kembali dan tumbuh bintik-bintik merah dekat keseluruhan lengan barulah ringankan diri yang dah sedia ringan nih untuk drive ke klinik. Lengan belah kanan hancur sebab bintik-bintik merah tuh. Tak tahu alahan sebab apa. Doktor pun tak tanya banyak dan tak cakap banyak. Doktor bagi ubat macam bedak sejuk tuh dan ubat telan yang leh sebab kan mengantuk. So, lepas nih alasan mengantuk boleh la di terima pakai Ibu sebab makan ubat tuh. kehkehkeh.


Pencarian saya sudah berakhir. Gembiranya. lalalala. Haish. Mesti anda, anda dan anda tertanya-tanya pencarian apakah itu kan. Okey. Ingat tak saya kehilangan Neng? Tak ingat? Klik SINI. Lepas tuh kan saya suruh pengulam jantung carikan penggantinya tapi macam menunggu kucing bertanduk. Tak ada langsung. So, saya cari iniasiatif sendiri untuk cari pengganti Neng. Jom kita tengok cerita bergambar kat bawah nih.



Hai, saya Tom.
Saya baru dua minggu kat rumah mummy.
Saya tak tahu umur saya berapa.
Saya diambil dari kedai makan.
Saya suka tinggal dengan mummy.
Saya kucing kampung yang comel.



Saya suka baring dekat perut mummy.
Nak tahu tak?
Mummy ambil akak untuk saya.
Jom kita baca cerita pasal Tam plak.



Hai, saya lah Tam.
Saya bulu tebal sikit dari Tom.
Saya manja jugak.
Suka tidur dengan Onni (my mum).
Mummy ambil saya dari pasar.
Saya yang pergi dekat mummy mula-mula.
Tak tahu pula mummy suka saya dan terus bawa balik.




Salam perkenalan buat semua.
Nanti mummy tangkap gambar kami cantik-cantik letak dekat sidebar okey.
Jom tatap aksi terakhir saya ye.




Ops.
Terlebey sudey.
Saya suka buat macam nih.
Sebab angin masuk.
huhuhu.


GigaBite:: I love both of you. Jangan nakal-nakal dan gaduh-gaduh okey. Muaahhh.

Monday, May 10, 2010

Kalau dapat kucing gemuk macam nih sure tak pergi mana-mana.

Assalamualaikum wbt.

Sangat gemuk.
Sangat gebu.
Sangat comel.
Sangat tembam.
Sangat-sangat-sangat.

EEEEEEEE.
Nak gomol-gomol aje rasanya.
GERAM.


Aiyark.
Ops. Terlebih sudah.


Muka bulat.
Sangat cute.


Hahaha.
Comel.
Bulu dia cantik.


Tengok mata dia jek dah tergoda.
Nak satu macam nih.


Alalololo.
Sweet aje.
GERAM.
CUBIT.
CIUM.

GigaBite:: Mana kucing nih? Dah bertanduk tunggu. Ermmmm.



Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers