Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label kahwin cepat. Show all posts
Showing posts with label kahwin cepat. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Tak jemu ke??

Assalamualaikum wbt.


Kerap kali saya dijamukan soalan ini,

"Kau tak jemu ke bercinta dengan dia?"

"Kau tak pernah bosan ke dengan dia?"

"Tahan pulak ek kau dengan dia."

Jawapan yang kerapkali di tembak semula atas lidah-lidah pedas yang bertanya,

"Aku tak pernah rasa jemu malah setiap hari rasa makin sayang."

"Allah dah kurniakan insan terbaik untuk aku. So, aku syukuri dan hargai."

"Pahit dan manis pasangan kita, kita telan. Kalau nak yang sempurna sampai bila-bila belum tentu dapat."


Actually isnin lepas, 4 Oktober 2010, genap 9 tahun saya dan pengulam jantung menjalin ikatan cinta. Ya, 9 tahun!! Bukan 9 jam. Bukan 9 hari. Bukan 9 minggu. Bukan 9 bulan. Cukup lama. Saya juga tidak menyangkakan yang cinta zaman sekolah kami berkekalan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.


Usia hubungan 9 tahun itulah yang kadang-kala selalu menjadi isu atau buah mulut orang. Sepertimana soalan-soalan yang diajukan di atas. Dulu masa bertubi-tubi soalan macam tuh keluar, berpeluh jugak nak menjawab. Kalah menjawab soalan SPM. Tapi sekarang dah terlalu biasa soalan macam tuh menusuk kat telinga nih. Ada jugak yang seakan tak percaya usia perhubungan kami.

Kami cuma boleh katakan: Doakan hubungan cinta kami kekal ke akhir hayat.

Kenapa perlu sebut 'hubungan cinta'. Kerana tanpa cinta, apalah ertinya hubungan itu. Biarlah hubungan tuh sama dari mula kami kenal sampai akhir hayat kami. Amin.

Dalam setiap hubungan jarang lah nak jumpa tak da gaduh-gaduh nih. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan?? Kan-kan?? hikhik. So, hubungan yang di jalinkan nih ada manisnya ada jugak pahitnya kadang-kadang. Ia adalah penyeri sesuatu hubungan tau. Kalau tak da gaduh tuh, macam tak ada seri. Tak ada manjanya kat situ. hehehe.

Sekarang nih kami sedang berusaha kearah ikatan yang sah. Insya Allah jika ada rezki dan diizinkan Allah, kami akan bersatu satu hari nanti. Siapa yang rasa nak datang bagi lah alamat. Nanti leh adjust bajet. hehehehe.


GigaBite:: Jom nikah ramai-ramai. Salah satu cara untuk mensifarkan anak luar nikah dan zina. Mudah-mudahan. Amin.

Friday, July 23, 2010

Mata menular!

Assalamualaikum wbt.



Awas.
Jaga-jaga mata anda.
Ada yang berselindung di sebalik kaca mata hitam.
Namun bebola matanya kita tidak tahu ke arah manakah di tuju.


Actually tadi jenjalan kat fotopages.
Pegi fotopages orang kahwin.
Entah kenapa sejak akhir-akhir nih suka sangat tengok orang kahwin.
Gambar sah ler cantik-cantik.
Pastuh tambah lagi pengantin yang cantik.
huh.
Bikin hati panas-panas.
Jelus di situ.


Okey.
Short story.
Gambar nih ada makna tersirat.
Jom tengok bebola @ biji mata this man menghala ke mana.




This man.
Man wearing "black" glasses.
Phewwwwit.
Pengantin perempuan sangat cantik!!




Okey.
This time, nih memang dah sah halal kan.
So, no wonder lah nak "tinjau-tinjau" dulu sebelum menyelam.
haish.
Takda yang tersirat dengan ayat itu okey.



May be dia tengok gigi.
"Cantiklah gigi you!"






Teringin pakai gaun nih masa da biggest day!
Tapi nak pakai inner.
Tak sanggup ler pakai gitu jek.
Nanti husband tak jadik potong kek lak.
Kan dah lepas moment potong kek nanti.
hahahaha.
Gelak jahat di situ.


GigaBite :: Good nite. Sweet dream. Selamat malam jumaat!

Friday, July 9, 2010

Selamat Pengantin Baru.

Assalamualaikum wbt.


Lama nya tak update. Sebab? Sebabnya di dalam kaget masih tidak percaya bahawa cek yang dapat dari nuffnang tuh. Ada sekali begitu. Macam tunggang terbalik jek ayat. haish.


Ahad nih salah seorang kawan saya akan menamatkan zaman bujangnya. Tahniah lah. Moga-moga cepat dapat babay yek.


Sebenarnya akibat kebosanan melampau. Saya telah melawat dari satu laman sesawang ke sesawang yang lain. Sehingga lah saya pergi ke laman sesawang yang di beri nama photofunia.com. Ala laman sesawang yang edit-edit gambar tuh. Bagi yang pernah tahu pasal saya. Saya nih memang minat mengedit gambar. Tak kira lah pakai software atau internet atau apa jua bahan.



Then, gambar tuh sangat interesting kalau letak muka saya. Sila jangan gelak kalau anda tengok. Tak payah lah tunjuk. Okey-okey. Tunjuk jugak. Tapi ditekankan di sini (cewahh), saya takkan bergambar macam tuh. Hanya main-main jek buat macam tuh. huh.

Okey. Let's we see and judge.









Muka sangat plastik!
Tapi tetap comel.
(*___*)

Memang teringin nak pakai gaun tapi bukanlah macam nih. Nih seksi sangat. Nanti tak pasal-pasal husband ajak tidur awal lak. Opssss. Lalalala.


GigaBite:: Yang anda dalam kepala adalah-kerja, kerja, kerja.

Monday, May 3, 2010

Tips nak kahwin cepat.

Assalamualaikum wbt.

Hohoho. Ceria betul bila buat tajuk nih. Sebab post nih bukan untuk blogger kat luar sana tapi untuk TUAN BLOG nih jugak. Apa da. Hikhik.

Okey. Serius sikit. Ehem-ehem. Pengumuman-pemgumunan kepada yang nak kahwin dan nak cepat-cepat kahwin macam saya **sigh. Sila ikut tips kat bawah. Rasanya akan membawa anda ke gerbang perkahwinan dengan cepat. Ini bukan tips kahwin lari. Kalau cari tips kahwin lari, anda salah masuk page. Sekian.

1. Kurangkan berdating datong.
Aiks. Datong? Apa tuh? Abaikan. Okey. Teruskan dengan sesi tips. Nape kena kurangkan dating? Salah satu dapat kumpul duit lebih banyak sikit dari biasa. Macam mana lah nak kahwin cepat kalau tiap-tiap minggu keluar dating lepas tuh pergi melantak KFC lah, McD lah, Pizza lah, Secret Recipe lah dan makanan seumpama yang mahal-mahal. Duit tuh korang leh simpan tau buat tambah-tambah duit hantaran. Tak pun duit walimatulurus nanti. Lain la bouyafren a.k.a bakal hubby korang tuh anak korang KAYA. No Wonder lah. I want nobody, nobody but u. Aiks. Melalut sudah. Tu salah satu. Bak kata Ibu saya, kalau jumpa selalu hilang seri beb. Serius. Ini tak tipu. Pernah nampak pengantin tak de seri? Bukan sebab dia tak makan kuih seri muka tapi sebab selalu sangat berjumpa sebelum kahwin. Erk. **blushing.

2. Jangan beli benda yang rasa tak perlu.
Benda tuh dah ada, elok lagi. Yang p beli lagi perabih duit tuh sape suh. Simpan kan bagus. Wat tambah-tambah duit kahwin. Tak lah nanti sesak. Nanti lepas kahwin kalau tak da duit jangan nak makan pun susah, nak bernafas lagi lar tak boleh. huhuhu.

3. Makan kat rumah lagi afdal.
Owh. Set kan kat minda bahawa makanan kat luar tuh semuanya tak sedap belaka. Makan kat rumah lagi best. Lagi sedap walau korang masak tak sedap. Telan aja. Yang penting bajet nak kahwin tak lari jauh sampai terpaksa kejar dengan berkaki ayam.

4. Gol mesti ada.
Eh. Bukan gol yang nak masuk bola bila main bolasepak tau. Jangan menyimpang jauh. Kembali semula. Gol yang di maksudkan kat sini ialah set kan sesuatu masa yang korang nak kahwin bila. Jangan tak set. Bila korang tak set. Korang tak da inisiatif nak capai ke arah tuh. So, main-main jek lebih. Percayalah. Bila korang dah ade tarikh, paling tak pun time nak capai contohnya dalam masa 2 tahun ke. Bermakna korang ada target dan usaha korang mesti akan baik punya bila korang teringat kan target korang tuh. Cayalah. Set sekarang!

5. Jual barang terpakai.
Ha. Ini memang bagus untuk orang-orang yang banyak barang dan barang-barang tuh dah jadi perhiasan. Daripada korang tak pakai baik korang jualkan secara murah. Paling tak pun korang dapat duit. Dapat juga tambah-tambah untuk majlis nanti. Jual suratkhabar lama. Jual handbeg lama yang dah melambak dalam almari. Jual kasut yang dah berlapuk dalam gobok tuh. Macam-macam lagi lah.

6. Fahami pasangan.
Owh. Perkara nih sangat penting. Tolong lah (bukan bentuk rayuan!) fahami pasangan korang. Lelaki fahami wanita. dan wanita fahami lelaki. Senang bukan. Tak susah pun. Apa kaitan fahami pasangan nih dengan nak kahwin cepat? Begini, kalau pasangan asyik push (bukan tolak menolak tapi dalam konteks paksa memaksa) antara satu sama lain. Nanti hubungan korang jadi pressure. So, bila pressure dah sampai takatnya macam darah tinggi tuh. Alamatnya tak kahwin lah korang nanti. Relax aja dalam perhubungan. Tenang. Cool. perkahwinan buka sesuatu yang perlu di paksa. Ia sesuatu yang perlu kita fikir. Bukan masa depan seorang tapi masa depan bersama. Betulkan?


GigaBite:: Sehiris madu, secawan madu. Maksudnya, pahit itu sekejap sahaja, namun yang manis akan datang selamanya.

<(*.*)>

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers